You are on page 1of 3

Perkembangan dunia global masa kini dalam banyak perkara seperti politik,

ekonomi, sosial, pendidikan dan sebagainya memang tidak dapat dinafikan lagi. Keadaan ini

berlaku dengan pantas tanpa mengenal batas ruang dan waktu dalam semua peringkat.

Dalam dunia perniagaan, aspek pengurusan tidak lepas daripada tanggungjawab sosial dan

moralnya dalam memberi pertimbangan berkenaan dengan etika profesional. Pengurusan

yang menekankan keuntungan adalah menjadi matlamat teras mereka. Walau

bagaimanapun, pengurusan yang menjadi semakin sengit dan berdaya saing telah memberi

masalah dan tekanan berhubung dengan perhubungan manusia, khususnya yang berkaitan

dengan etika dan moral. Keadaan ini berlaku kerana banyak penyelewengan dan

penindasan dalam perhubungan manusia.

Berkaitan dengan tugasan ini, aspek perbincangan akan menjurus kepada dunia

pendidikan di mana ianya merupakan justifikasi pemilihan tajuk yang berkaitan dengan

karier pengkaji sendiri. Permasalahan etika dalam pengurusan bukanlah perkara baru,

sebaliknya sudah lama berlaku dalam dunia perniagaan. Organisasi perniagaan yang

menekankan aspek keuntungan dan persaingan terpaksa berhadapan dengan cabaran

penipuan dan amalan pemberian rasuah sebagai budaya. Senario sebegini telah

mengundang banyak masalah berhubung dengan perhubungan individu, kumpulan,

masyarakat, organisasi, dan sebagainya. Permasalahan yang wujud dalam aspek

pengurusan menjadi semakin rumit sehingga berlanjutan kepada masalah peribadi

seseorang. Keadaan ini akan memberi dilema etika yang sukar dibendung oleh mereka.

Dalam konteks pendidikan, isu etika mempamerkan persoalan tentang etika yang

tidak berkesudahan sehingga mencetuskan perbincangan dan isu dalam kalangan

masyarakat kita (Juhary dan Ishak, 2004). Etika dan moral dalam dunia pendidikan adalah

satu perilaku yang dianggap common knowledge bagi indvidu sejak dari dulu sehingga

sekarang. Dalam tamadun masyarakat penerimaan tehadap aspek ini sudah menjadi dasar

dan keperluan dalam banyak perkara serta menimbulkan banyak kesan ke atas perkerjaan,

pengurusan, pentadbiran dan penerapan kualiti hidup dalam keluarga (Muhammad

Nuruddin, 2006).

Persoalannya, dalam dunia moden kini banyak berlaku masalah berhubung dengan

etika dan moral. Negara kita sedang dilanda dekadensi moral dan etika yang parah (M.

Kamal Hasan, 2004). Kehakisan nilai dalam masyarakat dicerminkan oleh kakitangan awam
dengan wujudnya jenayah kolar putih, gejala sosial, diskriminasi, penindasan dan

penyalahgunaan kuasa (Mustafar Ali, 2004, M. Kamal Hasan, 2004). Kepincangan ini

berlaku akibat manusia kini dipengaruhi oleh unsur materialistik dan mengabaikan nilai

agama (M. Kamal Hasan, 2004). Justeru, pada pandangan saya nilai etika dan moral ini

menuntut setiap insan mempraktikkan teori keperibadian mulia dalam kehidupan mereka

agar konsep "the golden mean" dapat dicapai.

Etika profesional secara praktiknya menilai moral sesuatu kumpulan atau individu

dalam mengawal prestasi mereka berdasarkan sumber yang ada supaya tidak menimbulkan

dilema etika dalam pekerjaan yang dilakukan. Bertitik tolak daripada konsep ilmu, etika dan

nilai berdasarkan kepada keyakinan yang tinggi bagi seseorang insan merubah menjadi

individu yang suka berfikir dan mulia di sisi agama dan masyarakat (Roslan, 2005). Bagi

seseorang guru, dilema etika yang kerap berlaku adalah berhubung dengan masalah

kendiri, dengan pihak pentadbir, rakan setugas, masyarakat (ibu bapa) dan pelajar itu

sendiri. Oleh yang demikian, keadaan ini perlu ditangani dengan baik supaya tidak

mencetuskan krisis etika dan moral yang berpanjangan di sekolah.

Apa itu Etika ?

Etika berasal daripada perkataan ethics yang diambil daripada

perkataan ethosyang membawa maksud sikap dan adat yang menentukan tingkahlaku

sesuatu golongan individu. Etika boleh dibahagikan kepada dua iaitu Normatik yang

merujuk kepada panduan dan peraturan yang berkaitan dengan tingkahlaku yang baik dan

jahat; manakala Metaethic pula dibahagikan kepada dua iaitu Analitik yang berkaitan

dengan menganalisis semua peraturan yang berkaitan tingkahlaku baik dan jahat, dan

Kritikal yang berkaitan dengan mengkritik terhadap apa-apa yang telah dianalisis. Dengan

lain perkataan, etika dapat didefinisikan sebagai sains moral dan prinsip-prinsip moral

(Rorzali, 2003).

Menurut konsep Barat, etika secara umumnya berasaskan kepada teori keperibadian

mulia dalam kehidupan seharian manusia. Teori ini menekankan konsep untuk mencari

kebaikan dalam keadaan yang seimbang tetapi tidak melampau dalam setiap perilaku

(Muhammad Nuruddin, 2006).Sebagai contoh, sikap ingin membantu orang adalah baik

tetapi tidaklah perlu sehingga menggadai nyawa dan harta benda sama sekali. Manakala
konsep agama Islam pula, menekankan tanggungjawab dan rasa kehambaan kepada Allah

S.W.T. di samping menggariskan sikap-sikap kesederhanaan, pemaaf, pembalasan dan

tanggungjawab. Etika menurut Islam lagi adalah berkaitan dengan akhlak yang menjurus

kepada kata jamak (plural) kepada khuluq yang bermaksud tabiat, adab, maruah dan

tingkah laku yang baik. Sifat baik dalam Islam adalah moral, selaras dengan sumber Al-

Quran dan Sunnah Hadis yang bertunjangkan akidah, syariah dan akhlak kepada kebesaran

Allah S.W.T. (Muhammad Nuruddin, 2006).

Pada asasnya etika adalah falsafah moral yang mengambil kira tindakan atau

tingkahlaku manusia secara keseluruhannya. Hal-hal moral ini menyentuh akan prinsip-

prinsip moral, kaedah moral dan tindakan serta kelakuan manusia yang betul. Untuk

membentuk etika yang baik, tingkahlaku seseorang itu adalah penting dan seseorang itu

perlu ada panduan dan peraturan yang berkaitan dengan tingkahlaku bagi mengawal dirinya

dalam setiap tindakan yang dilakukan. Dengan berasaskan kepada etika yang ada maka

konflik terhadap keinginan boleh diselesaikan dan seterusnya meningkatkan fungsi sosial

seseorang itu. Hujah ini dapat disokong dengan pendapat French dan Granrose (1995) yang

mengatakan, "A set of normative guidelines directed towards resolving conflicts of

interest,so as to enhance societal well-being".

Sesuatu etika yang berasaskan kepada kebaikan adalah bergantung kepada

penilaian daripada beberapa tret sifat yang terpilih dan seharusnya tidak terkeliru dengan

prinsip atau kenyataan tentang apa yang sepatutnya dilakukan. Etika adalah berkaitan

dengan sifat-sifat semulajadi, tabiat yang dimiliki oleh seseorang atau keinginan yang

dimilikinya. Moral pula boleh dikatakan sebagai sifat semulajadi yang kekal dan tabiat yang

berkaitan dengan moral yang terpuji. Dengan kata lain, kebaikan (virtue) adalah berhubung

dengan kualiti dalaman yang dimiliki oleh seseorang dan dilihat menerusi aktiviti

sehariannya. Etika kebaikan adalah berasaskan kepada keadaan semulajadi daripada apa

yang telah dilakukan (Rorzali, 2003).

You might also like