You are on page 1of 4

Ucapan Majlis Persaraan Guru Kelas.

Yang berusaha En Mazlan Bin Lazim selaku guru besar, Yang diraikkan En. Azmi Bin Salleh , yang
dihormati guru-guru serta rakan-rakan yang dikasihi.

Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih atas kepercayaan yang diberikan kepada saya
mewakili kelas 6 Zamrud untuk menyampaikan ucapan sempena persaraan En. Azmi Bin Salleh iaitu
guru kelas yang sangat kita kasihi.

Hari ini merupakan hari terakhir Cikgu Azmi berada dalam kalangan kita dan menaburkan jasa
serta baktinya kepada kita semua. Sesungguhnya perkhidmatan serta jasanya di sekolah ini sangatlah
besar. Hampir setahun beliau menjadi guru kelas kami dan mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu
kepada kami.

Sepanjang beliau mendidik kami, begitu banyak bakti yang telah beliau taburkan tambahan pula
tidak beberapa lama lagi kami akan menempuh Peperiksaan UPSR. Segala bimbingan dan tunjuk ajar
yang telah diberikan oleh Cikgu Azmi akan terus kami amalkan.

Kami amat berharap agar Cikgu Azmi sentiasa dilimpahi rahmat dan sentiasa dalam keadaan
sihat sejahtera. Kami berdoa semoga Cikgu Azmi dapat menempuh usia persaraan dengan gembira di
samping keluarga tercinta.

Sekian, terima kasih.


Sambutan Hari Kanak-Kanak

Sekolah menyambut Hari Kanak-Kanak pada minggu pertama bulan Oktober tiap-tiap tahun. Hari ini
adalah hari yang paling gembira bagi kanak-kanak sekolah.

Pada Hari Kanak-Kanak yang lalu ,saya tiba di sekolah lebih awal dari biasa. Murid-murid
semuanya kelihatan tersenyum-senyum kerana suka hati. Pada pukul 8.00 pagi, kami masuk ke tapak
perhimpunan sekolah untuk mendengar ucapan perasmian daripada Guru besar dan seterusnya
menyaksikan persembahan koir dan silap mata.

Setelah tamat persembahan silap mata kami menyertai permainan sukaneka di tapak
perhimpunan. Saya sungguh gembira kerana dapat bermain bersama rakan dan guru-guru. Setelah
tamat kami dijamu dengan air milo.

Selepas itu, murid-murid pun balik ke bilik darjah masing-masing. Kemudian guru darjah pun
membahagikan bungkusan hadiah dan makanan KFC kepada murid-murid. Dalam bungkusan itu ada
gula-gula; biskut, minuman kotak, kek dan lain-lain lagi.

Hari Kanak-Kanak merupakan hari yang penuh erti bagi semua kanak-kanak di dunia. Kanak-
kanak adalah harapan bangsa dan tiang negara pada suatu masa kelak. Jadi semua kanak-kanak harus
belajar dengan bersungguh-sungguh untuk menjadi rakyat yang baik
Apakah kawalan diri?

Kawalan diri bermaksud kebolehan mengawal impuls, menggunakan keseronokan sementara,


melewatkan ganjaran (untuk mengawal) reaksi dan mempunyai toleransi terhadap kekecewaan.

Kenapa kawalan diri itu perlu?

Kawalan diri perlu supaya anda dapat mengawal tingkah laku dan kelakuan bermoral di khalayak
ramai. Dengan mengawal diri, anda boleh melibatkan diri dalam perbualan sosial dan pengucapan
awam.Kawalan diri juga diperlukan apabila seseorang itu berkeseorangan. Contohnya dalam era
Internet, mereka yang mampu mengawal diri akan:

1.berupaya mengulasi diri sendiri tentang berapa jam yang diperlukan untuk bersosialisasi di
alam maya.

2.menghalang diri daripada menerokai laman terlarang

3.berhenti daripada menggunakan blog secara sengaja untuk menyebarkan khabar-khabar angin
yang memburukkkan rakan-rakan mereka.

Bagaimana mengetahui anda boleh mengawal diri?

Anda tahu anda boleh mengawal diri sekiranya:

Anda mampu menghalang diri daripada bertindak ganas apabila dicabar. Menghalang diri dalam
konteks ini bermakna kawalan impuls.

Anda boleh menenteramkan diri apabila anda marah. Kemarahan yang keterlaluan, tidak
terkawal dan terurus adalah akibat daripada pemikiran yang kusut. Untuk mengawal kemarahan, anda
perlu bertanya pada diri anda sendiri tentang bukti kenapa anda perlu marah, anda perlu melihat cara-
cara lain menangani situasi dan berfikir dengan berhati-hati tentang apakah hasil yang anda dan
organisasi peroleh dengan menunjukkan kemarahan.

Bagaimana membentuk kebolehan untuk mengawal diri?

Ubahsuai kemarahan atau kekecewaan kepada pernyataan diri yang positif seperti saya boleh
atasi masalah itu serta tingkah laku positif seperti bercakap sendirian untuk mententeramkan diri.

Ingatkan diri anda supaya berhenti sejenak dan berfikir sebelum bertindak.

Alihkan impuls negatif kepada positif dan cabar diri anda untuk melakukan sesuatu di sebalik
apa yang anda percaya anda tidak dapat lakukan.

Secara kognitif, kawalan diri dapat diregulasi melalui keadaan berfikir berkonstruk rendah iaitu
memikirkan tentang kaedah daripada berfikir tentang hasil
Amalkan teknik/latihan relaksasi seperti kawalan pernafasan dan latihan relaksasi otot secara
progresif. Ini dapat membantu mengawal diri.

Apakah akibat jika anda tidak boleh mengawal diri?

Jika anda tidak boleh mengawal diri, anda akan mempunyai:

1.keyakinan diri yang rendah.

2.harga diri yang rendah.

3.perasaan anxieti (keresahan)

4.kekecewaan (pada diri sendiri)

Orang yang tidak boleh mengawal diri berisiko untuk dibuli, menjadi seorang yang tidak aktif
dan gagal mengurus kehidupannnya sendiri.

Bagaimana memperbaiki kawalan diri?

Kawalan diri boleh diperbaiki dengan melakukan pengucapan awam, mengambil bahagian
dalam perdebatan dan aktiviti sosial seperti melibatkan diri dalam sukan dan aktiviti ko-kurikulum di
sekolah dan organisasi yang memberikan pengalaman mendidik sebaik-baiknya.

You might also like