You are on page 1of 6

Bab 1: Pembahagian peluang

Antara senarai semak yang berkaitan dengan pembahagian peluang untuk murid daripada
golongan minoriti ialah:

1. Murid diberikan arahan untuk tidak bertutur dalam bahasa ibunda supaya mereka tidak
mengalami cultural shock dan mempelajari situasi linguistic pada tahap awal.
2. Arahan juga diberikan dalam bahasa ibunda kepada murid agar mereka tidak mengalami
masalah komunikasi sama ada dengan ibubapa atau dalam dunia pendidikan.
3. Pengenalan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar kedua dengan memastikan strategi
yang sesuai agar tidak menjejaskan pencapaian dalam matapelajaran di sekolah.
4. Tahap kedua dalam mempelajari Bahasa Inggeris , murid dapat memahami apa sahaja
yang melibatkan bahasa tersebut.
5. Penggabungjalinan tentang budaya British dan sistem sosial masyarakat British dalam
kurikulumnya.
6. Pengajaran bahasa minority seperti bahasa,sejarah dan budaya pada tahap yang tinggi
kerana ia dapat mempunyai kesamarataan status dengan bahasa,kesusasteraan dan sejarah
Perancis.
7. Kurikulum yang tidak melibatkan subjek yang disebutkan memberikan kesan terhadap
budaya kumpulan minoriti.
8. Perasaan perkauman yang disingkirkan daripada kurikulum dapat memberikan impak
yang positif di sekolah terutamanya pengajaran bertentangan dengan perasaan perkauman
dan hukuman disiplin yang berkaitan dengan kesalahan perasaan perkauman.
9. Guru daripada kumpulan minoriti dapat menjamin keberkesanan pengajaran subjek
minoriti.

Pendidikan untuk Masyarakat Multibudaya

Britain merupakan masyarakat multi social yang luas dan mantap. Majoriti British dan
Caribbean-Asian minority bertutur dalam Bahasa Inggeris. Konsep multibudaya tidak
diterima dalam domain umum. Hak untuk undi, hak saksama oleh pihak polis,hak untuk
mengutip sampah diberikan sama rata kepada kumpulan minoriti.

Laporan Swann
1. Pendidikan perlu membantu murid untuk memahami duniawi. Dimana, mereka perlu
bergantung antara individu, masyarakat dan negara.
2. Kemasyuhuran kepelbagaian budaya British perlu diiktiraf dan diintegrasi dalam
semua tahap pendidikan.
3. Pendidikan memainkan peranan yang penting dalam menangani isu perkauman.
4. Pendidikan untuk semua dapat mengenali dan mengelakkan prosedur yang
bertentangan dengan sesuatu kumpulan etnik sama ada secara niat atau tidak niat.
5. Kurikulum yang menggabungjalinkan kriteria multibudaya di Britain perlu
diimplementasikan di semua sekolah.
6. Sistem pendidikan yang menyempurnakan keperluan khusus kumpulan minoriti
terutamanya melibatkan golongan murid dalam pemberian hak secara saksama.
7. Beberapa kriteria perlu dinilai semuladalam kurikulum pendidikan:
Kepelbagaian social,budaya dan kumpulan etnik perlu dibuktikan
melalui visual,cerita,dialog dan informasi.
Budaya perlu ditakrifkan mengikut etnik masing-masing.
Kurikulum perlu menyampaikan informasi tentang etnik, persamaan dan
perbezaan budaya.
Semua murid perlu mengenali diversity masyarakat secara positif.
8. Pendidikan politik mempunyai peranan penting dalam kurikulum. Pendidikan politik
perlu memberikan pengiktirafan kepada murid agar mereka dapat membentuk masa
depan yang cerah apabila mereka telah menjadi dewasa.
Bab 2: Laporan Swann dan Pencapaian etnik

Laporan Swann merupakan output Committee of Inquiry into the Education of Children
from Ethnic Minority Groups. Laporan in telah diterbitkan dalam Education for Allpada
tahun 1985. Laporan ini melibatkan soalan yang berkaitan dengan pencapaian dan
pencapaian yang seterusnya bagi West Indian dan murid Asia di sekolah British.

Antara soalan yamg diutarakan dalam laporan ini ialah adakah kumpulan minority telah
mencapai pencapaian dalam system pendidikan British? Jawapannya tidak. Ini kerana murid
daripada benua India dan Afrika Timur dijadikan kumpulan
homogeneous.Malangnya,laporan ini gagal memberikan perbezaan linguistic,social,agama
dan tradisi budaya dan pengalan kumpulan etnik Asia.

Pencapaian murid daripada kumpulan etnik tidak memuaskan. Laporan Swann


menunjukkan bahawa golongan lelaki,perempuan dan murid telah mengalami kesukaran dari
segi ekonomi, pendidikan dan kelemahan social yang disebabkan oleh etnik.
Bab 3: Perubahan Sikap: Prejudis dan sekolah
Di negara Uk, adakah sekolah dan guru-guru telah mengajar secara sistematik
untuk mengelakkan prejudis. Pendidikan multibudaya di UK gagal memberikan fungsi
universal . Mengikut, Bethlehem 1985 prejudis berfokus kepada individu atau benda.
Seorang guru menganggap anak muridnya dapat membezakan diskriminasi, menyusun
dan mengelas objek, membezakan altenatif baik dengan buruk.Individu perlu membuat
generalisasi daripada bukti khusus dan menginterprestasi secara saksama. Golongan
pendidik perlu mewujudkan warga murid yang membina diskriminasi yang sah.
Mengikut Lynch 1987, perubahan asas perlu diwujudkan dalam masyarakat
terutamanya di sekolah. Perubahan politik yang major hanya mampu menyelesaikan
masalah dalam dunia pendidikan. Peranan guru dan murid amat penting dalam membuat
keputusan dalam kelakuan moral dalam masyarakat multi budaya.
Mengikut Cohen 1976, guru perlu membangunkan perubahan melalui
pembelajaran sendiri. Guru juga perlu mengeneralisasi keputusan sendiri. Sekolah juga
memerlukan pendekatan oleh pihak sekolah yang holistic,berterusan,sistematik dan
pemahaman. Pendekatan pedagogi inter disiplin dan multi dimensional amat memerlukan
termasuk tahap pengukuhan yang digabungjalinkan dan mengenalpasti fungsi mental
yang tahap tinggi. Initiatif pedagogi perlu menjadi refleksi budaya,ras dan biografi
linguistic sekolah dan masyarakat. Pengurangan prejudis dalam pendidikan multibudaya
perlu berkaitan dengan intekraksi yang berkesan antara etnik. Strategik holistic perlu
digabungkan dalam penilaian dan pentaksiran sekolah. Konsep prejudis dapat
dikurangkan di sekolah melalui kaedah pengajaran yang demokratik, perancangan
sekolah dan bilik darjah yang sistematik.
Mengikut Aronowitz dan Giroux 1985, pendekatan pengajaran yang holistic dapat
mewujudkan warga pendidik intelek transformatif. Pembelajaran dalaman merupakan
prasyarat untuk mengurangkan prejudis dalam sekolah.
Bab 4:Memahami Multibudaya/ Pendidikan Multibudaya

Sifat Perkauman

Sifat perkauman merujuk kepada tingkahlaku dan kelakuan seseorang terhadap sesuatu
etnik samada kepercayaan etnik tersebut superior atau inferior. Sifat perkauman melibatkan
seseorang daripada etnik, warna kulit atau asal usul etnik yang dilihat secara rendah kerana
mereka mempunyai identity,budaya, kepercayaan kendiri, pandangan dan perasaan yang
mempunyai nilai yang rendah.

Terdapat sifat perkauman institusi. Contohnya, instrumen kerajaan bagi sekolah


menengah. Terdapat luahan yang lebihan terhadap perkauman terhadap etnik minoriti.

Kurikulum

Guru Sains perlu memilih jenis buku teks dan bahan bantu mengajar secara teliti dengan
mengelakkan gambar stereotype. Pengajaran matapelajaran Sains dapat mejelaskan beberapa isu
yang berkaitan dengan etnik, genetik dan teori evolusi. Pendekatan etno-centric dalam
pengajaran Matematik yang mempunyai faedah

a) Murid daripada etnik minority mempunyai pengetahuan yang berkaitan dengan latar
belakang budaya.
b) Murid daripada etnik lain berkongsi nilai budaya kaum yang lain.
c) Kualiti kerja Matematik dapat ditingkatkan melalui kepelbagfaian budaya.
Bab 5: Penyelidikan Tindakan sebagai pembangunan kurikulum dalam pendidikan
multibudaya

Perubahan dalam kurikulum dapat mencapai objektif pendidikan multibudaya.


Mengikut pandangan Dunn 1986, kursus yang berkaitan dengan servis dalaman perlu
mengenalpasti pendidikan, social, prinsip moral yang menyeru pendidikan multibudaya.
Kebanyakan guru berkeliru dengan motif pendidikan multibudaya yang diwar-warkan.
Mengikut prinsip sosial dan moral, guru menggunakan bahan yang berkaitan dengan
prejudis perkauman, sifat perkauman dan ketidakadilan.
Guru juga perlu meneliti konsep dan terminologi yang berkaitan multibudaya.
Pada pandangan proses pedagogi yang sah dari segi pendidikan multibudaya , guru perlu
meneliti kurikulummelalui DES:
Kurikulum melibatkan objektif yang menjerus kepada pembangunan
kelakuan dan kapasiti. Implikasi yang dalam dapat dilihat melalui pendekatan pengajaran
yang berkesan.
Salah satu elemen yang penting dalam in-service training ialah memberikan
bahan asas untuk penyelidikan tindakan. Guru dapat berkolaborasi dengan pihak sekolah
sendiri dan luar dengan menjalankan ujian yang lebih sukar. Mereka dapat mencapai
objektif penyelidikan tindakan dengan mengambil nota, rakaman audio sebagai
pengumpulan data bagi penyelidikan tindakan.Pendekatan dan kerjasama yang diberikan
oleh pihak sekolah amat penting untuk menjayakan penyelidikan tindakan.

You might also like