You are on page 1of 6

PENDIDIKAN MENURUT CONFUCIUS

Peranan pendidikan ialah untuk melahirkan orang budiman yang kompeten dan
mempunyai nilai moral yang tinggi. Antara nilai-nilai yang diutamakan ialah kesayangan
kepada ibu bapa, menghormati orang tua, jimat cermat dan sebagainya.
Dengan mempertingkat nilai moral individu, masyarakat akan menjadi lebih mulia, rakyat
akan mematuhi undang-undang, negara ditadbir dengan sebaik-baiknya dan semua
individu akan mengikuti jalan yang lurus dan tidak menyeleweng.
Pendidikan memainkan peranan penting dalam pembangunan masyarakat dengan
mengubah sifat individu.
Confucius mengecam pilih kasih dan pemindahan jawatan daripada satu generasi kepada
generasi seterusnya di kalangan golongan aristokratik yang wujud. Beliau mencadangkan
pelantikan ke sesuatu jawatan berdasarkan merit dan keupayaan (Analects Zi Lu)
Pendidikan adalah untuk semua manusia, tanpa pengecualian (Analects Wei Ling Gong).
Pelajar2 beliau datang daripada golongan paling rendah hingga ke golongan tertinggi.
Pembukaan peluang pendidikan kepada lebih ramai orang telah menyumbang kepada
reformasi politik serta penyebaran budaya.
Matlamat pendidikan adalah untuk melahirkan individu budiman yang berupaya (xiancai)
atau individu berkualiti (junzi) yang bermulia tinggi dan kompeten. Orang seumpama ini
akan memegang jawatan dengan perkhidmatan awam dan menjalankan tugas dengan
penuh berintegriti (Analects Zhang Zi)

KURIKULUM MENURUT CONFUCIUS

TIGA asas pendidikan ialah perkembangan nilai moral, pengetahuan dan kemahiran.

Pendidikan

Nilai Moral Pengetahuan Kemahiran

Nilai Moral yang diberi penekanan berkait rapat dengan hubung kait di antara
manusia dan terdiri daripada berikut:
o Menyayangi ibu bapa (xiao)
o Menghormati orang tua (ti)
o Kesetiaan (zhong)
o Kemaafan (shu)
o Menghormati (gong)
o Budi pekerti (gong)
o Ketekunan (min)
o Keikhlasan (hui)
o Berbuat baik (liang)
o Berjimat cermat (jian)
o Toleransi (rang)
o Hikmah (zhi)
o Keberanian (yong)
o Berbakti (di)
Konsep pendidikan moral yang dicadangkan oleh Confucius berlandaskan konsep
ren atau sifat kemanusiaan (persahabatan antara manusia, saling menghormati)
yang juga bermakna menyayangi jiran tetangga. Dengan memahami ren, seseorang itu
dapat mendisiplin diri sendiri untuk mematuhi norma-norma sosial dan adat istiadat
yang dianggap betul dan mulia oleh masyarakat. Konsep pendidikan moral Confucius
bertujuan untuk menamatkan kekacauan politik dan keruntuhan moral di Cina pada
ketika itu. Yang diperlukan ialah individu bermoral tinggi yang dapat membantu
golongan aristokrat mentadbir negara dengan penuh integriti.
Confucius menyarankan bahawa semua orang perlu memupuk kelakuan baik dan
menerima pendidikan moral.

GURU & PENGAJARAN MENURUT CONFUCIUS

Idea-idea ini dikemukakan kira-kira 2400 tahun yang lepas:


Guru yang baik hendaklah menyampaikan ilmu dengan penuh minat, komited dengan
kerjayanya. Dia harus mempunyai pengetahuan luas dan kukuh tentang mata pelajaran
yang diajar supaya pelajar mendapat manfaat sepenuhnya.
Guru mesti memahami tingkahlaku unik setiap pelajar dan menggunakan kaedah
mengajar yang sesuai dengan keupayaan dan umur pelajar
Guru ialah seorang penyayang yang tidak kenal penat lelah mengembangkan potensi
pelajar sambil menjadi sumber inspirasi kepada mereka.
Guru perlu menunjukkan kesopanan dan budi bicara ketika bercampur gaul dengan orang
lain.
Guru hendaklah menjadi teladan yang baik kepada pelajar, sentiasa menganalisis diri
sendiri dan sanggup menerima kritikan
Guru mesti sentiasa belajar serta sentiasa mengaitkan teori dengan amalan.

Confucius mencadangkan beberapa ciri yang harus diamalkan oleh seorang guru:

Menentukan bahawa pengajaran yang diterima adalah sepadan dengan kecenderungan


pelajar
Memberi inspirasi dan membimbing pelajar
Memimpin pelajar secara beransur-ansur
Mengajar diri sendiri sambil mengajar orang lain
Mengaitkan keadaan kini dengan merujuk masa lalu
Mengaitkan teori dengan amalan
Menggalakkan pemikiran bebas
Mengambil kira umur pelajar
Mengamalkan kawalan dan analisis kendiri
Menjadi teladan yang baik
Membetulkan kesilapan dan memperbaiki diri
Membendung daripada kejahatan dan meninggikan yang baik
Mengalu-alukan kritikan

RABINDRANATH TAGORE

Pendapat Tagore tentang kurikulum:

Kekurangan pendidikan penghalang utama kemajuan masyarakat di India, punca


segala masalah lain.
Pentingnya sains, teknologi, sains pertanian dan latihan dalam kraf tangan desa.
Tanpa latihan sukar untuk mengatasi masalah kemiskinan luar bandar
Perkembangan kerohanian dan sains sama penting.
Mencadangkan pengajaran Sejarah dan Geografi untuk menggalakkan objektiviti
dalam pemikiran dan memudahkan perubahan sosial yang diingini.
Generasi muda perlu menyedari kepentingan warisan dan budaya mereka dan negara-
negara lain.
Berkenaan bahasa pengantar, beliau tidak bersetuju penggunaan Bahasa Inggeris
kerana ia menghalang asimilasi apa yang telah diajar, dan menghadkan pendidikan
kepada kawasan bandar dan di kalangan kelas atasan. Oleh itu, dengan menjadikan
bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar dalam semua peringkat pendidikan, beliau
yakin pelajar di luar bandar mendapat manfaat.
Memberi tumpuan dalam menggalakkan kreativiti, kebebasan pemikiran, membawa
kegembiraan dan kesedaran tentang warisan budaya yang telah diabaikan.

Pendapat Tagore Tentang Kaedah Mengajar Dan Guru:

Guru sangat penting dan guru bertindak sebagai pekebun membantu kanak-kanak
berkembang sendiri.
Pendidikan sebagai alat atau agen perubahan untuk menjadikan lelaki dan wanita di
India menjadi lebih rasional dan tidak terlibat dengan aktiviti sosial dan individu yang
tidak bermakna.
Pelajar perlu menguasai pemikiran saintifik. Beliau mahu guru menggalakkan
pemikiran konstruktif, keinginan mencabar pemikiran diri sendiri untuk meneroka
idea baru serta kegigihan dan keinginan menakluki dunia melalui usaha dan
keberanian dalam pemikiran dan tindakan. Sifat-sifat sedemikian telah membuat
negara-negara barat mara ke hadapan.
Beliau tidak bersetuju dengan pengajaran dan pembelajaran yang sangat tertumpu
kepada buku teks. Menggalakkan dan membiarkan pelajar mengumpul dan mencari
maklumat secara langsung daripada pelbagai sumber.
Beliau juga menentang apa jua bentuk hukuman yang melibatkan memukul pelajar
untuk mendisiplin mereka. Beliau mahu pelajar mendisiplin diri sendiri.
Pelajar seharusnya berfikir secara global dan melibatkan seluruh umat manusia.
Pelajar seharusnya membesar ke arah keamanan dan persahabatan.
Falsafah Pendidikan Rabindranath Tagore yang menyebutkan bahawa pendidikan
untuk perkhidmatan sosial dan kecekapan bertujuan untuk membolehkan individu
hidup dalam masyarakat dan berpegang kepada prinsip bekerjasama, berbaik-baik dan
menghormati di antara satu sama lain (Mok Soon Sang,2010).
Kaedah pengajaran misalnya untuk sejarah dan budaya, pengajaran merangkumi
tarikh dan peristiwa serta kemajuan yang telah dicapai dalam membenteras sekatan-
sekatan sosial dan agama.
Kanak-kanak dibenarkan bermain ketika masa rehat.
Kerja lapangan dan lawatan sambil belajar serta mengkaji kitaran hidup serangga,
burung dan tumbuh-tumbuhan digalakkan.
Jadual kelas adalah fleksibel.

PAULO FREIRE

Mengambil berat tentang rakyat miskin dan buta huruf negara yang tidak mempunyai
akses kepada pendidikan : inginkan mereka ini dididik dan memberi kuasa kepada
mereka agar mereka dapat mengambil bahagian dalam proses demokrasi.
Berpegang kepada perspektif Rekonstruktivisme yang melihat peranan pendidikan
sebagai mendidik individu untuk mengubah masyarakat yang tidak adil. Pendidikan
seharusnya meningkatkan kesedaran pelajar untuk berfikir secara demokratik dan
mempersoalkan apa sahaja yang mereka belajar.
Pendidikan harus mengajar tentang kewarganegaraan.

Kewarganegaraan membayangkan kebebasan untuk bekerja, makan, berpakaian,
memakai kasut, tidur di sebuah rumah, untuk menyara hidup diri sendiri dan
keluarga, bercinta, marah, menangis, untuk membantah, untuk menyokong,
untuk bergerak, menganuti apa jua agama, menyertai apa jua parti, mendidik
diri sendiri dan keluarga.

(Freire, Paulo, Pedagogy Of The Oppressed, The Continuum Publishing


Corporation, New York, 1972)

Ingin pelajar supaya menjadi lebih toleran.


Apakah toleransi?

Toleransi memerlukan hormat, disiplin dan etikaToleransi ialah satu sifat
mulia yang mengajar kita hidup dengan orang yang berlainan. Ia mengajar kita
hidup dengan orang yang berlainan. Ia mengajar kita mempelajari daripada dan
menghormati perbezaan.

[Freire, Paulo; Pedagogy of The Oppressed, The Continuum Publishing


Corporation, New York, 1972, pg 42]

Menentang hebat konsep perbankan.


Maksudnya Guru mendeposit ilmu ke dalam sesuatu repositori pengetahuan yang
besar. Pelajar datang ke bank atau repositori ilmu untuk mengeluarkan pengetahuan
dan kemahiran yang mereka perlukan untuk kehidupan seharian.
Hujah beliau : ilmu bukan komoditi yang boleh dipindahkan daripada guru kepada
pelajar.
Pelajar perlu membina pengetahuan daripada pengetahuan sedia ada mereka. Guru-
guru mesti belajar bagaimana pelajar memahami dunia mereka supaya guru
memahami bagaimana mengajar pelajar-pelajar mereka.
Pembelajaran berlaku apabila pelajar menganalisis kandungan secara kritis, mereflek
apa yang dipelajari dan membina makna baru dari ilmu yang dipelajari.
Proses di mana pengetahuan yang disampaikan kepada pelajar , pelajar berinteraksi
dengan pengetahuan yang disampaikan melalui kefahaman, perbincangan dan
refleksi.

Kurikulum Menurut Paulo Freire.

Kurikulum mesti digubal oleh rakyat untuk mengelakkan rakyat miskin dan buta
huruf dimanipulasi.
Kurikulum tidak boleh dipisahkan daripada realiti.
Pengetahuan terdiri daripada kandungan, emosi dan logik (pemikiran).
Tidak memisahkan membaca dan menulis dalam pengajaran bahasa.
Pengetahuan bersifat dinamik dan tidak statik, saling berkait, tidak terpisah.
Metodologi Freire mengkaji masalah masyarakat :
1. Mengenal pasti masalah
2. Menghasilkan kod
3. Pelajar menceritakan pengalaman mereka dengan masalah yang dikenal pasti.
4. Menganalisis masalah atau situasi kemudian ahli2 diminta melukis pokok
masalah (Batang = masalah, Daun=Akibat/Kesan, Akar=Punca)
5. Bertindak dan mengubah keadaan
Kaedah latihan literasi untuk orang dewasa :
1. Konteks (mengkaji keadaan sekitar)
2. Pemilihan perkataan (pemilihan perkataan generatif belajar perkataan
baharu)
A. Perkataan harus mengandungi bunyi asas bahasa Portugis & Sepanyol
B. Perkataan yang dipilih perlu disusun mudah kepada kompleks
C. Perkataan yang dipilih mestilah berguna (kehidupan seharian, budaya,
politik tempatan. Contoh: Vot=Undi)
3. Latihan literasi penggunaan gambar dan ilustrasi

Pendapat Paulo Freire Tentang Guru


Seorang yang rendah diri, penyayang dan menghormati pelajar.
Merendah diri mendengar dan memahami kehendak pelajar miskin dan jahil
Peka terhadap keperluan pelajar boleh mentafsir bahasa lisan dan bukan lisan
pelajar.
Hubungan antara guru dan pelajar hubungan ibu bapa dan anak-anak mereka.
Hubungan mesra, saling menghormati dan hubungan dua hala.
Guru juga belajar dan pelajar diberi peluang mengajar penglibatan aktif kedua2
pihak dalam proses pendidikan.

You might also like