You are on page 1of 1

No.

Rujukan Kami : JBB5033/700-6/2/12


Tarikh : 1 Oktober 2015

Panorama Langkawi Sdn Bhd


Cable Car Station, Oriental Village,
Burau Bay,
07000 Langkawi,
Kedah Darul Aman

Tuan,

PERMOHONAN LAWATAN KE SKYCAB, 6D CINEMOTION DAN ORIENTAL VILLAGE


(LAKE ACTIVITY)

Adalah dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuki.

2. Berhubung dengan perkara tersebut adalah dimaklumkan bahawa guru-guru dan murid-
murid Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran Sekolah Kebangsaan
Sultan Abu Bakar (1) Muar akan mengadakan Lawatan Sambil Belajar ke Skycab, Lake Aktivity
dan 6D Cinemotion mengikut ketetapan di bawah ;

2.1 Tarikh : 11 November 2015 ( Rabu )


2.2 Bilangan Peserta : 14 orang murid berkeperluan khas ( disertakan maklumat )
7 orang guru pengiring/ pembantu pengurusan murid
05 orang kanak-kanak bawah 6 tahun

3. Untuk makluman pihak tuan, lawatan ini bertujuan memberi peluang kepada murid-
murid kami menambah pengalaman baru di tempat tuan .

4. Sehubungan dengan itu , besarlah harapan kami sekiranya pihak tuan dapat memberi
diskaun bayaran masuk kepada peserta lawatan kami ini . Bersama-sama ini disertakan senarai
nama murid-murid istimewa kami berserta nombor OKU mereka .

5. Sekian untuk makluman dan perhatian tuan. Kerjasama dan keprihatinan tuan didahului
dengan ucapan ribuan terima kasih .

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah ,

You might also like