You are on page 1of 9

KEK KUKUS COKLAT

Bahan-bahannya:
1 cawan koko
1 cawan gula
1 cawan margerin cair (saya guna mentega)
1 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat
11/4 tepung
1 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu kecil baking soda
3 biji telur (dipukul)

Cara-caranya:
1. Ayak tepung bersama baking powder dan baking soda. Ketepikan.
2. Dalam periuk, masak koko, gula, margerin, susu cair dan susu pekat hingga cair dengan api
sederhana. Jangan sampai hangus.
3. Sejukkan.
4. Masukkan telur ke dalam adunan ini dan kacau sebati. Tambahkan dengan tepung dan gaul
lagi hingga sebati.
5. Kukus selama 1 jam dan biar sejuk baru dipotong-potong.

Resepi Biskut Kacang Tanah


Bahan-bahan ( 100 biji )

1 gelas marjerin
1 gelas gula halus
1 gelas tepung gandum
2 gelas tepung jagung
1 gelas kacang tanah (dikisar)
1 biji telur
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanila

Cara-cara

1. pukul marjerin dan gula sampai kembang


2. masukkan telur. kacau hingga rata
3. masukkan tepung jagung, tepung gandum, kacang, baking powder dan esen vanila. kacau
hingga sebati
4. jika adunan terlalu lembut, tambahkan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga adunan
sesuai untuk dicanai.
5. canai adunan dan terap mengikut bentuk kesukaan anda.
6. sebagai hiasan letakkan biji kacang dan sapukan kuning telur atas setiap adunan yang telah
diterap.
7. bakar 180C selama 15-20 minit
PUDING ROTI KARAMEL

Bahan-bahan:

3 sudu besar gula untuk dijadikan gula hangus


4 keping roti gardenia
3 biji telur A @ 4 biji gred B - di pukul manja dan di tapis
1 cawan air suam
1 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat - sy letak 3/4 cawan susu pekat
1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara:

Cara membuat gula hangus , masukkan gula ke dalam kuali, masak hingga gula jd perang (guna api kecil
takut hangit). Kemudian masukkan 1 sudu besar air panas, (berhati2 gula panas). kacau hingga sebati
dan matikan api. Tuang terus dalam loyang. Ketepikan.
Panaskan pengukus.Carik2kan roti kemudian blender bersama air suam dan susu.
Selepas itu masukkan telur yang sudah ditapis itu dan masukkan esen vanilla. Blend sekejap agar sebati.
Tuang adunan tadi kedalam loyang gula hangus dan kukus sehingga masak.(40min-1jam)
Sejukkan dahulu barulah di potong dan hidangkan.
BISKUT COKLAT CIPS RANGUP
Bahan A

250 g butter
160 g gula halus
1 biji kuning telur
1 s/k esen vanilla

Bahan B [gaul rata]

230 g tepung gandum]


20 g serbuk koko ] ayakkan
100 g coklat cips
50 g white coklat cips [boleh gantikan dgn coklat rice]
50 g badam cincang [roasted]
50 g nestum

Cara

1. Gaulkan butter dan gula sehingga sebati.


2. Masukkan kuning telur dan esen vanila. Kacau rata.
3. Masukkan bahan B perlahan dan kacaukan dengan senduk kayu.
4. Sudukan adunan kecil2 [besar guli] dalam loyang.
5. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan suhu 180'C selama 25 minit atau sehingga
masak.
6. Sejukkan dan simpan dalam balang kedap udara.
Biskut Makmur

Bahan untuk doh:

500g tepung gandum


2/3 cawan gula icing
1 tin kecil minyak sapi
Paper cup

Bahan untuk inti:

200g kacang tanah, digoreng tanpa minyak


3/4 cawan gula icing
1 sudu besar mentega kacang, optional

Bahan untuk salut:

Sedikit gula icing

Cara Penyediaan:
1. Sangai tepung gandum dalam kuali, kemudian ayak tepung bersama gula
icing. Gaul adunan bersama minyak sapi sedikit demi sedikit sehingga
mendapat adunan doh yang lembut dan boleh diuli.
2. Kisar kacang tanah dan campurkan bersama gula icing dan mentega kacang.
3. Sukat doh menggunakan satu sudu besar untuk pastikan mendapat kuih
yang sama besar. Kemudian leperkan dan letakkan inti kacang di tengah.
Tutupkan inti dan buat bentuk membujur.
4. Susun di atas loyang dan bakar selama 10-15 minit, suhu 150-160 darjah
celcius. Kuih mungkin agak lembut bila disentuh ketika masih panas.
5. Sejukkan biskut, salutkan dengan gula icing dan letakkan di dalam paper cup.
Biskut Suji Arab
Bahan-Bahan

2 cwn Susu tepung ( biasa guna susu nespray)


2 cwn minyk sapi-(tak perlu di cairkan dulu)
sedikit garam
7 cwn tepung gandum(di ayak)
ceri merah secukupnya-potong kecil2
** Gula aising ( utk gaul biskut bila dah masak sahaja)

Cara-Cara

1. Campurkan susu tepung+minyak sapi+sedikit garam, gaul sebati


2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga adunan menjadi doh.
3. Bentukkan doh menjadi bulat2 kecil, hias dgn ceri dan bakar hingga
masak ( 15-20min) pada suhu 180 C.
4. Bila dah masak, sejukkan sebentar dan gaul dengan gula aising..siap!
Bahan Bahan Resepi Kek Lapis Masam Manis
450 gram mentega (cm guna SCS)
150 gram gula halus (cm letak 130 gram)
10 biji telur gred A
300 gram biskut marie (cm guna jenama Munchy's), dikisar halus dan diayak
300 gram susu pekat manis (cm letak 200 gram)
85 gram seri kaya (cm guna jenama Yeo's)
1 camca teh esen vanilla
2 paket asam manis (1 paket ada 10 bungkus)
Pewarna makanan secukupnya (merah, hijau, kuning)

Cara Cara Menyediakan Resepi Kek Lapis Masam Manis


1. Panaskan oven pada suhu 175C, lenser tin berukuran 8inci x 8inci x 3inci dengan
mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser juga kertas tadi. Ketepikan.
2. Putar mentega dan guna halus hingga putih. Masukkan telur satu persatu sambil
diputar hingga kembang dan gebu, masukkan esen vanilla dan seri kaya, putar sebati
(masa ni adunan akan berbiji2 sedikit).
3. Perlahankan kelajuan, masukkan susu pekat manis dan kisaran biskut marie
sedikit demi sedikit hingga habis, putar sebati. Bagi adunan kepada 3 bahagian sama
banyak, setiap satu diberi warna kegemaran anda, kacau rata (cm guna merah, kuning dan
hijau). Ok sekarang kita mula melapis..
4. Masukkan tin ke dalam oven, panaskan 1-2 minit (tukar api oven pada atas sahaja,
fungsi grill). Keluarkan tin dan sudukan 4 camca besar warna kuning, ratakan dan bakar 6
- 7 minit atau hingga permukaannya perang. Tekan sedikit permukaan kek dengan
penekan kek lapis dan lapiskan sekali lagi warna yang sama, ratakan dan susun asam
manis, bakar hingga perang. Keluarkan dari oven dan tekan perlahan.
5. Lapiskan pula dengan warna lain, dan setiap warna dilapis 2 kali. Susun asam
manis selepas lapisan pertama. Dan tekan perlahan setiap lapisan. Buat hingga siap dan
lapisan terakhir bakar dengan api atas dan bawah selama 10 - 15 minit, tutup permukaan
tin kek dengan aluminiun foil jika cepat gelap. Keluarkan kek dari tin dan sejukkan
sepenuhnya atas jaringan
Kek Gula hangus

Bahan-bahan ( 6 orang )
1 cawan gula
1 cawan air panas
1 cawan tepung gandum
1 cawan susu pekat
2 camt soda bikarbonat
4 biji telur
2 camb mentega

Cara-cara
Masak gula dengan api sederhana hingga hangus.
Masukkan air dan masak lagi hingga gula cair.
Masukkan mentega. Sejukkan. Ketepikan dulu.
Pukul telur hingga betul2 kembang dan pekat.
Masukkan susu pekat ke dalam telur tadi, kacau sebati.
Masukkan pula tepung + soda. Sebatikan.
Akhir sekali, masukkan air gula yang dah sejuk.
Perap adunan selama lebih kurang 3-4 jam.
Bakar dengan api sederhana 160-180 selama 1 jam"

Kemungkinan besar anda tersilap teknik membuatnya. Pastikan gula dimasak terlebih dahulu dan
sejukkan. Mentega dipukul dengan menggunakan senduk kayu sahaja dan jangan gunakan
pengadun kek!. Masukkan telur sebiji-sebiji hingga habis. Barulah dimasukkan tepung yang telah
diayak bersama soda bikarbonat dan kacau lagi. Kemudian masukkan susu pekat. Sambil dikacau
perlahan. Tuangkan gula hangus. Terus tuangkan ke dalam acuan dan bakar. Saya harap jawapan
saya dapat membantu puan. Insya Allah.
Tom Yam Chiang Mai
BAHAN-BAHAN:
1 sudu makan cili boh
500 ml air
3 biji bawang merah | dihiris
1 batang serai | dititik
50 gm lengkuas | dikisar
1/2 ekor ketam
2 ekor udang galah
50 gm sotong
3 helai daun limau purut
1 biji tomato
5 biji cili padi | diketuk
1 sudu makan sos tomyam
3 sudu makan jus limau nipis
Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:

1. Tumis cili boh bersama dengan bawang merah, serai dan lengkuas hingga garing.
2. Kemudian masukkan air bersama dengan ketam, sotong, udang dan sos tomyam.
3. Biarkan mendidih dan kemudian masukkan daun limau purut, cili padi, garam, dan jus limau nipis.
4. Biarkan seketika sehingga masak dan sedia untuk dihidang.
pudding roti bakar

BAHAN-BAHAN:
750 gm susu segar | dipanaskan seketika
5 keping roti putih | dibuang kulit tepunya dan disapu dengan mentega
50 gm kismis hitam
5 bij telur
90 gm gula kastor
30 gm gula kastor untuk ditabur

Sos Kastad:
1 tin susu cair
1/4 tin air (guna tin susu cair tadi)
2 sudu besar tepung kastad
2 sudu besar gula

CARA MEMASAK:
1. Potong dua semua roti putih berbentuk tiga segi.
2. Aturkan roti tersebut di dalam loyang, selang selikan dengan taburan kismis. Ketepikan.
3. Campurkan 90 gm gula dengan telur ke dalam satu bekas dan tuangkan susu secara perlahan-
lahan.
4. Pukul adunan hingga sebati dan tuangkan ke dalam loyang yang berisi roti tadi.
5. Setelah itu taburkan gula kastor di atasnya.
6. Letakkan loyang ke dalam dulang yang berisi air dan bakar di dalam ketuhar bersuhu 170C
selama 35-40 minit.
7. Untuk membuat sos kastad: campurkan kesemua bahan ke dalam periuk dan kacau hingga agak
pekat. Sejukkan seketika dan hidang bersama puding roti yang telah dimasak tadi.

You might also like