You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI SETAR

14310 NIBONG TEBAL Telefon : 04-5981731


SEBERANG PERAI SELATAN Fax : 04-5981731
PULAU PINANG. Email : pba4010@jpnpp.edu.my

1. PERLEMBAGAAN
1.1 Nama Persatuan ini ialah :
Kelab Sepak Takraw

2. OBJEKTIF PERSATUAN
2.1 Objektif Persatuan ini :-
2.1.1 Menyatupadukan dan menjalinkan kemesraan antara ahli-ahli Kelab.
2.1.2 Menyemai perasaan taat dan cinta terhadap sekolah, negeri dan negara supaya wujud
warganegara yang sihat.
2.1.3 Membolehkan ahli yang mempunyai minat yang sama mengembangkan bakat dan
potensi mereka dengan sedaya upaya mereka.
2.1.4 Perseimbangan antara perkembangan sosial, jasmani dan rohani pelajar.
2.1.5 Pengukuhan interaksi dalam kalangan pelajar sekolah.
2.1.6 Peningkatan minat, bakat dan kemahiran pelajar dalam gerakerja yang diceburi.
2.1.7 Pengukuhan dan penjalinan perkara-perkara yang dipelajari dalam bilik darjah serta
penambahan pengalaman pelajar di luar bilik darjah.
2.1.8 Pengisian masa lapang pelajar dengan aktiviti berfaedah, memberi kepuasan serta
pembinaan kesihatan dan kesejahteraan diri.
2.1.9 Peningkatan disiplin pelajar melalui penyesuaian dan pemupukan nilai dan sikap positif,
selaras dengan hasrat Rukunegara.
2.1.10 Peningkatan suasana sekolah yang lebih menarik dan menggembirakan pelajar.
2.1.11 Peningkatan penglibatan kerjasama dan sumbangan dua hala antara sekolah dengan
ibubapa dan masyarakat.

3. KEAHLIAN PERSATUAN
3.1 Terdiri daripada pelajar Tahap 2 sekolah ini yang sedang belajar dalam tahun semasa.
3.2 Pelajar-pelajar yang telah diterima sebagai ahli hendaklah daftarkan diri dengan bidang
kokurikulum masing-masing dalam borang yang disediakan .
3.3 Keahlian setiap ahli hanyalah selama setahun iaitu tahun semasa, tahun yang akan
datang akan dijalankan penyusunan dan pendaftaran semula.

4. YURAN AHLI
4.1 Setiap ahli tidak dikenakan yuran. Kutipan wang Cuma dibuat jika perlu bagi
menjalankan sesuatu projek.

5. PENTADBIRAN
5.1 Unit beruniform / persatuan / kelab / sukan ini akan dikelolakan oleh Ketua Guru
Penasihat dengan bantuan beberapa orang guru penasihat yang lain.
5.2 Guru Penasihat bertanggungjawab membimbing serta membantu ahli dalam pemilihan
atau perlantikan Pengerusi, Setiausaha, Bendahari dan hli-ahli jawatankuasa yang lain.
SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI SETAR
14310 NIBONG TEBAL Telefon : 04-5981731
SEBERANG PERAI SELATAN Fax : 04-5981731
PULAU PINANG. Email : pba4010@jpnpp.edu.my

6. PERJUMPAAN / LATIHAN TANGGUNGJAWAB AHLI


6.1 Ahli-ahli unit beruniform / persatuan / kelab / sukan ini akan berjumpa pada tarikh, hari,
jam dan di tempat seperti yang ditentukan untuk menjalankan aktivitinya.
6.2 Semua ahli diwajibkan hadir. Ketidakhadiran mesti diiringi dengan alasan bertulis
daripada ibubapa / penjaga / waris atau surat doktor.
6.3 Sebarang pembatalan perjumpaan hanya boleh dilakukan dengan kebenaran daripada
Guru Besar atau Penolong Kanan Kokurikulum sekolah dengan syarat diganti pada hari
atau waktu yang lain.
6.4 Kekerapan perjumpaan akan diperbanyakkan apabila timbul keperluan seperti membuat
persediaan untuk menyertai sesuatu pertandingan.
6.5 Penceramah / jurulatih dari luar boleh dijemput dengan kebenaran Guru Besar.
6.6 Ahli-ahli yang ingin menyertai sebarang kegiatan di luar sekolah hendaklah mendapat
surat kebenaran daripada ibubapa atau waris.

7. LARANGAN
7.1 Kegiatan yang tidak berkaitan dengan objektif atau yang tidak diluluskan oleh Guru
Besar tidak boleh dijalankan.
7.2 Kegiatan di luar kawasan sekolah tidak boleh diadakan tanpa kebenaran daripada Guru
Besar atau pihak sekolah.
7.3 Tidak boleh berhubung terus dengan mana-mana pihak di luar sekolah tanpa melalui
atau kebenaran daripada Guru Besar.

8. RANCANGAN KEGIATAN
8.1 Kegiatan tahunan atau mingguan hendaklah dirancang dengan sempurna.
8.2 Rancangan akitiviti hendaklah disahkan oleh PK Kokurikulum dan difailkan.

9. PAKAIAN DAN TATATERTIB


9.1 Semua peraturan sekolah berkuatkuasa ketika kegiatan unit beruniform / persatuan /
kelab / sukan dijalankan.
9.2 Ahli-ahli yang hadir untuk perjumpaan mesti berpakaian seragam sekolah, berpakaian
seragam unit beruniform atau kemeja-T unit kokurikulum yang dibenarkan.

10. KEWAJIBAN AHLI


10.1 Setiap ahli diwajibkan menghadiri semua aktiviti yang dirancangkan .
10.2 Guru Penasihat mesti menghantar ahli yang melanggar peraturan atau tidak hadir tanpa
sebab kepada PK Kokurikulum untuk tindakan tatatertib dan hukuman disiplin oleh Guru
Disiplin.
10.3 Ahli mesti serahkan buku kokurikulum kepada Guru Penasihat untuk ditandatangani
pada setiap perjumpaan. Buku kokurikulum tersebut mesti diserahkan kepada PK
Kokurikulum untuk disahkan pada hujung sesi akademik.
11. PENILAIAN KEAHLIAN.
SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI SETAR
14310 NIBONG TEBAL Telefon : 04-5981731
SEBERANG PERAI SELATAN Fax : 04-5981731
PULAU PINANG. Email : pba4010@jpnpp.edu.my

11.1 Guru Penasihat dikehendaki melengkapkan ruangan kehadiran, prestasi dan ulasan
dalam buku kokurikulum ahli untuk disahkan oleh PK Kokurikulum pada hujung tahun.
11.2 Guru Penasihat harus menyediakan satu laporan aktiviti yang dapat dijalankan
sepanjang tahun, keadaan kewangan serta pencapaian/kecemerlangan yang diperolehi
sepanjang tahun.
11.3 Data rekod pencapaian ahli dalam pertandingan peringkat zon atau negeri mesti
dikemukakan kepada Pejabat Pelajaran Daerah dan juga untuk simpanan fail PK
Kokurikulum untuk penganugerahan Sijil Khas Kokurikulum. Satu senarai yang sama,
khas untuk ahli yang membuat permohonan pertukaran sekolah dan ahli Tahun 6 juga
diserahkan kepada guru kelas masing-masing untuk catatan dalam surat pertukaran
sekolah / Sijil Tamat Persekolahan Rendah.

12. HAL-HAL LAIN


12.1 Butiran perlembagaan tambahan unit beruniform / persatuan / kelab / sukan jika ada
hendaklah dikepilkan bersama perlembagaan induk ini.

Disahkan oleh;

..
( )
Ketua Guru Penasihat,
Kelab Sepak Takraw,
SK Sungai setar.

You might also like