You are on page 1of 4

Description

0
Download Teks Ucapan Guru Besar Sempena Mesyuarat PIBG
Transcript
Teks Ucapan Guru Besar SK Bukit Rok Mesyuarat Agung PIBG SK Bukit Rok Kali Ke-28 Tahun
2013 Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Dan Salam
Sejahtera. Saudara Pengacara Majlis, Yang Behormat Senator Dato Muhammad Olian B Abdullah,
Ahli Dewan Negara Yang Dihormati En. Lee Lai Cheng YDP PIBG SK Bukit Rok Yang Dimuliakan; -
Tok Batin Kg Bukit Rok, En Mohamad B Nohing - Tok Batin Kg Ibam, En Raman B Mat - Tok Batin
Kg Chuat, En Pigi B Amao Barisan Penolong-Penolong Kanan AJK PIBG Guru-Guru,Tuan-Tuan
Dan Puan-Puan Yang Dihormati Sekalian. Alhamdulillah, bersyukur kita kepada Allah s.w.t. kerana
dengan limpah kurnia dan izinnya dapat kita sama-sama berkumpul pada pagi yang mulia ini,
sempena Majlis Mesyuarat Agung PIBG kali ke-28 bagi Sekolah Kebangsaan Bukit Rok. Saya bagi
pihak sekolah merakamkan ucapan terima kasih di kehadiran YB Senator Dato Muhammad Olian B
Abdullah kerana sudi hadir merasmikan Mesyuarat Agung PIBG sekolah ini. Tidak lupa kepada ibu-
bapa ataupun waris-waris pelajar kerana sudi hadir pada pagi ini. Ibu-bapa yang hadir pada pagi ini
sebenarnya adalah ibu-bapa yang cemerlang. Tahniah dan syabas saya ucapkan. Di sini saya ingin
hulurkan sejambak bunga tanda penghargaan kepada YDP PIBG, Jawatankuasa PIBG dan guru-
guru serta staff sekolah kerana telah dapat merancang, mengelola dan seterusnya melaksanakan
mesyuarat ini. Terima kasih tidak terhingga daripada saya. 1
Tuan-Tuan dan Puan-Puan Seperti yang kita sedia maklum, semua Mesyuarat PIBG
sekolah mesti diadakan pada setiap tahun sebelum 31 Mac dengan memilih dan melantik
AJK PIBG pada setiap kali Mesyuarat Agung diadakan. Disamping itu harus diingatkan
bahawa perkara berkaitan dengan Batasan Kuasa Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG)
perlu dipatuhi pada setiap masa seperti mana yang tercatat dalam SPI Bilangan 5 Tahun
2001 yang dikeluarkan oleh pejabat Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, KPM. Perkara-
perkara yang disentuh di dalam surat pekeliling itu ialah PIBG sekolah bertujuan untuk
mewujudkan permuafakatan antara ibu bapa dan guru di sekolah yang berkenaan.
Permuafakatan seumpama ini diharapkan dapat membina kesefahaman tentang tugas dan
tanggungjawab bersama dalam usaha untuk meningkatkan mutu pengajaran guru-guru dan
pembelajaran murid di sekolah, selain mempertingkatkan kerjasama dan perkongsian antara
pihak sekolah, ibu bapa, dan komuniti setempat (school home community partnership). Di
samping itu, PIBG juga mempunyai peranan saling melengkapi terhadap fungsi
Kementerian Pelajaran dalam menyediakan prasarana, kemudahan, dan suasana sekolah
yang kondusif kepada murid-murid dan guru-guru di sekolah berkenaan. Seterusnya dalam
Peraturan 5 PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN (PERSATUAN IBU BAPA GURU)
1998 yang berkuatkuasa pada 26 Mac 1998, dengan jelas telah menggariskan tujuan dan
batasan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di sekolah. Dalam subperaturan (5) dan (6)
ada dinyatakan batasan-batasan yang dikenakan kepada Persatuan, iaitu : 2
Subperaturan (5) Persatuan tidak boleh memperluaskan bidang kuasa Persatuan kepada
perkara-perkara yang berkaitan dengan pentadbiran sekolah, pekerjaan dan syarat-syarat
perkhidmatan guru dan kakitangan yang lain dalam sekolah. Subperaturan (6) Persatuan
tidak boleh menjadi jentera bagi menyelesaikan pertikaian atau perkara-perkara lain yang
berkaitan antara Persatuan dengan Guru Besar atau Pengetua atau kakitangan sekolah di
mana Persatuan ditubuhkan atau Pejabat Pendidikan Daerah atau Pejabat Pendidikan
Bahagian atau Jabatan Pendidikan Negeri atau Kementerian Pendidikan atau Kerajaan
Negeri atau Persekutuan. Di samping itu, kepimpinan PIBG di sekolah-sekolah juga
diingatkan supaya tidak sekali-kali membabitkan Persatuan dan sekolah dengan apa juga
kegiatan yang boleh menggugat kestabilan sistem persekolahan dan perpaduan masyarakat
setempat. Oleh yang demikian, adalah tidak wajar kepimpinan PIBG terlibat dengan aktiviti-
aktiviti anti kerajaan atau menjadikan Persatuan sebagai platform untuk berpolitik atau bagi
tujuan memperoleh kepentingan peribadi. Jika keadaan ini berlaku, dikhuatiri Persatuan
akan menyeleweng daripada matlamat asal penubuhannya, dan akhirnya akan menjejaskan
proses pengajaran dan pembelajaran, sekaligus akan merugikan pendidikan anak-anak
murid di sekolah. Saya Guru Besar SK Bukit Rok selaku ex-officio dan Penasihat PIBG
dikehendaki memaklumkan kandungan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Ibu
Bapa-Guru) 1998 ini kepada semua ahli jawatankuasa PIBG yang dilantik dan ibu bapa
keseluruhannya agar ia dipatuhi pada setiap masa. 3 Tuan-tuan dan Puan-Puan
Sesungguhnya, majlis pada pagi ini amat bermakna, di mana pihak sekolah dan ibu bapa
dapat bertemu untuk berbincang dan mencari kata sepakat, demi kepentingan dan masa
depan anak-anak masing-masing. Permuafakatan seumpama inilah yang menjadi kunci
kejayaan PIBG dan sekolah dengan mengambil kira batasan-batasan kuasa PIBG seperti
yang telah saya terangkan tadi. Selain daripada memilih dan melantik Jawatankuasa PIBG
yang baru dan membincangkan usul-usul daripada ibu bapa, diharapkan juga mesyuarat
PIBG pada pagi ini akan berbincang dan mendapat persetujuan bersama berkaitan kutipan
bayaran persekolahan bagi Tahun 2013. Seperti arahan JPN, permohonan kutipan ini mesti
dihantar ke JPN. Diharapkan perkara ini dapat diputuskan dengan sebaik mungkin tanpa
menimbulkankan masalah kepada pihak sekolah dan waris murid-murid. Dalam proses
pembinaan insan yang dinamakan murid-murid ini, pelbagai inisiatif, usaha dan program
telah dilakukan oleh pihak KPM. Ini termasuklah pelbagai transformasi pendidikan seperti
program IM1S, KSSR, PBS, MBM MBI dan di samping itu pelbagai bantuan khas juga
diberikan kepada murid-murid termasuk mereka yang berada di prasekolah, asrama dan
juga murid keseluruhan hendaknya. Transformasi penilaian murid di masa kini telah
ditukarkan. Pentaksiran sekolah telah ditukarkan kepada Pentaksiran Berasaskan Sekolah
(yang dipanggil P.B.S) dan sekarang ia telah dilaksanakan pada tahun1 hingga tahun 3.
Diharapkan ibu bapa mengambil berat makluman ini kerana tiada lagi penomboran
kedudukan kelas berasaskan individu dan penilaian yang 4
dilakukan adalah berterusan dan tidak melangkaui bidang akademik sahaja, malahan juga
bidang kokurikulum , sahsiah dan juga emosi. Ingin dimaklumkan di sin terdapat 6 band
penggredan pengetahuan murid yang dinilai berasaskan P.B.S iaitu Band 1 hingga Band 6.
Band 1 (Tahu), Band 2 (Tahu dan Faham), Band 3 (Tahu, faham dan boleh buat), Band 4
(Tahu, faham dan boleh buat dengan beradab), band 5 (Tahu, faham dan boleh buat
beradab terpuji), Band 6 ( Tahu, faham dan boleh buat beradab mithali). Tuan-tuan dan
puan-puan, Harus juga diingatkan kecemerlangan anak-anak kita sebenarnya bermula di
rumah. Sebagai ibu bapa, kitalah yang akan menentukan sama ada anak-anak kita terdidik
dengan nilai-nilai yang murni dan mempunyai kekuatan dalaman untuk berhadapan dengan
segala gejala negatif di luar rumah. Jelas, tanggungjawab menentukan keperibadian anak-
anak sebenarnya adalah tanggungjawab ibu bapa. Amat tidak adil untuk melepaskan
tanggungjawab itu sewenang-wenang ke atas bahu guru dan pihak sekolah. Dalam konteks
ini, PIBG sekolah perlulah bersikap proaktif untuk menyumbang ke arah usaha tersebut
selain daripada membantu dalam kebajikan pelajar, guru dan juga pembangunan sekolah.
Alhamdulillah, setakat ini kerjasama yang baik dan erat telah ditunjuk oleh oleh pihak
sekolah dan PIBG. 5
Tuan-Tuan dan Puan-Puan Kerjasama yang baik ini diharapkan dapat membantu pihak
sekolah dalam melonjakkan prestasi UPSR tahun ini. Pada tahun lepas keputusan UPSR kita
merosot sedikit daripada 56 % kepada 40 %. Walaupun begitu kita berbangga kerana masih ada
dua pelajar kita yang telah berjaya mendapat 4A 1B dan saya difahamkan mereka juga telah
ditawarkan memasuki MRSM Muadzam Shah. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua guru
dan tidak lupa kepada PIBG yang sentiasa menyokong usaha-usaha peningkatan akademik sekolah
tanpa jemu. Diharapkan untuk UPSR 2013, sekolah akan mencapai kejayaan yang lebih gemilang
lagi. Dalam melonjakkan pencapaian SK Bukit Rok setanding dengan sekolah arus perdana yang
lain, saya telah merancang beberapa program untuk mengatasi pelbagai permasalahan di sekolah
ini. Diantara masalah yang paling membimbangkan saya adalah bilangan murid yang yang kurang di
dalam kemahiran membaca dan menulis.
Seramai sekitar 50 orang murid telah dikenalpasti daripada tahun 2 hingga tahun 6 dan kami
telah mengambil inisiatif melaksanakan kelas bacalah sayang. Alhamdulillah, hampir 3 minggu
kelas ini telah dijalankan atas hasil kerjasama semua guru dan staf sokongan Sk Bukit Rok.
Diharapkan JK PIBG yang baru dilantik nanti sudi meluangkan masa bersama-sama dengan kami
membantu memulihkan murid-murid ini. Perancangan saya yang kedua adalah meningkatkan
keceriaan Sk Bukit Rok samada di dalam mahupun di luar kelas. Saya benar-benar berharap 6 agar
sekolah ini mejadi second home kepada murid kita dan kelas-kelas selepas ini akan menjadi lebih
kondusif dan sesuai dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran. Ini penting agar murid-
murid gembira dan seronok berada di sekolah. Namun perancangan ini memerlukan sumber tenaga
yang besar malahan kos pelaksanaannya juga memerlukan dana yang besar juga. Terdapat juga
masalah kemudahan asas di sekolah ini yang benar-benar memerlukan penambahbaikan. Sekolah
ini sering mengalami masalah putus air yang serius terutama di asrama. Walaupun telah dibina
tangki takungan air yang besar, namun masih tidak dapat digunakan lagi kerana masalah enjin.
Walaupun telah dimaklumkan kepada PAIP Daerah (Pengurusan Air Pahang Daerah Bera) tetapi
masih tiada tindakan lanjut. Ia benar-benar mengganggu pembelajaran murid kita yang tinggal di
asrama tambahan pula mereka masih kecil lagi untuk memikirkan masalah air. Hadirin sekalian,
Dewan inilah tempat kita berkumpul dan pelbagai acara telah banyak dilangsungkan di sini. Pada
asasnya dewan ini masih tidak boleh dipanggil dewan kerana asalnya ia adalah kelas dan
kemudahannya tidak mencapai piawaian. Oleh hal yang demikian, saya mewakili guru-guru dan
murid-murid Sk Bukit Rok ingin memohon YB Senator Dato apalah jua kiranya dapat diberikan dana
kepada pihak sekolah dalam menaik taraf kelas ini menjadi dewan. Harap YB Senator Dato dapat
menimbangkannya. Begitu juga kami ingin 7 memohon sumbangan dana daripada YB Senator Dato
dalam melaksanakan program Bacalah Sayang , dan juga program menaik taraf kecerian sekolah
ini. Diharapkan dengan sumbangan pihak YB Senator Dato dapat meningkatkan lagi taraf
pendidikan dan kemudahan demi kelansungan pengajaran dan pembelajaran murid orang asli di sini
setaraf dengan sekolah kebangsaan arus perdana yang lain. Hadirin hadirat yang dikasihi sekalian,
Diharapkan tahun ini kepimpinan baru JK PIBG dapat membantu pihak sekolah meningkatkan
kecemerlangan sekolah, memantapkan lagi hubungan guru bersama ibu bapa melalui aktiviti
anjuran bersama seperti Program Motivasi, Kecemerlangan UPSR, Sukan, Hari Anugerah Sekolah
dan sebagainya. Selain dari pencapaian di bidang akademik, diharapkan murid-murid sekolah ini
akan cemerlang dalam bidang-bidang lain.
Terima kasih saya ucapkan kepada tuan-tuan dan puan-puan semua kerana menghantar
anak ke sekolah ini. Insya Allah kepercayaan dan keyakinan tuan-tuan dan puan-puan terhadap
guru-guru di sekolah ini dalam mendidik anak-anak tuan-tuan dan puan-puan tidak akan dipersiakan
dan didoakan murid-murid di sekolah ini akan dapat terus menempa kejayaan yang lebih besar pada
masa hadapan. Di samping itu, sebagai ibu bapa diharapkan jasa guru-guru sekolah ini dihargai dan
sekiranya ada masalah berkaitan anak-anak berbincanglah dengan penuh hemah dan bijaksana.
Tindakan yang terburu-buru dan cepat melenting tidak akan mendatang kebaikan kepada semua
pihak. Oleh itu, peranan PIBG dalam membantu sekolah menerangkan dan menghebahkan
program, aktiviti dan tindakan sekolah amat membantu pihak sekolah. 8
Tuan-Tuan dan Puan-Puan Sebelum mengakhiri ucapan, saya sekali lagi mengambil
kesempatan di sini untuk mengucapkan terima kasih kepada YB Senator Dato Muhammad Olian B
Abdullah, Tok-Tok Batin dan tuan-tuan dan puan-puan kerana sudi hadir pada pagi ini dan saya juga
ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada JK PIBG yang bakal dipilih dan dilantik sebentar
nanti. Harapan saya ialah supaya Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-28 ini akan dapat berjalan lancar
dan teratur. Sekian, terima kasih dan wassalamualaikum wbh. 9

You might also like