You are on page 1of 13

1.

0 PENGENALAN

Menurut Mohd Supian perkataan Sabtu (2002), pelbagai nama telah diguna pakai untuk

merujuk Kedah Tua. Antara yang diguna ialah Kedah, Kedah Selatan, Kedah Tengah dan Kedah

Tenggara. Kerajaan Kedah Tua merupakan salah satu kerajaan awal terkenal yang terletak di

Semenanjung Tanah Melayu. Ia juga dikenali sebagai Kataha, Kadaram, Sai, Kalah, Kalah Bar

dan Kalagram. Pelabuhan utama pada peringkat awal terletak di Sungai Mas dan kemudiannya

berpindah ke Lembah Bujang dipengaruhi oleh agama Buddha dan diikuti agama Hindu. Kedah

Tua merupakan sebuah pelabuhan kota yang lama terletak di Lembah Bujang. Kedah Tua

merangkumi kawasan dari Lembah Sungai Muda di Selatan hingga ke Sungai Sala di Utara yang

meliputi kawasan seluas 144 batu persegi.

Kewujudan Kedah Tua dibuktikan melalui jumpaan arkeologi di Lembah Bujang.

Kebanyakan monumen terdiri daripada candi-candi Hindu-Buddha, seramik, porselin, manik dan

cebisan arca yang ditemui di kawasan-kawasan tersebut. Berdasarkan kepada penemuan-

penemuan di kawasan-kawasan tersebut, pelbagai pandangan telah dikemukakan. Ini

membuktikan Kedah Tua merupakan kerajaan yang awal muncul ketika itu. Wujud juga sumber-

sumber asing yang menceritakan tentang perdagangan Kedah Tua. Sumber yang diperolehi ialah

dari India, China dan Arab. Kesemua penulisan tersebut menekankan Kedah Tua sebagai sebuah

pelabuhan enterpot yang kaya. (Nazarudin Zainun dan Nasha Rodzaidi Khaw, 2015)

Nazarudin Zainun dan Nasha Rodzaidi Khaw (2015), mengatakan kepentingan Kedah Tua

sebagai sebuah pusat perdagangan menyebabkannya secara berterusan didominasi oleh kuasa

maritim yang mengambil kesempatan ke atas kedudukannya yang strategik untuk mengawal

perdagangan di Selat Melaka. Umum mengetahui, bahawa Kedah Tua telah mula wujud sebagai

1
sebuah pelabuhan perdagangan berdasarkan kepada sumber penulisan India. Oleh itu esei ini akan

membincangkan tentang kewujudan awal kerajaan Kedah Tua yang merangkumi sudut usia,

fungsi, pengaruh, bentuk senibina, bahan mentah dan teknologi.

2.0 USIA DAN FUNGSI KEDAH TUA

2.1 USIA KEDAH TUA

Rakyat Malaysia pasti tahu di mana terletaknya negeri Kedah dan perkara-perkara asas

tentang negeri itu. Namun adakah semuanya peka akan sejarah yang pernah bertapak di tanah ini?

Sejak di bangku sekolah, kita sekadar menghafal sejarah berkenaan negeri-negeri yang terdapat di

Tanah Melayu yang telah diasaskan sejak berkurun yang lalu. Kewujudan Kedah Tua dipercayai

wujud sekitar 2,000 tahun yang lalu.

Prof. Datuk Dr. Mokhtar Saidin, menyatakan"Tapak ini sebenarnya telah lama wujud iaitu

berusia 110 Masihi. Ini bermakna tapak ini sebenarnya telah dibina pada abad kedua Sebelum

Masihi."Pentarikhan ini bukan direka, malah ia mengikut sampel kajian yang telahpun dihantar di

empat buah negara iaitu Amerika Syarikat, Korea, Jepun dan Jerman,"

2.2 FUNGSI KEDAH TUA

Dalam kajian yang dibuat oleh Nazarudin Zainun dan Nasha Rodzaidi Khaw (2015), Kedah

Tua terletak di kawasan yang kini dikenali sebagai Lembah Bujang. Kawasannya terletak antara

Sg. Muda di Selatan dan Sg. Sala di Utara. Kawasan ini telah mula wujud selewat-Iewatnya sejak

awal kurun kedua masihi lagi. Ini dapat dibuktikan berdasarkan sumber penulisan dan sastera India

yang ditulis sejak abad kedua masihi lagi. Berdasarkan syair-syair Tamil [Pattinappalai dan

Silappadikaram] dan kesasteraan Sanskrit Kathasaritsagara] II, diketahui bahawa Kedah Tua

ketika itu telah mulai berfungsi sebagai sebuah pelabuhan perdagangan yang penting.

2
Secara umumnya, kesemua sarjana berpendapat bahawa Kedah Tua bergiat dalam aktiviti

perdagangan enterpot. Perkara tersebut tidak dapat dipertikaikan kerana penemuan bukti arkeologi

dan sumber bertulis menjurus kepada pandangan tersebut. Kepentingan Kedah Tua sebagai sebuah

pusat perdagangan menyebabkannya seeara berterusan didominasi oleh kuasa maritim yang

mengambil kesempatan ke atas kedudukannya yang strategik untuk mengawal perdagangan di

Selat Melaka. Pada kurun kedua masihi, didapati Kedah Tua didominasi oleh empayar

perdagangan Funanl2 sehingga empayar tersebut merosot pada kurun keenam masihi. Selepas

pertengahan kurun ketujuh masihi, berlaku perkembangan kuasa talasokrasi kerajaan Kan-To-Li

yang membawa kepada pembentukan empayar perdagangan Srivijaya-Palembang.

Perubahan pusat pelabuhan dan kemasyhuran Kedah Tua sebagai sebuah pelabuhan

perdagangan sebenarnya bukan hanya disebabkan oleh faktor intristik seperti faktor semulajadi

[Iokasi strategik, muara Sungai Merbok yang terlindung dan kewujudan Gunung Jerai], tetapi amat

bergantung kepada faktor ekstensif yang merupakan faktor pencetus dari tamadun-tamadun yang

mengapitnya di Timur dan Barat, Utara dan Selatan pada ketika itu. Perkembangan Kedah Tua

sebagai sebuah pusat perdagangan diperhatikan amat bergantung kepada persekitaran politik dan

ekonomi dunia luar. (Nazarudin Zainun dan Nasha Rodzaidi Khaw, 2015)

Sebagai sebuah empayar perdagangan, Srivijaya telah memulakan proses pasifikasi

kota-kota pelabuhan di pesisir laluan perdagangan untuk memonopoli perdagangan antarabangsa

di Selat Melaka. 14 Kedah Tua adalah salah sebuah daripada kota pelabuhan tersebut. 15 Para

pengkaji pereaya bahawa Srivijaya terus menguasai Kedah Tua sehingga ke kurun ke-13 masihi

l6 sehingga empayar tersebut kehilangan kedaulatannya kepada kuasan Singhasari dalam

ekspedisi Pamalayu oleh Raja Kretanagara.

3
Perubahan pusat pelabuhan dan kemasyhuran Kedah Tua sebagai sebuah pelabuhan

perdagangan sebenarnya bukan hanya disebabkan oleh faktor intristik seperti factor semulajadi

[Iokasi strategik, muara Sungai Merbok yang terlindung dan kewujudan GunungJerai], tetapi amat

bergantung kepada faktor ekstensif yang merupakan faktor penentu dari tamadun-tamadun yang

mengapitnya di Timur dan Barat, Utara dan Selatan pada ketika itu. Perkembangan Kedah Tua

sebagai sebuah pusat perdagangan diperhatikan amat bergantung kepada persekitaran politik dan

ekonomi dunia luar. (Ahmad Moghni Salbani et.al, 2015).

Seperti yang dinyatakan oleh Ahmad Moghni Salbani et.al, (2015) kepentingan Kedah Tua

sebagai sebuah pelabuhan terus merosot pada kurun ke- 14 masihi apabila kawasan ini dijajah oleh

kuasa agraris Majapahit dan lenyap selepas kebangkitan Kesultanan Melayu Melaka pada kurun

ke-15. Faktor-faktor perubahan persekitaran ekologi, sosioekonomi dan percaturan politik pada

penghujung kurun ke- 13 dan awal kurun ke-14 merupakan faktor pemicu yang membawa kepada

kehilangan kepentingan Kedah Tua sebagai sebuah pelabuhan perdagangan. Kedah Tua

berperanan sebagai sebuah pelabuhan tempat para pedagang membawa barang dagangan mereka

untuk dipertukarkan dengan barangan dagangan lain. Kedah Tua juga berfungsi sebagai tempat

pengumpulan barang dan pengedaran komoditi-komoditi perdagangan.

3.0 PENGARUH DAN BENTUK SENIBINA KEDAH TUA

3.1 PENGARUH KEDAH TUA

Dalam kajian yang dibuat oleh Mohd Supian Sabtu (2002), kedudukan Asia Tenggara dan

Semenanjung Tanah Melayu di pertengahan pertukaran angin monsun barat daya dan timur laut

merupakan faktor penting ke arah perkembangan perdagangan antara pedagang India, China, Arab

dan Parsi pada awal kurun Masihi. Peninggalan berunsur monumen atau seni arca dan artifak yang

berselerak di Tanah Besar Asia Tenggara telah menimbulkan pelbagai persoalan berhubung

4
dengan penyebaran budaya yang turut dimainkan oleh pedagang India sepanjang proses

perdagangan dilakukan. Walau bagaimanapun, selain faktor perdagangan para sarjana berpendapat

bahawa golongan yang awal datang ke Asia Tenggara dari India ialah para mubaligh Buddha yang

telah dihantar ke Nusantara oleh Maharaja Asoka dari dinasti Maaurya (330-180 S.M) dan

diteruskan oleh kerajaan Kushan pada zaman pemerintahan Kanishka (78 M.).

Nazarudin Zainun dan Nasha Rodzaidi Khaw (2015), mendapati bahawa semenanjung

Tanah Melayu khususnya di bahagian utara tidak terlepas daripada kajian di Lembah Bujang

merujuk Kedah Tua terdapat jumpaan monument, seni arca, yang dikaitkan dengan proses

penghinduan. Selain itu, sumber bertulis Barat pernah menyentuh tentang Kedah Tua, hal ini

kerana Kedah Tua menjadi tumpuan para pedagang asing untuk beberapa kurun selepas zaman

kegemilangannya sebagai pusat perdagangan serantau. Kelebihan Kedah Tua yang merujuk

Lembah Bujang mempunyai muara-muara sungai seperti Sungai Bujang di samping merupakan

juga tempat persinggahan kapal pedagang dalam laluan dari timur ke Barat.

Kerajaan Kedah Tua juga dikatakan mempunyai pengaruh kerajaan Srivijaya. Antara abad

ketujuh hingga abad ke-13, Srivijaya merupakan sebuah kerajaan di Asia Tenggara yang telah

meguasai jalan Laut dan perdangangan di sepanjang Selat Melaka di samping menjadi sebuah

pusat penyebaran ajaran Buddha. Bermula pada abad ketujuh sehingga abad ke-11, utara

Semenanjung Tanah Melayu meruapakan sebahagian daripada jajahan takluk kerajaan Srivijaya.

Ini menyebabkan Kedah Tua menjadi tumpuan dalam aspek perdagangan dan kebudayaan.

Kedudukannya yang berhampiran dengan Srivijaya telah memudahkan kewujudan Lembah

Bujang sebagai pelabuhan sokongan atau sampingan kepada pelabuhan kerajaan Srivijaya dan

kemudiaanya berkembang menjadi salah sebuah pelabuhan entrepot di Asia Tenggara. (Mohd

Supian Sabtu, 2002)

5
Satu-satunya kawasan Semenanjung Malaysia yang memiliki penemuan arkeologi yang

dapat dikaitkan dengan pengaruh India ialah tapak Lembah Bujang, tempat terletaknya pelabuhan

Kedah Tua. Kedah Tua adalah sebuah kota yang terletak di Semenanjung Tanah Melayu.Kedah

Tua sememangnya menerima pengaruh dari agama Hindu. Salah satu tinggalan berharga kerajaan

Kedah Tua yang masih boleh dilihat pada hari ini ialah tinggalan-tinggalan berupa monumen

candi yang menjadi bukti kewujudan masyarakat Kedah Tua yang sudah menyerap pengaruh

Hindu-Buddha ke dalam kehidupan mereka sejak abad ke-4 Masihi lagi.

Masyarakat awal Kedah Tua menerima pengaruh India melalui proses akulturasi budaya

melampau. Kedatangan pendatang-pendatang dari India berterusan ke Kedah Tua menyebabkan

kebudayaan India menjadi dominan di sana sehingga terhakis unsur-unsur kebudyaan tempatan.

Kedah Tua dikatakan menjadi penerima awal kepada pengaruh Buddha yang berkembang di

Vengi, India. Kedah Tua dikaitkan sebagai sebuah kerajaan yang menerima dan mengamalkan

unsur kebudayaan India. Penduduk tempatan Kedah Tua yang memeluk agama Hindu-Buddha

dikatakan telah menerima unsur kesian India. Terdapat bukti yang digunakan untuk menyokong

hujah ini adalah candi dan arca Hindu-Budha yang ditemui di Lmebah Bujang. Penemuan yang

dijumpai tersebut dikatakan adalah hasil daripada akulturasi ataupun asimilasi kebudayaan

penduduk Kedah Tua dengan pendatang dari India. (Ahmad Moghni Salbani et.al, 2015)

Berdasarkan jumlah penemuan monumen Hindu-Buddha yang menjangkau angka puluhan

di Lembah Bujang, maka tidak hairanlah ada sarjana yang mengatakan bahawa Kedah Tua

dianggap sebagai sebuah negara kota yang menerima pengaruh Hindu-Buddha di semenanjung

Tanah Melayu. Bukti yang telah dikumpulkan seolah-olah menyamakan perkembangan

kebudayaan Kedah Tua dengan perkembangan kebudayaan zaman klasik di Pulau Jawa dan

Indochina. Teori ini telah dinyatakan oleh Wales, Lamb, dan Nik Hassan Shuhaimi.

6
4.0 BENTUK SENI BINA KEDAH TUA

Bentuk seni bina di Kedah Tua berupa peninggalan candi-candi dan monumen jelas

menunjukkan bahawa Kedah Tua menerima unsur kebudayaan atau seni dari luar iaitu India.

Pengaruh kesenian Amaravati, Gupta dan Pasca Gupta seterusnya meresap masuk ke Kedah Tua

melalui India Selatan. Pengaruh yang memberi kesan paling ketara di Kedah Tua merupakan

pengaruh kerajaan Pallava. Penemuan arkeologi di Lembah Bujang yang terdiri daripada candi

dan arca Hindu-Budhha menunjukkan bahawa wujudnya penempatan penakluk-penakluk dari

India, ataupun penduduk tempatan yang mengamalkan kebudayaan India. Hal ini kerana dikatakan

penemuan-penemuan tersebut dianggap sebagai memiliki kesenian India asli. (Nik Hassan

Shuhaimi Nik Abdul Rahman et.al, 2012)

Nazarudin Zainun dan Nasha Rodzaidi Khaw( 2015), berkata bahawa Lamb telah menolak

pandangan Wales dan menyatakan bahawa kebudayaan India tidak diterima sepenuhnya, tetapi

turut menerima unsur kebudayaan tempatan. Di samping mengkaji seni bina candi Hindu-Buddha

di Lembah Bujang, Lamb turut memberi perhatian khusus terhadap penemuan seramik di

Kampung Sireh dan Pengkalan Bujang. Dari segi binaan Candi di Lembah Bujang, beliau

membuat perbandingan dengan penemuan di Padang Lawas. Lamb melihat aspek kesenian berkait

rapat dengan kebudayaan India, dan bukanlah kesenian India asli seperti mana yang dicadangkan

oleh Wales. Dikatakan bahawa penduduk Kedah Tua telah menerima aspek-aspek kebudayaan

India. Lamb juga mengatakan Kedah Tua menerima kebudayaan tempatan, wujudnya elemen-

elemen kesenian Jawa dan Campa dalam seni bina candi-candi di Lembah Bujang. Lamb

menyatakan bahawa penemuan arkeologi di Lembah Bujang memperlihatkan kesenian tempatan.

Candi-candi di Lembah Bujang memiliki kesenian yang ringkas kerana jumlah masa yang terhad

untuk membina candi-candi tersebut.

7
Salah satu ciri seni bina bangunan candi yang ditemui Lembah Bujang Kedah Tua ialah

asas pelapik tiang yang diperbuat daripada batu granit. Di samping itu, suatu perkara yang menarik

berhubung asas pelapik tiang ini mempunyai persamaan dengan asas pelapik tiang di kebanyakan

rumah masyarakat Melayu di Lembah Bujang pada masa kini. Berdasarkan bentuk atap candi,

dengan pembinaan asas pelapik tiang yang ditemui di setiap penjuru bangunan candi, bahagian ini

merupakan penunjang pada bahagian yang lebih berat. Candi-candi di Lembah Bujang merupakan

kesenian tempatan kerana seni binanya adalah terlalu ringkas. (Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul

Rahman et.al, 2012)

Menurut Ooi Keat Gin (2012), dikatakan bahawa pusat perdangangan Kedah Tua beralih

ke Pengkalan Bujang. Pandangan ini dibuat berdasarkan kepada penemuan yang wujud di sekitar

kawasan sungai Bujang, Sungai Batu. Penemuan-penemuan tersebut terdiri daripada candi-candi

Hindu-Buddha, longgokan seramik, arca dan manik. Kerajaan Kedah Tua tidak sepatutnya

ditumpukan hanya kepada kajian terhadap artifak semata-mata. Hal ini kerana artifak-artifak yang

ditemui di Lembah Bujang cuba dapat memberi sebahagian kecil sahaja daripada keseluruhan

tentang Kedah Tua.

8
5.0 BAHAN MENTAH YANG DIGUNAKAN DI KEDAH TUA

Seperti yang dinyatakan Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman et.al, (2012), kerajaan

Kedah Tua juga mahir dalam penggunaan bahan mentah misalnya pembuatan bata untuk tujuan

pembinaan candi, seramik dan monumen. Bukti arkeologi telah menunjukkan bahawa bata mula

dicipta kira-kira pada abad ke-3000 SM lagi di Timur Tengah iaitu kira-kira 5000 tahun dahulu

Penciptaan bata adalah salah satu cetusan idea yang membawa kepada satu perubahan yang besar

kepada sejarah manusia dalam bidang pembinaan. Bata telah digunakan dalam pembinaan sejak

lebih kurang lima ribu tahun dahulu dan masih kekal menjadi bahan asas pembinaan yang penting

pada hari ini. Penciptaan bata adalah salah satu cetusan idea yang membawa kepada satu perubahan

yang besar kepada sejarah manusia dalam bidang pembinaan. Bata digunakan untuk membina

pelbagai jenis binaan seperti tembok, dinding, tiang, lantai, tangga, jalan dan sebagainya.

Malaysia juga kaya dengan monumen-monumen bersejarah yang menggunakan bata

sebagai bahan binaan utama. Penggunaan bata sebagai bahan binaan boleh dilihat pada tinggalan-

tinggalan candi di Lembah Bujang, Kedah. Binaan daripada bata dengan seni bina yang sama juga

boleh dilihat di Pattani, Chaiya dan Takuapa di Thailand manakala di Sumatera runtuhan candi-

candi yang dibina daripada batu bata boleh dilihat di Palembang dan Jambi. Pada masa itu tiada

sempadan geo-politik yang memisahkan kawasan-kawasan ini dan orang Melayu pada ketika itu

bebas bergerak ke kawasan-kawasan ini tanpa halangan. Inilah yang dikatakan dunia Melayu.

Berdasarkan pentarikhan secara relatif penggunaan bata sebagai bahan binaan bermula di

Candi Kampung Sungai Masdan pentarikhan tapak ini adalah dari abad ke-5 Masihi sehingga 14

Masihi . Walau bagaimanapun kajian terbaru yang telah dijalankan di Tapak 32 Kampung Sungai

Mas menunjukkan bahawa bata yang digunakan sebagai bahan binaan candi di sini dihasilkan pada

pada zaman yang agak lewat. Bata digunakan di Sungai Mas mungkin pada abad ke-8 Masihi

9
berdasarkan jumpaan struktur binaan candi di Sungai Mas yang dibina pada dua zaman yang

berbeza. (Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman et.al, 2012)

Cetusan idea ini mungkin terhasil apabila manusia memikirkan bagaimana untuk membina

sebuah bangunan ataupun binaan yang tahan lama dan tidak mudah rosak apabila berhadapan

dengan keadaan cuaca yang kadangkala tidak menentu dan ekstrem. Penciptaan bata adalah

alternatif terbaik kerana sifatnya yang tahan lama serta tahan kepada keadaan cuaca yang ekstrem.

Sumber kayu yang kurang juga merupakan salah satu faktor di mana manusia berusaha mencipta

bahan binaan berasaskan sumber yang lain seperti batu dan juga bata.

6.0 TEKNOLOGI YANG DIGUNAKAN OLEH KEDAH TUA

Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman et.al, (2012), Walaupun kerajaan Kedah Tua

kewujudanya sudah lama, tetapi boleh dikatakan teknologi yang digunakan menunjukkan tahap

perkembangan sesebuah masyarakat pada ketika itu. Perkembangan teknologi seni bina candi di

Kedah Tua akan dilihat dengan teliti dalam aspek teknologi penggunaan bahan-bahan binaan dan

evolusinya.

Teknologi pembinaan candi di Kedah Tua pada tahap awal dibina dengan menggunakan

batuan semula jadi seperti batu laterit, batu lumpur dan batu sabak. Lembah Bujang dibina dengan

menggunakan batu granit, batu sungai dan batu bata. Tahap ini di kelaskan berdasarkan

pentarikhan relatif yang dibuat ke atas artifak-artifak yang berasosiasi dengan tapak terutamanya

jumpaan-jumpaan inskripsi dan seramik perdagangan. Contoh awal yang dapat dilihat ialah

penciptaan tembikar yang mana masyarakat pada ketika itu sudah mahir membuat tembikar

dengan mengunakan kaedah-kaedah tertentu.

10
Hal ini dapat dilihat berdasarkan teknologi bahan binaan candi di Lembah Bujang amat

unik kerana candi pada tahap awal iaitu antara abad ke-4 hingga ke-6 Masihi, masyarakat di

Lembah Bujang menggunakan batuan semula jadi sebagai bahan binaan terutamanya batu laterit,

batu lumpur atau batu sabak. tahap pertama menggunakan bahan binaan yang terdiri daripada

batuan semula jadi seperti batu laterit, batu lumpur dan batu sabak manakala tahap kedua candi ini

di naik taraf dengan menggunakan bahan binaan seperti bata dan batu granit dan dipercayai

penggunaan bata sudah mulai meluas digunakan sejak abad ke-6 Masihi. (Nik Hassan Shuhaimi

Nik Abdul Rahman et.al, 2012)

Batu-batu besar ini dipotong menjadi blok-blok batu yang lebih kecil dan ini

memperlihatkan kepada kita betapa mahir masyarakat di Kedah Tua pada masa itu sudah mahir

dalam kerja-kerja memotong batuan besar menjadi blok-blok yang lebih kecil, mahir dalam

pengukuran saiz, seni bina dan matematik. Kemahiran dan kebolehan masyarakat di Kedah Tua

ketika itu dapat dilihat dengan jumpaan-jumpaan candi-candi yang mana walaupun bersaiz kecil

jika hendak dibandingkan dengan di Sumatera tetapi sudah cukup untuk membuktikan kepada kita

kebolehan dan penguasaan mereka dalam bidang sains dan teknologi.

11
7.0 KESIMPULAN

Kewujudan Kedah Tua jelas menunjukkan bahawa Kedah Tua banyak menerima pengaruh

daripada India di atas sebab-sebab tertentu. Kemasukan pengaruh India disebabkan oleh aktiviti

perdagangan yang giat dijalankan di Lembah Bujang. Selain itu, kedudukan Kedah Tua yang agak

startegik menggalakan lagi kemasukan dari Arab, Parsi untuk berdagang. Peninggalan candi-

candi, monumen, artifak, seramik dan dari segi binaanya menunjukkan Kedah Tua menerima unsur

binaan dari luar walaupun tidak sepenuhnya, tinggalan binaan seni bina Kedah Tua dapat dilihat

sehingga hari ini.Sosiekonomi di Kedah Tua pada ketika itu sangat rancak dijalankan, pengaruh

Hindu-Buddha di Kedah tua dapat dilihat berdasarkan candi-candi yang dibina sekitarnya.

Keadaan geogarfi di Kedah Tua yang bergunung ganang telah dijadikan panduan bagi

kapal-kapal pedagang untuk belayar keluar masuk, di samping menurut Quaritch Wales sesuai

untuk perkembangan petempatan dan juga sebagai tujuan petempatan keagaaman. Candi yang

ditemui merupakan unsur yang dibawa secara langsung dari India dan golongan masyarakat India

di sekitar kemudiannya menyebarkan kepercayaan dan juga budaya kepada masyarakat sekitar.

Mohd Supian Sabtu (2002), berkata dari segi bahan mentah dan teknologi yang digunakan,

ternyata perkembangan kerajaan Kedah Tua pada ketika itu agak maju kerana berupaya membina

batu bata dan hasil seni yang dihasilkan unik. Teknologi pembinaan candi di Lembah Bujang

menunjukkan terdapat evolusi dalam pembinaan candi terutamanya candi-candi yang

menggunakan bata sebagai bahan utamanya tidak kira sama ada candi tersebut berunsur Hindu

atau Buddha. Dari aspek perdagangan dan hasil buminya serta tinggalan seni bina candi yang

menunjukkan telah wujud sebuah penempatan yang bertamadun di utara Semenanjung Tanah

Melayu pada sekitar abad keempat hingga ke-14.

12
13

You might also like