You are on page 1of 1

PERJANJIAN PERLEPASAN UNTUK MAJLIS TAKLIMAT

CALTEX FUEL YOUR SCHOOL

Saya dengan ini memberikan persetujuan sepenuhnya tanpa royalti atau pampasan lain dalam apa jua bentuk, bagi apa-apa
maksud yang sah di sisi undang-undang, termasuk tetapi tidak terhad kepada tujuan pengiklanan dan perdagangan, oleh
Chevron Malaysia Limited, anak-anak syarikatnya, syarikat gabungan, dan pengganti yang berkepentingan (selepas ini
dirujuk sebagai "Chevron") terhadap penggunaan nama saya, suara dan mana-mana potret, persamaan, gambar, imej, video,
filem dan foto saya (selepas ini dirujuk sebagai "Gambar") yang diambil oleh atau bagi pihak Chevron dan penghasilan semula
dalam apa jua bentuk, dalam apa jua medium, termasuk World Wide Web, dengan ini melepaskan Chevron dari semua liabiliti
yang timbul daripada penggunaan Gambar termasuk apa yang saya mungkin anggap gambaran yang salah mengenai saya
akibat daripada putar belit, ilusi optik atau kerosakan mekanikal penghasilan semula.

Saya bersetuju bahawa semua Gambar tersebut sama ada dalam bentuk plat, transparensi, negatif, filem, video, audio,
elektronik, digital, dan / atau mana-mana medium yang digunakan sekarang atau selepas yang berkaitan dengannya adalah
dan hendaklah kekal sebagai harta Chevron.

Semua hak cipta Gambar, hak publisiti dan lain-lain hak harta intelek menjadi milik Chevron, dan jika diminta, saya akan
melaksanakan apa-apa perjanjian tambahan untuk membuktikan hak tersebut.
Saya seterusnya bersetuju bahawa kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh saya tentang Chevron dan pelbagai aktiviti dapat
digunakan untuk tujuan pengiklanan dan perdagangan oleh Chevron.

Saya mengakui bahawa pernyataan pelepasan ini merupakan pemahaman keseluruhan dengan pihak di
atas, semua persefahaman sebelum ini, jika ada, digabungkan di sini.

Nama ______________________________________________________

Agensi/Syarikat/Sekolah ______________________________________________________

Tandatangan ______________________________________________________

Nama Saksi ______________________________________________________

Tandatangan Saksi ______________________________________________________

Nama Jurugambar ______________________________________________________

Tandatangan Jurugambar ______________________________________________________

Tarikh ______________________________________________________

Page 1 of 1

You might also like