You are on page 1of 11

A.

JAWATANKUASA BIMBINGAN PELAJAR SEKOLAH (JBPS)


1. Merancang aktiviti sekolah.
2. Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 4 kali setahun.
3. Menentukan peraturan kokurikulum sekolah.
4. Menentukan takwim dan jadual aktiviti.
5. Memastikan penglibatan pelajar menyeluruh.
6. Memastikan sekolah mengambil bahagian dalam kegiatan kokurikulum
peringkat zon.
7. Memastikan guru mematuhi takwim kokurikulum.
8. Menilai dan membuat laporan.
9. Memastikan konsep sukan untuk semua dan sukan untuk elit dilaksanakan di
sekolah.
10.Membuat anggaran perbelanjaan dan menentukan peruntukan kewangan.
11.Memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada guru dan pelajar yang telah
menunjukkan prestasi cemerlang dalam bidang masing-masing.
12.Memastikan semua tempat dan alat selamat digunakan oleh pelajar.

B. MAJLIS SUKAN SEKOLAH


1. Menentukan objektif sukan sekolah selamat.
2. Merancang aktiviti sukan sekolah jangka panjang dan pendek.
3. Merancang strategi peningkatan dan penglibatan dalam sukan.
4. Menggunakan sepenuhnya kepakaran dalam bidang sukan yang ada di
sekolah.
5. Meningkatkan kemahiran guru melalui klinik khas.
6. Menambah kepakaran untuk peningkatan sukan sekolah melalui kursus
dalaman dan luaran.
7. Memastikan adanya peraturan berkaitan dengan aktiviti sekolah bagi
menjamin keselamatan, kelancaran dan kelicinan pelaksanaan.
8. Mendapat kerjasama badan sukan luar melatih guru dalam program
perkembangan staf.
9. Mendapat bantuan badan sukan / individu luar melatih pemain-pemain
sekolah.

C. GARIS PANDUAN PENGURUSAN AKTIVITI KOKURIKULUM

1. PENGENALAN
1.1Gerak kerja kokurikulum di sekolah merupakan aktiviti berunsurkan pendidikan. Aktiviti-
aktiviti yang boleh memberikan manfaat dan pengalaman pembelajaran ini boleh dijalankan
sama ada di dalam mahupun di luar bilik darjah.

1.2 Gerak kerja kokurikulum juga adalah satu cara bagi mencapai matlamat pendidikan yang
seimbang dan bersepadu.Setiap murid berpeluang melibatkan diri secara aktif.

1.3 Gerak kerja ini juga dapat menyemaikan kesedaran dan kepatuhan terhadap agama dan
kepercayaan kepada tuhan sebagaimana yang dinyatakan di dalam Falsafah Pendidikan
Negara.

1.4 Gerak kerja ini juga dapat memberi keseimbangan antara perkembangan mental, sosial dan
rohani murid serta mengukuhkan interaksi dan integrasi dalam kalangan murid.

1.5 Gerak kerja ini juga menjadikan pengisian masa lapang berfaedah dan memberi keseronokan
serta pembinaan diri.

1.6 Selain itu, dapat meningkatkan disiplin diri murid dan menyampaikan nilai-nilai positif serta
meningkatkan suasana sekolah yang menarik dan menggembirakan murid.

1.7 Gerak kerja ini juga dapat mewujudkan satu budaya sekolah yang baik serta mengeratkan
lagi perhubungan yang baik antara guru dengan murid.

2. DASAR KOKURIKULUM

2.1 Setiap murid diwajibkan mendaftarkan diri dalam kegiatan kokurikulum yang telah
disenaraikan oleh pihak sekolah khasnya murid-murid Tahap 2.

2.2 Setiap murid dikehendaki menganggotai sekurang-kurangnya 1 unit beruniform/ 1


persatuan/ 1 kelab permainan.

2.3 Setiap murid yang mendaftarkan diri dikehendaki hadir untuk menyertai kegiatan-kegiatan
yang telah didaftarkan pada hari-hari yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Kokurikulum.

2.4 Aktiviti-aktiviti kokurikulum tidak boleh dijalankan pada waktu persekolahan melainkan
setelah mendapat kebenaran daripada guru besar.

2.5 Semua aktiviti akan ditangguhkan ketika peperiksaan dijalankan.

2.6 Murid-murid sekolah ini dilarang sama sekali menyertai sebarang kegiatan badan-badan lain
di luar sekolah kecuali setelah mendapat kebenaran daripada guru besar.

3. PENDAFTARAN AHLI

3.1 Semua pendaftaran akan dijalankan selewat-lewatnya pada minggu kedua Penggal Pertama.

4. PENUBUHAN AHLI JAWATANKUASA


4.1 Mesyuarat agung untuk memilih AJK yang baru mesti dijalankan secepat mungkin selepas
pendaftaran ahli.

4.2 Seseorang murid tidak boleh memegang lebih daripada satu jawatan pengerusi atau

setiausaha.

4.3 Seseorang murid tidak dihadkan memegang jawatan AJK kelab atau persatuan.

5. PERJALANAN AKTIVITI

5.1 Semua guru dan murid mesti mematuhi jadual yang ditetapkan dan sebarang perubahan
mestilah mendapat kebenaran daripada guru besar.

5.2 Semua aktiviti dikehendaki dimulakan tepat pada waktu mengikut jadual.

5.3 Murid-murid dikehendaki memakai baju T kokurikulum sekolah atau baju T berwarna putih
untuk kelab permainan dan persatuan manakala pakaian seragam lengkap untuk setiap badan
beruniform atau baju T pasukan masing-masing.

5.4 Murid-murid juga dikehendaki memakai kasut dan stoking yang sesuai ketika menyertai
kegiatan kokurikulum.

5.5 Seluar trek berwarna biru gelap atau hitam beserta baju T putih adalah pakaian rasmi untuk
aktiviti kelab permainan.

5.6 Selipar, sandal, pakaian berwarna-warni dan bercorak luar biasa/lucah dan sebagainya tidak
dibenarkan sama sekali digunakan ketika aktiviti kokurikulum dijalankan.

6. BUKU REKOD KOKURIKULUM

6.1 Setiap aktiviti yang dijalankan hendaklah direkodkan di dalam Buku Rekod Kegiatan
Kokurikulum.

6.2 Perkara-perkara yang mesti direkodkan ialah:

6.2.1 Senarai Ahli Jawatankuasa

6.2.2 Rekod Mesyuarat Jawatankuasa

6.2.3 Senarai Ahli

6.2.4 Daftar Kedatangan Ahli

6.2.5 Laporan Akhir Tahun


6.2.6 Laporan Kewangan Pada Akhir Tahun

6.3 Buku rekod ini juga akan disemak oleh guru penasihat, GPK KK atau guru besar dan pegawai
pendidikan dari semasa ke semasa.

6.4 Buku rekod ini akan disimpan di pejabat dan hanya boleh dikeluarkan untuk membuat
laporan atau catatan dengan kebenaran GPK KK atau guru besar.

7. AKAUN KEWANGAN PERSATUAN/KELAB

7.1 Setiap persatuan/kelab yang membuat kutipan yuran atau mendapat sumber kewangan dari
mana-mana pihak dikehendaki mempunyai satu akaun untuk merekodkan semua wang
penerimaan dan perbelanjaan.

7.2 Semua wang persatuan/kelab mestilah disimpan oleh guru penasihat/pemimpin persatuan.

7.3 Pada akhir tahun rekod penyata kewangan mestilah disediakan di dalam Buku Rekod
Aktiviti Kokurikulum dan jika ruangnya tidak mencukupi penyata tersebut bolehlah dibuat
di dalam kertas yang berasingan.

7.4 Semua baki wang hendaklah diserahkan kepada pihak sekolah melalui pembantu tadbir untuk
disimpan sehingga sekolah dibuka pada tahun berikutnya.

8. LAPORAN TAHUNAN

8.1 Pada akhir tahun persekolahan, setiap persatuan/kelab mestilah menghantar satu laporan
tahunan yang disediakan dengan kemas dan bertaip pada kertas putih bersaiz A4 dan
hendaklah diserahkan kepada GPK Kokurikulum.

9. PAPAN KENYATAAN

9.1 Semua persatuan/kelab yang mempunyai papan kenyataan hendaklah mengemaskinikan


papan kenyataan tersebut pada setiap masa dengan maklumat-maklumat yang baru dan
menarik.

D. BIDANG TUGAS PENGURUSAN KOKURIKULUM

1. TUGAS PENASIHAT PERSATUAN/KELAB DAN UNIT BERUNIFORM

1.1 Bertanggungjawab menasihat, membimbing dan mengatur susunan dan perjalanan


persatuan/kelab/badan beruniform.

1.2 Mengadakan peraturan/perlembagaan persatuan/kelab/badan beruniform.


1.3 Mengadakan mesyuarat agung pada setiap tahun bagi membolehkan pelantikan ahli
jawatankuasa.

1.4 Merancang aktiviti persatuan/kelab/badan beruniform dan memastikan aktiviti berjalan


lancar serta menghadiri setiap mesyuarat dan kegiatannya.

1.5 Semua kegiatan/keputusan mesyuarat hendaklah disimpan dengan kemas dan baik untuk
semakan pihak-pihak yang berkenaan.

1.6 Kehadiran perjumpaan atau mesyuarat persatuan/kelab/badan beruniform adalah wajib.


Sebarang pengecualian mestilah dengan kebenaran guru besar terlebih dahulu.

1.7 Memastikan Buku Rekod Kokurikulum dikemaskinikan sebaik mungkin seperti yang
diarahkan.

1.8 Laporan setiap mesyuarat hendaklah disediakan dan direkodkan kedalam Buku Rekod
Kokurikulum serta disimpan di pejabat atau pada GPK Kokurikulum.

1.9 Bertanggungjawab melaksanakan pelbagai projek sendiri:

1.9.1 Melaksanakan projek-projek tertentu.

1.9.2 Menganjurkan atau menyertai peraduan-peraduan/pertandingan- pertandingan.

1.9.3 Mengadakan kursus-kursus bimbingan.

1.9.4 Menganjurkan ceramah, seminar, forum dan lain-lain.

1.9.5 Mengadakan lawatan sambil belajar atau perkhemahan.

1.9.6 Mengadakan ujian-ujian tertentu.

1.9.7 Aktiviti-aktiviti lain yang sesuai dan mendapat kebenaran guru besar.

1.10 Membimbing ahli-ahli persatuan/kelab/badan beruniform, khususnya ahli-ahli jawatankuasa

memahami peraturan-peraturan mesyuarat dan sebagainya.

1.11 Mengawasi setiap perjumpaan/kegiatan yan dijalankan agar mendatangkan manfaat dan

tidak menyalahi undang-undang.

1.12 Memastikan rekod akaun wang keluar dan masuk sekiranya persatuan/kelab/badan
beruniform terlibat dalam pungutan dan perbelanjaan wang. Penyata kewangan tahunan
hendaklah disediakan.

1.13 Bertanggungjawab menyediakan dan menyelenggarakan simpanan peralatan termasuk fail-


fail, butiran-butiran dan maklumat lain serta rekod kepunyaan persatuan/kelab/badan
beruniform untuk rujukan dan pemeriksaan.
1.14 Melengkapkan dan menghiaskan papan kenyataan persatuan/kelab/badan beruniform serta
mengawal papan kenyataan tersebut daripada disalahgunakan.

1.15 Menyediakan sijil penghargaan kepada ahli-ahli persatuan/kelab/badan beruniform yang


mewakili sekolah dan yang menunjukkan penglibatan yang menyeluruh dan boleh
dibanggakan.

1.16 Mengiringi setiap rombongan/lawatan yang dianjurkan oleh persatuan/kelab/badan


beruniform serta mengambil langkah-langkah keselamatan ahli.

1.17Mengurus penyertaan ahli-ahli dalam pertandingan di peringkat


zon/daerah/negeri/Kebangsaan.

1.18Berusaha mendapatkan khidmat nasihat daripada jurulatih yang pakar dalamkegiatan


persatuan/kelab/badan beruniform. Persetujuan hendaklah diperoleh daripada guru
besar/GPK Kokurikulum terlebih dahulu sekiranya memerlukan jurulatih luar yang
melibatkan bayaran.

1.19Menggalakkan ahli-ahli menunjukkan bakat dan keupayaan serta menanamkan semangat


ingin mencuba dan berjaya.

1.20Menilai prestasi pencapaian persatuan /kelab/badan beruniform dalam sesuatu pertandingan


dan berusaha meningkatkan prestasinya.

1.21 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.

2. TUGAS GURU RUMAH SUKAN

2.1 Mendaftarkan murid-murid mengikut rumah sukan, jantina dan peringkat umur yang telah
ditetapkan oleh MSSD.

2.2 Mengadakan mesyuarat rumah sukan untuk menentukan ahli jawatankuasa dan ketua pasukan
untuk rumah sukan.

2.3 Mematuhi jadual latihan yang telah ditetapkan dan memastikan kedatangan ahli rumah sukan.

2.4 Mengawasi keselamatan, kebajikan dan displin ahli rumah sukan ketika latihan dijalankan.

2.5 Menentukan latihan permainan rumah sukan berjalan dengan teratur dan bersistematik.

2.6 Melatih murid dan menentukan semua ahli rumah sukan diberi kesempatan melibatkan diri
dalam setiap acara yang dipertandingkan.

2.7 Memastikan pengeluaran peralatan sukan dengan cara yang teratur.

2.8 Mengawasi pemulangan peralatan sukan dalam keadaan baik dan bilangannya mencukupi.

2.9 Melaporkan kepada setiausaha sukan segala kerosakan atau kehilangan alat yang
digunakan.
2.10 Menolong ahli rumah sukan yang mendapat kecederaan ketika latihan dengan memberikan
pertolongan cemas, menghantar ke pusat kesihatan atau hospital untuk mendapatkan
rawatan atau dihantar pulang. Sebarang kemalangan/kecederaan hendaklah dimaklumkan
dengan segera kepada GPK KK atau guru besar.

2.11 Menyimpan rekod-rekod keputusan permainan rumah sukan.

2.12 Memilih dan menentukan murid rumah masing-masing menyertai pertandingan sukan di
peringkat sekolah.

2.13 Bekerjasama dengan setiausaha sukan dalam segala hal bagi peningkatan mutu sukan
sekolah.

2.14 Menjalankan tugas-tugas lain dari semasa ke semasa.

3. TUGAS GURU PERMAINAN

3.1 Bertanggungjawab atas semua peraturan, latihan dan kemajuan permainan yang
dikelolakan.

3.2 Menggalakkan murid mengambil bahagian dalam permainan yang berkenaan serta
mengadakan pemilihan untuk pertandingan.

3.3 Mengadakan latihan yang bersungguh-sungguh untuk membentuk pasukan sekolah yang
kuat.

3.4 Menentukan cara dan jadual latihan sepanjang tahun. Jadual mesti disusun dengan dirujuk
terlebih dahulu kepasa setiausaha sukan untuk mengelakkan pertembungan.

3.5 Bertanggungjawab atas penyertaan dan pertandingan di peringkat MSSK dan MSSD
mahupun di peringkat yang lebih tinggi.

3.6 Sentiasa berhubung dengan setiausaha sukan berkaitan penggunaan alat dan tempat
permainan. Jika terdapat kekurangan, sila laporkan kepada setiausaha sukan.

3.7 Bertanggungjawab terhadap keselamatan para pemain.

3.8 Berada di tempat latihan atau perlawanan untuk mengawasi disiplin dan kebajikan murid.
Murid yang mendapat kecederaan perlulah dihantar ke pusat kesihatan atau hospital dan
seterusnya dihantar pulang ke rumah.

3.9 Melaporkan kepada setiausaha sukan / GPK KK dan guru besar keputusan pertandingan
atau apa jua maklumat sesuatu kejadian yang perlu disampaikan.

3.10 Menyediakan laporan untuk tujuan rekod.

3.11 Menyediakan butir-butir wakil sekolah bagi pertandingan di luar sekolah.

3.12 Menguruskan persediaan untuk wakil sekolah bagi pertandingan di luar sekolah seperti :
Surat kebenaran daripada ibu bapa /penjaga
Alat permainan
Pakaian
Makanan dan minuman
Ubat-ubatan dan sebagainya

3.13 Menilai prestasi pencapaian pasukan dalam sesuatu pertandingan dan berusaha untuk
meningkatkan lagi prestasi pasukannya.

3.14 Menanam dan memupuk semangat kesukanan yang tinggi di dalam jiwa ahli-ahli pasukan
dan berusaha untuk mengharumkan nama pasukan dan sekolah.

3.15 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh guru besar / GPK KK / setiausaha sukan
dari semasa ke semasa.

4. TUGAS SETIAUSAHA SUKAN

4.1 Mengelolakan sukan dan permainan sekolah.

4.2 Berusaha meningkatkan prestasi sukan dan permainan.

4.3 Merancang jadual kegiatan sukan dan permainan sesuai dengan rancangan MSSK / MSSD /
MSSJ / MSSM pada sepanjang tahun.

4.4 Membahagikan murid-murid mengikut rumah sukan.

4.5 Membantu GPK Kokurikulum menetapkan ketua guru rumah / permainan dan guru-guru
rumah / permainan.

4.6 Membantu GPK Kokurikulum membincangkan tugas sukan dengan guru-guru.

4.7 Menyelaraskan kegiatan, latihan dan pertandingan antara rumah sukan dan sekolah supaya
sesuai dengan hari, masa, tempat, gelanggang dan padang.

4.8 Menentukan mata pelajaran Pendidikan Jasmani sekolah dijalankan dengan baik untuk
mencungkil bakat dalam olahraga dan permainan.

4.9 Mengaturkan rancangan yang lengkap ( kertas kerja ) untuk kejohanan olahraga tahunan
sekolah.

4.10 Membantu GPK Kokurikulum menyediakan anggaran perbelanjaan sukan untuk tahun
berkenaan.

4.11 Menguruskan pemilihan peserta untuk pertandingan sukan dan permainan.

4.12 Mengaturkan pengangkutan untuk pasukan sukan sekolah sekiranya diperlukan.

4.13 Menyediakan laporan lengkap aktiviti-aktiviti pertandingan olahraga dan permainan di


peringkat sekolah, MSSK, MSSD, MSSJ dan MSSM tahun berkenaan.
4.14 Menjaga stok alat-alat sukan dan mengemaskinikan Buku Stok Sukan.

4.15 Mencadangkan peralatan dan kemudahan yang patut dibeli dan diperbaiki oleh sekolah
mengikut keutamaannya.

4.16 Menentukan keadaan padang dan peralatan sentiasa dalam keadaan teratur, bersih, ceria dan
baik pada setiap masa.

4.17 Mengambil langkah dalam menjaga keselamatan murid ketika latihan sukan dan
permainan.

4.18 Memilih ahli jawatankuasa Pengawas Stor Sukan dan mengatur jadual tugas pengawas itu.

4.19 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.

5. TUGAS SETIAUSAHA KOKURIKULUM (PERSATUAN / BADAN BERUNIFORM)

5.1 Mengelolakan aktiviti persatuan dan badan beruniform sekolah.

5.2 Berusaha meningkatkan prestasi persatuan dan badan berunifom.

5.3 Merancang jadual kegiatan persatuan dan badan yang bersesuaian.

5.4 Membahagikan murid-murid mengikut persatuan dan badan beruniform.

5.5 Membantu GPK Kokurikulum menetapkan guru penasihat persatuan / badan beruniform
dan guru-guru persatuan / badan beruniform.

5.6 Membantu GPK Kokurikulum membincangkan tugas persatuan / badan beruniform dengan
guru-guru.

5.7 Menyelaraskan kegiatan dan latihan persatuan dan badan beruniform supaya sesuai dengan
hari, masa, tempat dan sebagainya.

5.8 Mengaturkn rancangan yang lengkap ( kertas kerja ) untuk aktiviti / perkhemahan tahunan
sekolah.

5.9 Membantu GPK Kokurikulum menyediakan anggaran perbelanjaan yang berkaitan dengan
persatuan / badan beruniform.

5.10 Menguruskan pemilihan peserta untuk aktiviti persatuan / badan beruniform.

5.11 Mengaturkan pengangkutan untuk pasukan sekolah sekiranya diperlukan.

5.12 Menyediakan laporan lengkap aktiviti-aktiviti persatuan / badan beruniform di peringkat


sekolah dan sebagainya pada tahun berkenaan.

5.13 Menjaga stok alat-alat persatuan / badan beruniform dengan mengemaskini buku stok.
5.14 Mencadangkan peralatan dan kemudahan yang patut dibeli dan diperbaiki oleh sekolah
mengikut keutamaannya.

5.15 Mengambil langkah dalam menjaga keselamatan muridd ketika latihan persatuan / badan
beruniform.

5.16 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan dari semasa ke semasa.

6. PAKAIAN KETIKA MENGIKUTI AKTIVITI JASMANI DAN SUKAN


LELAKI DAN PEREMPUAN

6.1 Track suit, seluar panjang yang sesuai, kemeja sukan, jersi, kasut getah, kasut
sukan dan lain-lain pakaian yang tidak menghalang kecergasan dalam gerak kerja
tersebut.

6.2 Kasut tumit tinggi atau kasut kulit yang mengganggu kecergasan gerak kerja, sarung
ketat, ceongsam kebaya, sari dan lain-lain pakaian dan jenis kain jarang dan
menjolok mata adalah tidak sesuai dipakai.

6.3 Murid-murid dibenarkan memakai pakaian Pendidikan Jasmani selepas waktu


rehat. Guru Pendidikan Jasmani juga boleh memakai pakaian Pendidikan Jasmani
sehingga tamat sesi persekolahan.

You might also like