You are on page 1of 3

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI KUNDANG

MINIT MESYUARAT PANITIA SEJARAH

Bilangan 3/ 2011

Tarikh : 15 Julai 2012


Masa : 2.00 petang
Tempat : Bilik Kemanusiaan

Hadir :

1. Pn. Ramlah bt Hj. C.P.Veeravu GKMP Bidang Kemanusiaan (Pengerusi)


2. Cik Maimunah bt Mohammad - Ketua Panitia Sejarah
3. Pn. Zamiah bt Abd Ghani GKMP Bidang Bahasa
4. Pn. Nor Zuraida bt Mustapha Setiausaha
5. Pn Haryati bt Hashim
6. Pn. Nolida bt Ahmad Markeh
7. Pn. Rosida bt Mohd Zain
8. Encik Kamarul Ariffin bin Basri

1.0 Perutusan Pengerusi


1.1 Pengerusi menyatakan terima kasih dan mengucapkan setinggi-tinggi
penghargaan atas kehadiran semua ahli panitia Sejarah ke mesyuarat panitia
kali ketiga bagi sesi 2012.

2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat


2.1 Minit mesyuarat Panitia Sejarah Bilangan 2 Tahun 2012 bertarikh 25 Mei
2012 disahkan secara sebulat suara tanpa sebarang pindaan.

3.0 Perkara-perkara Berbangkit


3.1 Tiada perkara berbangkit.

4.0 Agenda Baharu


4.1 Post-mortem Peperiksaan Pertengahan Tahun
4.1.1 Berikut adalah analisa Peperiksaan Pertengahan Tahun Matapelajaran
Sejarah mengikut tingkatan.
Menengah Rendah

BIL TING CALON CALON A B C D A+B % E T GPS


DAFTAR AMBIL +C+ H
D
BIL % BIL % BIL % BIL % BIL %
1 DUA 282 278 1 0.36 10 3.60 36 12.95 49 17.63 96 34.5 182 65.4 7 4.44
3 7
2 TIGA 317 310 13 4.19 30 9.68 53 17.1 50 6.13 146 47.1 164 52.9 7 4.04

Tingkatan 4 dan Tingkatan 5


TING CALON CALON A+ A A- B+ B C+ C D E LULUS G TH GPS
DAFTAR AMBIL
EMPAT 217 205 BIL 0 1 1 8 13 22 32 16 28 121 84 12 7.19
% 0.0 0.49 0.49 3.9 6.34 10.7 15.61 7.8 13.66 59.02 40.98
3
LIMA 214 204 BIL 0 1 2 4 8 12 34 2 15 78 126 10 7.75
% 0.0 0.49 0.98 1 3.92 5.88 16.67 0.98 7.35 38.24 61.76
4..1.2 Setelah perbincangan dibuat adalah dikenalpasti bahawa kelemahan
pelajar dalam matapelajaran Sejarah adalah seperti berikut :
i. Pelajar keliru tentang fakta sejarah dan susah mengingati bab
ii. Pelajar tidak serius dan kurang latihan
4.1.3 Penambahbaikan yang akan dilakukan oleh Panitia Sejarah untuk
mengatasi kelemahan yang ada adalah seperti berikut :
i. Penggunaan modul individu yang lebih efektif
ii. Latihan yang berterusan dan teratur setiap kali bab diselesaikan

4.2 Peperiksaan Akhir Tahun


4.2.1 Peperiksaan Akhir Tahun akan diadakan pada bulan November 2012. .
Markah peperiksaan ini akan dijadikan TOV pelajar Tingkatan 2 dan 4
bagi tahun 2013.
4.2.2 Semua guru Sejarah diingatkan supaya menghabiskan sukatan
pelajaran pada bulan Julai terutamanya guru-guru Tingkatan 3.
4.2.3 Pengerusi mengingatkan semua guru mengisi markah ke dalam SAPS
pada kadar segera bagi memudahkan Setiausaha Peperiksaan membuat
analisa.
4.2.4 Setiausaha PBS PMR diminta bersedia untuk pemantauan oleh Pentaksir
Kawasan. Pastikan sekurang-kurang 70% pelajar Tingkatan 3 telah
berjaya melengkapkan Kerja Kursus masing-masing.

4.3 Persediaan Akhir Tahun


4.3.1 Guru-guru Tingkatan 1 diminta telah bersedia untuk melaksanakan
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Guru-guru diingatkan supaya
tidak bertangguh memasukkan penilaian pelajar masing-masing setiap
bulan dan mencetaknya untuk dimasukkan ke dalam Fail PBS pelajar.
.
5.0 Hal-hal Lain
5.1 Program Asak Minda
Program ini melibatkan sebahagian pelajar Tingkatan 3K6, semua
pelajar Tingkatan 3K5, 3K5, 3K4 dan 3K3. Program ini diharapkan
dapat menambahkan keyakinan dan pemahaman pelajar terhadap mata
pelajaran yang dipilih sebagai persediaan menghadapi PMR. Guru-
guru yang terlibat ialah Cik Maimunah, Puan Nolida dan Puan Nor
Zuraida.

6.0 Penutup
Pengerusi mengharapkan semua guru Sejarah meningkatkan usaha dan komitmen
dalam meningkatkan mutu pencapaian pelajar terutamanya dalam PMR dan SPM.
Diharapkan pencapaian Panitia Sejarah pada tahun 2011 akan lebih gemilang pada
tahun 2012. InsyaAllah.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.00 petang.

Disediakan oleh : Disemak oleh :

________________________ ___________________________
(NOR ZURAIDA BT MUSTAPHA) (CIK MAIMUNAH BINTI MOHAMMAD)
Setiausaha Panitia Bahasa Melayu Ketua Panitia Sejarah

Tarikh : 22 Julai 2012

You might also like