You are on page 1of 68

SAZALI BIN IBRAHIM A.M.

N
KETUA PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KUALA KRAI
KELANTAN

Blog: http://cikgusazali.blogspot.com
1
KARANGAN DIPERIKSA
SECARA IMPRESSION
Karangan A Karangan B
Masa : 45 minit Masa : 90 minit
Perkataan : 200 250 pp Perkataan : Lebih 350 pp (+500pp)
Halaman : 2 muka surat Halaman : 4 muka surat
Perenggan : 5 (1 + 3 + 1) Perenggan : 7 (1 + 5 + 1)
Pendahuluan Pendahuluan
3 isi 5 isi (80 100)
Kesimpulan 4 isi (66 79)
3 isi (51 65)
Kesimpulan
Markah : 30 markah Markah : 100 markah
2
TAHUN SPM JUN SPM NOV
2017 Kepentingan pasar tani ???

2016 Kepentingan Ciri-ciri sekolah selamat


memelihara hutan

2015 Langkah untuk Tujuan sambutan hari


menjimatkan guru
perbelanjaan

2014 Langkah menjaga Faedah menyertai sukan


keselamatan kanak- lasak
kanak

2013 Langkah menjaga Kepentingan


keselamatan di jalan memelihara dan
raya memulihara bangunan
bersejarah
GATEH
1. Pastikan pendahuluan LEBIH PENDEK
daripada mana-mana perenggan isi.
2. Pastikan perenggan isi SEIMBANG dari segi
baris.
3. Pastikan kesimpulan LEBIH PENDEK
daripada pendahuluan.
1 Huraikan pendapat anda tentang ciri-ciri sekolah
selamat.
Tugasan
* KATA KUNCI + tema
* Sinonimkan kata kunci
- ciri/kriteria/elemen
- kepentingan/kebaikan/kelebihan
- usaha/langkah/cara
- peranan/tanggungjawab/tugas
- faktor/punca/sebab
2 Huraikan pendapat anda tentang ciri-ciri sekolah
selamat.
Tugasan
* Kata kunci + TEMA
* Pencerahan konsep Sekolah Selamat
- Input
- Output
- Outcomes
3 HIDUPKAN isi/idea utama
Khidmat pengawal keselamatan
(menyediakan khidmat pengawal keselamatan)

Alat pemadam api


(Membekalkan alat pemadam api)

Papan tanda amaran


(Meletakkan papan tanda amaran)
Menukarkan visual bahan rangsangan kepada
ayat yang gramatis.

4 Gambar 1:
Pengawal keselamatan bertugas di pintu masuk utama sekolah
untuk mengawal keselamatan pelajar yang datang dan balik
dari sekolah.

Gambar 2:
Alat pemadam api diletakkan di luar setiap kelas supaya mudah
digunakan apabila berlaku kecemasan.

Gambar 3:
Papan tanda amaran diletakkan di kawasan tangga yang licin
agar pelajar sentiasa berhati-hati apabila melalui kawasan
tersebut.
5 Panjangnya huraian anda hendaklah antara 200
hingga 250 patah perkataan
70 x 3 isi = 210 patah perkataan
80 x 3 isi = 240 patah perkataan
Panjangnya huraian anda hendaklah antara 200
hingga 250 patah perkataan

1
Keselamatan kanak-kanak merupakan antara isu yang sering diwara-
warakan dalam media cetak dan media elektronik di negara kita akhir-akhir ini.
Sehubungan dengan itu, semua pihak mestilah komited untuk mendepani isu ini
kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Persoalannya, apakah langkah-
langkah menjaga keselamatan kanak-kanak?
Pada pendapat saya, antara langkahnya ialah mengawasi anak-anak di tempat awam.
Hal ini dikatakan demikian kerana ibu bapa yang sentiasa mengawasi pergerakan anak-anak
mereka ketika berada di tempat awam dapat memastikan keselamatan anak-anak sentiasa
terjamin. Di samping itu, mengawasi anak-anak di tempat awam ini juga dapat melindungi anak-
anak daripada menjadi mangsa penculikan kerana malang tidak berbau. Sebagai contoh, ibu
bapa mestilah memimpin tangan anak-anak ketika membeli-belah di pasar raya lebih-lebih lagi
ketika musim perayaan. Mereka juga boleh mendukung anak-anak, meletakkan anak-anak ke
dalam troli, dan sebagainya. Saya ingin menegaskan bahawa mengawasi anak-anak di tempat
awam merupakan antara langkah menjaga keselamatan kanak-kanak.
Selain itu, sentiasa berada dalam kumpulan juga dikenal pasti sebagai salah satu
usaha untuk menjaga keselamatan kanak-kanak. Hal ini bermaksud kanak-kanak yang sentiasa
melakukan aktiviti secara berkumpulan mampu memudahkan mereka untuk mendapatkan
pertolongan apabila diancam. Lagipun, sentiasa berada dalam kumpulan juga mampu
mengelakkan mereka daripada menjadi mangsa orang yang tidak dikenali kerana air yang tenang
jangan disangka tiada buaya. Contohnya, kanak-kanak mestilah bermain secara berkumpulan di
padang permainan yang jauh daripada pandangan orang ramai. Mereka juga boleh berada dalam
kumpulan semasa pergi dan balik dari sekolah. Jelaslah bahawa salah satu usaha yang boleh
dilaksanakan demi menjaga keselamatan kanak-kanak ialah sentiasa berada dalam kumpulan.
Langkah menjaga keselamatan kanak-kanak yang berikutnya ialah
mempelajari ilmu pertahanan diri. Dalam konteks ini, kanak-kanak yang berusaha untuk
mempelajari seni mempertahankan diri berupaya untuk mengelakkan diri mereka
daripada menjadi mangsa buli. Tambahan pula mempelajari ilmu pertahanan diri juga
berupaya untuk melindungi diri dan rakan sebaya daripada sesuatu yang tidak diingini
kerana sediakan payung sebelum hujan. Misalnya, kanak-kanak mestilah mempelajari
ilmu pertahanan diri seperti tae kwan do di sekolah semasa aktiviti kokurikulum.
Mereka juga boleh mempelajari seni silat, muay thai, karate dan lain-lain. Saya optimis
bahawa mempelajari ilmu pertahanan diri dapat menjaga keselamatan kanak-kanak.
Kesimpulannya, semua pihak mestilah berusaha untuk menjaga keselamatan
kanak-kanak agar kanak-kanak di negara kita dapat hidup dalam persekitaran yang
aman dan selamat. Dalam hal ini, orang bijak pandai pernah berpesan kalau tidak
dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya!
KARANGAN RESPONS
TERBUKA
BAHAGIAN B

You might also like