You are on page 1of 14

BAHAGIAN A

( 30 % )

Tiap-tiap soalan diikuti empat pilihan jawapan iaitu A, B, C dan D. Antaranya ada satu sahaja
jawapan yang betul. Pilih jawapan yang betul itu. Kemudian, pada kertas jawapan kamu,
hitamkan petak yang mempunyai huruf yang serupa dengan jawapan yang kamu pilih itu.
1. Maksud sejarah yang paling tepat ialah ________________
A Sejarah ialah cerita yang menarik untuk dibaca
B Sejarah ialah peristiwa yang akan berlaku
C Sejarah ialah cerita dongeng yang berlaku pada waktu lampau
D Sejarah ialah peristiwa yang benar-benar berlaku pada waktu lampau

2. Sumber pertama boleh didapati dalam bentuk ____________


A Batu bersurat
B Ucapan
C Akhbar
D Buku

Rajah 1
3. Muzium seperti Rajah 1 berperanan sebagai _____________
A Tempat bersiar-siar sambil membeli barang purba
B Tempat menyimpan dan memelihara bahan-bahan bersejarah
C Tempat orang ramai berkumpul dan menjual barang-barang bersejarah
D Tempat untuk orang ramai mendapatkan maklumat tentang suatu tempat

4. Mengapakah sejarah penting dalam kehidupan kita?


A Mengetahui cerita seseorang
B Boleh menjadi iktibar dan pengajaran
C Melahirkan masyarakat yang suka membaca
D Bersemangat untuk bergaduh dengan orang lain

5. Apakah maksud biodata diri?


A Pengenalan diri seseorang
B Profil yang mengandungi maklumat tentang diri kita
C Keterangan tentang diri dan keluarga
D Dokumen berkaitan orang lain

.2.
6. Keluarga asas terdiri daripada
A datuk, nenek dan sepupu
B ayah, ibu dan anak-anak
C ayah, ibu, datuk, nenek dan cucu
D ibu saudara, abang dan kakak
7. Bagaimanakah kita menunjukkan rasa hormat kepada ahli keluarga?
A Menggunakan kata panggilan yang sesuai dalam keluarga
B Meninggikan suara apabila bercakap dengan mereka
C Mengambil barang kepunyaan keluarga sesuka hati
D Tidak mahu mendengar nasihat daripada ahli keluarga

8. Apakah gelaran nama bagi anak sulung dalam sesebuah keluarga?


A Adik
B Along
C Angah
D Mak Su

9. Siapakah yang memegang jawatan tertinggi dalam organisasi sekolah?


A Guru
B Murid
C Kerani
D Guru Besar

VISI SEKOLAH KEBANGSAAN BATANG KALI


Melahirkan Warga SK Batang Kali Yang Beriman, Berdisiplin, Kritis Dan Kreatif
Dalam Menguasai Pengetahuan Dan Kemahiran

10. Berdasarkan maklumat di atas, apakah yang dimaksudkan dengan visi?


A Sesuatu yang hendak dicapai
B Lambang kebanggaan sekolah
C Wawasan atau berpandangan jauh
D Langkah untuk mencapai kejayaan

11. Antara berikut, manakah menunjukkan sikap murid yang bertanggungjawab?


I Mematuhi disiplin sekolah
II Bermain semasa guru sedang mengajar
III Membuang sampah di kawasan sekolah
IV Menggunakan kemudahan sekolah dengan baik
A I dan II C I dan III
B II dan III D I dan IV

.3.
12. Bagaimanakah caranya untuk menjadikan sekolah kita bersih dan ceria?
A Membuang sampah merata-rata
B Mencantas pokok dan memetik bunga sesuka hati
C Bersama-sama menanam pokok bunga di sekolah
D Menconteng dinding sekolah
13. Alamat tempat tinggal dapat menunjukkan
A saiz rumah seseorang
B taraf hidup seseorang
C lokasi tempat tinggal seseorang
D bilangan ahli keluarga seseorang

14. Pernyataan di bawah menunjukkan keistimewaan kawasan setempat, kecuali


A mempunyai kemudahan asas yang mencukupi
B mempunyai pemandangan semulajadi yang indah
C dikelilingi oleh kawasan kilang mengeluarkan asap kotor yang pesat membangun
D kawasan yang mempunyai nilai sejarah yang menjadi sebutan hingga kini

15. Apakah yang dimaksudkan dengan Zaman Air Batu?


A Zaman ketika bumi ditimpa hujan berterusan
B Zaman ketika permukaan bumi dilitupi oleh air batu
C Zaman ketika bumi dilanda kemarau yang panjang
D Zaman gelap di mana cahaya matahari tidak dapat menembusi bumi

16. Manakah antara berikut merupakan kepulauan Melayu?


I Tanah Melayu III Afrika
II Sumatera IV Asia
A I dan II C II dan III
B I dan III D III dan IV

17. Berikut adalah faktor-faktor menyebabkan terbentuknya benua dan lautan kecuali
A kejadian banjir
B pencairan air batu
C pergerakan glasier
D kenaikan paras air laut

18. Terdapat ___________ lautan yang terbentuk akibat pergerakan glasier pada Zaman Air Batu
A lima
B enam
C tujuh
D lapan

.4.

19. Prasejarah bermaksud ___________


A zaman manusia hidup serba moden
B zaman manusia mendarat di bulan
C zaman manusia belum mempunyai pakaian
D zaman manusia belum mempunyai tulisan
Rajah 2

ZAMAN BERLAKU FAKTOR MENDAPATKAN NEGERI


MAKANAN

40 000 ribu tahun Berpindah-randah Gua Niah, Sarawak


dahulu Memburu binatang Kota Tampan, Perak
Mengumpulkan hasil hutan Tingkayu, Sabah

Jadual 1
20. Merujuk Rajah 2 dan Jadual 1, gambar dan pernyataan merujuk manusia ________ .
A Zaman Paleolitik
B Zaman Mesolitik
C Zaman Neolitik
D Zaman Logam

Rajah 3
21. Rajah 3 menunjukkan zaman prasejarah di mana zaman manusia telah mula mencipta alat-
alat menggunakan logam. Rumah yang mereka bina lebih baik daripada Zaman Neolitik.
Mereka juga menggunakan sistem barter ( pertukaran barang ). Manusia ini tinggal pada ___________ .
A Zaman Paleolitik
B Zaman Mesolitik
C Zaman Neolitik
D Zaman Logam

.5.

CIRI-CIRI KERAJAAN
ZAMAN BERLAKU

Sebelum muncul Kesultanan 1. Terletak di persisiran pantai.


Melayu Melaka 2. Dikenali sebagai Kerajaan Maritim.
3. Wujud pada masa yang berbeza.
4. Merupakan pusat perdagangan yang maju pada zamannya.
Jadual 2
22. Maklumat-maklumat yang dinyatakan dalam Jadual 2 di atas merujuk kepada
A Kerajaan Melayu Awal
B Kerajaan Melayu Akhir
C Kesultanan Melayu Melaka
D Kerajaan Malaysia

23. Anatara maklumat berikut yang manakah benar tentang Kerajaan Melayu Awal ?
I Kedah Tua terletak berhampiran Sungai Kelantan wujud pada abad ke-3 Masihi
II Chih -Tu terletak berhampiran Lembah Bujang wujud pada abad ke-5 Masihi
III Santubong sebuah kerajaan kecil di Sungai Sarawak wujud pada abad ke-7 Masihi
IV Gangga Negara terletak berhampiran Sungai Dinding wujud pada abad ke-11 Masihi
A I dan II C I dan IV
B II dan III D III dan IV

24. Mengapakah kita perlu menjaga kebersihan dan mengindahkan kawasan persisiran pantai
dan alam sekitar?
A Mengharapkan pujian orang lain
B Untuk memastikan flora dan fauna tidak musnah dan pupus.
C Untuk membiarkan flora dan fauna musnah dan pupus.
D Menggalakkan golongan remaja melepak di kawasan tersebut.

25. Berdasarkan maklumat di bawah, pernyataan yang benar tentang Tokoh Terbilang ialah

MAKSUD CIRI-CIRI

Mempunyai keistimewaan dan memberikan Boleh dicontohi, berpengaruh,


A sumbangan kepada sesebuah bangsa dan negara. dihormati, disegani, amanah, dan
Dikenang sepanjang zaman. berwibawa

Mempunyai keistimewaan tetapi kekadang sahaja Boleh dicontohi, berpengaruh,


B memberikan sumbangan kepada sesebuah bangsa dihormati, disegani, tidak amanah,
dan negara. Dikenang pada zaman itu sahaja. dan tidak berwibawa

Kekadang mempunyai keistimewaan dan jarang Boleh dicontohi, tidak berpengaruh,


C Memberikan sumbangan kepada sesebuah bangsa dihormati, disegani, tidak amanah,
dan negara. Tidak dikenali. dan tidak berwibawa

Tidak mempunyai keistimewaan dan kekadang Tidak boleh dicontohi, tidak


D memberikan sumbangan kepada sesebuah bangsa berpengaruh, tidak dihormati, tidak
dan negara. Dikenang sepanjang zaman. disegani, amanah, dan berwibawa

.6.

26. Kedudukan Tokoh Terbilang yang betul ialah


P Sultan dan Kerabat Diraja
Q Hamba
R Rakyat Biasa
S Pembesar Istana Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung dan Laksamana
A P , Q, R dan S C P , S, R dan Q
B Q , P, R dan S D S , R, Q dan P

Hamba dilantik oleh Sultan.


Tugas Hamba ialah :
1. Menjaga keselamatan perairan Melaka.
2. Menjadi utusan atau diplomat Melaka.
3. Menjadi pengawal peribadi Sultan.
4. Menjamin keselamatan pedagang yang
berdagang di Melaka.
5. Melaksanakan perintah Sultan pada
bila-bila masa.

27. Berdasarkan maklumat di atas, siapakah Hamba ?


A Sultan Melaka
B Bendahara
C Laksamana
D Temenggung

28. Parameswara ialah pengasas Kesultanan Melayu Melaka. Urutan pengembaraan Parameswara yang
betul sehingga mengasas Kesultanan Melayu Melaka ialah
P Ketika berburu di Sungai Bertam Parameswara melihat kejadian aneh pelanduk putih menendang
anjing perburuan baginda. Baginda mengasaskan Kesultanan Melayu Melaka.
Q Parameswara bergerak ke Muar setelah diburu Siam tetapi tempat tersebut tidak sesuai untuk
dijadikan negeri. Parameswara kemudian bergerak dari Muar dan tiba di Sungai Bertam.
R Parameswara bergerak ke Temasik dan menjadi pemerintah setelah mengalahkan Temagi.
S Parameswara seorang raja Kerajaan Melayu di Palembang menentang Kerajaan Majapahit untuk
melepaskan penguasaan Majapahit ke atas Palembang tetapi gagal.

A P , Q, R dan S C P , S, R dan Q
B Q , P, R dan S D S , R, Q dan P

.7.

29. Tun Perak merupakan Bendahara paling lama berkhidmat pada zaman Kesultanan Melayu Melaka.
Beliau telah berkhidmat di bawah empat orang Sultan yang masyhur dalam Kesultanan Melayu
Melaka iaitu Sultan Mahmud Shah, Sultan Alauddin Riayat Shah, Sultan Mansur Shah dan Sultan
Muzaffar Shah. Kebijaksanaan Tun Perak menyebabkan Kesultanan Melayu Melaka menjadi sebuah
empayar yang kuat dan disegani oleh kuasa-kuasa lain pada waktu itu. Banyak kejayaan yang telah
beliau lakukan sepanjang perkhidmatan beliau.
Antara berikut ialah antara kejayaan Bendahara Tun Perak kecuali
A Menjadi Penasihat Sultan yang cekap dalam membantu Sultan menggubal dasar-dasar
kerajaan.
B Mempertahankan Kesultanan Melayu Melaka daripada serangan Siam sebanyak dua kali.
C Berjaya menuntut bela atas kematian Tun Besar iaitu anak Bendahara Tun Perak yang dibunuh
oleh Raja Muhammad.
D Berjaya menjalinkan perhubungan antarabangsa dengan negara China dan Siam.

30. Laksamana Hang Tuah terkenal dengan sifat kesetiaannya yang tidak berbelah bagi kepada Sultan
Melaka.

Antara berikut, manakah yang menunjukkan sifat kesetiaan Laksamana Hang Tuah
I Mengutamakan kehendak peribadi daripada kehendak pemerintah.
II Tidak akur menerima titah Sultan kerana amat menyayangi nyawa sendiri.
III Menggagalkan percubaan membunuh Sultan Melaka.
IV Membunuh Hang Jebat walaupun sahabat karib sendiri.
A I dan II C II dan IV
B I dan III D III dan IV

.8.

BAHAGIAN B
( 30 % )

Jawab semua soalan yang disediakan.

1. Tandakan ( ) pada pernyataan yang menunjukkan peristiwa sejarah dan tandakan ( X ) pada
pernyataan yang bukan menunjukkan peristiwa sejarah.
a. Saya mula memasuki Tahun Satu semasa umur saya tujuh tahun.

b. Setiap hujung minggu saya dan kakak akan pergi ke perpustakaan.

c. Saya pernah berjumpa dengan Perdana Menteri Malaysia dua tahun yang lalu.

d. Saya selalu mengulangkaji pelajaran bersama rakan-rakan.

e. Negara kita mencapai Kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

f. Negara kita akan menjadi tuan rumah Sukan Asia pada tahun 2022.

Murid-murid Sekolah Kebangsaan Batang Kali melawat Muzium Negara dalam


g. Program Kembara Sejarah anjuran Panitia Sejarah pada bulan September yang lalu.

( / 07 Markah )

2. Isikan tempat kosong dengan jawapan yang betul.

identiti Sejarawan petempatan

Rajah salasilah Prasejarah bermuafakat

a. Ibn Khaldun dan Herodotus merupakan _____________________________________________________.

b. __________________________________ keluarga adalah sebuah rajah yang menerangkan asal usul


sebuah keluarga.

c. Lencana dan bendera sekolah merupakan __________________________________ sesebuah sekolah.

d. Kawasan yang rata dan rendah serta berhampiran sungai atau tasik menjadikan kawasan tanah

pamah sesuai dijadikan ________________________________ .

e. ____________________________ dibahagikan kepada empat zaman utama iaitu Zaman Paleolitik,


Zaman Mesolitik, Zaman Neolitik dan Zaman Logam.

f. Parameswara mengamalkan sikap _____________________________________ seperti berbincang dan


mendapatkan pandangan daripada pengikutnya yang menyebabkan dapat membangunkan
Melaka sebagai sebuah pelabuhan yang terkenal di dunia.
( / 06 Markah )

. 10 .

3. Namakan peralatan masyarakat prasejarah di bawah berdasarkan pilihan jawapan yang diberi.

Tulang Mawas Pisau

Kapak Mata Lembing


a. c.

b. d.

( / 04 Markah )

. 11 .

4. Lengkapkan nama tokoh-tokoh terbilang pada Carta Kesultanan Melayu Melaka.

Tun Perak Parameswara


Hang Tuah

KESULTANAN MELAYU MELAKA

SULTAN
a.

BENDAHARA

b.

PENGHULU BENDAHARI

TEMENGGONG

LAKSAMANA

c.

( / 03 Markah )

. 12 .
5. Padankan gabar dengan peranan yang dimainkan oleh Bendahara Tun Perak dalam membina
kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka.

a.

Penasihat Sultan
b.

Ketua Hakim

c.
Ketua Angkatan Tentera

Melantik Sultan
d.

( / 04 Markah )

. 13 .
6. Baca dan fahami peristiwa pertarungan antara Hang Tuah dengan Hang Jebat dalam Hikayat Hang
Tuah di bawah. Kemudian, jawab soalan di bawah.

Hang Tuah telah diutuskan ke Pahang bagi mendapatkan Tun Teja untuk dijadikan permaisuri Sultan
Melaka. Beliau adalah anak kepada Bendahara Pahang pada ketika itu. Ketika Hang Tuah ke Pahang, Melor turun
dari Gunung Ledang mencari Hang Tuah. Melor telah ditawan oleh Tun Ali atas hasutan Patih Karma Vijaya bagi
dijadikan gundik Sultan. Atas muslihat Tun Ali juga, Hang Tuah yang kembali dari Pahang akhirnya dapat
berjumpa Melor, tetapi Sultan juga turut menyaksikan perbuatan Hang Tuah itu. Melor dan Hang Tuah dihukum
bunuh kerana difitnah berzina dengan Melor yang telah menjadi gundik Sultan. Namun, hukuman mati tidak
dilaksanakan oleh Bendahara sebaliknya Hang Tuah disembunyikannya di sebuah hutan di Hulu Melaka.
Hang Jebat telah dilantik oleh Sultan menjadi Laksamana menggantikan Hang Tuah dan keris Taming Sari
telah dianugerahkan kepada Hang Jebat. Hang Jebat sebagai sahabat karib membela Hang Tuah kerana
menyangka bahawa Hang Tuah telah teraniaya dan telah menjalani hukuman mati. Hang Jebat bertindak
menderhaka kepada Sultan dan mengambil alih istana. Tidak ada pendekar atau panglima di Melaka yang dapat
menentang Hang Jebat yang telah menjadi kebal kerana adanya keris Taming Sari di tangannya.
Sultan Mahmud terpaksa melarikan diri dan berlindung di rumah Bendahara. Pada masa itu baginda baru
menyesal kerana memerintahkan membunuh Hang Tuah yang tidak bersalah. Inilah masanya Bendahara
memberitahu yang Hang Tuah masih hidup. Hang Tuah kemudiannya telah dipanggil pulang dan dititahkan
membunuh Hang Jebat. Setelah tujuh hari bertarung, Hang Tuah akhirnya berjaya merampas semula Taming
Sarinya daripada Hang Jebat dan membunuhnya.
Lengkapkan carta alir di bawah dengan menyusunkan peristiwa pertarungan antara Hang Tuah
dengan Hang Jebat dalam Hikayat Hang Tuah di atas mengikut kronologi masa yang benar dengan
menulis nombor 1 hingga 6 mengikut urutan yang betul dalam ruangan yang disediakan di bawah.

Bil. Peristiwa Kronologi Masa


a. Hang Jebat telah dilantik oleh Sultan menjadi Laksamana menggantikan Hang
Tuah dan keris Taming Sari telah dianugerahkan kepada Hang Jebat.
b. Hang Jebat bertindak derhaka kepada Sultan dan mengambil alih istana.

c. Hang Tuah kemudiannya telah dipanggil pulang dan dititahkan membunuh Hang
Jebat.
d. Setelah tujuh hari bertarung, Hang Tuah akhirnya berjaya merampas semula
Taming Sarinya daripada Hang Jebat dan membunuh Hang Jebat.
e. Melor dan Hang Tuah dihukum bunuh kerana Hang Tuah difitnah berzina dengan
Melor yang telah menjadi gundik Sultan.
f. Sultan Mahmud terpaksa melarikan diri dan berlindung di rumah Bendahara.
Baginda menyesal kerana memerintahkan membunuh Hang Tuah yang tidak
bersalah.

( / 06 Markah )

~ SOALAN TAMAT ~
***************************************************************************************************

Disediakan Oleh : Disemak Oleh : Disahkan


Oleh :

.......... ...
( RAZALI HJ AHMED HEJAS ) ( ZIZAH JAMIAN )
Guru Sejarah Tahun 4 SKBK. Ketua Panitia Sejarah SKBK

. 14 .

SKEMA JAWAPAN
PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN SEJARAH ( SJ ) TAHUN 4 / 2015
BAHAGIAN A : 30 %
1 D 11 D 21 D
2 A 12 C 22 A
3 B 13 C 23 D
4 B 14 C 24 B
5 B 15 B 25 A
6 B 16 A 26 C
7 A 17 A 27 C
8 B 18 C 28 D
9 D 19 D 29 C
10 C 20 A 30 D
BAHAGIAN B : 30 %
No. Pecahan Cadangan Jawapan Markah Markah
Soalan Soalan Pecahan Penuh
a. 1
b. X 1
1 c. 1 07
d. X 1
e. 1
f. X 1
g. 1

a. Sejarawan 1
b. Rajah salasilah 1
2 c. identiti 1 06
d. petempatan 1
e. Prasejarah 1
f. bermuafakat 1

a. Pisau 1
3 b. Mata Lembing 1 04
c. Kapak 1
d. Tulang Mawas 1

a. Paramesrwara 1 03
4 b. Tun Perak 1
c. Hang Tuah 1

a. Ketua Angakatan Tentera 1


b. Penasihat Sultan 1 04
5 c. Ketua Hakim 1
d. Melantik Sultan 1

a. 2 1
6 b. 3 1
c. 5 1 06
d. 6 1
e. 1 1
f. 4 1

DISEDIAKAN OLEH :-
JAWATANKUASA PANITIA SEJARAH ( SJ )
SK BATANG KALI, HULU SELANGOR, SELANGOR DARUL EHSAN.

You might also like