You are on page 1of 9

SULIT 1

SULIT 1103/2

1103/2
Bahasa
Melayu
Kertas 2
Ogos
2008
2 jam
[ITEM 3]

JABATAN PELAJARAN PULAU PINANG


____________________________________
PEPERIKSAAN PERCUBAAN

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2008


(TINGKATAN 5)

BAHASA MELAYU
KERTAS 2

Dua jam tiga puluh minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI

SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi empat soalan.

2. Jawab semua soalan.

3. Jawapan bagi Soalan 2(b), Soalan 2(c), dan Soalan 2(d)


berdasarkan teks Komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan 5.

4. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi.

Kertas soalan ini mengandungi 10 halaman bercetak

1103/2 2007 Hak Cipta JPN PP [Lihat sebelah


SULIT
SULIT 2 1103/2

Soalan 1: Rumusan
[30 markah]

Baca petikan berikut dengan teliti, kemudian buat rumusan tentang usaha-usaha mengukuhkan
perpaduan di Malaysia dan kepentingan perpaduan kepada negara. Panjang rumusan
hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Perpaduan merupakan komponen terpenting dalam pembinaan kuasa nasional di negara


ini apatah lagi Malaysia merupakan sebuah negara pelbagai kaum, agama dan budaya.
Tanpa perpaduan yang mantap, Malaysia bukan sahaja terdedah kepada bahaya perpecahan
malah tidak akan mampu menjayakan persaingan di peringkat antarabangsa yang akhirnya
merugikan semua kaum di negara ini.

Kita perlu membayar harga yang mahal bagi menyemarakkan perpaduan nasional dalam
pelbagai aktiviti dan program yang dijalankan Malah, kita juga tidak lari dari pertelingkahan
antara kaum yang kadangkala terjadi, sesuatu yang tidak boleh dipastikan seratus peratus dalam
sebuah negara berbilang kaum..Kerajaan berusaha memperkenalkan sekolah wawasan yang
meletakkan sekolah-sekolah kebangsaan,sekolah Cina dan sekolah Tamil dalam satu kampus
supaya aktiviti kokurikulum dapat diadakan secara bersama-sama. Selain itu, kerajaan juga telah
memberikan ruang yang luas kepada masyarakat berbilang kaum di Malaysia untuk mengadakan
forum membincangkan isu-isu tertentu dengan bijak. Walau bagaimanapun ruang luas yang
diberikan oleh kerajaan itu tidak seharusnya disalah guna untuk membincangkan isu secara
terbuka tentang perkara sensitif. Media pula memberikan ruang yang cukup kepada masyarakat
untuk membincangkan isu-isu perpaduan kaum dan hak asasi masyarakat Malaysia. Manakala,
parlimen juga diberikan ruang untuk berdebat tentang isu perpaduan di negara ini.

Tanggapan bahawa isu perpaduan kaum di negara ini sekarang sudah rapuh atau goyah
berbanding dahulu seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak, ternyata hal ini adalah tidak
benar. Pada peringkat akar umbi, ada landasan tersendiri yang lebih kukuh berbanding dengan
dahulu berdasarkan sikap toleransi, penyesuaian diri dan hormat-menghormati antara kaum.
Sebenarnya semangat mengeratkan perpaduan masih berlaku di peringkat keluarga, sekolah,
tempat kerja dan masyarakat. Selain itu, sokongan penuh masyarakat di semua peringkat kepada
usaha perpaduan mampu menjadi faktor mengukuhkan azam kerajaan untuk mewujudkan
Malaysia yang benar-benar bersatu dan berjaya.

Perlembagaan diwujudkan hasil muafakat pemimpin-pemimpin masa dahulu bukannya


sesuatu yang mudah tetapi mereka berjaya mendapat formula yang hari ini diwariskan kepada
kita untuk memelihara dan menjaga perpaduan kaum di negara ini. Untuk tujuan mengukuhkan
perpaduan pelbagai dasar dilaksanakan oleh kerajaan seperti Dasar Ekonomi Baru, Dasar
Pelajaran Kebangsaan, Dasar Bahasa dan Dasar Kebudayaan Kebangsaan bagi menzahirkan
persepakatan kaum. Sejak 2004, Program Latihan Khidmat Negara dijadikan sandaran kerajaan
untuk menyemarakkan perpaduan nasional.

Bagi memperkukuh perpaduan kaum, kerajaan juga berusaha menambah bilangan


kemasukan kanak-kanak Cina, India dan Bumiputera ke kelas Tabika Perpaduan yang sebelum
ini hanya dipenuhi kanak-kanak Melayu. Perpaduan kaum juga boleh dipupuk menerusi

1103/2 SULIT
SULIT 3 1103/2

hubungan interaksi yang baik antara kaum melalui penubuhan Rukun Tetangga (RT) yang dilihat
sebagai kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan bermula pada peringkat akar umbi.

Sesungguhnya kesejahteraan negara menuntut keikhlasan dan komitmen semua pihak dalam
memastikan semangat perpaduan dan kesefahaman antara kaum terus segar. Hanya melalui
semangat inilah masyarakat Malaysia mampu terus hidup dalam suasana negara yang aman dan
harmonis.
(Diubahsuaikan daripada rencana Berita
Harian : Tiga Elemen Bukti Perpaduan
Kaum 15 September 2007.)

Soalan 2: Pemahaman

[35 markah]

Soalan 2 (a) Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1 di atas, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan
ayat anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata ada landasan tersendiri


[2 markah]

(ii) Nyatakan faktor-faktor yang dapat mengukuhkan perpaduan kaum di Malaysia.


[3 markah]

(iii) Pada pendapat anda, bagaimanakah perpaduan kaum dapat dipupuk di peringkat
sekolah.
[4 markah]

1103/2 SULIT
SULIT 4 1103/2

Soalan 2(b) Petikan Drama

Baca petikan drama di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikut
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

SAFIAH : I mahu duduk di luar negeri, bekerja di luar negeri. ( Memandang ke


kejauhan, matanya penuh impian, bangga dan bergaya ) Di Paris, di
London di
UMAR : (Sinis ) Di United States, di Hollywood
SAFIAH : ( Terhenti, menjeling masam pada Umar, terdiam seketika, tetapi
bersemangat semula ) Kalau you bercita-cita hanya nak jadi guru, tak
payah masuk universiti pun you boleh jadi guru. Apa susahnya? Tengok,
berapa banyak orang yang boleh jadi guru, tak payah pandai cakap
Inggeris pun boleh jadi guru.
UMAR : ( Sedikit kesal ) You terlalu mementingkan diri sendiri I suka jadi guru
dan kita pun memang kekurangan guru.
SAFIAH : ( Tak sabar ) You ni nasionalis sangat
UMAR : ( Memandang penuh pada Safiah ) Ya, nasionalis tak nasionalis, cuba
you tengok. Tiap tahun beribu-ribu murid masuk sekolah, tapi berapa
orang guru yang bertambah? Berapa orang mahasiswa-mahasiswa yang
mahu jadi guru?
SAFIAH : ( Cepat geram ) You terlalu statis!
UMAR : ( Berpaling dari Safiah, perlahan tapi pahit ) You terlalu ingin main salji
sahaja, mahu duduk-duduk di London atau Amerika ( membisu beberapa
lama ).
( Dipetik daripada drama Serunai Malam, karya Usman Awang,
Antologi Anak Laut, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2000 )

(i) Mengapakah Safiah tidak bersetuju Umar menjadi seorang guru?


[3 markah]

(ii) Pada pendapat anda, mengapakah semakin ramai mahasiswa kini berminat menjadi guru?
[3 markah]

(iii) Nyatakan satu perwatakan Umar yang terdapat dalam petikan, dan dua perwatakannya
yang terdapat dalam keseluruhan drama Serunai Malam.
[3 markah]

1103/2 SULIT
SULIT 5 1103/2

Soalan 2 (c) - Petikan Prosa Klasik

Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

Maka kata Hang Jebat, Hai Laksamana, sungguh-sungguh rupanya engkau hendak membunuh
aku! Maka kata Laksamana,Mengapatah maka tiada sungguh? Jika tiada engkau mati olehku,
aku mati olehmu, maka sudahlah pekerjaan ini. Maka Hang Jebat pun memekis, katanya,Cih!
Si Jebat dengan Si Tuah hulubalang raja Melaka mati tiada berguna! Jika Si Jebat dengan Si Tuah
gerangan dititahkan raja Melaka menyerang negeri orang, aku dua orang itu pun alah.Maka kata
Laksamana,Sungguh seperti katamu itu; pada hatiku pun demikianlah. Sayang engkau berdosa,
Jika lain daripada dosa ini, tiada engkau mati, barang tipunya dayaku pun kuperlepaskan juga
engkau daripada mati. Maka Hang Jebat pun menangis mendengar kata Laksamana demikian
itu. Maka Laksamana pun menangis kasihan hatinya akan Hang Jebat. Maka kata Hang Jebat,
Aku pun kerana melihat engkau dibunuh oleh Bendahara tiada dengan dosanya; sebab itulah
maka sakit hatiku. Akan istimewa aku pula orang permainan tiada akan dibunuhnya, kerana raja
itu membunuh tiada dengan periksanya. Pada bicara hatiku, sedang engkau banyak kebaktianmu
dan jasamu lagi dibunuhnya oleh raja, istimewa aku pula. Sebab pun kuperbuat demikian
ini,sepala-pala nama jahat jangan kepalang, seperti pantun Melayu, rosak bawang ditimpa
jambaknya; maka sempurnalah nama derhaka dan nama jahat. Maka kata Laksamana,sungguh
seperti katamu itu, tetapi akan kita diperhamba raja ini hendaklah pada barang sesuatu pekerjaan
itu dibicarakan sangat-sangat, seperti kata orang tua-tua: Baik mati dengan nama yang baik,
jangan hidup dengan nama yang jahat, supaya masuk syurga jemah.

(Dipetik daripada
Pertarungan Tuah Dengan Jebat
Dalam antologi Anak Laut
Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Mengapakah Hang Tuah ingin membunuh Hang Jebat?


[2 markah]
(ii) Apakah alasan Hang Jebat meneruskan niatnya menderhakai sultan?
[3 markah]

(iii) Sekiranya anda Laksamana Hang Tuah, terangkan beberapa cara yang dapat anda lakukan
untuk mencegah penderhakaan Hang Jebat.
[3 markah]

1103/2 SULIT
SULIT 6 1103/2

Soalan 2 (d) Petikan Puisi Tradisional

Baca pantun di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

PANTUN ENAM KERAT

Ular tedung jangan dipermudah,


Bisanya dapat membawa maut,
Jika tak maut merana juga;
Berhujan berpanas aku tak endah,
Keris lembing aku tak takut,
Kehendak hati kuturut juga.

Kuda liar berkeliling kota,


Kota terbuat dari kayu,
Tempat berkawal lasykar Feringgi;
Kami mendengar khabar berita,
Bunga kembang sudah pun layu,
Gugur ke bumi tak harum lagi.

Penakik Pisau raut,


Ambil galah sebatang lintabung,
Seludang dijadikan nyiru;
Setitik dijadikan laut,
Sekepal dijadikan gunung,
Alam terbentang dijadikan guru.

Sultan Muda dari Lampung,


Memikul cangkul dengan bajak,
Singgah minum di lepau nasi;
Sudah sekah tempat bergantung,
Telah patah tempat berpijak,
ke mana hendak digapai lagi.

Permatang Budi,1991
Fajar Bakti Sdn. Bhd.

(i) Terangkan maksud rangkap keempat pantun di atas


[3 markah]

(ii) Pada pendapat anda, apakah yang harus dilakukan oleh seseorang yang telah
kehilangan tempat bergantung untuk meneruskan kehidupan?
[3 markah]

(iii) Huraikan tiga persoalan yang terdapat dalam pantun di atas.


[3 markah]

1103/2 SULIT
SULIT 7 1103/2

Soalan 3: Pengetahuan dan kefahaman tentang tatabahasa bahasa Melayu

[30 markah]

Jawab semua soalan

(a) Tulis satu ayat bagi setiap pasangan perkataan di bawah ini supaya jelas menunjukkan
bahawa anda faham akan perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh
menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan, serta menggunakan perkataan itu sebagai
peribahasa dan kata nama khas.

(i) seluruh - seloroh


(ii) gejala - jelaga
(iii) tepuk - tepok
[6 markah]

(b) Tulis ayat-ayat di bawah ini semula supaya menjadi tiga ayat sahaja tanpa mengubah
maksud asal ayat-ayat tersebut.

Rasuah merupakan penyakit masyarakat. Rasuah dianggap penyakit yang serius.


Rasuah perlu dihapuskan. Penghapusan rasuah perlu dilakukan seberapa segera yang
boleh. Dengan terhapusnya rasuah, keharmonian masyarakat akan terjamin.
Ketenteraman negara akan turut terjamin. Imej negara dapat ditingkatkan dengan
terhapusnya rasuah. Pembanterasan rasuah perlu dilakukan dari peringkat awal lagi.
Rasuah banyak mendatangkan kemudaratan kepada masyarakat. Ekonomi negara akan
lumpuh jika rasuah tidak dihapuskan.
[6 markah]

(c) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan
penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat,
anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan
penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin semula ayat itu semula.

(i) Kesesakan lalulintas yang agak teruk telah berlaku pada waktu puncak di Kuala
Lumpur ekoran tertutup terowong SMART.

(ii) Yang Di-pertua Majlis Perbandaran Pulau Pinang mengingatkan semua


penguat kuasa menjalani tugas dengan penuh amanah dan dedikasi.

(iii) Murtabak yang terjual di pasar malam boleh didapati dengan harga yang murah.

. [6 markah]

1103/2 SULIT
SULIT 8 1103/2

(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan
satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap
ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau
istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Ayam yang disembelih oleh Pak Ali mengeletar beberapa ketika sebelum ia
mati.

(ii) Banyak pejalan kaki lebih gemar melintas jalan raya tanpa menggunakan
jambatan dan hal ini mendedahkan mereka pada risiko kemalangan.

(iii) Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat, tiga gerabak terbalik
apabila kereta api barang itu terbabas dari landasan.

[6 markah]

(e) Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa atau kata-
kata hikmat yang menggambarkan tiga situasi berbeza yang terdapat dalam petikan ini.

(i) Oleh sebab tamak akan kekayaan, Sazali meninggalkan kerja tetapnya, tetapi kerja
baru yang dipohonnya pula tidak berjaya dimiliki.

(ii) Dengan hanya berkelulusan Penilaian Menengah Rendah, Zaki mencuba nasibnya di
ibu kota untuk memohon pekerjaan yang boleh mendatangkan pendapatan yang
lumayan. Oleh sebab kekurangan ilmu dan berpendidikan rendah, dia menemukan
kegagalan dan pulang semula ke kampung.

(iii) Zaidi dinasihati oleh gurunya agar tidak menyertai ekspedisi mendaki Gunung Tahan
jika dia takut menghadapi cabaran dan rintangan.
[6 markah]

1103/2 SULIT
SULIT 9 1103/2

Soalan 4: Novel

[15 markah]

Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel berikut :

(i) Terminal Tiga karya Othman Puteh


(ii) Perlumbaan Kedua karya Marwilis Hj. Yusof
(iii) Di Hadapan Pulau karya A. Samad Said
(iv) Bukit Kepong karya Ismail Johari
(v) Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain
(vi) Seteguh Karang karya Tuan Faridah Syed Abdullah
(vii) Julia karya Abu Hassan Morad
(viii) Putera Gunung Tahan karya Ishak Hj. Muhammad

(a) Pelbagai masalah yang dihadapi oleh watak dapat dikesan daripada novel yang anda
pelajari. Huraikan masalah-masalah tersebut dan apakah pengajaran yang anda
peroleh daripada setiap masalah itu?
[7 markah]

(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu persoalan yang berbeza
daripada setiap novel tersebut.
[8 markah]

KERTAS SOALAN TAMAT

1103/2 SULIT

You might also like