You are on page 1of 1

4.

0 RUMUSAN

Secara kesimpulannya, guru dalam alaf baharu seharusnya professional dan


profesionalismenya ialah kunci kepada peningkatan kualiti (Nazir, 2001). Kualiti yang
dimaksudkan merujuk kepada kualiti proses dan yang lebih penting lagi ialah kualiti
produk (output). Dengan ini, modal insan perlu dibangunkan secara bersepadu melalui
latihan-latihan bagi memastikan setiap individu dapat mengembangkan potensi ke tahap
yang optimum.

Guru yang professional perlu berilmu, berkemahiran dan berketerampilan dalam


pengetahuan pedagogi serta pengetahuan kandungan pedagogi dalam pengajaran dan
pembelajaran. Di samping itu, guru yang berprofesional perlu mempunyai sahsiah yang
baik dan boleh diteladani murid. Tidak dapat dinafikan bahawa, peranan guru amat
penting dalam membawa pelbagai perubahan dan inovasi dalam sistem pendidikan
Negara akibat daripada era perkembangan teknologi yang kian pesat. Oleh itu, setiap
pemimpin guru harus bersifat dinamik serta mampu menyesuaikan diri dengan
kemahiran untuk menguruskan perubahan dan inovasi yang berlaku dari semasa ke
semasa.

You might also like