You are on page 1of 1

Semua rakyat hendaklah mendukung cita-cita untuk membentuk satu bangsa dan negara di mana ahli

ahli masyarakatnya menganggap diri mereka sebagai rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan
perbezaan kepercayaan masing-masing. Rakyat negara ini terdiri daripada pelbagai kaum dengan
berbagai-bagai perbezaan yang wujud. Keadaan ini bertambah rumit lagi kerana wujud
ketidakseimbangan ekonomi antara kaum. Sungguhpun wujud unsur-unsur perbezaan ini, melalui Rukun
Negara akan dapat membentuk satu bangsa yang bersatu padu di mana semua rakyat tampa mengira
kaum mempunyai semangat kesetiaan dan perasaan cinta terhadap negara.

Perlembagaan negara menjamin kebebasan hak asasi dan kebebasan kegiatan-kegiatan berpolitik rakyat
negara ini asalkan tidak melanggar undang-undang negara. Tetapi hak-hak serta kebebasan yang
diberikan ini tidak boleh disalah gunakan atas nama demokrasi untuk membakar perasaan perkauman
atau bagi memusnahkan demokrasi. Apabila berlaku sebarang masalah yang melanda negara,
kepentingan bangsa dan negara mestilah didahulukan. Kepentingan negara hendaklah diutamakan lebih
daripada kepentingan sesuatu kaum, jika mahu, kestabilan dan keselamatan negara berkekalan.

Semua anggota masyarakat mempunyai peluang yang sama untuk menikmati kekayaan negara.
Masyarakat yang adil akan wujud di negara ini jika kekayaan negara dapat dibahagikan adil dan
saksama. Bagi mencapai tujuan ini, pihak-pihak yang lemah akan dibantu supaya mereka mempunyai
peluang yang sama untuk bersaing dengan pihak-pihak yang lain yang lebih maju. Masyarakat adil yang
kita cita-citakan itu bebas daripada penindasan seseorang terhadap yang lain ataupun penindasan
sesuatu golongan terhadap yang lain.

Masyarakat negara ini bebas mengamalkan agama dan adat resam serta kebudayaan masing-masing
sesuai dengan matlamat perpaduan negara. Kita sesungguhnya mempunyai kekayaan dari segi
kebudayaan dan adat resam yang negara diamalkan oleh masyarakat pelbagai kaum. Walaupun ada
perbezaan, semua anggota masyarakat hendaklah bercita-cita untuk mewujudkan satu masyarakat di
mana keadaan berlainan kebudayaan itu boleh menguntungkan dan menjadi sumber kekuatan kepada
bangsa dan negara Malaysia.

Kita bercita-cita hendak mewujudkan sebuah masyarakat progresif yang mencapai kemajuan di bidang
sains dan teknolagi selaras dengan perkembangan teknologi terkini serta dunia tanpa sempadan dan era
globalisasi. Dunia kini sedang menyaksikan perubahan-perubahan yang begitu cepat dalam bidang ilmu
pengtahuan, sains dan teknologi. Masyarakat progresif yang hendak diwujudkan merupakan satu
masyarakat yang bergerak maju sejajar dengan kemajuan sains dan teknologi yang akhirnya akan
menjadikan Malaysia sebuah negara maju sebagaimana matlamat Wawasan 2020. Tetapi kemajuan
tersebut tidak akan menjadikan rakyat negara ini terkeluar daripada batas-batas agama dan nilai-nilai
ketuhanan.

You might also like