You are on page 1of 110

KEMENTERIAN

PENDIDIKAN
MALAYSIA

PANDUAN PELAKSANAAN
PROGRAM PEMBANGUNAN
GURU BAHARU (PPGB)
2015
KEMENTERIAN
PENDIDIKAN
MALAYSIA
Diterbitkan oleh:
Kementerian Pendidikan Malaysia
Bahagian Pendidikan Guru
Aras 2-6, Blok E13, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya, Malaysia
Tel.: 03-88841144
Faks.: 03-88893057
Web: www.moe.gov.my

Hak Cipta
Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia

ISBN 978-983-9264-19-7

9 789839 2 64197

Sebarang kandungan tidak boleh diubah, disalin, diedar, dihantar semula, disiarkan, dipamerkan, diterbitkan, dipindah,
dijual atau diuruskan bagi tujuan komersil dalam apa jua bentuk sekalipun tanpa mendapat kebenaran secara bertulis
yang jelas terlebih dahulu daripada pihak penerbit.

Cetakan Pertama 2015


Penasihat
Pengarah Bahagian Pendidikan Guru

SIDANG EDITOR
Rosnarizah binti Abdul Halim (Bahagian Pendidikan Guru)
Abdul Mutalib bin Osman (Bahagian Pendidikan Guru)
Dr. Rosli bin Yacob (Bahagian Pendidikan Guru)
Dr. Noor Zaila binti Wahab (Bahagian Pendidikan Guru)
Dr. Razianna binti Abdul Rahman (Bahagian Pendidikan Guru)
Halida binti Yunus (Bahagian Pendidikan Guru)
Ali bin Abdul Rahman (Bahagian Pendidikan Guru)
Mohammad Nuri bin Hussin (Bahagian Pendidikan Guru)
Mohd Sukri bin Zainol (Bahagian Pendidikan Guru)
Aney Marinda binti Muhammad Amin (Bahagian Pendidikan Guru)
Siti Fatimah binti Hj. Sahar (Bahagian Pendidikan Guru)
Mohd Amin bin Said (Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik)
Hjh. Hajar binti Hj. Nordin (Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam)
Juairiah binti Marjonet (Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu)
Azeran bin Osman (Jabatan Pendidikan Negeri Melaka)
Abdullah bin Abdull Manaf (Jabatan Pendidikan Negeri Kedah)
Nordan bin Abu Bakar (Jabatan Pendidikan Negeri Pahang)
Hj. Madaile bin Hj. Basri (Jabatan Pendidikan Negeri Sabah)
Dayangku Hasnah binti Hj. Awang Bolhan (Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak)
Zaimah binti Zakaria (SMK Dato Undang Musa Al-Haj)
Panduan Pelaksanaan Program kementerian
Pembangunan Guru Baharu pendidikan
(PpgB) 2015 malaysia

K ata AL U - a l u a n
Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Sektor Pembangunan Profesionalisme Keguruan
Bismillahirahmanirrahim Guru Baharu, penekanan akan diberikan
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, kepada aplikasi pengetahuan dan kemahiran,
selamat sejahtera dan salam 1Malaysia terjemahan dasar berkaitan pengajaran dan
pembelajaran (PdP) dan hubung kait teori

T ransformasi pendidikan akan lebih efektif


jika fokus khusus diberikan kepada
usaha meningkatkan pencapaian murid dan
dan amalan PdP dengan mengambil kira
perkembangan terkini pendidikan di Malaysia
serta keperluan pendidikan abad ke-21.
pada masa yang sama penekanan diberikan
terhadap inisiatif membangunkan kapasiti guru Seiring dengan perubahan yang berlaku dalam
secara berterusan sepanjang kerjaya mereka. sistem pendidikan Malaysia pada masa ini,
Selaras dengan itu, Makmal NKRA Kualiti Bahagian Pendidikan Guru (BPG) sebagai
Guru pada April 2010 memutuskan bahawa bahagian yang bertanggungjawab untuk
Program Pembangunan Guru Baharu (PPGB) pelaksanaan PPGB mengambil inisiatif untuk
adalah satu daripada lima belas (15) inisiatif mengemas kini dan menambah baik pengisian
yang perlu dilaksanakan untuk memastikan program ini dengan menghasilkan Panduan
kecemerlangan profesion keguruan. Perkara Pelaksanaan Program Pembangunan Guru
ini turut diberikan penekanan di bawah Baharu (PPGB) 2015. Penghasilan panduan
Anjakan Keempat dalam Pelan Pembangunan ini adalah secara bersama dengan Jabatan
Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 iaitu Pendidikan Negeri, Institut Pendidikan Guru
Mentransformasi Profesion Keguruan Menjadi Malaysia dan pihak sekolah berdasarkan
Profesion Pilihan antaranya dengan berfokus pengalaman melaksanakan PPGB selama tiga
kepada peningkatan kualiti guru melalui tahun. Harapan saya agar panduan ini dapat
pelaksanaan Pembangunan Profesionalisme digunakan secara berkesan oleh semua pihak
Berterusan (PPB). yang berkepentingan dalam membangunkan
kompetensi dan profesionalisme Guru Baharu
PPGB yang bermula pada tahun 2011 hingga secara holistik.
kini adalah sebahagian daripada PPB untuk
memberikan sokongan kepada Guru Baharu
mencapai potensi mereka melalui bimbingan
berstruktur di peringkat sekolah. Pada fasa
permulaan pembangunan profesional berterusan DATUK DR. AMIN BIN SENIN

5
kementerian Panduan Pelaksanaan Program
pendidikan Pembangunan Guru Baharu
malaysia (PpgB) 2015

K ata AL U - a l u a n
Pengarah Bahagian Pendidikan Guru

Selamat sejahtera dan salam 1Malaysia dilengkapkan dengan pengetahuan berkaitan


dasar pendidikan terkini untuk diterjemahkan

P rogram Pembangunan Guru Baharu


(PPGB) bermula pada tahun 2011 di
sekolah-sekolah di bawah Kementerian
dalam strategi pengajaran dan pembelajaran
serta tugas harian mereka mendidik murid di
sekolah. Maka Panduan Pelaksanaan Program
Pendidikan Malaysia (KPM) dan sehingga kini Pembangunan Guru Baharu (PPGB) 2015
lebih daripada 19,000 Guru Baharu di seluruh dihasilkan sebagai asas untuk memastikan Guru
negara telah mengikuti program ini. Melalui Baharu dapat menguasai dan memantapkan
program bimbingan berstruktur berasaskan kompetensi profesionalisme mereka selaras
sekolah, program ini dibangunkan untuk dengan hasrat KPM agar guru di Malaysia
profesionalisme Guru Baharu yang pertama kekal berkualiti ke arah mentransformasi
kali menceburi diri dalam profesion keguruan di pendidikan negara. Panduan ini digunakan
sekolah. Guru Baharu yang mengikuti program sebagai rujukan bukan hanya oleh Guru
ini, antara satu hingga tiga tahun dan dalam Baharu, tetapi juga bahan rujukan Guru
tempoh masa tersebut, mereka dibimbing Mentor, Pentadbir Sekolah, Pejabat Pendidikan
untuk meningkatkan pengetahuan, kemahiran Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri dan pihak
serta amalan nilai profesional sebagai guru berkepentingan yang terlibat secara bersama
yang berkualiti dan profesional. Dapatan kajian untuk memastikan keberkesanan pelaksanaan
impak yang dilaksanakan pada tahun 2014 program ini.
terhadap Guru Baharu yang mengikuti PPGB
dari tahun 2011 hingga 2013 menunjukkan Diharapkan Panduan PPGB ini dapat membantu
program ini memberi perubahan yang positif Guru Baharu mengamalkan budaya kerja
terhadap pengetahuan, kemahiran, sikap dan cemerlang di sekolah untuk melahirkan murid
nilai profesionalisme mereka. yang boleh berhadapan dan bersaing dalam
dunia global masa hadapan.
Selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (Pendidikan Prasekolah hingga Lepas
Menengah) 2013-2025 dan Pelan Pembangunan
Profesionalisme Berterusan (Guru dan Pemimpin
Sekolah) KPM Edisi 2014, pengisian program ini
ditambah baik bagi memastikan Guru Baharu DATUK EE HONG

6
Panduan Pelaksanaan Program kementerian
Pembangunan Guru Baharu pendidikan
(PpgB) 2015 malaysia

a n
d u ng
Kan
Bab 1 Latar Belakang 9
Pendahuluan 11
Objektif PPGB 12
Panduan Pelaksanaan PPGB 2015 13

Bab 2 Pelaksanaan Fasa PPGB 15


Pengenalan 17
Fasa Orientasi 19
Fasa Pementoran 29
Fasa Pembangunan Profesionalisme 37
Contoh Pelaksanaan PPGB 43

Bab 3 Dokumen PPGB 47


Pengenalan 49
i. Surat Lantikan Guru Mentor oleh Pentadbir Sekolah 49
ii Akuan Terima Guru Mentor dan Guru Baharu 51
iii. Log Pementoran 53
iv. Borang Penilaian Guru Baharu 55
v. Laporan Status Pelaksanaan PPGB 59
vi. Sijil Penyertaan dan Sijil Penghargaan PPGB 62

Bab 4 Bahan Rujukan 65


Pengenalan 67
Panduan Pementoran 69
Surat Siaran KPM Bilangan 21 Tahun 2012: Panduan 77
Pelaksanaan PPGB di Sekolah-sekolah di bawah KPM
Kompetensi Profesional Guru 95

Bibliografi 101
Penghargaan 105

7
Bab 1
Latar Belakang
Panduan Pelaksanaan Program kementerian
Pembangunan Guru Baharu pendidikan
(PpgB) 2015 malaysia

PENDAHULUAN
Program Pembangunan Guru Baharu (PPGB) ialah salah satu daripada program yang
menyokong pembangunan profesionalisme berterusan Guru Baharu iaitu guru yang pertama
kali memasuki perkhidmatan pendidikan dan ditempatkan di sekolah. Program ini dilaksanakan
berasaskan sekolah (work-based programme) melalui bimbingan berstruktur dan meliputi Fasa
Orientasi, Fasa Pementoran dan Fasa Pembangunan Profesionalisme. Tempoh pelaksanaan
PPGB ini adalah antara satu (1) hingga tiga (3) tahun.

Guru Baharu diletakkan di bawah bimbingan seorang Guru Mentor yang berpengalaman
untuk mempelajari tentang persekitaran dan budaya kerja sekolah serta mendapatkan
pengetahuan yang lebih mendalam berkaitan sistem dan aspirasi pendidikan negara. Guru
Baharu juga berpeluang mendalami bidang pengajaran dan pembelajaran (PdP) berdasarkan
ilmu dan kemahiran sedia ada, mempelajari pengurusan mata pelajaran serta pengurusan
dan pentadbiran sekolah melalui interaksi, tunjuk ajar dan bekerja secara bersama dengan
guru lain seperti Penolong Kanan, Ketua Bidang, Ketua Panitia, Guru Kaunselor serta guru
penasihat kokurikulum, sukan dan persatuan/kelab di sekolah. Guru Baharu juga digalakkan
menggunakan inisiatif kendiri untuk mempelopori tugas, tanggungjawab dan peranan mereka
di sekolah selaras dengan aspirasi pembangunan profesionalisme berterusan bagi setiap guru.
Secara keseluruhannya, PPGB dilaksanakan untuk mengupaya Guru Baharu melahirkan murid
yang berpengetahuan, berfikiran tinggi, berkemahiran memimpin, berkebolehan berkomunikasi
dalam pelbagai bahasa, beretika dan beridentiti nasional.

Rajah 1: Pengenalan Program Pembangunan Guru Baharu

program pembangunan
guru baharu

Program sokongan terhadap pembangunan


profesionalisme dan kompetensi Guru Baharu

Program pembelajaran melalui bimbingan


berstruktur berasaskan sekolah

Program penyesuaian antara ilmu dan


kemahiran sedia ada Guru Baharu
dengan situasi semasa sekolah

11
kementerian Panduan Pelaksanaan Program
pendidikan Pembangunan Guru Baharu
malaysia (PpgB) 2015

OBJEKTIF PPGB
Secara khususnya, Program Pembangunan Guru Baharu (PPGB) bertujuan untuk membantu
Guru Baharu:

mengadaptasi persekitaran, komuniti dan budaya sekolah bagi membolehkan mereka


berperanan dalam situasi sebenar,

memperkembangkan potensi mereka melalui:

amalan sikap positif;


peningkatan daya suai, daya tahan, daya saing dan daya cipta;
peningkatan kemahiran memerhati, keprihatinan dan kepekaan terhadap murid;
kemahiran menyepadukan teori dengan amali PdP; dan
penguasaan dan pemantapan strategi pengajaran serta kemahiran mengenal
pasti dan menyelesaikan masalah PdP.

membangun kompetensi profesionalisme secara berterusan iaitu melalui peningkatan


pengetahuan, pemantapan kemahiran dan pengamalan nilai profesional yang lebih
kukuh bagi memenuhi keperluan pendidikan abad ke-21.

Rajah 2: Dimensi Kompetensi Profesional Guru Baharu

kemahiran pengetahuan
Nilai
Profesional

Sumber Rujukan:

Dipetik daripada Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan (Guru dan Pemimpin


Sekolah) Kementerian Pendidikan Malaysia Edisi 2014 (m.s. 17-19).

12
Panduan Pelaksanaan Program kementerian
Pembangunan Guru Baharu pendidikan
(PpgB) 2015 malaysia

PANDUAN PELAKSANAAN PPGB 2015


Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PPGB) pada asasnya adalah berpandukan
Modul Program Pembangunan Guru Baharu yang telah dibangunkan dalam Makmal NKRA
Kualiti Guru pada tahun 2010 dan Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
Bilangan 21 Tahun 2012: Panduan Pelaksanaan PPGB di Sekolah-sekolah di bawah KPM.
Kini dengan berlakunya perubahan dalam dasar pendidikan antaranya dengan pelancaran
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (Pendidikan Prasekolah hingga Lepas
Menengah) dan Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan (Guru dan Pemimpin
Sekolah) KPM Edisi 2014, maka Panduan Pelaksanaan PPGB 2015 dihasilkan dengan isi
kandungannya dikemaskinikan dan disusun semula dengan maklumat dan bahan terkini bagi
Fasa Orientasi, Fasa Pementoran dan Fasa Pembangunan Profesionalisme.

Selaras dengan itu, Panduan Pelaksanaan PPGB ini perlu dibaca bersama-sama dengan
dokumen berikut:

Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Bilangan 21 Tahun 2012:


Panduan Pelaksanaan PPGB di Sekolah-sekolah di bawah KPM.

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (Pendidikan Prasekolah hingga


Lepas Menengah).

Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan (Guru dan Pemimpin Sekolah) KPM


Edisi 2014.

Isi kandungan panduan ini disusun dengan cadangan fokus atau kandungan berserta cadangan
tempoh masa pelaksanaan bagi Fasa Orientasi, Fasa Pementoran dan Fasa Pembangunan
Profesionalisme untuk rujukan Guru Baharu, Guru Mentor, Pentadbir Sekolah serta guru lain
di sekolah bertujuan:

sebagai asas untuk PPGB dilaksanakan di sekolah; dan

untuk mewujudkan keselarasan dalam isi kandungan dan pengoperasian program


di sekolah-sekolah seluruh negara.

13
kementerian Panduan Pelaksanaan Program
pendidikan Pembangunan Guru Baharu
malaysia (PpgB) 2015

Panduan ini mengandungi empat (4) bab seperti berikut:

Bab 1 Latar belakang menerangkan secara ringkas Program Pembangunan Guru


Baharu (PPGB) serta memperkenalkan kandungan Panduan Pelaksanaan Program
Pembangunan Guru Baharu 2015.

Bab 2 Pelaksanaan Fasa PPGB mengandungi maklumat berkaitan Fasa Orientasi,


Fasa Pementoran dan Fasa Pembangunan Profesionalisme berserta cadangan susunan
fokus atau isi kandungan dan cadangan tempoh pelaksanaan bagi setiap fasa.

Bab 3 Dokumen PPGB menggariskan dokumen yang digunakan dalam pelaksanaan


PPGB bersama tatacara penyediaan dan penggunaan dokumen iaitu:

Surat Lantikan Mentor oleh Pentadbir Sekolah

Akuan Terima Guru Mentor dan Guru Baharu

Log Pementoran

Borang Penilaian Guru Baharu

Laporan Status Pelaksanaan PPGB

Sijil Penyertaan PPGB dan Sijil Penghargaan PPGB

Bab 4 Bahan Rujukan memaparkan bahan bacaan dan dokumen rujukan bagi
pelaksanaan PPGB seperti berikut:

Panduan Pementoran

Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Bilangan 21 Tahun


2012: Panduan Pelaksanaan PPGB di Sekolah-sekolah di bawah KPM

Kompetensi Profesional Guru, petikan daripada Pelan Pembangunan


Profesionalisme Berterusan (Guru dan Pemimpin Sekolah) Kementerian
Pendidikan Malaysia Edisi 2014, m.s. 17-19

14
Bab 2
Pelaksanaan Fasa
PPGB
Panduan Pelaksanaan Program kementerian
Pembangunan Guru Baharu pendidikan
(PpgB) 2015 malaysia

PENGENALAN
Pada dasarnya, pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PPGB) distrukturkan secara
tiga (3) fasa iaitu Fasa Orientasi, Fasa Pementoran dan Fasa Pembangunan Profesionalisme
seperti dalam Rajah 3.

Rajah 3: Fasa Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PPGB)

PPGB bermula dengan Fasa Orientasi selama tiga bulan pertama. Dalam tempoh fasa ini,
Guru Baharu juga melalui Fasa Pementoran bersama-sama Guru Mentor yang dilantik khas
oleh pihak sekolah untuk membimbing dan sebagai focal point Guru Mentor. Sepanjang
tempoh ini juga; Guru Baharu berpeluang melalui program pembelajaran untuk membangunkan
kompetensi profesional mereka. Oleh itu, ketiga-tiga fasa dalam program ini boleh berlaku
secara serentak. Pusingan ini berlaku pada tahun pertama dan dijangka majoriti Guru
Baharu akan melengkapkan PPGB dengan jayanya dalam tempoh ini. Sekiranya Guru Baharu
memerlukan bimbingan lanjut, PPGB disambung ke tahun kedua dan tahun ketiga.

17
kementerian Panduan Pelaksanaan Program
pendidikan Pembangunan Guru Baharu
malaysia (PpgB) 2015

Cadangan isi kandungan bagi ketiga-tiga fasa ini disusun secara berasingan bagi tujuan
persembahan dalam Panduan Pelaksanaan PPGB ini. Berikut adalah maklumat ringkas
berkaitan isi kandungan bagi setiap fasa:

Fasa
Fasa Fasa Pembangunan
Maklumat Orientasi Pementoran Profesionalisme

Tempoh Fasa

Objektif

Cadangan Kaedah Pelaksanaan

Dokumentasi Guru Baharu

Rekod Guru Mentor

Cadangan Minggu Pelaksanaan

Fokus

Perincian Kandungan

Keberhasilan (Outcomes)

Dimensi Kompetensi Profesional

Penilaian dan Pentaksiran Guru Baharu

Cadangan Tempoh Masa

Aspek

Dimensi Pengetahuan

Dimensi Kemahiran

Dimensi Nilai Profesional

Cadangan Bulan Pelaksanaan

Catatan

Bagi tujuan pelaksanaan, Guru Mentor boleh mengubah suai dan menggabungkan aspek
atau fokus kandungan daripada mana-mana fasa yang difikirkan sesuai untuk memenuhi
keperluan semasa Guru Baharu sepanjang tempoh pelaksanaan PPGB.

18
Fasa Orientasi
Panduan Pelaksanaan Program kementerian
Pembangunan Guru Baharu pendidikan
(PpgB) 2015 malaysia

Tempoh Fasa : 3 bulan pertama selepas Guru Baharu melaporkan diri di


sekolah (dilaksanakan seiring dengan Fasa Pementoran dan
Fasa Pembangunan Profesionalisme).

Objektif : Membantu Guru Baharu mengadaptasi persekitaran, komuniti


dan budaya sekolah bagi membolehkan mereka berperanan
dalam situasi sebenar.

Cadangan Kaedah : Sesi formal & tidak formal


Pelaksanaan
1. Penerangan

2. Perbincangan

3. Pemerhatian & catatan

4. Pengumpulan maklumat

5. Bimbingan

6. Ceramah & bengkel

7. Ziarah/ lawatan sosial

Dokumentasi Guru : Portfolio


Baharu
Nota: Dokumen yang sama digunakan sepanjang pelaksanaan
PPGB

Rekod Guru Mentor : Log Coaching and Mentoring

Catatan : 1. Guru Mentor membimbing Guru Baharu menyediakan


portfolio (Rujuk Format Penyediaan Portfolio, m.s. 25).

2. Guru Mentor memastikan Guru Baharu menyiapkan


perkara 1, 2, 4 dan 5 pada akhir 3 bulan pertama (Rujuk
Senarai Semak Portfolio, m.s. 26).

3. Pentadbir Sekolah, Guru Mentor, Staf dan Persatuan Ibu


Bapa dan Guru (PIBG) memberikan taklimat, penerangan
secara formal dan tidak formal kepada Guru Baharu.
Memasyarakatkan Guru Baharu dengan budaya masyarakat
setempat dengan menghadiri dan melibatkan diri secara
berterusan dalam majlis perkahwinan, perayaan agama/
kaum dan sebagainya.

21
kementerian Panduan Pelaksanaan Program
pendidikan Pembangunan Guru Baharu
malaysia (PpgB) 2015

Cadangan Cadangan dan Keberhasilan


Perincian Kandungan
Minggu Fokus (Outcomes)

1 Profesionalisme Merealisasi Fokus KPM Menerap dan


Keguruan Strong Implementation, Rapid mengamal
Execution Excellence: nilai-nilai
Ultimate Reach of an profesionalisme
Organization (SIRE-EURO) keguruan
dalam tugas
Menimba Ilmu,
harian
Menyempurnakan Akhlak
(sapaan, beri laluan,
kebersihan)
Kod Etika Keguruan
Standard Guru Malaysia (SGM)
Standard Kualiti Pendidikan
Malaysia (SKPM)
2 Budaya, Visi, Misi dan Aspirasi/Hala tuju Memahami dan
Organisasi dan sekolah bersedia untuk
Persekitaran Latar belakang dan pencapaian menyesuaikan
Sekolah murid diri dengan
persekitaran
Organisasi sekolah
dan amalan
Taraf sekolah kerja serta
Persekitaran sekolah menghormati
Guru dan budaya kerja sekolah budaya dan
adat resam
Budaya komuniti tempatan:
komuniti
Majlis keagamaan dan setempat
kebudayaan
Adat resam
Kepercayaan
Pantang larang
Bahasa/loghat/dialek
Nilai
Makanan dan pakaian
Adat istiadat hal ehwal anak
negeri

22
Panduan Pelaksanaan Program kementerian
Pembangunan Guru Baharu pendidikan
(PpgB) 2015 malaysia

Cadangan Cadangan dan Keberhasilan


Perincian Kandungan
Minggu Fokus (Outcomes)

3 Pentadbiran Pentadbiran Sekolah Mengetahui


dan Pengurusan dan tugas-tugas dan memahami
Pengurusan jawatankuasa sekolah tugas-tugas
Sekolah pentadbiran
Polisi dan peraturan sekolah
dan
Kemudahan prasarana pengurusan
Pengurusan prosedur dan sekolah
kewangan sekolah
Pengurusan Headcount
Pengurusan data dan
maklumat murid
Pengurusan Teknologi
Maklumat dan Komunikasi
(TMK)
Aspek lain yang berkaitan
Organisasi PIBG
Peranan Pejabat Pendidikan
Daerah, Jabatan Pendidikan
Negeri dan Kementerian
Pendidikan Malaysia
4 Pekeliling Pekeliling Perkhidmatan Awam Mengetahui
Perkhidmatan dan mendalami
Perintah-perintah Am Bab A
Awam, peranan dan
hingga Bab G
Pekeliling KPM, tanggungjawab
Dasar dan Pekeliling Perbendaharaan guru sebagai
Program KPM penjawat awam
Akta Pendidikan 1996 (Akta 550)
serta haluan
kerjaya dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan
profesion Pekeliling Ikhtisas dan Surat Siaran
keguruan KPM
Dasar-dasar KPM;
Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM)
Pelan Pembangunan
Profesionalisme Berterusan
(PPPB)
Penilaian Bersepadu Pegawai
Perkhidmatan Pendidikan
(PBPPP)
Misi dan Visi KPM
MBMMBI

23
kementerian Panduan Pelaksanaan Program
pendidikan Pembangunan Guru Baharu
malaysia (PpgB) 2015

Cadangan Cadangan dan Keberhasilan


Perincian Kandungan
Minggu Fokus (Outcomes)

5 Pengurusan Hal Perkhidmatan bimbingan dan Memahami dan


Ehwal Murid kaunseling bersedia untuk
melaksana
Pengurusan kebajikan murid
tugas-tugas
Pendaftaran dan pertukaran murid pengurusan
sekolah.
6 7 Pengurusan Dokumen standard/kurikulum
Kurikulum
Rancangan Pelajaran Harian dan
Rancangan Pelajaran Tahunan
Pengurusan Buku Rekod Mengajar
Pengurusan jadual waktu
Pengurusan pentaksiran
berasaskan sekolah dan
peperiksaan
Buku teks
Aspek lain yang berkaitan
8 9 Pengurusan Pengurusan dan pengendalian
Kokurikulum aktiviti kokurikulum
Aspek lain yang berkaitan
10 Pengurusan Pematuhan kepada Dasar 1Murid Memahami dan
Sukan 1Sukan bersedia untuk
melaksanakan
Aspek lain yang berkaitan
tugas-tugas
11 12 Pengurusan Disiplin murid pengurusan
Sahsiah Murid sekolah.
Rekod salah laku murid

24
Panduan Pelaksanaan Program kementerian
Pembangunan Guru Baharu pendidikan
(PpgB) 2015 malaysia

FORMAT PENYEDIAAN PORTFOLIO


1. PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB
1.1 Kurikulum Vitae
1.2 Falsafah Pendidikan Kebangsaan
1.3 Skop Kerja
1.4 Sasaran Kerja Tahunan

2. PROFIL SEKOLAH
2.1 Maklumat Asas Sekolah
2.2 Objektif Sekolah/ Unit
2.3 Logo, Visi, Misi dan Piagam Sekolah
2.4 Carta Organisasi
2.5 Lampiran :
i) Pelan Sekolah
ii) Takwim Sekolah
iii) Peraturan Sekolah
iv) Lagu Sekolah
v) Koleksi Dokumen Berkaitan

3. PELAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL


3.1 Matlamat Pengajaran/ Kepimpinan Masa Hadapan
3.2 Cadangan Aktiviti untuk Penambahbaikan
3.3 Penyertaan dalam Aktiviti PPB

4. SUMBANGAN KEPADA ORGANISASI/ PROFESION


4.1 Senarai Tugas dan Jawatankuasa
4.2 Sumbangan kepada KPM/ JPN/ PPD
4.3 Penulisan/ Penerbitan

5. BAHAN BUKTI DALAM PdP/ KEPIMPINAN


5.1 Sukatan Mata Pelajaran/ Rancangan Mengajar dan Penilaian/
Perancangan Strategik
5.2 Contoh Hasil Kerja

6. ANUGERAH/ PENCAPAIAN
6.1 Anugerah Perkhidmatan
6.2 Anugerah dalam PdP/ Kepimpinan/ Lain-lain

7. PENILAIAN PdP/ KEPIMPINAN


7.1 Bahan Bukti Keberkesanan Pengajaran/ Kepimpinan
7.2 Rakaman Video Pengajaran/ Kepimpinan
7.3 Maklum Balas Murid/ Ketua Jabatan

25
kementerian Panduan Pelaksanaan Program
pendidikan Pembangunan Guru Baharu
malaysia (PpgB) 2015

SENARAI SEMAK PORTFOLIO


A. Diisi oleh Guru Baharu Bulan Bulan
[Sila tanda ( ) bagi perkara yang telah lengkap] ke-3 ke-12

1. PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB


1.1 Kurikulum Vitae
1.2 Falsafah Pendidikan Kebangsaan
1.3 Skop Kerja
1.4 Sasaran Kerja Tahunan

2. PROFIL SEKOLAH
2.1 Maklumat Asas Sekolah
2.2 Objektif Sekolah/ Unit
2.3 Logo, Visi, Misi dan Piagam Sekolah
2.4 Carta Organisasi
2.5 Lampiran:
i) Pelan Sekolah
ii) Takwim Sekolah
iii) Peraturan Sekolah
iv) Lagu Sekolah
v) Koleksi Dokumen Berkaitan

3. PELAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL


3.1 Matlamat Pengajaran/ Kepimpinan Masa Hadapan
3.2 Cadangan Aktiviti untuk Penambahbaikan
3.3 Penyertaan dalam Aktiviti PPB

4. SUMBANGAN KEPADA ORGANISASI/ PROFESION


4.1 Senarai Tugas dan Jawatankuasa
4.2 Sumbangan kepada KPM/ JPN/ PPD
4.3 Penulisan/ Penerbitan

5. BAHAN BUKTI DALAM PdP/ KEPIMPINAN


5.1 Sukatan Mata Pelajaran/ Rancangan Mengajar dan
Penilaian/ Perancangan Strategik
5.2 Contoh Hasil Kerja

6. ANUGERAH/ PENCAPAIAN
6.1 Anugerah Perkhidmatan
6.2 Anugerah dalam PdP/ Kepimpinan/ Lain-lain

7. PENILAIAN PdP/ KEPIMPINAN


7.1 Bahan Bukti Keberkesanan Pengajaran/ Kepimpinan
7.2 Rakaman Video Pengajaran/ Kepimpinan
7.3 Maklum Balas Murid/ Ketua Jabatan

Tandatangan Guru Baharu : ........ .........

Tarikh : ........ .........

26
Panduan Pelaksanaan Program kementerian
Pembangunan Guru Baharu pendidikan
(PpgB) 2015 malaysia

B. Semakan oleh Guru Mentor

Bulan ke-3 Bulan ke-12

Perkara 1 hingga 7 telah Setiap perincian dalam perkara


disediakan. 3, 6 (jika berkaitan) dan 7 telah
dilengkapkan.

Setiap perician dalam perkara 1,


2, 4 dan 5 telah dilengkapkan.

Ulasan : Ulasan :
................................................................... ...................................................................
................................................................... ...................................................................
................................................................... ...................................................................
................................................................... ...................................................................

Tandatangan Tandatangan

................................ ................................
(Guru Mentor) (Guru Mentor)
Tarikh : Tarikh :

C. Pengesahan oleh Pengetua/Guru Besar

Ulasan :

.....................................................................................................................................

.....................................................................................................................................

.....................................................................................................................................

Tandatangan

.................................................
(Pengetua/Guru Besar)

Tarikh :

27
FASA PEMENTORAN
Panduan Pelaksanaan Program kementerian
Pembangunan Guru Baharu pendidikan
(PpgB) 2015 malaysia

Tempoh Fasa : Satu tahun bermula dari hari pertama Guru Baharu
melaporkan diri di sekolah. (Rujuk catatan di m.s. 32)

Tempoh boleh dilanjutkan sekiranya Guru Baharu tidak


menunjukkan peningkatan kemahiran dan kompetensi
yang ditetapkan (rujuk Dimensi Kompetensi Profesional
di bawah).

Objektif : Memberi bimbingan, sokongan dan bantuan secara profesional


dan berstruktur kepada Guru Baharu sehingga Guru Baharu
mencapai tahap Kompetensi Profesionalisme seperti yang
dihasratkan (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2014):
Memupuk sikap positif, dan mengamalkan nilai profesional
keguruan;

Meningkatkan daya suai, daya tahan, daya saing dan


daya cipta;

Meningkatkan kemahiran memerhati, keprihatinan dan


kepekaan terhadap murid;

Menyepadukan teori dengan amali PdP;

Menguasai dan memantapkan strategi pengajaran; dan

Mengenal pasti dan menyelesaikan masalah PdP dan


seterusnya memperkembangkan potensi guru.

Dimensi Kompetensi 1. Pengetahuan


Profesional
2. Kemahiran

3. Nilai Profesional

Cadangan Kaedah : Sesi formal & tidak formal


Pelaksanaan
1. Penerangan
2. Perbincangan

3. Pemerhatian & catatan

4. Pengumpulan maklumat

5. Bimbingan

6. Ceramah & bengkel

Dokumentasi Guru : Portfolio


Baharu
Nota: Dokumen yang sama digunakan sepanjang pelaksanaan
PPGB

31
kementerian Panduan Pelaksanaan Program
pendidikan Pembangunan Guru Baharu
malaysia (PpgB) 2015

Rekod Guru Mentor : Log Coaching and Mentoring (Rujuk Panduan Pementoran,
m.s. 69)

Penilaian & : 1. Berasaskan Portfolio Guru Baharu


Pentaksiran
2. Penilaian Guru Baharu
Terhadap
Pembangunan Guru
Baharu:

Cadangan Tempoh : Sepanjang tahun


Masa

Catatan:

1. Fasa Pementoran merangkumi Fasa Orientasi.

2. Kandungan yang tercatat dalam Fasa Orientasi dikembangkan dengan lebih terperinci
melalui mod yang lebih praktikal:

a. Guru Baharu diberi peluang untuk mengambil bahagian secara aktif dan hands-on
dalam pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam dan luar bilik darjah.

b. Guru Baharu juga diberi pengalaman dalam pengurusan hal ehwal murid dan program
sekolah yang juga meliputi aspek pentadbiran dan sebagainya.

c. Guru Baharu juga dipimpin melaksanakan kajian tindakan terhadap proses pengajaran
dan pembelajaran bagi tujuan memperbaiki amalan pengajaran dan pembelajaran.

32
Panduan Pelaksanaan Program kementerian
Pembangunan Guru Baharu pendidikan
(PpgB) 2015 malaysia

Cadangan dan Fokus Kandungan

Dimensi Dimensi Nilai


Aspek Dimensi Kemahiran
Pengetahuan Profesional

Proses Kandungan mata Menterjemah kurikulum Ketuhanan


Pengajaran dan pelajaran
Merancang Rancangan Bersyukur

Pembelajaran
Kurikulum (KSSR/ Pelajaran Tahunan &
(menjurus Penyayang
KBSM/ KSSM) Rancangan Pelajaran
kepada mata Ikhlas

Harian
pelajaran/ Pentaksiran
bidang Berasaskan Pelaksanaan PdP Bertimbang rasa

pengkhususan) Sekolah (PBS) dan (mengaplikasi teori kepada Berbudi bahasa

Penilaian amalan)
Empati

Ilmu Pendidikan, Set induksi
pedagogi Integriti
Sumber pendidikan
Pelbagai Amanah

Kemahiran komunikasi
pendekatan PdP Berakauntabiliti

dan psikologi Teknik penyoalan
Adil
(contoh: Kemahiran Berfikir Aras
pengurusan Tinggi (KBAT) Efisien
kelas (classroom
Tugasan murid Berilmu

management) dan
pengurusan murid) Kreatif, kritis dan

inovatif

Ketepatan

Interpersonal dan

intrapersonal

Berdaya tahan

Berdaya usaha

Kecintaan terhadap
profesion

Imej keguruan

Kualiti keguruan

Patriotisme dan
tanggungjawab
sosial

Pengorbanan

untuk negara

Toleransi sosial

33
kementerian Panduan Pelaksanaan Program
pendidikan Pembangunan Guru Baharu
malaysia (PpgB) 2015

Cadangan dan Fokus Kandungan

Dimensi Dimensi Nilai


Aspek Dimensi Kemahiran
Pengetahuan Profesional

Penilaian dan PBS yang Penilaian pembelajaran Adil


Pentaksiran merangkumi murid
Integriti
Pencapaian komponen seperti:
Refleksi pengajaran guru
Murid
Pedagogi

Pentaksiran
Sekolah (PS)

PAJSK

Pentaksiran
Psikometrik

UPSR

PT3

SPM

Pengurusan Bilik Kepentingan Pengurusan kelas Efisien


Darjah bilik darjah yang
Menguruskan bilik darjah
kondusif untuk
kondusif
pembelajaran

Susun atur kelas


abad ke-21

Pengurusan Pekeliling ikhtisas Mengenal pasti kesalahan Ketuhanan


Disiplin Murid mengenai disiplin disiplin pelajar dan
Penyayang
pelajar yang sedang merujuk kepada prosedur
berkuat kuasa pengurusan disiplin Integriti

Pengurusan Sistem Fail Mengurus fail secara Integriti


Fail, Aktiviti sistematik dan boleh
Pekeliling/dasar Efisien
dan Program diakses dengan mudah
berkaitan
Kokurikulum
Merekodkan dan
(Aktiviti Kelab,
menguruskan pensijilan
Persatuan
dan Badan
Beruniform)

34
Panduan Pelaksanaan Program kementerian
Pembangunan Guru Baharu pendidikan
(PpgB) 2015 malaysia

Cadangan dan Fokus Kandungan

Dimensi Dimensi Nilai


Aspek Dimensi Kemahiran
Pengetahuan Profesional

Pengurusan Pentaksiran Aktiviti Mengurus fail secara Perpaduan


Fail, Aktiviti dan Jasmani, Sukan dan sistematik dan boleh
Toleransi
Program Sukan Kokurikulum diakses dengan mudah
1Murid 1Sukan Tolak ansur
Merekodkan dan
menguruskan pensijilan Efisien

Pengurusan Sistem Fail Merekodkan dan Ketuhanan


Kebajikan Murid menguruskan kebajikan
Pekeliling/dasar Penyayang
berkaitan
Integriti
Pengurusan Fungsi Fasilitasi Penyayang
Kaunseling Perkhidmatan
Memotivasi murid Efisien
Kaunseling
Mengurus kebajikan murid

Mengenal pasti
dan membantu
memperkembangkan
potensi murid

Pengurusan Pekeliling Asas Perakaunan Integriti


Kewangan dan Perbendaharaan
Pengurusan Kewangan Efisien
Pentadbiran yang sedang
Sekolah berkuat kuasa Akauntabiliti

Outcome-based
budgeting (OBB)

Pengurusan Pelan tindakan, Menyediakan kertas Integriti


Program- pengoperasian, konsep
Efisien
program Sekolah etiket dan protokol

(Contoh:

Hari Graduasi
Sekolah,

Hari Anugerah
Cemerlang)

35
FASA PEMBANGUNAN
PROFESIONALISME
Panduan Pelaksanaan Program kementerian
Pembangunan Guru Baharu pendidikan
(PpgB) 2015 malaysia

Tempoh Fasa : Hari pertama Guru Baharu melapor diri di sekolah dan berterusan
sepanjang kerjaya sebagai guru.

Objektif : Membimbing dan membangunkan kompetensi profesionalisme


Guru Baharu dalam meningkatkan pengetahuan, kemahiran
dan nilai profesional yang berkaitan bagi memenuhi keperluan
pendidikan abad ke-21.

Cadangan Kaedah : Dilaksanakan secara formal dan tidak formal:


Pelaksanaan
1. Inisiatif kendiri (individu dan berasaskan sekolah)

2. Inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia

Cadangan aktiviti PPB:

Komuniti Pembelajaran Profesional (Professional Learning


Community - PLC)

Portal e-Guru

Wacana Ilmu

Penyelidikan

Penulisan dan Pengkaryaan

Lawatan Penanda Aras

Ulasan Buku

Inovasi

Coaching and Mentoring

Bengkel

Peningkatan Akademik

Kursus

Aktiviti PPB (Guru dan Pemimpin Sekolah Edisi 2014)

Dokumentasi Guru : Portfolio


Baharu
Nota: Dokumen yang sama digunakan sepanjang pelaksanaan
PPGB

Rekod Guru Mentor : Log Coaching and Mentoring

Nota: Dokumen yang sama digunakan sepanjang pelaksanaan


PPGB

39
kementerian Panduan Pelaksanaan Program
pendidikan Pembangunan Guru Baharu
malaysia (PpgB) 2015

Cadangan Pelaksanaan

Cadangan Keberhasilan
Fokus Kandungan Catatan
Bulan (Outcomes)
1 Dasar-dasar KPM Amalan dan Mengetahui, Dilaksanakan
pelaksanaan memahami dan semasa Fasa
Rujuk Pelan
pembangunan menghayati Orientasi
Panduan Pembangunan
profesionalisme serta dapat
Orientasi Pendidikan Bahan-bahan
berterusan menterjemahkan
Malaysia berkaitan boleh
dasar utama
(PPPM) Strategi dimasukkan
KPM
pelaksanaan dalam Portfolio
Pelan
pembangunan PPB
Pembangunan
profesionalisme
Profesionalisme Pendedahan
berterusan
Berterusan kepada
(PPPB) sistem-sistem
pengurusan
Penilaian
KPM. Contoh:
Bersepadu
SPL KPM,
Pegawai
HRMIS, SPS dan
Perkhidmatan
lain-lain (sila layari
Pendidikan
www.moe.gov.
(PBPPP)
my untuk rujukan
Misi dan Visi lebih lanjut)
KPM
2 Etika Keguruan dan Peranan dan Akauntabiliti Boleh dilaksanakan
Penjawat Awam tanggungjawab sebagai pendidik semasa Fasa
Rujuk
guru sebagai Orientasi
Panduan
penjawat awam
Orientasi
Adab Bina Ilmu,
Menyempurna
Akhlak
3 Pengurusan Prosedur Mengamalkan Boleh dilaksanakan
Kewangan Sekolah kewangan sekolah pengurusan semasa Fasa
Rujuk
pembelian, kewangan Orientasi
Panduan
petty cash dan peribadi dan
Orientasi
sebagainya sekolah yang
positif
Integriti dalam
menguruskan
kewangan

40
Panduan Pelaksanaan Program kementerian
Pembangunan Guru Baharu pendidikan
(PpgB) 2015 malaysia

Cadangan Pelaksanaan

Cadangan Keberhasilan
Fokus Kandungan Catatan
Bulan (Outcomes)
4-5 Pedagogi Bilik Menghadapi Mempelbagai Boleh dilaksanakan
Darjah murid pelbagai kaedah dan semasa sesi
keupayaan dan pendekatan LADAP, PLC,
kebolehan dalam pengajaran pementoran
kelas yang sama
KBAT Menerapkan Mahir Contoh aspek
kemahiran berfikir menggunakan KBAT program
aras tinggi dalam aplikasi KBAT i-THINK dilakukan
PdP dalam PdP dalam PdP guru
6 Penilaian dan Pentaksiran Memahami dan
pentaksiran dalam Berasaskan melaksanakan
mata pelajaran Sekolah (PBS) penilaian dan
pentaksiran
i) UPSR
dengan penuh
ii) PT3 integriti
iii) SPM

iv) STPM/STAM
Rekod
perkembangan
pembelajaran
murid
7 Kajian Tindakan Pendedahan Menghasilkan Rujuk Buku Manual
kepada kajian kajian Kajian Tindakan
tindakan tindakan untuk terbitan BPPDP di
penambahbaikan laman web
Mengenal pasti
proses PdP www.moe.gov.my
masalah dan fokus
kajian, mengumpul
data dan menulis
laporan kajian
tindakan

Perkongsian hasil
kajian tindakan
kepada pihak
sekolah

41
kementerian Panduan Pelaksanaan Program
pendidikan Pembangunan Guru Baharu
malaysia (PpgB) 2015

Cadangan Pelaksanaan

Cadangan Keberhasilan
Fokus Kandungan Catatan
Bulan (Outcomes)
8 dan Pendidikan abad Pembacaan Guru Baharu Book review
seterusnya ke-21 dan ulasan dapat dikira sebagai
buku berkaitan mengaplikasikan latihan yang boleh
perkembangan ciri-ciri dimasukkan dalam
terkini dalam pembelajaran di SPL KPM
pendidikan abad ke-21

Pembelajaran
sepanjang hayat

Lawatan penanda
aras

42
CONTOH
PELAKSANAAN PPGB
Panduan Pelaksanaan Program kementerian
Pembangunan Guru Baharu pendidikan
(PpgB) 2015 malaysia

45
Bab 3
Dokumen PPGB
Panduan Pelaksanaan Program kementerian
Pembangunan Guru Baharu pendidikan
(PpgB) 2015 malaysia

PENGENALAN
Dokumen Program Pembangunan Guru Baharu (PPGB) adalah dokumen yang diperlukan bagi
memulakan dan melaksanakan PPGB. Perincian setiap dokumen serta tatacara penyediaan
dan penggunaan dokumen adalah seperti di bawah.

I. Surat Lantikan Guru Mentor oleh Pentadbir Sekolah

Surat Lantikan Guru Mentor adalah surat arahan kepada Guru Mentor yang dipilih
khas untuk membimbing Guru Baharu membangunkan kompetensi profesional mereka.
Pemilihan Guru Mentor adalah berdasarkan kesesuaian opsyen Guru Mentor dan
opsyen Guru Baharu, pengalaman mengajar, pengetahuan, kemahiran dan personaliti
Guru Mentor.

Tatacara

1. Surat lantikan ini dikeluarkan kepada Guru Mentor sekurang-kurangnya satu (1)
minggu selepas Guru Baharu melaporkan diri di sekolah.

2. Maklumat seperti nama dan nombor kad pengenalan Guru Mentor dan nama
Guru Baharu serta tempoh pelaksanaan program dinyatakan.

3. Surat lantikan ini ditandatangani oleh Pengetua atau Guru Besar.

4. Satu (1) salinan surat disimpan dalam fail sekolah.

49
kementerian Panduan Pelaksanaan Program
pendidikan Pembangunan Guru Baharu
malaysia (PpgB) 2015

CONTOH SURAT LANTIKAN GURU MENTOR OLEH PENTADBIR SEKOLAH

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN 1MALAYSIA


LOGO JALAN PINANG SEBATANG
SEKOLAH 90000 MIRI No. Telefon : 085-4312030
SARAWAK No. Fax : 085-4313000

Ruj. Kami : SMK1M/PP.3977


Tarikh :

NAMA
NO. KAD PENGENALAN

Tuan/Puan,

PELANTIKAN SEBAGAI GURU MENTOR BAGI PROGRAM PEMBANGUNAN GURU


BAHARU (PPGB)

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa bagi memenuhi keperluan pelaksanaan Program


Pembangunan Guru Baharu, maka dengan ini tuan/puan dilantik sebagai Guru Mentor
kepada Encik/Puan/Cik ____________________________________________________________
bermula pada __________________ sehingga __________________.

3. Pihak sekolah percaya komitmen tuan/puan dalam pelaksanaan program ini berdasarkan
pematuhan kepada Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 21 Tahun 2012
dapat membangunkan kompetensi profesional Guru Baharu seperti yang dihasratkan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia.

Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,

...............................................
(Pengetua / Guru besar)

50
Panduan Pelaksanaan Program kementerian
Pembangunan Guru Baharu pendidikan
(PpgB) 2015 malaysia

II. Akuan Terima Guru Mentor dan Guru Baharu

Akuan Terima Guru Baharu dan Guru Mentor adalah satu dokumen persetujuan antara
Guru Mentor dan Guru Baharu sebagai ikatan baiah. Guru Mentor merekodkan
persetujuan dan komitmen untuk memberi bimbingan dan Guru Baharu merekodkan
persetujuan serta komitmen untuk menerima bimbingan dan bekerjasama membangunkan
kompetensi profesional mereka berdasarkan panduan yang dikeluarkan dalam Surat
Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 21 Tahun 2012.

Tatacara

1. Nama dan nombor kad pengenalan Guru Mentor dan Guru Baharu dicatat.

2. Akuan Terima ditandatangani bersama oleh Guru Mentor dan Guru Baharu.

3. Satu (1) salinan Akuan Terima disimpan oleh Guru Baharu dalam Portfolio dan
satu (1) salinan disimpan oleh Guru Mentor.

51
kementerian Panduan Pelaksanaan Program
pendidikan Pembangunan Guru Baharu
malaysia (PpgB) 2015

KEMENTERIAN
PENDIDIKAN
MALAYSIA

PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU

AKUAN TERIMA GURU MENTOR DAN GURU BAHARU

Guru Mentor : _____________________________________________________________

Guru Baharu : _____________________________________________________________

Nama Sekolah : _____________________________________________________________

Saya, ______________________________________ (K/P) _____________________ yang dilantik


sebagai Guru Mentor bersetuju untuk menerima tanggungjawab dan memberi bimbingan
profesional sepanjang tempoh Program Pembangunan Guru Baharu dilaksanakan berdasarkan
Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 21 Tahun 2012.

Saya, ______________________________________ (K/P) _____________________, Guru Baharu


bersedia menerima bimbingan dan akan bekerjasama sepenuhnya dalam program ini untuk
pembangunan kompetensi profesional saya sebagai seorang guru berdasarkan Surat Siaran
Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 21 Tahun 2012.

Guru Baharu: Guru Mentor:

....... ......
( ) ( )
Tarikh: Tarikh:

52
Panduan Pelaksanaan Program kementerian
Pembangunan Guru Baharu pendidikan
(PpgB) 2015 malaysia

III. Log Pementoran

Log Pementoran adalah rekod sesi pementoran antara Guru Mentor dan Guru Baharu.
Log ini juga merupakan bahan rujukan Pentadbir Sekolah untuk memantau status,
mengenal pasti isu serta mencadangkan penambahbaikan pelaksanaan PPGB.

Tatacara

1. Log Pementoran diisi sebulan sekali (Perbincangan secara formal dan tidak
formal antara Guru Mentor dan Guru Baharu perlu diadakan sekurang-kurangnya
dua (2) waktu seminggu).

2. Log ini diisi bersama oleh Guru Baharu dan Guru Mentor.

3. Perkara yang perlu diisi:

a. Aktiviti utama (Contohnya, berkaitan Dasar KPM, PdP, Pengurusan


Kokurikulum, Pengurusan HEM dan sebagainya)

b. Isu atau perbincangan

c. Ulasan

4. Log ini ditandatangani bersama oleh Guru Mentor dan Guru Baharu.

5. Satu (1) salinan log disimpan oleh Guru Baharu dalam Portfolio dan satu (1)
salinan disimpan oleh Guru Mentor.

53
kementerian Panduan Pelaksanaan Program
pendidikan Pembangunan Guru Baharu
malaysia (PpgB) 2015

KEMENTERIAN
PENDIDIKAN
MALAYSIA

PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU


LOG PEMENTORAN

Bulan/Tahun :_________/______ Bil. Pertemuan :________

AKTIVITI

ISU/PERBINCANGAN

ULASAN

*Sila sertakan lampiran jika ruang tidak mencukupi.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,



.. ........
(Nama Guru Baharu) (Nama Guru Mentor)
Tarikh: Tarikh:

54
Panduan Pelaksanaan Program kementerian
Pembangunan Guru Baharu pendidikan
(PpgB) 2015 malaysia

IV. Borang Penilaian Guru Baharu

Penilaian Pelaksanaan PPGB dilaksanakan oleh Guru Mentor untuk melihat tahap
pembangunan kompetensi profesionalisme Guru Baharu.

Tatacara

1. Penilaian dilaksanakan dua (2) kali setahun oleh Guru Mentor pada bulan keenam
(ke-6) dan bulan ke-12.
(Dilaksanakan oleh Guru Mentor melalui perbincangan dengan guru lain dan
Guru Baharu, pentaksiran berdasarkan evidences dan pemerhatian).

2. Penilaian dilaksanakan untuk setiap Guru Baharu dengan menggunakan borang


yang sama.

3. Dimensi kompetensi yang dinilai dan wajaran adalah seperti yang berikut:

a. Pengetahuan - wajaran 30% Berkaitan Dasar KPM, PdP,


b. Kemahiran - wajaran 30% Pengurusan Kokurikulum,
c. Nilai Profesional - wajaran 40% Pengurusan HEM dan sebagainya.

4. Skor bagi setiap aspek kompetensi, jumlah skor, peratusan skor serta keseluruhan
skor dan peratusan diberi. Deskriptor pemberian skor bagi setiap Aspek
Kompetensi adalah seperti yang berikut:

SKOR TARAF DESKRIPTOR

9 10 Cemerlang Mengetahui, memahami dan menghayati serta dapat


menterjemahkan semua aspek pengetahuan dalam
melaksanakan tugas.

Menguasai, mengamalkan dan menggabungjalinkan aspek


kemahiran dalam melaksanakan tugas.

Mengetahui, memahami dan menghayati semua nilai profesional


pada tahap yang baik.
78 Baik Mengetahui, memahami dan menghayati semua aspek
pengetahuan dalam melaksanakan tugas.

Menguasai, mengamalkan dan menggabungjalinkan aspek


kemahiran dalam melaksanakan tugas tetapi memerlukan
bimbingan.

Mengetahui, memahami dan menghayati semua nilai profesional


pada tahap sederhana.

55
kementerian Panduan Pelaksanaan Program
pendidikan Pembangunan Guru Baharu
malaysia (PpgB) 2015

SKOR TARAF DESKRIPTOR

56 Sederhana Mengetahui dan memahami semua aspek pengetahuan tetapi


tidak menghayati aspek pengetahuan dalam melaksanakan
tugas.

Menguasai, mengamalkan dan menggabungjalinkan


aspek kemahiran dalam melaksanakan tugas tetapi masih
memerlukan bimbingan.

Mengetahui dan memahami semua nilai profesional pada tahap


sederhana.
34 Kurang Mengetahui semua aspek pengetahuan dalam melaksanakan
Memuaskan tugas tetapi tidak memahami dan tidak menghayati aspek
pengetahuan tersebut dalam melaksanakan tugas.

Menguasai, mengamalkan dan menggabungjalinkan aspek


kemahiran dalam melaksanakan tugas tetapi sentiasa
memerlukan bimbingan.

Kurang mengetahui, kurang memahami dan kurang


mempamerkan nilai profesional.
12 Lemah Tidak mengetahui, tidak memahami dan tidak menghayati
semua aspek pengetahuan dalam melaksanakan tugas.

Tidak menguasai, tidak mengamalkan dan tidak


menggabungjalinkan aspek kemahiran dalam melaksanakan
tugas.

Tidak mengetahui, tidak memahami dan tidak mempamerkan


nilai profesional.

5. Penilaian ditandatangani oleh Guru Mentor dan disahkan oleh Pengetua/ Guru
Besar.

6. Sekiranya tempoh pelaksanaan PPGB dilanjutkan ke tahun kedua, penilaian


semula terhadap Guru Baharu tersebut akan dilaksanakan selepas tempoh masa
pelanjutan PPGB berakhir.

56
Panduan Pelaksanaan Program kementerian
Pembangunan Guru Baharu pendidikan
(PpgB) 2015 malaysia

KEMENTERIAN
PENDIDIKAN
MALAYSIA

PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU


BORANG PENILAIAN GURU BAHARU

Nama Guru Baharu :

Skor Skor
Dimensi
Bil. Aspek Skor Bulan Bulan
Kompetensi
Ke-6 Ke-12

1. Pengetahuan Kandungan mata pelajaran 10


(30%) Ilmu pendidikan, pedagogi dan psikologi 10
Kurikulum dan kokurikulum 10
Pentaksiran dan penilaian 10
Teknologi Maklumat dan Komunikasi
10
(TMK) untuk pendidikan
Dasar-dasar dan hala tuju kerajaan 10
Pekeliling dan peraturan pendidikan 10
JUMLAH SKOR
PERATUS SKOR (%) = Skor diperolehi x 30 %

Jumlah Skor (70)


2. Kemahiran Menterjemahkan dasar/ pekeliling atau
10
(30%) peraturan dalam amalan PdP

Merancang dan menyampai PdP


10
mengikut mata pelajaran

Mentaksir dan menilai 10


Mengurus kelas dan murid 10

Menggunakan TMK untuk PdP 10

Kepimpinan pengajaran dan


10
pembelajaran
Melaksanakan kajian tindakan 10
Hubungan sesama manusia 10

JUMLAH SKOR

PERATUS SKOR (%) = Skor diperolehi x 30 %

Jumlah Skor (80)

57
kementerian Panduan Pelaksanaan Program
pendidikan Pembangunan Guru Baharu
malaysia (PpgB) 2015

Skor Skor
Dimensi
Bil. Aspek Skor Bulan Bulan
Kompetensi
Ke-6 Ke-12

3. Nilai Keutuhan 10
Profesional Penyayang 10
(40 %)
Integriti 10
Efisien 10
Kecintaan terhadap profesion 10
Patriotisme dan tanggungjawab sosial 10
JUMLAH SKOR

PERATUS SKOR (%) = Skor diperolehi x 40 %

Jumlah Skor (60)

JUMLAH KESELURUHAN PERATUS SKOR (%)

Disediakan oleh,


(Nama Guru Mentor) Tarikh : ...

Disahkan oleh,

.
(Pengetua/Guru Besar)
Nama dan Cap Rasmi Sekolah Tarikh : ...

SKALA JUMLAH KESELURUHAN PERATUS SKOR DIPEROLEHI PADA BULAN KE-12 :

90% - 100% - Tahap Kompetensi yang Cemerlang


80% - 89.99% - Tahap Kompetensi yang Baik
60% - 79.99% - Tahap Kompetensi yang Sederhana
50% - 59.99% - Tahap Kompetensi yang Kurang Memuaskan
49.99% ke bawah - Tahap Kompetensi yang Lemah

58
Panduan Pelaksanaan Program kementerian
Pembangunan Guru Baharu pendidikan
(PpgB) 2015 malaysia

V. Laporan Status Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PPGB)

Laporan Status Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PPGB) ini adalah
rekod lawatan atau pemantauan yang dilaksanakan secara berkala oleh pegawai
Bahagian KPM, JPN dan PPD. Laporan ini digunakan sebagai rujukan untuk tindakan
susulan pihak sekolah (jika berkenaan) dan juga bagi penyediaan laporan PPGB oleh
pihak Bahagian Pendidikan Guru.

Tatacara

1. Laporan ini disediakan setiap kali lawatan/pemantauan. (Lawatan/ pemantauan


dijalankan sekurang-kurangnya dua (2) kali iaitu selepas tiga (3) bulan pertama
dan pada bulan ke-12 pelaksanaan PPGB).

2. Nama, alamat sekolah dan bilangan Guru Baharu dicatatkan.

3. Perkara yang dilaporkan adalah seperti yang berikut:

- Merujuk kepada objektif program


a. Amalan Terbaik - Maklumat diperoleh melalui semakan
Portfolio dan perbincangan dengan
b. Isu Pelaksanaan
Guru Mentor, Guru Baharu, guru lain
c. Cadangan Penambahbaikan dan Pengetua/ Guru Besar

4. Nama, tandatangan dan cap rasmi pegawai lawatan/ pemantau serta Pengetua/
Guru Besar direkod secara bersama dalam laporan tersebut.

5. Satu (1) salinan laporan disimpan oleh pegawai lawatan/ pemantau dan satu
(1) salinan disimpan oleh pihak sekolah.

59
kementerian Panduan Pelaksanaan Program
pendidikan Pembangunan Guru Baharu
malaysia (PpgB) 2015

KEMENTERIAN
PENDIDIKAN
MALAYSIA

LAPORAN STATUS PELAKSANAAN PROGRAM PEMBANGUNAN GURU


BAHARU
(Diisi oleh Pegawai BPG/JPN/PPD)

Nama dan Alamat Sekolah : Bil. Guru Baharu :

Nama Pegawai :

1.

2.

3.

ULASAN
Amalan terbaik :

Isu pelaksanaan :

60
Panduan Pelaksanaan Program kementerian
Pembangunan Guru Baharu pendidikan
(PpgB) 2015 malaysia

Cadangan penambahbaikan :

*Sila sertakan lampiran jika ruang tidak mencukupi

Tandatangan Pegawai Tandatangan Pengetua/Guru Besar

..
(Nama dan Cap Rasmi Pegawai) (Nama dan Cap Rasmi Sekolah)
Tarikh : Tarikh :

61
kementerian Panduan Pelaksanaan Program
pendidikan Pembangunan Guru Baharu
malaysia (PpgB) 2015

VI. Sijil Penyertaan dan Sijil Penghargaan Program Pembangunan Guru Baharu
(PPGB)

Sijil Penyertaan PPGB adalah sijil yang mengesahkan bahawa Guru Baharu telah
menyempurnakan PPGB bermula dari hari pertama melaporkan diri di sekolah sehingga
bulan kedua belas (ke-12) dengan jayanya.

Sijil Penghargaan PPGB adalah sijil yang diberikan kepada Guru Mentor untuk memperaku
dan menghargai sumbangan dan kerjasama Guru Mentor terhadap pelaksanaan PPGB.

Tatacara

1. Sijil Penyertaan dan Sijil Penghargaan masing-masing dikeluarkan kepada Guru


Baharu dan Guru Mentor selepas tamat PPGB.

2. Maklumat seperti nama dan nombor kad pengenalan Guru Baharu dan Guru
Mentor serta tempoh pelaksanaan program dinyatakan.

3. Sijil ini ditandatangani oleh Pengetua atau Guru Besar.

4. Satu (1) salinan surat disimpan dalam fail sekolah.

62
Panduan Pelaksanaan Program kementerian
Pembangunan Guru Baharu pendidikan
(PpgB) 2015 malaysia

CONTOH SIJIL PENYERTAAN PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU

(NAMA DAN LOGO SEKOLAH)

SIJIL PENYERTAAN

Dengan sukacitanya mengesahkan bahawa

(NAMA GURU BAHARU)

(NO. KAD PENGENALAN)

telah mengikuti dengan jayanya

PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU (PPGB)

bermula pada

(Tarikh Mula)

sehingga

(Tarikh Tamat)

Tandatangan
Nama Pengetua/Guru Besar
Cap Rasmi Sekolah

63
kementerian Panduan Pelaksanaan Program
pendidikan Pembangunan Guru Baharu
malaysia (PpgB) 2015

CONTOH SIJIL PENGHARGAAN PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU

(NAMA DAN LOGO SEKOLAH)

SIJIL PENGHARGAAN

Dengan sukacitanya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada

(NAMA GURU MENTOR)

GURU MENTOR
(NO. KAD PENGENALAN)

atas sumbangan dan komitmen dalam menjayakan

PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU (PPGB)

bermula pada

(Tarikh Mula)

sehingga

(Tarikh Tamat)

Tandatangan
Nama Pengetua/Guru Besar
Cap Rasmi Sekolah

64
Bab 4
Bahan Rujukan
Panduan Pelaksanaan Program kementerian
Pembangunan Guru Baharu pendidikan
(PpgB) 2015 malaysia

PENGENALAN
Dalam membantu pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PPGB), beberapa bahan
rujukan disediakan untuk pembacaan Guru Mentor, Guru Baharu dan pihak lain yang terlibat
dalam program ini. Bahan ini dipilih khas bagi membolehkan Guru Baharu dan Guru Mentor
khasnya, meningkatkan kefahaman dan pengetahuan berkaitan pelaksanaan PPGB. Selain
daripada bahan yang disediakan ini, Guru Mentor dan Guru Baharu boleh merujuk sumber
lain yang sesuai untuk membantu mereka dalam pelaksanaan program ini.

67
PANDUAN
PEMENTORAN
Panduan Pelaksanaan Program kementerian
Pembangunan Guru Baharu pendidikan
(PpgB) 2015 malaysia

Pengenalan
Pementoran melibatkan komunikasi dua hala dalam tempoh masa yang tertentu antara
seseorang individu yang berpengalaman, berpengetahuan serta mempunyai kebijaksanaan
yang tinggi dengan seseorang yang dianggap kurang pengalaman, pengetahuan serta kurang
berkemahiran. Pementoran menyediakan peluang kepada Guru Baharu menimba pengalaman
atau pengetahuan melalui hubungan mesra serta berkomunikasi secara profesional ke arah
perkembangan dan pembangunan diri mereka.

Setiap Guru Baharu mesti melibatkan diri secara aktif dalam program Pementoran bagi
meningkatkan dan memantapkan penguasaan pengetahuan, kemahiran PdP dan nilai keguruan
serta pengurusan sekolah.

Rasional Keperluan Mentor

Menurut Salhah Abdullah (2005), Wildman, Magliaro, Niles dan Jerome A. Niles (1992)
dari Virginia Polytechnic Institute dan State University dalam jurnal yang bertajuk Teacher
Mentoring: An Analysis of Roles, Activities and Conditions merumuskan bahawa
terdapat lapan kategori aktiviti pementoran dalam membantu Menti, iaitu:
a. menggalakkan membuat refleksi;
b. mengarah dan menyokong pelan tindakan;
c. memberikan bantuan secara langsung dalam menghasilkan bahan-bahan PdP;
d. menyediakan maklumat yang mungkin berguna dalam menghasilkan pengubahsuaian;
e. memberi idea yang membolehkan Menti menyelesaikan masalah;
f. memberi dorongan dan sokongan emosi;
g. sumbangan Menti kepada Mentor; dan
h. meredakan ketegangan semasa berhadapan dengan masalah.

Definisi Mentor, Menti, Pementoran

Mentor merupakan seorang guru yang dilantik untuk membimbing perkembangan kerjaya
seorang Guru Baharu. Beliau adalah seorang yang lebih kanan atau berpengalaman (lebih
lima tahun berkhidmat) dan boleh dijadikan sebagai role model dalam kalangan rakan sekerja.

Menti bermaksud Guru Baharu yang dibantu oleh Mentor dalam proses Pementoran. Beliau
merupakan seorang yang memerlukan bantuan dalam pembangunan diri, perkembangan
dan pemantapan kerjaya serta penyesuaian dalam profesion keguruan.

Pementoran merupakan satu proses memberi bimbingan, sokongan dan bantuan secara
profesional oleh Mentor bagi pembangunan diri Menti terhadap tugas profesionalnya. Proses
Pementoran melibatkan aktiviti perhubungan, perkongsian pengalaman, pemindahan ilmu
dan kemahiran serta pembinaan sahsiah keguruan dalam jangka masa yang ditetapkan.

71
kementerian Panduan Pelaksanaan Program
pendidikan Pembangunan Guru Baharu
malaysia (PpgB) 2015

Pemilihan Mentor

Mentor hendaklah terdiri daripada seorang guru yang berpengetahuan, berpengalaman dan
berkemahiran (lebih dari lima tahun). Asas pemilihan Mentor adalah seperti yang berikut:
a. guru yang berpengalaman dalam mata pelajaran yang diajar oleh Menti;
b. boleh membangunkan potensi individu;
c. dihormati oleh rakan-rakan sekerja kerana memiliki kemahiran dan pengetahuan yang
tinggi dalam bidang pengkhususannya;
d. berinisiatif dan mengikuti perkembangan pendidikan dengan penuh tanggungjawab;
e. mempunyai pemikiran reflektif;
f. memiliki kemahiran membimbing dan melatih;
g. boleh mengurus masa dengan baik;
h. memperlihatkan rasa kecintaan terhadap PdP;
i. komitmen yang tinggi terhadap peningkatkan kualiti masa depan pendidikan negara;
dan
j. menerima tanggungjawab dengan hati yang terbuka.

Kaedah Pelaksanaan Pementoran

a. Pentadbir sekolah memberikan taklimat kepada Mentor dan Menti tentang PPGB.
b. Mentor berbincang tentang pelaksanaan program pementoran.
c. Mentor membimbing Menti bidang, tugas dan tanggungjawab sebagai guru.
d. Mentor membimbing Menti bagi mendapatkan maklumat dan panduan yang berkaitan
dengan aktiviti atau program sekolah.
e. Mentor membimbing dan memberi nasihat kepada Menti tentang semua aspek
berkaitan pendidikan.

Objektif Pementoran

Pada akhir proses pementoran Guru Baharu dapat:


a. memupuk sikap positif, meningkatkan daya ketahanan diri serta mengamalkan nilai
profesional keguruan;
b. meningkatkan daya suai, daya tahan, daya saing dan daya cipta;
c. meningkatkan kemahiran memerhati, keprihatinan dan kepekaan terhadap murid;
d. menyesuaikan diri dengan budaya sekolah;
e. menyepadukan teori dengan amali PdP;
f. menguasai dan memantapkan strategi pengajaran;
g. mengenal pasti dan menyelesaikan masalah PdP dan seterusnya memperkembangkan
potensi diri guru; dan
h. membuat refleksi dan penilaian kendiri dalam semua aspek tugas guru.

72
Panduan Pelaksanaan Program kementerian
Pembangunan Guru Baharu pendidikan
(PpgB) 2015 malaysia

Jenis dan Ciri Pementoran

jadual 1: Jenis Pementoran dan Ciri Pementoran

Jenis Pementoran
Situasi Tidak Formal Formal

Ciri Pementoran

Ringkas Sukarela Jangka masa panjang


contoh produktif
Segera Sangat peribadi
Sumber untuk
Spontan Sangat peka kepada
membina perhubungan
keperluan Menti
Rawak persahabatan
Tidak berstruktur
Kasual Bersifat sistematik dan
Fleksibel berstruktur, tersusun dan
Kreatif & Inovatif
berterusan
Mentor mendorong
Respon kepada
Menti dengan Dilaksanakan
keperluan semasa
perkongsian, bantuan berdasarkan keperluan
Mentor berinisiatif secara dan keprihatinan organisasi
intervensi
Peranan sama rata Fokus kepada visi
Menti bertanggungjawab (pemberi-penerima) organisasi atau matlamat
mengenal pasti setiap bahagian/unit
Laluan membina
dan menggunakan
persahabatan dan rasa Mempunyai kaedah
pembelajaran
hormat dalam pemadanan
Membantu Menti dalam Mentor dengan Menti
Kebergantungan
proses membuat
kepada kecekapan, Penetapan jangka
keputusan
ilmu, kemahiran dan masa dalam penetapan
kebolehan Mentor matlamat
Program di bawah
peruntukan organisasi

73
kementerian Panduan Pelaksanaan Program
pendidikan Pembangunan Guru Baharu
malaysia (PpgB) 2015

Proses Pementoran

Terdapat tiga perkara utama yang perlu diberi perhatian dalam proses pementoran iaitu:

a. Memerhati (Observe)

Semasa proses Pementoran dijalankan, Mentor perlu memerhati tingkah laku Menti
bagi memastikan terdapat perubahan dan penambahbaikan yang berlaku. Menti juga
perlu melakukan pemerhatian kepada Mentor dan perlu mengemukakan soalan bagi
mendapatkan seberapa banyak sumber maklumat sepanjang proses Pementoran.

b. Melibatkan Diri (Participate)

Menti perlu melaksanakan tugasan yang dirancang untuk memperoleh pemahaman


yang lebih mendalam. Dalam masa yang sama, Menti dapat mempelajari sesuatu
secara praktikal. Bagi tujuan ini, perbincangan perlu kerap dilakukan secara bersama.

c. Melaksanakan (Conduct)

Menti boleh diberi kepercayaan untuk melaksanakan program-program yang


dirancang sendirian bagi menilai tahap kompetensi yang telah dipelajari. Dalam
proses pementoran, apabila Menti boleh berdikari bermakna satu perubahan positif
telah berlaku kepada Menti.

74
Panduan Pelaksanaan Program kementerian
Pembangunan Guru Baharu pendidikan
(PpgB) 2015 malaysia

Kemahiran Pementoran

Kemahiran yang perlu diberi perhatian adalah seperti berikut:

a. Kemahiran Mendengar

Semasa bersama Menti, Mentor perlu memberikan fokus dan mengenepikan segala
pemikiran yang tidak berkaitan dengan proses Pementoran. Kesediaan mendengar
dengan baik bukan bermakna Mentor hanya menerima secara pasif perkara yang
disampaikan oleh Menti tetapi Mentor juga perlulah memberi maklum balas secara
lisan atau bukan lisan.

b. Kemahiran Bertanya

Kemahiran bertanya penting digunakan dalam proses Pementoran kerana dapat


memberi peluang kepada Menti menyatakan rasa hati, keinginan, harapan, idea serta
pendapat kepada Mentor.

c. Kemahiran Memerhati

Dalam usaha memahami dan membantu Menti, Mentor perlu menumpukan sepenuh
perhatian kepada Menti terutamanya semasa pertemuan diadakan. Melalui pemerhatian,
Mentor perlu bijak mentafsir tingkah laku Menti dengan tepat. Mereka perlu sedar
dan peka pada bahasa bukan lisan, reaksi muka dan suara Menti.

d. Memberi Maklum Balas

Menti sememangnya memerlukan maklum balas daripada pihak lain sebagai maklumat
dan panduan kepada pembangunan diri mereka. Mentor perlu memberi maklum balas
kepada Menti yang meyakinkan. Maklum balas bukan sahaja dapat digambarkan
melalui kata-kata tetapi juga melalui perlakuan dan tindakan. Maklum balas positif
yang diberikan oleh Mentor mempunyai pengaruh yang kuat terhadap motivasi Menti
untuk meneruskan proses pementoran.

Ciri-ciri maklum balas:

tepat, berfokus dan mudah difahami;

bersifat segera dan mesra;

berterus-terang;

khusus kepada seseorang;

tidak bersifat menghukum; dan

tidak membuat penilaian secara stereotaip.

75
kementerian Panduan Pelaksanaan Program
pendidikan Pembangunan Guru Baharu
malaysia (PpgB) 2015

e. Kemahiran Menentukan Fokus/Matlamat Pementoran

Dalam proses pementoran, kemungkinan Menti akan mengadu permasalahan yang


dihadapi. Mentor perlu meluaskan perspektif Menti untuk melihat masalah bukan
sebagai sesuatu yang negatif sebaliknya sebagai satu peluang untuk membuat
perubahan atau penambahbaikan. Dalam proses melihat permasalahan Menti, Mentor
juga perlu mahir menentukan fokus agar selari dengan matlamat pementoran.

f. Kemahiran Berfikir

Kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis merupakan prasyarat kemahiran membuat
keputusan. Apabila Mentor mampu berfikir secara kritis dan kreatif, Mentor boleh
memberi cadangan-cadangan yang membina kepada permasalahan yang dikemukakan
oleh Menti. Secara tidak langsung Mentor akan dapat mempermudah, mendorong dan
membimbing Menti mencari alternatif terbaik bagi menyelesaikan masalah mereka.

g. Membuat Penilaian

Mentor perlu bijak membuat penilaian atas maklumat sama ada daripada Menti atau
individu lain. Kemahiran menilai membantu Mentor memberi respons dan membuat
penilaian yang berkesan.

76
SURAT SIARAN KPM
BILANGAN 21 TAHUN 2012

Panduan Pelaksanaan
Program Pembangunan Guru Baharu (Ppgb)
di Sekolah-sekolah di bawah Kpm
Panduan Pelaksanaan Program kementerian
Pembangunan Guru Baharu pendidikan
(PpgB) 2015 malaysia

79
kementerian Panduan Pelaksanaan Program
pendidikan Pembangunan Guru Baharu
malaysia (PpgB) 2015

80
Panduan Pelaksanaan Program kementerian
Pembangunan Guru Baharu pendidikan
(PpgB) 2015 malaysia

81
kementerian Panduan Pelaksanaan Program
pendidikan Pembangunan Guru Baharu
malaysia (PpgB) 2015

82
Panduan Pelaksanaan Program kementerian
Pembangunan Guru Baharu pendidikan
(PpgB) 2015 malaysia

83
kementerian Panduan Pelaksanaan Program
pendidikan Pembangunan Guru Baharu
malaysia (PpgB) 2015

84
Panduan Pelaksanaan Program kementerian
Pembangunan Guru Baharu pendidikan
(PpgB) 2015 malaysia

85
kementerian Panduan Pelaksanaan Program
pendidikan Pembangunan Guru Baharu
malaysia (PpgB) 2015

86
Panduan Pelaksanaan Program kementerian
Pembangunan Guru Baharu pendidikan
(PpgB) 2015 malaysia

87
kementerian Panduan Pelaksanaan Program
pendidikan Pembangunan Guru Baharu
malaysia (PpgB) 2015

88
Panduan Pelaksanaan Program kementerian
Pembangunan Guru Baharu pendidikan
(PpgB) 2015 malaysia

89
kementerian Panduan Pelaksanaan Program
pendidikan Pembangunan Guru Baharu
malaysia (PpgB) 2015

90
Panduan Pelaksanaan Program kementerian
Pembangunan Guru Baharu pendidikan
(PpgB) 2015 malaysia

91
kementerian Panduan Pelaksanaan Program
pendidikan Pembangunan Guru Baharu
malaysia (PpgB) 2015

92
Panduan Pelaksanaan Program kementerian
Pembangunan Guru Baharu pendidikan
(PpgB) 2015 malaysia

93
KOMPETENSI
PROFESIONAL GURU

Petikan daripada
Pelan Pembangunan
Profesionalisme Berterusan
(Guru dan Pemimpin Sekolah)
Kementerian Pendidikan Malaysia
Edisi 2014, m.s. 17-19
Panduan Pelaksanaan Program kementerian
Pembangunan Guru Baharu pendidikan
(PpgB) 2015 malaysia

KOMPETENSI PROFESIONAL GURU


Kompetensi profesional guru ialah kompetensi yang perlu dibangunkan secara berterusan
oleh semua guru di Malaysia termasuk Guru Baharu. Setiap guru perlu memperoleh dan
menguasai pengetahuan, kemahiran baharu serta meningkatkan amalan nilai profesional agar
mereka sentiasa menjunjung etika keguruan dan mempunyai integriti profesional yang tinggi
dalam melaksanakan tanggungjawab untuk meningkatkan keberhasilan murid. Pembangunan
kompetensi profesional melibatkan dimensi nilai profesional, pengetahuan dan kemahiran
seperti dalam Rajah 4 dan Perincian Dimensi Kompetensi Profesional adalah seperti dalam
Jadual 2.

Rajah 4: Dimensi Kompetensi Profesional

kemahiran pengetahuan
Nilai
Profesional

97
kementerian Panduan Pelaksanaan Program
pendidikan Pembangunan Guru Baharu
malaysia (PpgB) 2015

Jadual 2: Perincian Dimensi Kompetensi

PERINCIAN DIMENSI KOMPETENSI PROFESIONAL


DIMENSI GURU (PdP)
1. Keutuhan
Bersyukur
2. Penyayang
Ikhlas
Bertimbang rasa
Berbudi bahasa
Empati
3. Integriti
Amanah
Berakauntabiliti
Adil

NILAI 4. Efisien
PROFESIONAL Berilmu
Kreatif, kritis dan inovatif
Ketepatan
Interpersonal dan intrapersonal
Berdaya tahan
Berdaya usaha
5. Kecintaan terhadap profesion
Imej keguruan
Kualiti keguruan
6. Patriotisme dan tanggungjawab sosial
Pengorbanan untuk negara
Toleransi sosial

98
Panduan Pelaksanaan Program kementerian
Pembangunan Guru Baharu pendidikan
(PpgB) 2015 malaysia

PERINCIAN DIMENSI KOMPETENSI PROFESIONAL


DIMENSI GURU (PdP)
PENGETAHUAN 1. Kandungan mata pelajaran
2. Ilmu pendidikan, pedagogi dan psikologi
3. Kurikulum dan kokurikulum
4. Pentaksiran dan penilaian
5. TMK untuk pendidikan
6. Dasar-dasar dan hala tuju kerajaan
7. Pekeliling dan peraturan pendidikan
KEMAHIRAN 1. Menterjemahkan dasar/pekeliling atau peraturan dengan
amalan PdP
2. Merancang pengajaran dan pembelajaran mengikut mata
pelajaran
3. Menyampai pengajaran dan pembelajaran mengikut mata
pelajaran
4. Mentaksir dan menilai
5. Mengurus kelas dan murid
6. Menggunakan TMK untuk pengajaran dan pembelajaran
7. Kepimpinan pengajaran dan pembelajaran
8. Melaksanakan kajian tindakan
9. Hubungan sesama manusia

99
Bibliografi
Panduan Pelaksanaan Program kementerian
Pembangunan Guru Baharu pendidikan
(PpgB) 2015 malaysia

BIBLIOGRAFI
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2012). Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan Guru
Baharu (PPGB) di Sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. Surat
Siaran Kementerian Pelajaran Malaysia Bilangan 21 Tahun 2012. Bertarikh 21 Jun
2012. Putrajaya.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-


2025 (Pendidikan Prasekolah hingga Lepas Menengah). Putrajaya: Kementerian
Pendidikan Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2014). Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan


(Guru dan Pemimpin Sekolah). Kementerian Pendidikan Malaysia, Edisi 2014. Putrajaya:
Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia.


(2008). Buku Manual Kajian Tindakan. Edisi Ketiga. Putrajaya: Bahagian Perancangan
dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (Tidak bertarikh). Modul Program Pembangunan Guru


Baharu. Dokumen tidak diterbitkan. Putrajaya: Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian
Pelajaran Malaysia.

Bahagian Pengurusan Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia. (2008). Pementoran


dalam Perkhidmatan Awam: Panduan untuk Mentor dan Menti. Putrajaya: Bahagian
Pengurusan Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia.

Salhah Abdullah, Ainon Mohd. (2005). Guru Sebagai Mentor. Selangor: PTS Publications.

103
Penghargaan
Panduan Pelaksanaan Program kementerian
Pembangunan Guru Baharu pendidikan
(PpgB) 2015 malaysia

PENGHARGAAN
Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada:

Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia


Sektor Pembangunan Profesionalisme Keguruan

Pengarah
Bahagian Pendidikan Guru

Rektor
Institut Pendidikan Guru Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia

Pengarah
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan

Pengarah Pendidikan
Jabatan Pendidikan Negeri

Pengarah
Institut Pendidikan Guru Kampus

Timbalan Pengarah Dasar dan Standard Keguruan


Bahagian Pendidikan Guru

Timbalan Pengarah Pembangunan Profesionalisme Keguruan


Bahagian Pendidikan Guru

Ketua Penolong Pengarah


Bahagian Pendidikan Guru

Pensyarah
Institut Pendidikan Guru Kampus

Penolong Pengarah
Bahagian Pendidikan Guru

Penyelaras Program Pembangunan Guru Baharu


Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah

Jurulatih
Program Pembangunan Guru Baharu

Panel Penulisan dan Penyemakan, Penilai Kualiti Bahasa Melayu, Penyuntingan dan Grafik
Modul Program Pembangunan Guru Baharu

Juga

Panel Kawalan Mutu Penerbitan Bahagian Pendidikan Guru, Penggubal Modul Program
Pembangunan Guru Baharu, Pegawai Meja Program Pembangunan Guru Baharu, urus
setia dan semua pihak yang telah menyumbang tenaga serta buah fikiran sama ada
secara langsung atau tidak langsung dalam penghasilan buku Panduan Pelaksanaan
Program Pembangunan Guru Baharu 2015.

107
DICETAK OLEH
PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD
KUALA LUMPUR, 2015
www.printnasional.com.my
email: cservice@printnasional.com.my
Tel.: 03-92366895 Faks: 03-92224773
WJD005942

You might also like