You are on page 1of 2

PK07 Pengurusan Mesyuarat

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI AMAN


TAKLIMAT DIALOG PRESTASI BIL 1/2017 (KOKURIKULUM)

Tarikh : 23 JANUARI 2017

Masa : 2.00 PETANG

Tempat : BILIK MESYUARAT SKSA

Pengerusi : EN. ASERI BIN KASSAN

Kehadiran(Bilangan) : 22 ORANG

Turut Hadir (Jika ada) : TIADA

1 PERUTUSAN PENGERUSI
Pengurusi mengucapkan terima kasih diatas kehadiran dalam taklimat dialog prestasi
kali ke pertama tahun 2017 . Majlis dimulakan dengan bacaan ummul kitab. Al-
Fatihah.

Tujuan mesyuarat kali ini adalah bagi membincangkan perancangan program /


aktiviti Kokurikulum sepanjang 2017 bagi meningkatkan prestasi sekolah dalam
bidang kokurikulum.

Harapan pengerusi taklimat agar aktiviti yang telah dirancang dapat berjalan dengan
lancar dengan adanya komitmen setiap guru dan kakitangan sekolah.

2. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
3.1. Tiada

3 PENYELARASAN JAWATANKUASA KOKURIKULUM 2017


Pembentukan AJK Kokurikulum 2017
Pengerusi : En. Aseri Bin Kassan ( Guru Besar )
Naib Pengerusi : Pn. Rosnihayati Bin Sahil ( PK Pentadbiran )
Naib Pengerusi 1 : Pn. Hasnah Binti Slamet ( PK Hal Ehwal Murid )
Naib Pengerusi 2 : En. Morshid Bin A. Razak ( PK Kokurikulum )
Setiausaha : En. Mohd. Johaizie Bin Rahem
Naib Setiausaha : Pn. Nor Suraya Binti Ghuzalli

AJK ada dilampirkan dalam buku pengurusan 2017 yang telah diedarkan sebelum ini.

Tindakan: Semua Guru

4 AMANAT YANG TELAH DISAMPAIKAN OLEH TUAN PPD BATU PAHAT (Tn. Hj.
Morshid Bin A. Razak)

I. Setiap sekolah harus membentuk sekolah berwatak iaitu menyumbangkan


kepakaran murid contohnya satu sekolah satu pingat emas sama ada dalam
bidang akademik atau pun bidang kokurikulum.
II. JPNJ ada menyediakan modul Explorasi Kokurikulum Impak Tinggi. Ada 2
salinan iaitu pada GPK Kokurikulum dan Naib Setiausaha Kokurikulum.
III. Dari segi prestasi kokurikulum dalam daerah Batu Pahat agak kurang

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00
PK07 Pengurusan Mesyuarat

memuaskan. Ini disebabkan oleh antaranya ialah murid kurang berminat


terhadap bidang kokurikulum.
IV. Selain itu , aktiviti kokurikulum yang dijalankan di sekolah juga kurang menarik
dan mencabar murid tersebut. Contohnya, latihan bola sepak hanya
menjalankan aktiviti menendang bola sahaja.
V. Kekurangan inesatif atau habuan dari pihak sekolah juga adalah salah satu
sebab prestasi kokurikulum kurang memuaskan.
Tindakan: Semua Guru

5 TINDAKAN YANG PERLU DIAMBIL


I. Semua guru harus merancang aktiviti yang akan dijalankan setiap tahun.
Contohnya latihan olahraga semasa cuti sekolah yang juga boleh mengatasi
kekurangan masa. Sekolah kita telah menjalankan aktiviti tersebut pada cuti
sekolah yang lepas.
II. Setiap guru perlu mengambil inesatif contohnya pengambilan anak angkat
kepada murid yang akan mewakili sekolah dalam bidang kokurikulum. Ini
adalah untuk menggalakkan dan memberi dorongan kepada murid tersebut
untuk lebih berjaya dalam bidang yang disertai.
III. Satu guru satu permainan khusus juga boleh dijalankan. Guru yang pakar
dalam bidang badminton contohnya perlu mengambil permainan tersebut
sebagai kepakaran.
IV. Latihan dalam Kumpulan (LDK) juga perlu dijalankan . pihak sekolah boleh
memanggil penceramah-penceramah luar untuk berkongsi teknik-teknik dan
sebagainya.
V. Kokurikulum impak tinggi akan diberi penumpuan kepada murid tahun 6.
Modul yang telah diberi oleh pihak JPNJ dalam aktiviti kokurikulum perlu
digunakan setiap masa. Pelbagai aktiviti ada disediakan didalam modul
tersebut.
Tindakan: Semua Guru
6 HAL-HAL LAIN
I. Laporan PAJSK perlu dihantar pada hari ini. AJK kokurikulum sedang
menyiapkan laporan tersebut. Tahun 4 dan 5 juga perlu di isi secara online.
II. Guru penyelaras atau guru kelas tahun 4 dan 5 2017 perlu mengisi PAJSK
online pada akhir tahun ini seperti guru kelas tahun 6 2017.
III. Minggu ini juga, analisa Kelab & Persatuan, Unit Uniform & permainan perlu
disiapkan. Guru-guru yang terlibat perlu memberi nama murid tahun 4 2017
kepada penyelaras-penyelaras yang telah dilantik iaitu:
Tn. Hj. Esa Bin Atan-Unit Uniform
Pn. Sara Binti Saat- Kelab & Persatuan
Pn. Norhayati Binti Badron- Permainan
IV. Diharapkan pada tahun ini Kejohanan Olahraga MSSC dapat membawa
Pingat dalam apa jua acara.

PENUTUP
a. Ucapan penangguhan oleh Pengerusi Mesyuarat.
b. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.15 pm

Disediakan oleh, Disemak Oleh,

.......................................... ................................
(Nor Suraya Ghuzalli ) ( )
Naib Setiausaha Kokurikulum
Tarikh : 25 Januari 2017

Hak Cipta Terpelihara Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00

You might also like