You are on page 1of 93

E N A I

M E N G
I A N YA N
PAYA A
K E U Panduan Pembelajaran Untuk Konvensyen
Mengenai Hak Orang Kurang Upaya (OKU)
Penghargaan
Penghargaan
Buku
Bukupanduan
panduaniniiniditulis
ditulisoleh
olehValerie
ValerieKarr,
Karr,seorang
seorangpelajar
pelajarPh.D
Ph.Ddi
di
Teachers
TeachersCollege,
College,Columbia
ColumbiaUniversity
Universityyang
yangjuga
jugaseorang
seorangpakar
pakardalam
dalam
bidang
bidangkekurangupayaan
kekurangupayaandan danpendidikan
pendidikankanak-kanak.
kanak-kanak.Buku
Bukupanduan
panduan
ini
inimerupakan
merupakanpasangan
pasangankepada
kepadaterbitan
terbitanIanya
IanyaMengenai
MengenaiKeupayaan,
Keupayaan,
sebuah
sebuahversi
versibuku
bukukecil
kecilKonvensyen
KonvensyenPBBPBByang
yangmesra
mesrakanak-kanak
kanak-kanak
mengenai
mengenaiHak
HakOrang
OrangKurang
KurangUpaya
Upaya(OKU).
(OKU).

Penghasilan
Penghasilankedua-dua
kedua-duabahan
bahantelah
telahdimulakan
dimulakandi
diUNICEF
UNICEFdidibawah
bawah
pimpinan
pimpinanSeksyen
SeksyenPerlindungan
PerlindunganKanak-kanak,
Kanak-kanak,dengan
dengansokongan
sokongan
daripada
daripadaUnit
UnitPerkembangan
Perkembangandan danPenyertaan
PenyertaanRemaja.
Remaja.Buku
Bukupanduan
panduandan
dan
risalah
risalahtelah
telahdiedit
dieditdan
dandihasilkan
dihasilkanoleh
olehBahagian
BahagianKomunikasi
KomunikasiUNICEF
UNICEF
..

UNICEF
UNICEFingin
inginmengucapkan
mengucapkanterima
terimakasih
kasihkepada
kepadaRosangela
RosangelaBerman
Berman
Bieler
Bielerdan
danSergio
SergioMeresman
Meresmandaripada
daripadaInter-American
Inter-AmericanInstitute
Institute
of
ofDisability
Disabilityand
andInclusive
InclusiveDevelopment
Developmentselaku
selakurakan
rakanpengulas
pengulas
buku
bukupanduan
panduanini.
ini.Kami
Kamijuga
jugamerakamkan
merakamkanpenghargaan
penghargaankepada
kepada
individuindividu
individuindividulain
lainyang
yangmemberi
memberipandangan
pandangansepanjang
sepanjangpenghasilan
penghasilan
drafnya:
drafnya:Helen
HelenSchulte
Schulte(UNICEF),
(UNICEF),Ravi
RaviKarkara
Karkara(UNICEF),
(UNICEF),Shaila
ShailaParveen
Parveen
Luna
Luna(UNICEF),
(UNICEF),Lena
LenaKarlsson
Karlsson(Pusat
(PusatPenyelidikan
PenyelidikanInnocenti
InnocentiUNICEF),
UNICEF),
Cristina
CristinaGallegos
Gallegos(UNICEF),
(UNICEF),Jaclyn
JaclynTierney
Tierney(UNICEF)
(UNICEF)dan
danCarolina
CarolinaHepp
Hepp
(UNICEF).
(UNICEF).

Karya-karya
Karya-karyaberikut
berikuttelah
telahmemberi
memberiinspirasi
inspirasidalam
dalampenulisan
penulisanbukubuku
panduan
panduanini inidaripada
daripadaberbagai
berbagaisudut:
sudut:Victor
VictorSantiago
SantiagoPineda,
Pineda,
pengasas
pengasasYayasan
YayasanVictor
VictorPineda
Pinedadan
danpengarang
pengarangIts
ItsAbout
AboutAbility
Ability
(Ianya
(IanyaMengenai
MengenaiKeupayaan);
Keupayaan);Katherine
KatherineN.N.Guernsey
Guernseydan danJoelle
JoelleM.M.
Balfe,
Balfe,pengarang
pengarangbersama
bersamaHuman
HumanRights,
Rights,YES!
YES!dan
danNancy
NancyFlowers,
Flowers,
penyunting;Advocating
penyunting;AdvocatingChangeChangeTogether
Together(ACT)
(ACT)Minnesota
Minnesota,,sebuah
sebuah
organisasi
organisasiakar
akarumbi
umbihak-hak
hak-hakkekurangupayaan
kekurangupayaanyang yangdiuruskan
diuruskanoleh
oleh
dan
danuntuk
untukgolongan
golongankurang
kurangupaya
upayadari
darisegi
segiperkembangan
perkembangandan danlain-lain;
lain-lain;
Janet
JanetE.E.Lord,
Lord,LLB,
LLB,LLM,
LLM,LLM,
LLM,rakan
rakankongsi,
kongsi,BlueLaw
BlueLawInternational
InternationalLLP
LLP
dan
danpengarang
pengarangbersama
bersamaHuman
HumanRights,
Rights,YES!
YES!::Tindakan
Tindakandan danperjuangan
perjuangan
demi
demihak
hakOKU,
OKU,yang
yangtelah
telahmenyemak
menyemakdengan
denganteliti
telitiIts
ItsAbout
AboutAbility;
Ability;
Hugh
HughVasquez,
Vasquez,M. M.Nell
NellMyhand
Myhanddan danAllan
AllanCreighton
Creightonbersama
bersamaInstitut
Institut
Todos
Todosyang
yangmemberi
memberiinspirasi
inspirasimelalui
melaluikurikulum
kurikulumMaking
MakingAllies,
Allies,Making
Making
Friends
Friends,,Mencari
MencariSahabat
Sahabatkepada
kepadarangka
rangkasesi
sesipembelajaran
pembelajaranpartisipatori
partisipatori
yang
yangteliti
telitiuntuk
untukgolongan
golonganmuda.
muda.

UNICEF
UNICEFsangat
sangatberbesar
berbesarhati
hatidan
danmenghargai
menghargaisokongan
sokonganpadu
padudaripada
daripada
Jawatankuasa
JawatankuasaJerman
Jermanuntuk
untukUNICEF
UNICEFdalam
dalammenjayakan
menjayakanprojek
projekini.
ini.

United
UnitedNations
NationsChildrens
ChildrensFund
Fund(UNICEF)
(UNICEF) Kebenaran
Kebenaranakan
akandiberi
diberisecara
secarapercuma
percumakepada
kepada
insttusi pendidikanatau
insttusipendidikan atauorganisasi
organisasiyang
yangtdak
tdak
Mei
Mei2009
2009 berasaskan
berasaskankeuntungan.
keuntungan.Sedikit
Sedikitbayaran
bayaranakan
akan
Tiada
Tiadabahagian
bahagiandaripada
daripadaterbitan
terbitanini
ini dikenakan
dikenakanuntuk
untukpihak-pihak
pihak-pihaklain.
lain.
boleh
bolehditerbitkan
diterbitkansemula
semulakecuali
kecualisetelah
setelah Illustrasi
Illustrasikulit
kulitbuku
bukuoleh
olehLea
LeaNohemi
NohemiHernandezz
Hernandezz
mendapat
mendapatkebenaran.
kebenaran.Sila
Silahubungi
hubungiBahagian
Bahagian
Pembangunan
PembangunanProfesional,
Profesional,Jabatan
JabatanKomunikasi,
Komunikasi, Rekabentuk
Rekabentukbuku
bukuoleh
olehBlissDesign.com
BlissDesign.com
UNICEF
UNICEF..

33UN
UNPlaza,
Plaza,New
NewYork,
York,NY
NY10017,
10017,USA
USA
Tel:
Tel:(+1-212)
(+1-212)326-7434
326-7434
Faks:
Faks:(+1-212)
(+1-212)303-7985
303-7985
Email:
Email:nyhdoc.permit@unicef.org
nyhdoc.permit@unicef.org
AANN
PPAAYYAA
AAI IKKEEUU
GGEENN
YY MEENN
AAM
IA
IANN
ISI KANDUNGAN

Pendidikan partisipatori hak asasi Unit III: Perangkuman dalam


manusia:. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 2 masyarakat. . . . . . . . . . . . . . . . 49

Nota fasilitator. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 3 Aksesibiliti dan hidup berdikari. 50


Projek akses . . . . . . . . . . . . . . . . . 51
Unit 1 : Pengenalan kepada Cabang-cabang hidup
kekurangupayaan dan hak asasi manusia.
berdikari . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 54
. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 7
Pendidikan . . . . . . . . . . . . . . . . . . 57
Kepelbagaian manusia dan hak
asasi manusia. . . . . . . . . . . . . . . . . 8 Menggapai bintang . . . . . . . . . . . 58
Menghargai perbezaan . . . . . . . . . 8 Kaki buli . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 60
Apa itu hak asasi manusia?. . . . . 10 Kelas kami . . . . . . . . . . . . . . . . . . 63

Konvensyen Pertubuhan Bangsa- Unit IV: Perubahan dalam masyarakat. 65


bangsa Bersatu mengenai Hak
Orang Kurang Upaya (OKU) . . . . 14 Perjuangan dan tindakan . . . . . . 66
Meningkatkan kesedaran . . . . . . 67
Gambarajah ilustrasi
Apa itu seorang pejuang. . . . . . . 69
kesalingbergantungan hak . . . . . 17
Merancang tindakan . . . . . . . . . . 71
Model sosial
kekurangupayaan. .. . . . . . . . . . . 20 Unit V: Maklumbalas anda penting! . . . 76

Unit II: Menghormati individu lain. . . . . 24 Istilah-istilah penting dalam buku


panduan ini . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . 78
Kesamarataan dan tidak
berdiskriminasi. . . . . . . . . . . . . . . 25 Sumber
Diskriminasi . . . . . . . . . . . . . . . . . 26 Lembaran 1: Konvensyen
Mitos dan stereotaip . . . . . . . . . . 27 mengenai Hak OKU Pertubuhan
Menghormati. . . . . . . . . . . . . . . . 29 Bangsa-bangsa Bersatu (UNCRPD)
versi mesra kanak-kanak. . . . . . . 81
Perangkuman samarata . . . . . . . 31
Lembaran 2: Jenis-jenis keupayaan.
Bebas daripada keganasan dan yang berbeza . . . . . . . . . . . . . . . . 86
penderaan . . . . . . . . . . . . . . . . . . 34
Lampiran I: Petua-petua untuk
Keselamatan. . . . . . . . . . . . . . . . . 34
perangkuman. . . . . . . . . . . . . . . . 87
Keganasan dan penderaan. . . . . 36
Hentikan keganasan dan
Penderaan. . . . . . . . . . . . . . . . . . . 41
Rumah dan keluarga . . . . . . . . . . 44
Hak terhadap rumah
dan keluarga. . . . . . . . . . . . . . . . . 44
Sokongan keluarga . . . . . . . . . . . 46
Pendidikan partisipatori
hak asasi manusia:
Cara menggunakan
buku panduan ini
Pengenalan
Matlamat buku panduan aktiviti hak asasi manusia ini ialah untuk memperkasakan
kanak-kanak dan golongan muda yang mempunyai kekurangan upaya ataupun
sebaliknya supaya bersuara di Konvensyen mengenai Hak OKU (CRPD), untuk
memperjuangkan hak-hak mereka dan menjadikan komunitii mereka lebih terangkum.

Buku panduan ini dihasilkan sebagai sumber kepada buku kecil Ianya Mengenai
Keupayaan: Penjelasan tentang Konvensyen Hak OKU, satu rumusan Konvensyen
yang ditulis khas untuk kanak-kanak. Aktiviti-aktiviti dalam buku panduan ini untuk
kegunaan pemimpin muda, rakan pembimbing, guru-guru dan para pendidik lain
di peringkat masyarakat bagi memudahkan pembelajaran berkenaan Konvensyen
ini serta cara menggunakannya di kalangan anak-anak berusia 12 hingga 18 tahun.
Teras utama buku panduan ini ialah bahawa semua kanak-kanak dan golongan muda
adalah sama rata: dengan sikap, sokongan dan keyakinan yang sepatutnya, setiap
orang boleh menikmati kehidupan bermaruah pilihan sendiri dan bermakna dalam
masyarakat.

Sila maklum bahawa buku panduan ini bukanlah sumber lengkap Konvensyen.
Maklumat lanjut tentang hak-hak dalam Konvensyen boleh didapati di <www.un.org/
disabilities>.

Fokus Pembelajaran Partisipatori


Buku panduan aktiviti ini ditujukan kepada kanak-kanak dan golongan muda yang
kurangupaya mahupun normal agar menjadi pelajar berilmu yang berdaya untuk
memperjuangkan hak asasi manusia dan kekurangupayaan. Unit-unit dan sesi-
sesi dalam buku ini boleh digunakan secara tersendiri mahupun keseluruhannya.
Kesemua peserta digalakkan turut serta secara aktif dalam aktiviti-aktiviti dan
fasilitator digalakkan untuk menyesuaikan buku panduan ini dengan keperluan anak
didik mereka. Gambar grafik, lukisan dan aktiviti amali yang melibatkan semua orang
merupakan bahagian penting dalam proses pembelajaran partisipatori.

Sila ingati bahawa matlamat buku panduan ini ialah agar individu-individu dan
kumpulan bergabung dan bekerjasama meneroka topik-topik dan isu-isu dalam
bentuk terbuka dan bebas dari sebarang penilaian dan untuk menggalakkan tindakan
yang berkesan demi perubahan. Setiap orang mempunyai hak terhadap pendapat
masing-masing dan perbezaan individu mesti dihormati.

2 Panduan Pembelajaran Untuk Konvensyen Mengenai Hak Orang Kurang Upaya


Nota fasilitator
Menangani perbezaan individu
Kanak-kanak dan golongan muda berbeza antara satu sama lain dan akan
menampakkan perbezaan latar belakang, pengalaman dan keperluan ketika bersama
dalam kumpulan. Peluang akses yang sama rata merupakan kunci untuk menangani
berbagai keperluan, disamping mengingati bahawa terdapat kanak-kanak dan
golongan muda yang perlukan lebih sokongan dan masa untuk turut serta berbanding
dengan yang lain.

Isu utama yang perlu diambil kira:


Gabungkan kumpulan yang mempunyai kepelbagaian sebanyak mungkin,
termasuklah kanak-kanak OKU dan normal serta seimbang dari segi jantina dan
minoriti.
Pastikan lokasi yang dipilih selesa dan selamat untuk kerja kumpulan dan
perkongsian.
Berikan masa yang banyak untuk interaksi individu dan kumpulan serta
perkongsian supaya ahli dapat membina hubungan dan persahabatan dan merasai
semangat berkumpulan. Bantu kanak-kanak yang terpinggir untuk menyertai
kumpulan sekiranya dia mahu. Hormati keinginan mereka, jika mereka enggan
berinteraksi dengan yang lain, cuba dorong penyertaan mereka.
Pastikan kesemua keperluan komunikasi disediakan. Sediakan juru bahasa isyarat,
jika diperlukan. Penerangan imej, bahan-bahan dan situasi perlu disediakan untuk
kanak-kanak yang buta atau bermasalah penglihatan (lihat Lembaran 2 di muka
surat 86 untuk berbagai bentuk komunikasi).
Bahasa yang mudah perlu digunakan terutama bagi kanak-kanak dengan
kekurangupayaan intelektual, buta huruf atau rendah tahap pendidikan serta yang
menggunakan bahasa utama berbeza dengan bahasa yang diguna pakai.
Pastikan setiap aspek program terbuka kepada semua kanak-kanak-daripada
permainan dan aktiviti kumpulan hinggalah perbincangan. Pertimbangkan soalan
berikut:
Adakah lokasinya mudah untuk dikunjungi?
Adakah bangunannya mempunyai tangga atau laluan yang tidak boleh
dilalui oleh kerusi roda?
Adakah tandasnya sesuai untuk digunakan bersama kerusi roda dan
kanak-kanak yang mempunyai kesukaran pergerakan?
Adakah tempat duduk dan meja sesuai untuk semua orang?
Bolehkah kerusinya ditarik untuk meletakkan kerusi roda pada meja?
Adakah bahasa, bahan-bahan dan kaedah memudahkan kanak-kanak
dari segi kepelbagaian jenis perwatakan/keadaan/situasi?
Adakah bahasa/bahan-bahan dan kaedahnya sesuai dengan budaya
semua kanak-kanak dalam kumpulan?
Sumber : Jadi anda mahu berunding dengan kanak-kanak? Set peralatan untuk amalan murni, ave the Children, 2003.

AN
PAYA
KEU
GE NAI 3
A MEN
IANY
Sikap positif
Jangan sesekali memandang rendah terhadap kemampuan dan cara anda dapat
mempengaruhi orang lain. Sentiasalah menggalakkan sikap yang positif dan
menerima dalam suatu kumpulan melalui tauladan dan didikan. Prasangka mudah
timbul dalam kumpulan, jadi sikap positif sangat penting. Peserta mungkin membawa
sikap prasangka atau stereotaip daripada rumah ataupun kawan-kawan ke dalam
kumpulan. Adalah penting diingati bahawa jika berhadapan dengan prasangka,
cabar pandangan ataupun sikap tersebut secara baik sebaik sahaja ia terjadi. Ini
perlu ditangani secara tegas, dengan sikap memahami agar semua ahli belajar
menerimanya. Cuba mengolah pandangan untuk menekankan sikap menerima dan
nilai kepelbagaian manusia.

Pembelajaran partisipatori
Aktiviti-aktiviti dalam buku panduan ini adalah berdasarkan pendekatan pembelajaran
partisipatori. Fasilitator berfungsi untuk membimbing aktiviti-aktiviti dan biarkan
kumpulan berinteraksi secara aktif dalam perbincangan dan pembelajaran. Ingatlah
bahawa semakin kecil kumpulan maka prosesnya melibatkan penyertaan yang lebih
banyak. Sambil menghargai kepelbagaian manusia, kita perlu benarkan semua orang
bersuara dan jangan lupa memberi kelonggaran dan menerima input daripada peserta
muda. Kumpulan yang ideal sepatutnya tidak mempunyai lebih daripada 15 peserta.

Kekurangupayaan di dalam kitar hidup


Masyarakat terdiri daripada individu-individu dan kumpulan-kumpulan dengan
fungsi yang berbagai cara. Kekurangupayaan adalah sebahagian daripada kitar hidup
manusia dan boleh muncul pada ketika yang berbeza dalam hidup.

Antara contoh-contohnya:
Seorang bayi yang perlu dipegang dan dibawa di dalam kereta sorong untuk
bergerak.
Seorang anak kecil yang tidak dapat menekan butang aras di dalam lif.
Seseorang dengan kaki patah yang bersimen cuba menaiki tangga.
Seorang wanita yang sedang sarat mengandung hendak menaiki tangga bas.
Seorang warga yang buta huruf hendak mendapatkan maklumat daripada internet.
Sekumpulan pelancong yang tidak boleh bertutur bahasa tempatan.
Seseorang yang tidak mampu membaca tulisan kecil pada arahan preskripsi.
Orang tua penghidap artritis yang tidak dapat memulas tombol pintu.

Secara am, manusia mengalami kekurangan upaya di dalam masyarakat yang


tidak bersedia atau tidak menerima kepelbagaian. Sentiasalah ingat bahawa aspek
terpenting dalam kehidupan berdikari ialah pemerkasaan seseorang untuk membuat
keputusan sendiri dan menguruskan tanggungjawab mereka. Menggunakan sokongan
dalam melaksanakan aktiviti harian merupakan kemudahan yang berpatutan untuk
akses: ianya bukanlah suatu kebergantungan. Kunci utama ke arah masyarakat
terangkum ialah penerimaan dan sokongan yang memastikan hak-asasi manusia
dimiliki oleh semua orang.

4 Panduan Pembelajaran Untuk Konvensyen Mengenai Hak Orang Kurang Upaya


Memahami kekurangupayaan
Kini, pemahaman kita tentang kekurangupayaan telah berubah. Suatu masa dahulu,
golongan yang kurang upaya dianggap sebagai objek belas kasihan dan penerima
sumbangan kebajikan yang pasif. Pandangan ini perlahan-perlahan diganti dengan
pendekatan berasaskan hak
asasi manusia terhadap
kekurangupayaan, yang
OKU termasuklah mereka yang mempunyai menolak idea lapuk bahawa
kekurangupayaan dari segi fizikal, mental, kecacatan adalah penghalang
intelektual ataupun deria untuk jangka kepada penyertaan OKU
panjang yang mana ketika berinteraksi berpunca terutamanya
daripada kecacatan mereka.
dengan pelbagai halangan, mungkin Sebaliknya, ia memfokuskan
menyekat penyertaan mereka secara efektif kepada penghapusan
sepenuhnya dalam masyarakat secara sama halangan yang direka oleh
masyarakat yang menghalang
rata dengan orang lain.
OKU daripada menikmati
Konvensyen mengenai Hak OKU, Artikel 1. hak asasi mereka secara
sama rata dengan orang lain.
Halangan-halangan tersebut
termasuklah sikap yang
negatif, polisi dan amalan
berdiskriminasi dan persekitaran yang tertutup. Sejajar dengan pendekatan ini,
kekurangupayaan dilihat sebagai masalah yang terbina oleh masyarakat dan berkaitan
dengan menghapuskan halangan demi penyertaan sepenuhnya oleh golongan OKU.

Halangan-halangan inilah yang dapat


menyekat penyertaan secara penuh
dan sama rata di dalam masyarakat.
Dengan menghapuskan halangan Perangkuman bukan bermaksud
persekitaran dan sikap sebagai memasukkan golongan OKU ke dalam
bantahan terhadap cara melayan struktur sedia ada, tetapi mengubah
OKU yang bagaikan masalah untuk sistem supaya merangkumi semua orang.
ditangani golongan OKU dapat turut Masyarakat terangkum mengambil langkah
serta sebagai anggota masyarakat yang sepatutnya bagi menyokong semua
yang aktif dan menikmati hak mereka kanak-kanak di rumah, sekolah, pusat
sepenuhnya. vokasional, acara sukan dan kebudayaan
serta ketika bersama masyarakat. Jika
Konvensyen merangkum orang- terdapat halangan, masyarakat terangkum
orang yang kekurangan upaya jangka akan mengubah cara mereka bagi memenuhi
panjang, samada dari segi fizikal, keperluan semua kanak-kanak.
mental, mahupun intelektual. Ia juga
Sumber: Children with Disabilities, Ending Discrimination
melibatkan golongan yang kekurangan and Promoting Participation, Development and Inclusion,
upaya jangka pendek yang diabaikan Programme Guidance Note, UNICEF, 2007
hak mereka.
Sumber: United Nations Enable; lawati: <www.
un.org/diasbilities> untuk maklumat lanjut.

AN
PAYA
KEU
GE NAI 5
A MEN
IANY
Tips- Tips umum bagi melaksanakan perangkuman:
Sentiasa melayan kanak-kanak dan golongan muda dengan rasa hormat! Pastikan
anda bercakap terus kepada mereka dan bukannya kepada ibubapa ataupun
jurubahasa.
Beri perhatian kepada keperluan individu dan dengar dengan teliti kata-katanya
Hormati hak peribadi. Jika anda mempunyai soalan tentang keperluan dan
sokongan seseorang, bertanyalah secara peribadi, jauh daripada kumpulan.
Jangan bezakan seseorang atau berkongsi maklumat peribadinya dengan orang
lain.
Bersikap terbuka dan fleksibel terhadap perubahan. Bergantung kepada keperluan
kumpulan anda, sesetengah aktiviti perlu diubahsuai. Tidak mengapa. Ingatlah
bahawa matlamat umum aktiviti ini ialah perangkuman dan buatlah sedikit
perubahan untuk melibatkan semua orang.
Libatkan rakan-rakan dan galakkan bekerjasama. Secara berkumpulan, segala
kepayahan dapat diatasi.
Layan semua orang dengan cara yang bermaruah, hormat dan ihsan. Pastikan
anda tidak merendah-rendahkan sesiapa.
Tawarkan pertolongan selalu bertanya jika dan bagaimana seseorang mahu atau
perlu dibantu. Jangan mendesak atau kecil hati jika pertolongan anda ditolak.
Pastikan latar belakang kerja kumpulan membolehkan semua orang turut serta
sama rata (secara terbuka).

Tips-tips tambahan untuk perangkuman individu-individu dengan kekurangupayaan


yang berbeza boleh dirujuk di Lampiran i (muka surat 87).

Implikasi praktikal daripada hak asasi manusia


Implikasi praktikal daripada hak asasi manusia mengamalkan hak-hak bergantung
kepada keadaan sosial, ekonomi dan kebudayaan. Hak asasi manusia hanya wujud
di atas kertas di banyak negara. Adalah penting untuk kita memahami penerapan
praktikal bagi hak asasi kita.

Jika fasilitator merasakan kumpulannya sudah bersedia, bincangkan keadaan sosial,


ekonomi dan kebudayaan yang memberi kesan terhadap hak-hak kanak-kanak dan
golongan muda di seluruh dunia serta bandingkan keadaan-keadaan itu dengan
masyarakat mereka sendiri (contohnya kanak-kanak yang hidup dalam kesan
peperangan, buruh kanak-kanak, anak perempuan tidak dibenarkan bersekolah, kanak-
kanak OKU, dan lain-lain).

6 Panduan Pembelajaran Untuk Konvensyen Mengenai Hak Orang Kurang Upaya


Unit I:Pengenalan kepada
hak asasi manusia dan
kekurangupayaan

Ani Verdyan, 8, Armenia

AN
PAYA
KEU
GE NAI 7
A MEN
IANY
Kepelbagaian manusia dan hak asasi manusia
Rasional dan gambaran keseluruhan
Para peserta akan dapat melihat secara ringkas atau memahami kepelbagaian
manusia dan hak asasi manusia serta pengenalan kepada konvensyen-konvensyen
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Unit ini memfokuskan kepada kesedaran dan
pemahaman asas. Sesi-sesi bertujuan untuk mengaitkan hak asasi manusia dengan
nilai kepelbagaian manusia.

Objektif keseluruhan
Pada akhir modul ini, para peserta akan dapat:
Memahami nilai kepelbagaian manusia
Memahami prinsip-prinsip asas hak asasi manusia
Memahami peranan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dalam hak asasi manusia
Memahami peranan kerajaan tempatan dan institusi-institusi lain termasuklah
masyarakat.

Masa yang dicadangkan


2 jam 15 minit

Sesi-sesi
A. Menghargai perbezaan
B. Apa itu hak asasi manusia

A.Menghargai perbezaan
Penerangan ringkas sesi
Dalam sesi ini para peserta akan dapat memahami kebolehan yang berbeza dan
menghargai penggunaan semua kebolehan sebagai satu kumpulan.

Objektif:
Pada akhir sesi ini para peserta akan dapat mengenal pasti kebolehan yang
berbeza dalam kumpulan dan bahawa kerjasama dapat mengatasi sebarang
halangan. Mereka juga akan memahami bahawa setiap orang mempunyai
kebolehan dan perbezaan tersendiri.

Tempoh:
1 jam 15 minit

Kaedah:
Perbincangan kumpulan kecil, perbincangan kumpulan besar dan pembentangan.

Bahan-bahan:
Papan hitam dan kapur atau kertas carta dan pen penanda.

8 Panduan Pembelajaran Untuk Konvensyen Mengenai Hak Orang Kurang Upaya


Proses
Langkah 1: Langkah 1: Aktiviti kumpulan besar (10 minit)

Pecahkan kumpulan kepada dua dan minta ahli-ahli mengkelaskan semula ciri-ciri
berikut berdasarkan perbezaan atau persamaan:
Berambut panjang/berambut pendek
Perempuan/lelaki
Tinggi/rendah
Meminati sukan/tidak
Pandai bermain muzik/tidak
Pemalu/tidak
Nota fasilitator: Orang yang sama akan berada dalam kumpulan lain pula mengikut ciri-ciri yang berbeza. Aktiviti ini
bertujuan membina pemahaman dan penghargaan kepada kepelbagaian manusia.

Langkah 2: Perbincangan kumpulan besar (10 minit)

Bincangkan dengan seluruh kumpulan bahawa kepelbagaian merupakan bahagian


semulajadi dalam hidup manusia.

Semua orang mempunyai perbezaan, samada daripada segi warna, jantina, saiz,
bentuk,agama, kejiranan dan apa sahaja. Kekurangupayaan juga begitu. Ia mungkin
menghadkan pergerakan seseorang (kebolehan berjalan) atau keupayaannya untuk
mendengar, melihat, merasa atau menghidu, tetapi ia tidak menghadkan kekuatan dan
keupayaannya. Perbezaan dalam kumpulan sangat berharga. Melalui perbezaan inilah
lahirnya kreativiti dan idea-idea baru.

Ceritakan kisah berikut:


Fatima berusia 14 tahun dan mempunyai masalah penglihatan. Dia belajar di
sekolah dengan rakan-rakannya, tetapi tidak dapat melihat dengan jelas untuk
membaca mahupun melihat gambar yang digunakan di dalam kelas. Kadang
kala gurunya menulis nombor-nombor dan melukis imej-imej yang tidak dapat
dilihatnya di papan hitam. Kawan baik Fatima, Alya, duduk bersebelahan
dengannya di dalam kelas dan menerangkan gambar-gambar dan riak wajah
guru. Alya juga membacakan untuk Fatima dan menerangkan gambar-gambar
di dalam buku mereka supaya Fatima dapat terlibat sepenuhnya di dalam kelas.
Fatima sangat bagus menghafal dalam mata pelajaran sejarah dan menolong Alya
mengulangkaji pelajaran. Alya juga sukakan nombor dan matematik. Sebagai satu
kumpulan, mereka berdua cemerlang di sekolah. Mereka membantu satu sama
lain dengan menggunakan kebolehan mereka sebaik mungkin.
Nota fasilitator: Ini adalah cerita rekaan untuk tujuan perbincangan. Anda juga boleh menggunakan kisah benar.

AN
PAYA
KEU
GE NAI 9
A MEN
IANY
Langkah 3: Perbincangan kumpulan kecil (25 minit)

Bahagikan para peserta kepada kumpulan yang terdiri daripada empat atau lima
ahli. Minta kumpulan-kumpulan fikirkan kisah yang baru diceritakan tentang Fatima
dan Alya dan berikan satu atau dua contoh yang telah dialami oleh mereka sendiri
berhadapan dengan masalah untuk melakukan sesuatu dan telah dibantu oleh
seseorang melalui kerjasama kumpulan.
Minta para peserta berbincang dan senaraikan semua keupayaan yang telah
membantu mereka melaksanakan sesuatu (yang memerlukan bantuan dan yang
membantu) di atas kertas carta. Kemudian minta mereka sediakan perbincangan untuk
kumpulan. Contohnya, mahir dengan nombor, mahir mendengar, melukis, membaca,
kebolehan bersuara dan sebagainya.

Langkah 4: Pembentangan (25 minit)

Minta kumpulan tadi kembali dalam kumpulan yang besar. Setiap kumpulan
perlu menggantung kertas carta mereka di hadapan. Setiap kumpulan akan
membentangkan keupayaan yang terkumpul dalam kumpulan mereka. Selepas setiap
pembentangan, minta kumpulan tersebut nyatakan faktor utama untuk menjayakan
tugasan tersebut. Beri masa kepada para peserta untuk berbincang dan renungkan
senarai tersebut.

Langkah 5: (3 hingga 5 minit)

Ulangi bahawa setiap ahli kumpulan mempunyai keupayaan yang unik: sebagai satu
pasukan beserta bantuan, semua orang boleh menjadi ahli yang menyumbang kepada
kumpulan.

Kunci utama
Setiap orang mempunyai keupayaan yang unik dan berharga.
Manusia boleh mencapai apa sahaja jika bekerjasama.
Menjaga hak dan peluang agar semua orang akan meningkatkan keupayaan.

B. Apa itu hak asasi manusia?


Penerangan ringkas sesi ini

Dalam sesi ini para peserta akan belajar maksud hak asasi manusia juga berkenaan
konvensyen-konvensyen Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

Objektif:
Pada akhir sesi para peserta akan dapat memahami maksud hak asasi manusia
dan mengenal pasti beberapa prinsip utama hak asasi manusia (contohnya,
hak asasi manusia adalah untuk semua orang, ia tidak boleh dirampas atau
dipisahkan). Mereka akan mengenali Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan
peranan konvensyen-konvensyen Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu sebagai
undang-undang antarabangsa.

Tempoh:
1 jam

10 Panduan Pembelajaran Untuk Konvensyen Mengenai Hak Orang Kurang Upaya


Kaedah:
Perbincangan kumpulan besar dan perbincangan pendapat.

Bahan-bahan:
Papan hitam dan kapur atau kertas carta dan pen penanda

Proses
Langkah 1: Perbincangan kumpulan besar (25 minit)

Tulis petikan berikut di atas sekeping kertas carta atau papan hitam atau bacakan dengan
kuat.

Seorang guru menjerit kepada saya dan memanggil saya binatang. Dia
menjerit dengan kuat (...) lalu terus memukul saya.
-Seorang kanak-kanak OKU, 12, Sudan. Sumber: Ending Legalised Violence
Against Children, Global Report 2006, Global Initiative to End All Corporal
Punishment of Children, 2006

Apabila tiba masa untuk tidur setiap malam, saya sangat bimbang
diganggu oleh orang yang telah terbunuh di medan perang, terutama
teman-teman yang berjuang bersama saya ketika perang.
-Lelaki muda, 21, Liberia. Sumber:Voices of Youth, , UNICEF; <www.unicer.org/
voy/speakout_453.html> untuk maklumat lanjut.

[Saya harap] saya dapat menyertai acara-acara, pergi ke mana-mana


sahaja sepertii kanak-kanak bukan OKU.
-Kanak-kanak perempuan, 11, Latvia. Sumber: Innocenti Insight on Children
and Disability in Transition in CEE/CIS and Baltic Stress, UNICEF, 2005

Saya dikenakan hukuman [dera sejak hari pertama bersekolah. Kini


saya sudah biasa dengannya.
-Pelajar gred 7, Pakistan. Sumber: Ending Legalised Violence Against Children,
Global Report 2006, Global Initiative to End All Corporal Punishment of
Children, 2006.

Baca petikan-petikan di atas dengan kuat kepada kumpulan dan dapatkan pandangan
para peserta:

Apakah persamaan dalam pernyataan-pernyataan ini? Tahukah anda?

Petikan-petikan ini merupakan testimoni oleh kanak-kanak yang menghadapi


ketidakadilan dalam berbagai cara. Sesuatu telah dirampas daripada mereka dan
mereka berasa tidak selamat dan tenteram. Mereka berasa tidak dihormati dan
didiskriminasi atau tidak dibenarkan menyertai, samada di sekolah dan aktiviti-aktiviti
lain. Sesuatu yang mempunyai nama. Ia dipanggil hak.

Baca takrif di bawah dan ulas isi kandungan Tahukah anda? berikut.
Hak-hak setiap manusia perlu diakui dan dihormati oleh semua orang.

AN
PAYA
KEU
GE NAI 11
A MEN
IANY
Hak asasi manusia:
Hak asasi manusia
merupakan Setiap orang di dunia ini dilindungi oleh undang-undang
sebahagian daripada yang mempertahankan hak-hak dan maruah sedia ada
anda. Setiap orang mereka (maruah semua orang sejak dilahirkan). Contohnya,
dilahirkan bebas dan setiap manusia berhak mendapat kehidupan dan kebebasan
sama rata. daripada perhambaan. Hak-hak ini ditegaskan di dalam
Deklarasi Sejagat Hak Asasi Manusia, diterima pakai
Hak asasi manusia
oleh semua negara anggota Pertubuhan Bangsa-bangsa
adalah milik semua
Bersatu pada 1948. Semua kanak-kanak berhak mendapat
orang. Ia tidak perlu
diberikan dan tidak makanan dan penjagaan kesihatan, hak bersekolah dan
boleh dirampas. hak dilindungi daripada keganasan dan penderaan. Kanak-
Tiada sesiapa boleh kanak juga berhak menyuarakan pendapat ketika orang
menafikan hak-hak ini dewasa membuat keputusan yang melibatkan mereka, dan
daripada anda pendapat tersebut berhak dipertimbangkan. Hak kanak-kanak
dinyatakan di dalam Konvensyen mengenai Hak Kanak-
Hak asasi manusia kanak.
saling berkaitan. Ia
Sumber:Its About Ability, UNICEF, April 2008.
tidak dapat dipisahkan
daripada satu sama
lain.
Hak asasi manusia
tidak dapat dimanfaatkan jika anda tidak tahu bahawa anda memilikinya!
Langkah 2: Perbincangan pendapat (15 minit)

Minta para peserta menyatakan beberapa hak asasi manusia dan berkongsi
pengalaman samada mereka dapat (atau tidak) merealisasikan sesuatu hak di dalam
masyarakat. Senaraikan atau lukis akibat daripada mendapat atau tidak mendapat
sesuatu hak di atas kertas carta, papan hitam atau kad manila. Berikan contoh-contoh
hak-hak manusia sekiranya diperlukan.
Contoh-contoh hak asasi
Langkah 3: Perbincangan dalam
manusia kumpulan besar (20 minit)
Hak untuk hidup Terangkan kepada kumpulan
bahawa mereka akan mempelajari
Hak untuk pergi ke sekolah
lebih banyak tentang hak asasi
Hak untuk hidup berdikari di dalam masyarakat manusia dan kaitannya antara
Hak untuk hidup dengan kebebasan dan satu sama lain. Maklumkan juga
keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu
menyediakan plaftfom untuk negara-
Hak mempunyai kewarganegaraan
negara mewujudkan perjanjian
Hak untuk mempunyai pendapat, menyuarakannya antarabangsa (juga dipanggil
dan berkongsikannya dengan orang lain Konvensyen) bagi melindungi dan
Hak untuk bekerja meningkatkan hak-hak asasi manusia.
Hak terhadap ketenteraman peribadi Terangkan bahawa Konvensyen
mengenai Hak Kanak-kanak (CRC),
Hak untuk tidak didiskriminasi diterima pakai pada tahun 1989,
Hak untuk diperlakukan dengan adil di dalam adalah hasil penting dalam usaha
mahkamah perundangan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu
Hak untuk berkahwin dan mempunyai keluarga membela hak asasi manusia.
Konvensyen itu merupakan yang
Kebebasan daripada kekejaman atau hukuman pertama dalam menjadikan hak
Kebebasan daripada keganasan dan penderaan kanak-kanak suatu keutamaan
dalam pertarungan demi hak asasi

12 Panduan Pembelajaran Untuk Konvensyen Mengenai Hak Orang Kurang Upaya


manusia di peringkat global. Hak-
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu
hak dalam Konvensyen tersebut
merupakan organisasi antarabangsa yang
bertujuan untuk memastikan
terbentuk daripada 192 buah negara anggota
kanak-kanak menerima semua
yang bekerjasama membawa keamanan dan
yang diperlukan untuk membesar,
keadilan di dunia. PBB telah diwujudkan pada
berkembang dan belajar dalam
tahun 1945 untuk mencegah peperangan
keadaan selamat dan sihat
di masa hadapan, melindungi hak asasi
manusia dan untuk menyediakan satu tempat
Apa itu konvensyen? bagi semua negara di dunia berkumpul
bersama dan membincangkan persoalan
Sebuah konvensyen adalah perjanjian antara dan permasalahan yang melibatkan semua
negara-negara untuk mematuhi undang- orang.
undang yang sama tentang isu tertentu. Apabila
sesebuah negara meratifikasi (mengesahkan) Sumber: United Nations Guidelines on Justice in Matters
Involving Child Victims and Witnesses of Crimes (Child-
sebuah konvensyen, ia menjadi sebuah janji Friendly Version), United Nations Office on Drugs and Crime/
yang sah di sisi undang-undang dan menjadi UNICEF, 2006 .
panduan kepada tindakan kerajaan tersebut.
Ia mempengaruhi kerajaan mengubah dan untuk sepenuhnya menjadi ahli-ahli dalam
menyesuaikan undang-undang negaranya masyarakat mereka. Bagi memastikan
ke arah mencapai matlamat konvensyen. golongan OKU mendapat layanan yang sama
Ratifikasi berlaku setelah sebuah konvensyen dengan orang lain. Negara- negara anggota
atau perjanjian yang ditandatangani diperakui Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu telah
oleh sesebuah negara dan menjadi undang- mewujudkan Konvensyen mengenai Hak OKU
undang di dalam negara tersebut. (CRPD). Bagi tujuan ini, mereka telah mendapat
Sumber: Its About Ability,UNICEF, April, 2008. bantuan daripada golongan OKU sendiri,
dan organisasi-organisasi yang mewakili
mereka. Konvensyen tersebut dikuatkuasakan (contohnya menjadi undang-undang
antarabangsa) pada 3 Mei 2008. Konvensyen ini melindungi dan membela hak
asasi semua golongan OKU, termasuklah kanak-kanak dan golongan muda.

Bersama-sama, CRC dan Konvensyen mengenai Hak OKU menyediakan rangka


kerja perundangan yang kukuh bagi memastikan kanak-kanak OKU dapat pergi ke
sekolah, bermain dan menyertai semua yang diingini oleh semua kanak-kanak. CRC
menyenaraikan semua hak kanak-kanak. Konvensyen mengenai Hak OKU menguatkan
lagi hak kanak-kanak (dan dewasa) yang hidup dalam kekurangupayaan dan
menyatakan tindakan-tindakan yang perlu diambil oleh kerajaan agar golongan kanak-
kanak OKU (dan dewasa) mendapat hak-hak mereka.

Kunci utama
Golongan OKU, termasuk kanak-kanak, seringkali di abaikan hak mereka.
Hak asasi manusia untuk semua tanpa mengira perbezaan mereka.
Hak asasi manusia adalah saling berkaitan. Ia mempengaruhi satu sama lain dan
tidak dapat dipisahkan.
Konvensyen-konvensyen Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu adalah undang-
undang antarabangsa yang boleh ditandatangani dan diratifikasi oleh negara-
negara. Negara-negara yang telah meratifikasi (mengesahkan) suatu konvensyen
telah berjanji untuk mematuhinya. Mereka terikat untuk mengkaji semula dan
mengubahsuai, undang-undang negara mereka sekiranya perlu bagi memastikan
ia selari dengan matlamat Konvensyen.
Sumber-sumber tambahan:
www.un.org/rights/dpi1774e.htm
www.un.org/millennium/law/treaties.htm
www.unicef.org/crc/

AN
PAYA
KEU
GE NAI 13
A MEN
IANY
Konvensyen Pertubuhan Bangsa-bangsa
Bersatu mengenai Hak OKU (UNCRPD)
Rasional dan gambaran keseluruhan
Para peserta akan mengkaji dan membiasakan diri dengan prinsip-prinsip Konvensyen
dan model sosial bagi kekurangupayaan.

Objektif keseluruhan
Pada akhir modul ini, para peserta akan dapat:
Memahami prinsip-prinsip Konvensyen
Memahami saling kaitan antara hak-hak asasi manusia
Memahami berbagai pandangan yang berbeza terhadap kekurangupayaan

Masa yang dicadangkan


3 jam 5 minit

Sesi-sesi
A. Konvensyen Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai Hak OKU
B. Gambarajah ilustrasi hak-hak yang saling bergantungan
C. Model sosial kekurangupayaan

A. Konvensyen Pertubuhan Bangsa-bangsa


Bersatu mengenai Hak OKU
Penerangan ringkas sesi ini

Sesi ini bertujuan untuk memperkenalkan para peserta dengan hak-hak OKU
termasuklah kanak-kanak OKU.

Objektif:
Pada akhir pembelajaran, para peserta akan dapat menerangkan matlamat
Konvensyen, mengapa sebuah perjanjian antarabangsa yang berasingan untuk
golongan OKU termasuk kanak-kanak diperlukan, dan memberi contoh-contoh
dalam mendapatkan hak asasi manusia.

Tempoh:
1 jam 20 minit

Kaedah:
Perbincangan kumpulan besar, perbincangan dan aktiviti kumpulan kecil

Bahan-bahan:
Segulung kertas carta, pen penanda berwarna atau cat, lembaran Konvensyen
mengenai Hak OKU Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu versi mesra kanak-kanak
dimuka surat 81-85

14 Panduan Pembelajaran Untuk Konvensyen Mengenai Hak Orang Kurang Upaya


Proses
Langkah 1: Pengenalan (20 minit)

Perkenalkan Konvensyen mengenai Hak OKU sebagai sebuah konvensyen Pertubuhan


Bangsa-bangsa Bersatu yang melindungi dan membela hak asasi manusia dan
kebebasan asasi seseorang yang kekurangan upaya, termasuk kanak-kanak. Tanya
para peserta mengapakah mereka berasa bahawa sebuah konvensyen khas lain
diperlukan walaupun sudah terdapat konvensyen yang melindungi dan membela
hak semua manusia. Nyatakan bahawa Konvensyen mengenai Hak Kanak-kanak
(CRC) merangkumi semua kanak-kanak, termasuk kanak-kanak OKU dan bahawa
Konvensyen mengenai Hak OKU meluaskan lagi hak-hak yang dijelaskan dalam CRC.

Bincangkan sajak di bawah dan gunakan maklumat daripada kotak sebagai input
perbincangan.
Walau tidak berkaki,
Tapi aku masih punya perasaan,
Walau tidak boleh melihat,
Tapi aku berfikir sepanjang masa,
Walau aku tidak boleh mendengar,
Aku masih ingin berhubung,
Kenapa manusia melihat aku sebagai tidak berguna, tidak berfikir, tidak
bercakap, Bilamana aku juga berkemampuan sepertii yang lain, Untuk berfikir
mengenai dunia kita.
Coralie Severs, 14, United Kingdom

Lembaran 1: Konvensyen Pertubuhan Kanak-kanak OKU dan keluarga mereka terus


Bangsa-bangsa Bersatu mengenai Hak berhadapan dengan cabaran harian yang
OKU versi mesra kanak-kanak di muka menjejaskan hak-hak mereka. Diskriminasi
surat 81-85. dan pengasingan berkaitan kekurangupayaan
wujud di semua negara, semua bahagian
Tekankan bahawa kesemua artikel dalam masyarakat dan ekonomi, politik, agama
di dalam Konvensyen tidak boleh dan latar belakang kebudayaan. Diskriminasi
dipisahkan, saling berkait dan saling yang dihadapi oleh kanak-kanak OKU dan
bergantung, iaitu ianya sangat berkaitan keluarga mereka berlaku secara langsung, tidak
antara satu sama lain dan tidak dapat langsung, atau kombinasi kedua-duanya sekali.
dipisahkan. Perhatikan bahawa terdapat Diskriminasi secara langsung berlaku apabila
artikel yang umum dan terpakai secara seorang kanak-kanak OKU diberi layanan
menyeluruh/luas terhadap Konvensyen yang berbeza berbanding dengan kanak-
dan terdapat artikel yang khusus seperti kanak normal, disebabkan kekurangan dirinya.
hak terhadap pendidikan dan pekerjaan. Diskriminasi secara tidak langsung pula berlaku
Nyatakan bahawa walaupun terdapat apabila amalan-amalan atau polisi-polisi yang
artikel Konvensyen yang berkaitan kanak- tidak mendiskriminasi kanak-kanak OKU secara
kanak serta orang dewasa, terdapat juga terus sebenarnya mempunyai kesan diskriminasi
artikel khusus yang ditujukan kepada daripada segi pelaksanaan, menyebabkan
kanak-kanak Artikel 7. berlakunya penafian hak asasi tertentu.
Sumber: Promoting the Rights of Children with Disabilities,
Innocenti Digest No.13, UNICEF

AN
PAYA
KEU
GE NAI 15
A MEN
IANY
Artikel 7
Artikel Am: Kanak-kanak kurang upaya
Artikel 1: Tujuan
Kerajaan bersetuju mengambil segala
Artikel 2: Definisi tindakan sewajarnya agar kanak-kanak kurang
Artikel 3: Prinsip-prinsip am upaya dapat menikmati segala hak asasi dan
kebebasan yang sama sepertii kanak-kanak
Artikel 4: Umum lain. Mereka juga bersetuju untuk memastikan
bahawa kanak-kanak kurang upaya dapat
Artikel Umum: memberi pendapat secara bebas berkenaan
Artikel 5: Kesamarataan dan semua perkara yang berkaitan dengan mereka.
tidak berdiskriminasi Semua yang terbaik untuk setiap kanak-kanak
patut diambil kira terlebih dahulu.
Artikel 6: Wanita kurang
Sumber: Its About Ability, UNICEF, April 2008.
upaya
Artikel 7: Kanak-kanak kurang
upaya
Artikel 8: Meningkatkan kesedaran
Artikel 9: Aksesibilitii

Artikel Khusus
Artikel 10: Hak untuk hidup
Artikel 11: Risiko dan kecemasan
Artikel 12: Kesamarataan di sisi undang-undang
Artikel 13 dan 14: Akses kepada keadilan
Artikel 14: Kebebasan dan keselamatan seseorang
Artikel 15: Bebas dari penyeksaan atau kezaliman, layanan atau hukuman yang tidak
berperikemanusiaan atau menjatuhkan maruah
Artikel 16: Bebas dari keganasan dan penderaan
Artikel 17: Melindungi seseorang
Artikel 18: Kebebasan bergerak dan kewarganegaraan
Artikel 19: Hidup berdikari
Artikel 20: Mobiliti peribadi
Artikel 21: Akses kepada maklumat dan ekspresi
Artikel 22: Menghormati privasi
Artikel 23: Hormat kepada tempat asal/akar umbi dan keluarga
Artikel 24: Pendidikan
Artikel 25 dan 26: Kesihatan dan pemulihan
Artikel 27: Kerja
Artikel 28: Perlindungan sosial
Artikel 29: Penyertaan dalam bidang politik dan kehidupan masyarakat
Artikel 30: Penyertaan dalam persatuan kebudayaan, rekreasi, riadah dan sukan

16 Panduan Pembelajaran Untuk Konvensyen Mengenai Hak Orang Kurang Upaya


Nyatakan bahawa Konvensyen ini mempunyai 50 artikel kesemuanya. Artikel 1
hingga 31 adalah berkenaan hak-hak OKU dan langkah-langkah yang perlu diambil
oleh kerajaan untuk melindunginya. Artikel 32 hingga 50 menyatakan cara untuk
pihak kerajaan dan masyarakat sivil (termasuk organisasi yang mewakili kanak-kanak
dan golongan muda) perlu bekerjasama bagi memastikan semua golongan OKU
mendapat hak mereka.

Artikel 35 contohnya, menetapkan bahawa kerajaan yang telah meratifikasi


Konvensyen ini haruslah memantau perkembangan dalam usaha mereka
untuk menunaikan janji mereka. Mereka perlu membuat dokumentasi terhadap
perkembangan dan langkah-langkah yang telah diambil dalam bentuk laporan.
Golongan OKU, termasuk kanak-kanak mempunyai hak untuk terlibat dalam laporan
ini. Sebuah jawatankuasa di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (Jawatankuasa Hak
OKU) akan menyemak laporan-laporan ini dan memberi panduan tentang langkah-
langkah tambahan untuk melaksanakan peraturan Konvensyen supaya hak-hak OKU
lebih terpelihara.

Langkah 2: Aktiviti kumpulan kecil (30 minit)

Bahagikan para peserta kepada empat atau lima kumpulan dan edarkan kertas carta
dan pen penanda atau cat. Tugaskan setiap kumpulan dengan satu bahagian hak-hak.
Minta mereka bincang dan lukiskan atau cat contoh-contoh seseorang yang dinafikan
hak-haknya pada satu bahagian kertas carta. Kemudian, minta mereka bincang dan
lukiskan contoh orang yang menikmati hak-haknya di bahagian lain kertas tersebut.
Beritahu mereka bahawa kertas ini akan dipamerkan di bilik, sekolah, pusat atau
masyarakat untuk menunjukkan bahawa semua orang mempunyai hak-hak ini.

Langkah 3: Perbincangan kumpulan besar (30 minit)

Minta para peserta membentangkan lukisan-lukisan mereka kepada kumpulan yang


lebih besar. Mulakan dengan lukisan untuk hak yang dinafikan, diikuti dengan yang
menikmati haknya. Tanyakan soalan berikut:
Bagaimanakah kanak-kanak dapat menikmati hak-hak mereka?
Apa yang perlu mereka atasi untuk menikmati hak-hak mereka?
Contoh: Mengubah sikap negatif, mendapatkan bantuan kerajaan dan
masyarakat, melalui kerjasama kumpulan atau mendidik orang lain.

Tampalkan lukisan-lukisan ini sebagai mural hak-hak di khalayak masyarakat atau


sekolah untuk meningkatkan kesedaran.
Nota fasilitator: Jika pelajar-pelajar sukar mendapatkan contoh, minta mereka fikirkan perkara yang mereka lakukan
setiap hari. Adakah mereka bermain? Ke sekolah? Tinggal di rumah? Berjumpa doktor ketika sakit? Ingatkan mereka
bahawa ini adalah hak-hak yang mereka nikmati dan ada juga orang-orang yang dinafikan hak-hak ini. Minta mereka
lukis beberapa contoh-contohnya.

Kunci utama
 anak-kanak dan golongan muda OKU patut mendapat jaminan terhadap hak-hak
K
ini di seluruh dunia.
Bersedia untuk menjawab soalan-soalan dan memberi contoh-contoh pelaksanaan
hak-hak merentasi pelbagai kumpulan (hak-hak orang tua, kanak-kanak, wanita,
dan sebagainya).

AN
PAYA
KEU
GE NAI 17
A MEN
IANY
B. Diagram-diagram ilustrasi hak-hak yang saling bersandaran
Penerangan ringkas sesi ini

Sesi ini bertujuan untuk memberi pemahaman bahawa hak asasi manusia adalah
saling berkaitan.

Objektif:

Pada akhir sesi ini, para peserta akan memahami bahawa hak-hak adalah berdasarkan
keperluan manusia dan kesan negatif daripada penafian hak asasi manusia.

Tempoh:
1 jam

Kaedah:
Perbincangan kumpulan besar

Bahan-bahan:
Diagram-diagram hak-hak yang dilukis di atas kertas carta atau papan hitam

Proses
Langkah 1: Pengenalan (5 minit)

Perkenalkan aktiviti ini dengan memerhatikan bahawa hak-hak manusia adalah


berdasarkan keperluan-keperluan manusia dan semua orang berhak dan memerlukan
kesemua sekali hak-hak mereka. Jelaskan bahawa aktiviti ini akan membantu semua
orang memahami bahawa hak-hak saling berkaitan dan penafian satu hak boleh
memberi banyak kesan negatif.

Langkah 2: Demonstrasi (40 minit)

Tunjukkan cara menggunakan diagram:


1. Tuliskan satu hak manusia daripada UNCRPD di tengah bulatan besar di bahagian
atas diagram (contoh: hak terhadap pendidikan).
2. Tanya, Jika hak ini dinafikan, apakah tiga akibat yang mungkin terjadi? Tulis
sebarang tiga kesan yang diberi di dalam bulatan berlabel kesan.
3. Ambil setiap daripada ketiga-tiga kesan itu (contoh: tidak boleh membaca) dan
tanyakan Apa hak manusia yang akan dinafikan oleh kesan ini (contoh: hak untuk
bekerja disebabkan tidak boleh membaca dan mengisi borang permohonan
kerja)? Tuliskan setiap hak asasi manusia di dalam bulatan yang disambung
daripada kesan tadi.
4. Lengkapkan dua atau tiga diagram hak-hak.

18 Panduan Pembelajaran Untuk Konvensyen Mengenai Hak Orang Kurang Upaya


Diagram Hak-hak

Effect
Kesan Effect
Kesan Effect
Kesan

Hak
Rights Hak
Rights Hak
Rights

Contoh:

Kesihatan dan pemulihan

Anda mempunyai hak dalam lingkungan dan kualiti yang sama terhadap
penjagaan kesihatan secara percuma atau berpatutan sepertii orang lain. Anda
juga mempunyai hak terhadap perkhidmatan- kesihatan yang khusus yang
diperlukan sekiranya anda mempunyai satu kekurangan upaya.

Hak terhadap
kesihatan dan
pemulihan yang
DINAFIKAN

Kesan Kesan
Kesan
Semua wang
Kematian dibelanjakan
untuk penjagaan
Penyakit dan kesihatan
Hak rawantannya
Hak Hak
Kesan
Hak Hak
Hak terhadap
Hak terhadap kebudayaan
kehidupan Hak terhadap rekreasi dan sukan
Hak terhadap
tempat tinggal/
perlindungan diri
Hak terhadap rumah
Hak terhadap
kehidupan
Pendidikan
berdikari

AN
PAYA
KEU
GE NAI 19
A MEN
IANY
Langkah 3: Perbincangan kumpulan besar (15 minit)

Bincangkan contoh-contoh dan tanyakan soalan berikut:


Apa yang terjadi jika satu hak dinafikan?
tanyakan soalan berikut:
Apakah yang ditunjukkan daripada aktiviti ini tentang hak-hak yang saling
bergantungan?
Sumber: Human Rights, YES!, , Pusat Sumber Hak Asasi Manusia, 2007; layari <www.humanrightsyes.org>.

Kunci utama
Semua hak-hak adalah berkaitan.
Penafian suatu hak boleh mengakibatkan penafian hak yang lain pula.

C. Model sosial kekurangupayaan


Penerangan ringkas sesi ini

Sesi ini bertujuan untuk memperkenalkan para peserta kepada pandangan masa
lalu terhadap OKU dan model sosial kekurangupayaan yang menjadi asas kepada
Konvensyen Mengenai Hak OKU.

Objektif:
Pada akhir sesi ini, para peserta akan dapat menjelaskan model sosial
kekurangupayaan.

Tempoh:
45 minit

Kaedah:
Pembentangan dan perbincangan kumpulan besar

Bahan-bahan:
Papan hitam dan kapur atau kertas carta dan pen penanda

Proses
Langkah 1 : Perbincangan kumpulan besar (40 minit)

Mulakan dengan pernyataan berikut:

Setiap orang berbeza, samada perbezaan itu berkaitan dengan warna, samada anda
lelaki ataupun perempuan, saiz anda, bentuk atau apa sahaja. Begitu juga dengan
kekurangupayaan. Ia mungkin menghadkan keupayaan seseorang untuk mendengar
atau berjalan atau memberi kesan terhadap daya pemahaman seseorang. Namun,
tidak kira apa pun perbezaan kita, kita tetap manusia. Kekurangupayaan tidak
mengubah hak-hak seseorang sebagai seorang manusia. Ia hanyalah satu daripada
banyak lagi perbezaan yang dimiliki oleh semua orang.

20 Panduan Pembelajaran Untuk Konvensyen Mengenai Hak Orang Kurang Upaya


Tampalkan istilah-istilah berikut di atas tiga helai kertas carta dan bincang:
Model perubatan kekurangupayaan (2 hingga 5 minit)
Model kebajikan kekurangupayaan (2 hingga 5 minit)
Model sosial kekurangupayaan (10 hingga 12 minit)

Gunakan jadual tiga lajur dengan memberikan beberapa contoh untuk setiap model
dan biarkan kanak-kanak melengkapkan jadual dengan contoh-contoh mereka sendiri.
Nota fasilitator: Pastikan masa yang lebih lama digunakan untuk perbincangan model sosial kekurangupayaan
berbanding dua model yang lain.

Tanya para peserta maksud istilah-istilah tersebut. Berbincang dengan menggunakan


definisidefinisi di bawah untuk menjelaskan maksudnya yang sebenar. Tekankan
bahawa Konvensyen mengenai Hak OKU adalah berdasarkan model sosial bagi
kekurangupayaan dan dengan mengalihkan halangan sosial dan fizikal, semua orang
dapat turut serta dalam kehidupan secara aktif dan dialu-alukan serta menjadi ahli
yang menyumbang kepada masyarakat. Adalah penting untuk mengingati model-
model masa lalu berkaitan kekurangupayaan supaya dapat mengambil pengajaran
dan maju ke arah dunia yang saksama.

Model perubatan kekurangupayaan

Pandangan bahawa kekurangupayaan merupakan masalah perubatan yang perlu


ditangani atau suatu penyakit yang perlu disembuhkan. Model ini membayangkan
bahawa OKU tidak sempurna atau tidak sihat dan mereka perlu dibetulkan atau
diubati. Ramai yang cuba membetulkan kekurangupayaan menggunakan kaedah
perubatan sebagai penyelesaian. Mereka tidak melihat kekurangupayaan sebagai
halangan di antara masyarakat dan persekitaran fizikal. Sebaliknya, beban terletak
pada masalah seseorang dan cara untuk membetulkannya.
Kekurangupayaan tidak bagus
Kekurangupayaan merupakan masalah peribadi kekurangupayaan itu dalam diri
anda, jadi ia adalah masalah anda.Masalah akan menjadi semakin baik dengan
cara mengubati orang tersebut atau jadikan mereka kelihatan seperti memiliki
kekurangupayaan seminima mungkin.
Hanya profesional dapat membantu OKU menyesuaikan diri dan diterima dalam
masyarakat.

AN
PAYA
KEU
GENAI 21
A MEN
IANY
Tanyakan soalan berikut kepada para peserta:
Bagaimanakah model kebajikan kekurangupayaan membahayakan golongan
OKU?
Bagaimanakah model kebajikan menyokong hak golongan OKU?
Adakah model kebajikan menggalakkan rasa hormat? Pemerkasaan?

Model Sosial kekurangupayaan

Pandangan bahawa golongan OKU tidak boleh diharap dan perlu dijaga. Adalah
jauh lebih mudah bagi manusia untuk berasa simpati dan kasihan terhadap OKU
berbanding cuba untuk mengatasi rasa takut atau tidak selesa terhadap OKU.
OKU juga sepertii manusia lain, mereka TIDAK memerlukan belas kasihan. Mereka
mempunyai hak untuk dilayan sama rata.

Tanyakan soalan berikut kepada para peserta:


Bagaimanakah model kebajikan kekurangupayaan membahayakan golongan
OKU?
Bagaimanakah model kebajikan menyokong hak golongan OKU?
Adakah model kebajikan menggalakkan rasa hormat? Pemerkasaan?

Model Sosial kekurangupayaan

Model ini memfokuskan kepada menghapuskan halangan-halangan yang dicipta oleh


masyarakat atau persekitaran fizikal yang menghadkan seseorang daripada menikmati
hak asasi mereka. Ini termasuklah menggalakkan sikap positif, mengubah sekitaran
untuk dinikmati oleh semua orang dan menyediakan maklumat yang difahami oleh
semua orang.
Kekurangupayaan hanyalah satu perbezaan, sepertii juga jantina (menjadi seorang
lelaki atau pun perempuan) atau kaum.
Mempunyai kekurangupayaan tidak bermakna baik mahupun buruk, ia cuma
sebahagian daripada diri anda.
Hak-hak dinafikan sekiranya OKU hidup di kalangan masyarakat yang tidak terbuka
menerimanya.
Untuk melibatkan OKU sepenuhnya, kita perlu mengubah masyarakat kita,
termasuklah peraturan sedia ada, sikap orang ramai terhadap kekurangupayaan,
mala malah bangunan-bangunan (untuk kemudahan OKU).
Perubahan ini adalah tanggungjawab kerajaan, tetapi boleh juga cetuskan dan
digalakkan oleh golongan OKU yang dewasa dan muda sendiri contohnya,

22 Panduan Pembelajaran Untuk Konvensyen Mengenai Hak Orang Kurang Upaya


ibubapa kanak-kanak OKU atau pejuang kekurangupayaan lain dan organisasi hak
kanak-kanak.
Rekabentuk boleh diakses memberi manfaat kepada semua, termasuklah wanita
mengandung, anak-anak yang sangat kecil, golongan tua dan orang yang
menghantar atau mengangkut beban yang berat.

Tanya soalan berikut kepada para peserta:


Apakah perbezaan model sosial kekurangupayaan dengan model perubatan dan
kebajikan?
Bagaimanakah model sosial menyokong hak OKU?
Bagaimanakah model sosial menggalakkan rasa hormat? Pemerkasaan?

Sumber: Ya! Hak Asasi Manusia, Tindakan dan Perjuangan Hak OKU, Pusat Sumber Hak Asasi Manusia, 2007 dan
Kanak-kanak Sebagai Pejuang Diri; sila layari <www.humanrightsyes.org> dan <www.familyvoices.org/fvkasa_org/
resources/files/historymodel. html>.

Langkah 2: Rumusan (5 minit).

Lihat semula tiga model kekurangupayaan tadi secara ringkas. Beri penekanan kepada
model sosial kekurangupayaan dan nyatakan bahawa semua orang boleh mengubah
sikap dan membantu menjadikan persekitaran fizikal lebih menerima dan boleh
diakses. Maklumkan bahawa para peserta akan belajar tentang sikap dan keterbukaan
lebih lanjut dalam aktiviti yang akan datang.

Kunci utama
Konvensyen Mengenai Hak OKU Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu adalah
berasaskan model sosial kekurangupayaan.
Kekurangupayaan merupakan sebahagian daripada kepelbagaian manusia.
Masyarakat perlu menyesuaikan keadaan untuk menjadikan kehidupan lebih
merangkumi semua orang.
Kita boleh mengubah pandangan diri dan orang lain terhadap kekurangupayaan.
Sumber tambahan: Di dalam Gambar; layari <www.childreninthepicture.org.uk/au_socialmodel.htm>. untuk maklumat
lanjut.

AN
PAYA
KEU
GE NAI 23
A MEN
IANY
Unit II:
Menghormati individu

Lea Nohem Hernndez , 25, Nicaragua

24 Panduan Pembelajaran Untuk Konvensyen Mengenai Hak Orang Kurang Upaya


Kesamarataan dan tidak berdiskriminasi
Artikel 4:
Kewajipan umum
Undang-undang yang mendiskriminasi OKU tidak patut wujud. Jika perlu, kerajaan
boleh mewujudkan undang-undang yang melindungi hak OKU dan kuatkuasakan
undang-undang ini. Jika undang-undang tradisi atau lama mendiskriminasi OKU,
kerajaan perlu mencari jalan untuk mengubahnya. Kerajaan anda perlu berbincang
dengan organisasi-organisasi kanak-kanak OKU ketika hendak membuat perubahan
undang-undang dan polisinya.
Sumber: Kekurangupayaan Bukan Halangan, UNICEF, April, 2008.

Artikel 5 dan 6:Sama rata, tidak berdiskriminasi dan jantina


Kerajaan memperakui bahawa semua
orang mempunyai hak untuk dilindungi
oleh undang-undang dan bahawa undang-
undang negara terpakai untuk semua
orang yang tinggal di negara tersebut.
Satu contoh kesamarataan
Kerajaan tahu bahawa wanita dan kanak-
Semua orang diberikan hak terhadap
kanak perempuan OKU berhadapan
pendidikan. Jika buku teks digunakan di
dengan banyak jenis diskriminasi. Mereka
sekolah, kerajaan perlu menyediakan teks
bersetuju melindungi hak-hak asasi dan
bertulisan besar atau Braille untuk orang yang
kebebasan mereka.
mempunyai masalah penglihatan bergantung
Sumber: Ianya Mengenai Keupayaan, UNICEF, April, 2008. kepada keperluan mereka. Ini memberikan
akses yang sama rata terhadap maklumat
Rasional dan gambaran keseluruhan dalam buku teks tersebut kepada semua orang.
Cara yang murah untuk menyediakan akses
Sesi berikut direka bentuk untuk yang sama rata terhadap teks ialah dengan
memperkenalkan para peserta kepada nilai bantuan seorang rakan membacakan teks
kesamarataan dan tidak berdiskriminasi. dengan kuat atau merakamkan cerpen atau
Aktiviti-aktiviti dirangka untuk mendapat teks dengan alat rakaman.
pemahaman asas terhadap konsep
dan hubungkaitan kesamarataan, tidak
berdiskriminasi dan rasa hormat.

Objektif keseluruhan:
Pada akhir sesi ini, para peserta akan dapat:
Memahami konsep diskriminasi.
Memahami mitos dan stereotaip yang sering dikaitkan dengan kekurangupayaan
Memahami prinsip-prinsip kesamarataan.
Memahami konsep menghormati semua orang dalam mencapai prinsip-prinsip
terangkum.
Mengenal pasti cara mewujudkan suasana-suasana yang sesuai untuk semua
orang hidup penuh bermaruah.

Masa yang dicadangkan


4 jam 10 minit

AN
PAYA
KEU
GE NAI 25
A MEN
IANY
Sesi-sesi
A. Diskriminasi
B. Mitos dan stereotaip
C. Hormat
D. Perangkuman sama rata

A. Diskriminasi
Penerangan ringkas sesi ini

Dalam sesi ini para peserta akan menerokai konsep diskriminasi dan perasaan-
perasaan yang berkaitan dengan diskriminasi.

Objektif:
Pada akhir sesi ini, para peserta akan dapat mengenal pasti berbagai jenis
diskriminasi. Mereka akan membincangkan punca diskriminasi (maklumat
yang salah dan stereotaip) dan penganiyaan yang disebabkan olehnya. Para
peserta akan memahami bahawa mereka mempunyai tangungjawab untuk tidak
melakukan diskriminasi dan mengelakkan diskriminasi terhadap orang lain dengan
cara yang selamat.

Tempoh:
1 jam 20 minit

Kaedah:
Aktiviti kumpulan kecil dan perbincangan kumpulan besar

Bahan-bahan:
Tidak diperlukan

Proses
Langkah 1: Pengenalan (5 minit)

Terangkan kepada para peserta bahawa diskriminasi di atas dasar kekurangupayaan


bermakna bahawa manusia tidak diperlakukan secara adil atau dipisahkan kerana
mereka mempunyai kekurangan upaya. Diskriminasi menggalakkan satu pusingan
penderaan dan penganiayaan yang boleh mengakibatkan sesuatu kumpulan
menerima penindasan.

Maklumkan kepada kumpulan bahawa ramai orang mungkin berasa didiskriminasi


disebabkan jantina, agama, bangsa, umur, kaum, bahasa, kehendak seksual atau
kekurangupayaan dan aktiviti ini akan menerokai perasaan-perasaan yang berkaitan
dengan diskriminasi. Terangkan bahawa manusia mungkin tergolong dalam
beberapa kumpulan dan kumpulan-kumpulan ini bukanlah kategori tertutup yang
mendefinisikan manusia. Aktiviti ini bertujuan untuk mengenal pasti salah tanggapan
yang biasa terjadi apabila manusia dikenal pasti melalui suatu kumpulan. Adalah
penting diingati ketika melakukan aktiviti ini bahawa kita semua adalah individu yang
unik dan layanan yang saksama secara individu menghapuskan diskriminasi.

26 Panduan Pembelajaran Untuk Konvensyen Mengenai Hak Orang Kurang Upaya


Langkah 2: Aktiviti kumpulan kecil (45 minit)

Minta para peserta membentuk kumpulan yang terdiri daripada empat atau lima
orang. Minta kumpulan melakukan perkara berikut:

1. Fikirkan satu kumpulan yang anda adalah ahlinya (jika anda mahu bincangkan
kekitaan kepada banyak kumpulan juga boleh). Adakah anda lelaki atau
perempuan?

Adakah anda memiliki kekurangan upaya? Adakah anda termasuk dalam kumpulan
agama tertentu?

2. Apa perasaan anda apabila memikirkan anda termasuk dalam kumpulan tersebut?
(Berbangga, kesusahan, ketidakpastian?)

3. Kongsikan dengan kumpulan kecil anda kualiti yang positif tentang kumpulan anda
Apa yang tidak diketahui oleh orang ramai tentang kumpulan anda?

4. Kongsi dengan kumpulan kecil tentang beberapa cara kumpulan anda


didiskriminasi atau diperlakukan dengan cara yang salah.

5. Fikirkan bagaimana perlakuan ini memberi kesan kepada anda. Apa yang difikirkan
oleh orang lain apabila mereka memperlakukan kesalahan itu kepada anda dan
kumpulan anda? Bagaimana mereka tersalah faham?

6. Apakah yang anda harap tidak akan berlaku lagi kepada ahli kumpulan anda?

7. Bagaimana anda mahu menunjukkan kualiti-kualiti yang positif kumpulan anda?

Langkah 3: Perbincangan kumpulan besar (30 minit)

Gabungkan para peserta dengan kumpulan besar untuk perbincangan. Minta mereka
kongsikan beberapa cerita yang telah dikongsi dengan kumpulan kecil. Ajukan perkara
berikut:
Apakah perkara positif yang anda pelajari tentang kumpulan yang lain?
Golongan OKU adalah kumpulan yang didiskriminasi.
Manusia sering melakukan diskriminasi terhadap orang lain akibat salah faham
dan pandangan stereotaip.
Beritahu kumpulan bahawa mereka kini bertanggungjawab terhadap diri
sendiri, supaya tidak mendiskriminasi dan memikirkan cara yang selamat dalam
mengelakkan orang lain daripada didiskriminasi.
Kunci utama
OKU selalu didiskriminasi.
Menafikan hak-hak asasi seseorang adalah suatu diskriminasi
Galakkan tanggungjawab dalam mengelakkan diskriminasi, tetapi sentiasa
tekankan keselamatan dalam tindakan dan bukannya keganasan.

Mitos dan stereotaip


Penerangan ringkas sesi ini

Sesi bertujuan untuk membantu kumpulan untuk memahami jenis-jenis stereotaip


yang berlaku terhadap golongan OKU dan bagaimana ini memberi kesan terhadap
kehidupan mereka.

AN
PAYA
KEU
GE NAI 27
A MEN
IANY
Objektif:
Pada akhir sesi ini para peserta akan memahami beberapa mitos dan stereotaip
mereka sendiri terhadap golongan OKU.

Tempoh:
1 jam

Kaedah:
Perbincangan kumpulan besar dan aktiviti kumpulan kecil

Bahan-bahan:
Fotograf, papan hitam dan kapur atau kertas carta Diskriminasi berdasarkan
dan pen penanda kekurangupayaan
bermaksud manusia tidak
Proses diperlakukan dengan adil
atau diasingkan kerana
Langkah 1: Pengenalan dan aktiviti kumpulan kecil (25 mereka mempunyai
minit) Bincangkan maksud diskriminasi dan bahawa kekurangupayaan atau cara
manusia sering kali didiskriminasi disebabkan idea berfungsi yang berlainan.
dan tanggapan kita yang salah terhadap mereka.
Minta seorang ahli kumpulan membacakan kotak
diskriminasi berdasarkan kekurangupayaan kepada
kumpulan.

Bentuk kumpulan yang terdiri daripada empat atau lima orang ahli dan minta para
peserta mengumpul kisah-kisah atau gambar-gambar yang negatif dan positif tentang
diskriminasi daripada media (surat khabar, majalah), daripada buku sekolah, komik
dan lain-lain.
Nota fasilitator: Kisah-kisah dan gambar-gambar boleh melibatkan contoh-contoh diskriminasi terhadap sesiapa sahaja
di dalam masyarakat (kanak-kanak, orang dewasa, OKU, orang tua, dan lain-lain).

Minta kumpulan-kumpulan membincangkan isi-isi perbincangan berikut :


Fikirkan berbagai-bagai kumpulan yang merupakan sebahagian daripada sekolah
atau masyarakat.
Fikirkan mitos dan stereotaip positif dan negatif yang berbeza yang wujud di
dalam sekolah atau masyarakat anda.
Bincangkan contoh-contoh di mana perbezaan atau menjadi sebahagian daripada
kumpulan minoriti telah menyebabkan diskriminasi atau keganasan di sekolah dan
masyarakat.
Bincangkan contoh-contoh di mana perbezaan atau menjadi sebahagian daripada
kumpulan minoriti telah menyebabkan diskriminasi positif atau kelebihan di
sekolah dan masyarakat anda.
Bincangkan bagaimana situasi ini memberi kesan kepada individu dan kumpulan
secara menyeluruh.

Langkah 2: Perbincangan kumpulan besar (25 minit)

Perkenalkan konsep peluang yang sama, yang bermaksud bahawa semua orang
mempunyai hak-hak yang sama.
Nota Fasilitator: Anda boleh bincangkan satu situasi tentang haiwan-haiwan yang berbeza (seekor gajah, anjing laut,
monyet, kucing dan ikan contohnya) yang perlu memanjat pokok untuk membangkitkan isu-isu kepelbagaian, keadilan

28 Panduan Pembelajaran Untuk Konvensyen Mengenai Hak Orang Kurang Upaya


dan kesamarataan. Adalah jelas bahawa tugasan yang diberi kepada semua haiwan adalah sama tetapi ciri-ciri
individu mereka mungkin berbeza. Ada haiwan yang berasa mudah untuk memanjat tetapi sebaliknya bagi yang lain.
Ketika memikirkan tentang rangkuman, adalah penting bagi kita untuk memikirkan keperluan dan kebolehan orang lain
bagi mewujudkan peluang-peluang yang sama.

Contoh-contoh lain juga boleh digunakan untuk memudahkan pemahaman konsep ini.
Jika anda menggunakan grafik, dan kumpulan tersebut mempunyai kanak-kanak yang
buta atau bermasalah penglihatan, jangan lupa untuk menerangkan imej tersebut.
Anda boleh meminta kanak-kanak untuk membincangkan contoh-contoh lain tentang
kesamarataan hak yang telah mereka kumpulkan berdasarkan pengalaman hidup
mereka.

Contoh:
Seorang bayi perlukan ibunya untuk makan, supaya dia dapat hidup dan
membesar untuk berdikari
Seorang kanak-kanak perlukan cermin mata supaya boleh membaca seperti yang
lain dan mendapat peluang untuk belajar sama seperti orang lain.

Minta contoh berbagai cara berfungsi yang lain dan nyatakan cara ia dapat disediakan
supaya manusia mempunyai peluang dan hak-hak yang sama.

Langkah 3: Rumusan (5 hingga 10 minit)

Bincangkan bagaimana mitos dan stereotaip di sebalik diskriminasi memberi kesan


kepada hak-hak orang yang didiskriminasi, termasuklah golongan OKU. Tekankan
bahawa pandangan masyarakat perlu berubah ataupun sudah berubah. Menjadi
tanggungjawab peribadi bagi kita untuk
tidak menggalakkan stereotaip dan melayan
semua orang dengan rasa hormat sebagai
ahli-ahli masyarakat. Contoh-contoh mitos dan
stereotaip tentang OKU
C. Hormat
Golongan OKU:
Penerangan ringkas sesi ini
Tidak boleh hidup sendirian
Dalam sesi ini para peserta akan Perlu dikasihan
menerokai konsep hormat dan Tidak berdaya
hubungannya dengan kesamarataan. Terkena sumpahan/kekurangupayaan
adalah jahat
Objektif: Tidak boleh belajar atau ke sekolah
Lebih baik tinggal di rumah sahaja
Pada akhir sesi ini para peserta akan Tidak akan mampu bekerja
dapat mengenal pasti erti hormat dan Perlu disembuhkan
cara melayan orang dengan hormat. Tidak dapat menyertai permainan sukan
Konsep hormat sebagai asas kepada Tidak akan berkahwin atau mendapat
kesamarataan akan diperkenalkan. anak
Bodoh
Tempoh: Tidak aktif dari segi seks
35 minutes Adalah kanak-kanak selama-lamanya
Sumber: YA! Hak Asasi Manusia, Tindakan dan Perjuangan
Kaedah: Hak Asasi OKU, Pusat Sumber Hak Asasi Manusia, 2007; lihat
<www.humanrightsyes.org> untuk maklumat lanjut.
Sumbang pendapat dan perbincangan
kumpulan besar

AN
PAYA
KEU
GE NAI 29
A MEN
IANY
Bahan-bahan:
Papan hitam dan kapur atau kertas carta dan pen penanda

Proses
Langkah 1: Pengenalan (5 minit)

Jelaskan kepada kumpulan bahawa untuk mencapai sebuah dunia sama rata yang
bebas daripada diskriminasi, semua orang perlu
melayan satu sama lain dengan rasa hormat.
Menghormati satu sama
Langkah 2: Sumbang saran (25 minit) lain bermaksud sanggup
menerima perbezaan
Beritahu kumpulan bahawa anda akan mengupas orang lain walaupun
konsep hormat dan apakah ertinya kepada mereka kelihatan
kumpulan. Jelaskan bahawa anda akan membuat berbeza daripada anda,
sebuah diagram untuk perkataan hormat, hanya mempunyai agama yang
sebagai satu cara untuk merekod erti hormat berbeza atau datang
secara visual. daripada daerah yang
lain. Ia juga bermaksud
Minta para peserta fikirkan seseorang (ahli melayan orang lain
keluarga, kawan, ketua, dll) yang mereka sepertii mana anda mahu
hormati. Apakah yang anda hormati tentang dilayan.
mereka? Sumber: Mentafsir kepelbagaian,
prasangka dan rasa hormat, Hospital
Lukiskan sebuah bulatan di atas papan hitam Kanak-kanak, 2004; lihat <www.
thechildrenhospital.org/wellness/
atau kertas carta dengan perkataan hormatdi info/kids/20760.aspx>.
dalamnya dan rekod jawapan kepada soalan-
soalan berikut.
Apakah yang dimaksudkan dengan menghormati seseorang?
Apakah perkataan yang difikirkan apabila anda teringatkan orang yang anda
hormati?
Bagaimanakah cara kita melayan golongan OKU dengan hormat?

Contoh diagram hormat:

Cari bersama kumpulan ciri-ciri


atau persamaan yang dimiliki-
oleh semua kanak-kanak- Manerima
Perbezaan Tidak Menilai
dengan kebolehan mereka
tersendiri dan cara berfungsi
yang berbeza- contohnya,
kebolehan untuk menyayangi Menghormati
dan disayangi, untuk Bertindak
balas Mendengar
mengaitkan dan berinteraksi
dengan orang lain, untuk
membantu orang lain, untuk Merasai nilai
harga diri
mengajar orang lain kemahiran orang lain
yang dimiliki dan untuk
berkawan.

30 Panduan Pembelajaran Untuk Konvensyen Mengenai Hak Orang Kurang Upaya


Langkah 3: Perbincangan kumpulan besar (5 minit)

Minta kumpulan nyatakan perasaan mereka jika dilayan tanpa rasa hormat. Apa
mereka akan lakukan jika seseorang tidak menghormati mereka?

Jelaskan bahawa semua orang berhak berasa dihormati oleh keluarga, kawan-kawan,
masyarakat dan kerajaan. Penghormatan mestiilah secara bersama. Ia berkaitan
dengan keadilan dan kesaksamaan dan merupakan asas bagi kesamarataan.

Kunci utama
Menghormati perbezaan/ciri-ciri peribadi antara satu sama lain merupakan asas
bagi kesamarataan.
Semua orang berhak dihormati.
Semua orang boleh menyumbang kepada masyarakat.

D. Perangkuman yang sama rata


Penerangan ringkas sesi ini

Sesi ini bertujuan untuk memperkenalkan para peserta terhadap perangkuman dalam
kehidupan seharian dan kepentingan kesedaran dan memindahkan halangan dalam
persekitaran bagi mencapai kesamarataan.

Objektif:
Pada penghujung sesi ini para peserta akan mendapat kesedaran tentang halangan
dalam persekitaran serta kemampuan dan kepentingan untuk mewujudkan
persekitaran yang terbuka untuk penglibatan semua orang.

Tempoh:
1 jam 15 minit

Kaedah:
Perbincangan kumpulan besar, sumbang saran dan aktiviti kumpulan kecil

Bahan-bahan:
Kertas carta dan pen penanda atau kertas dan pensil

Proses
Langkah 1: Pengenalan (15 minit)

Perkenalkan konsep reka bentuk untuk semua. Hasilkan gambar(-gambar)


sepertii di bawah, menunjukkan situasi seperti yang dicadangkan di bawah, tanpa
mengkhususkan kepada sekadar satu budaya, kaum, jantina atau sebarang kumpulan
demografi lain)

Individu di dalam masyarakat kita mempunyai cara berfungsi yang berbeza:

AN
PAYA
KEU
GE NAI 31
A MEN
IANY
Adakah persekitaran kita (rumah, sekolah, jalan raya, tempat letak kereta, bandar)
bersedia menawarkan peluang yang sama untuk turut serta bagi semua orang?

Gunakan setiap daripada situasi di dalam gambar untuk bertanyakan:

Apakah yang sebaliknya boleh dilakukan supaya:


Orang tua dapat menaiki rumah yang bertangga secara lebih selamat, selesa dan
sendirian
Orang yang menggunakan kerusi roda dapat menggunakan tandas
Orang buta dapat mencari jalannya sendiri

Siapa lagi yang akan mendapat manfaat daripada kemudahan-kemudahan ini?

Bolehkah kita mencari kemungkinan yang mudah sebagai penyelesaian di dalam


sekolah atau masyarakat, supaya semua orang dapat turut serta dalam kehidupan
masyarakat sepenuhnya?

Langkah 2: Perbincangan kumpulan besar (5 minit)

Perkenal dan bincangkan konsep alat bantuan, menggunakan contoh-contoh daripada


kanta pembesar yang ringkas atau landasan hinggalah kepada pembaca skrin
komputer untuk orang buta atau contoh-contoh lain yang sesuai dengan konteks
masyarakat anda.

Langkah 3: Sumbang saran (5 minit)

Lihat semula bersama para peserta pernyataan bahawa semua orang mempunyai
kebolehan yang berlainan. Kemudian letakkan mereka dalam kumpulan-kumpulan
untuk memberi sumbang saran berkenaan cara-cara menjadikan program ini
terangkum untuk semua orang.

Tunjukkan atau edarkan Lembaran 2 tentang kebolehan yang berbeza dan jelaskan
bahawa lembaran itu menunjukkan berbagai cara untuk golongan OKU belajar
menggunakan bahasa isyarat dan Braille.

Langkah 4: Aktiviti kumpulan kecil (25 minit)

Minta para peserta membuat kumpulan yang terdiri daripada empat atau lima orang.
Minta kumpulan buat satu senarai tentang cara menjadikan kumpulan mereka terbuka
untuk semua orang. Lihat semula soalan-soalan berikut:
Apakah bantuan yang diperlukan untuk melibatkan semua orang?

32 Panduan Pembelajaran Untuk Konvensyen Mengenai Hak Orang Kurang Upaya


Adakah persekitaran fizikal perlu diubah?
Perlukan sikap yang lebih menerima/menghormati?
Adakah aktiviti-aktiviti dibentangkan dengan cara yang melibatkan semua orang?
Apa yang perlu diubah untuk melibatkan semua?
Contoh: ubah sikap, sanggup membantu, minta pertolongan bila perlu,
susun semula bilik atau aktiviti, lakukan bersama kumpulan.

Langkah 5: Perbincangan kumpulan besar (25 minit)

Minta setiap kumpulan bentangkan senarai amalan terangkum mereka dan buat satu
perjanjian kumpulan untuk perangkuman di sepanjang program.

Lihat semula pengalaman kumpulan yang pelbagai dan bagaimana kerja kumpulan
dan penyesuaian aktiviti dapat mewujudkan kesamarataan.

Kunci utama
Aktiviti-aktiviti boleh dan perlu terbuka kepada semua.
Kekurangupayaan adalah sebahagian daripada kepelbagaian manusia. Kita dapat
belajar dan turut serta secara penuh dalam kehidupan dengan bantuan yang
bersesuaian.
Penyelesaian boleh menjadi ringkas dan mudah di wujudkan.

AN
PAYA
KEU
GENAI 33
A MEN
IANY
Kebebasan daripada keganasan dan penderaan
Artikel 16:
Kebebasan daripada keganasan dan penderaan
Kanak-kanak OKU perlu dilindungi daripada keganasan dan penderaan. Mereka tidak
sepatutnya disakiti atau dianiaya di dalam rumah mahupun di luar. Jika anda
berhadapan dengan keganasan atau penganiayaan, anda mempunyai hak untuk
mendapatkan bantuan bagi menghentikan penderaan dan pulih.
Sumber: Ianya Mengenai Keupayaan, UNICEF, April 2008.

Rasional dan gambaran keseluruhan


Aktiviti-aktiviti berikut direka bentuk supaya para peserta dapat memahami situasi-
situasi keganasan dan penderaan terhadap golongan OKU. Sesi ini bertujuan
untuk mengajar para peserta tentang apa erti untuk berasa selamat dan cara untuk
mengelakkan penderaan.

Objektif keseluruhan
Mengenal pasti pelbagai bentuk keganasan dan penderaan
Menerangkan kepentingan keselamatan
Memahami peranan orang yang berada di tempat kejadian dan bagaimana mereka
boleh bertindak untuk menghentikan atau menghalang keganasan
Memahami kepentingan polisi dan amalan toleransi sifar terhadap keganasan dan
penderaan di sekolah dan masyarakat
Memahami bahawa golongan OKU, termasuk orang muda dan kanak-kanak
terutamanya, terdedah kepada keganasan dan penderaan
Mengenal pasti cara-cara untuk menghentikan kejadian keganasan atau penderaan
tanpa menggunakan keganasan

Masa yang dicadangkan


3 jam 45 minit

Sesi-sesi
A.Keselamatan

B. Keganasan dan penderaan

C. Jangan Bergerak! Menghentikan keganasan dan penderaan

Keselamatan
Penerangan ringkas sesi ini

Dalam sesi ini para peserta akan dapat memahami bahawa golongan OKU mungkin
lebih terdedah kepada keganasan dan penderaan berbanding orang lain dan menerokai
maksud berasa selamat dan memastikan keadaan yang selamat.

34 Panduan Pembelajaran Untuk Konvensyen Mengenai Hak Orang Kurang Upaya


Objektif:
Pada akhir sesi ini para peserta akan dapat mengenal pasti apakah maksud berada
dalam keadaan selamat dan menonjolkan beberapa cara untuk menjadikan
kumpulan sebagai sebuah tempat yang selamat. Para peserta akan dapat
memahami bahawa terdapat orang yang tidak sentiasa berasa selamat dan
bahawa golongan OKU berisiko untuk mengalami keganasan dan penderitaan.
Mereka juga akan memahami peranan penting orang yang berada di tempat
kejadian dan cara mereka boleh bertindak untuk mengelakkan dan menghentikan
keganasan.

Tempoh: Kisah benar


45 minit
Michel dilahirkan dengan
Kaedah: kekurangupayaan. Dia menghadapi
kesukaran untuk belajar, bercakap
Pembayangan dan perbincangan kumpulan dan menggunakan tangannya; dia
besar sering terlanggar benda di sekeliling.
Michel bercakap dengan perlahan
Bahan-bahan: berbanding orang lain kerana sukar
Papan hitam dan kapur atau kertas carta mencari perkataan yang sesuai untuk
dan pen penanda dituturkan. Keluarga Michel tidak
melayannya dengan baik. Ayahnya
Proses sering menumbuknya di kepala dan
menengkingnya. Michel cuma diberi
Langkah 1: Pengenalan (5 minit) sedikit makanan dalam masa yang
singkat. Dia terpaksa makan sebanyak
Jelaskan kepada kumpulan bahawa semua mungkin sebelum makanannya diambil
orang berhak terhadap keselamatan dan semula. Disebabkan ini Michel selalu
kebebasan daripada keganasan dan penderaan. keletihan dan bersaiz lebih kecil
Maksudnya, semua orang patut berasa selamat berbanding kanak-kanak yang sebaya
di rumah, sekolah, dalam masyarakat dan di dengannya. Michel menghadapi
mana sahaja. Ada orang yang lebih terdedah kesukaran kerana kewujudannya tidak
kepada penderaan kerana mereka mungkin dihargai dan dibantu dan kerana ia telah
tidak dilayan dengan sama rata atau tidak diterukkan lagi oleh penderaan yang
boleh mendapatkan bantuan. Sebagai contoh, dideritai olehnya.
kanak-kanak mungkin menghadapi kesukaran Sumber: Kisah tanpa nama yang diceritakan kepada
mempertahankan diri mereka atau melaporkan pengarang.

penderaan. Malah lebih sukar lagi bagi kanak-


kanak OKU untuk melindungi diri mereka daripada pesalah. Jika mereka mampu
melaporkan sekalipun, tindakan mereka mungkin digugurkan atau tidak dipercayai.
Adalah angat penting bahawa semua orang berasa selamat dan hidup bebas daripada
keganasan. Konvensyen ini melindungi dan memastikan golongan OKU mempunyai
perkara yang diperlukan untuk berasa selamat, sepertii wakil perundangan di dalam
mahkamah undang-undang apabila melaporkan penderaan.

Langkah 2: Visualisasi (30 minit)

Minta kumpulan membayangkan (buat satu gambaran di dalam fikiran mereka) suatu
masa ketika mereka berasa selamat sepenuhnya, tanpa rasa takut ditengking, di
mana diri mereka berasa tenang dan selamat sepenuhnya. Bagi sebahagian daripada
mereka ianya mungkin di rumah, di rumah kawan, di tempat ibadat atau di sekolah
Bagi sebahagian yang lain pula, mungkin ianya sebuah tempat yang ada dalam minda
mereka atau satu tempat ketika bersendirian.

AN
PAYA
KEU
GE NAI 35
A MEN
IANY
Bayangkan:
Di manakah tempat ini?
Siapa yang berada di sana?
Apa yang sedang berlaku?
Apakah perasaan mereka?

Minta semua orang kembali memberi perhatian kepada kumpulan dan secara sukarela
memberitahu apa yang mereka fikirkan setelah mendengar soalan-soalan tadi.

Tanyakan apakah maksud berasa selamat kepada kumpulan? Tuliskan jawapan mereka
di atas papan hitam atau kertas carta.

Contoh-contoh berasa selamat:


Tiada sesiapa menengking atau memukul anda.
Anda berasa selesa.
Orang mendengar kata-kata anda.
Anda dihormati.
Digalakkan untuk bersuara atau menyatakan pendapat.
Anda tidak dipaksa untuk melakukan perkara yang enggan dilakukan.
Anda bahagia.
Anda tidak takut.

Langkah 3: Perbincangan kumpulan besar (10 minit)

Tanya para peserta adakah penting untuk berasa selamat ketika melakukan aktiviti
kumpulan kita? Berikan beberapa refleksi yang penting untuk diingati ketika aktiviti
kumpulan. Nyatakan bahawa kadang kala ianya akan mengambil masa yang lama
untuk berkongsi dan turut serta dalam aktiviti kumpulan. Ada orang yang menghadapi
masalah untuk menulis atau membaca. Galakkan para peserta supaya mematuhi
refleksi ini dan kekalkan kumpulan sebagai satu tempat yang selamat untuk berkongsi
dan belajar dalam keadaan menghormati semua orang.

Kunci utama
Semua orang mempunyai hak untuk berasa selamat di tempat tinggal, tempat
kerja dan tempat bermain.
Golongan OKU merupakan antara yang lebih terdedah kepada keganasan dan
penderaan.
Refleksi daripada aktiviti ini patut di bawa ke sesi-sesi dan aktiviti-aktiviti yang lain.

B. Keganasan dan penderaan

Penerangan ringkas sesi ini

Dalam sesi ini para peserta akan mengenal pasti berbagai jenis penderaan atau
keganasan dan mengenal pasti cara-cara untuk menghadapi situasi yang bersifat
mendera atau ganas.

36 Panduan Pembelajaran Untuk Konvensyen Mengenai Hak Orang Kurang Upaya


Objektif:
Pada akhir sesi ini para peserta akan dapat mengenal pasti empat jenis penderaan
dan contoh-contoh setiap jenis. Mereka akan mendalami sebab mengapa
sebahagian orang lebih terdedah kepada penderaan dan berbincang tentang cara-
cara untuk mencegah atau menghalang keganasan dan penderaan dengan cara
yang tidak ganas.

Tempoh:
1 jam 30 minit

Kaedah:
Perbincangan kumpulan besar dan kecil

Bahan-bahan:
Papan hitam dan kapur atau kertas carta dan pen penanda

Proses
Langkah 1: Pengenalan (15 minit)

Tuliskan perkataan-perkataan keganasan dan penderaan di atas papan hitam


atau sekeping kertas carta. Minta para peserta memberi maksud perkatan-perkataan
tersebut.

Apakah maksudnya?

Tanyakan:
Apa itu perhubungan yang ganas? Apa itu sikap mendera?
Mengapakah terdapat orang yang lebih terdedah untuk mengalami keganasan dan
penderaan?
Apa yang menyebabkan kanak-kanak terdedah kepada keganasan? (Sila lihat
Kajian Keganasan versi mesra kanak-kanak)
Mengapakah kanak-kanak dan golongan muda yang lebih terdedah?
Apakah contoh-contoh hubungan yang ganas/mendera yang kita tahu? Bagaimana
kita menghadapinya?

Contoh:
Kanak-kanak dan golongan muda lebih berisiko kerana mereka belum cukup
dewasa sepenuhnya; mereka tidak dapat mempertahankan diri mereka dengan
mudah.
Ramai kanak-kanak dan golongan muda yang takut untuk melaporkan keganasan
kerana ianya dilakukan oleh orang yang berkuasa terhadap mereka.
Ada juga yang bergantung kepada orang yang mendera mereka untuk
mendapatkan makanan atau pekerjaan.
Ada yang tiada tempat hendak dituju untuk mengubah keadaan mereka.
Ada yang lebih terdedah disebabkan oleh jantina, bangsa, asal-usul kaum atau
kekurangupayaan mereka.

AN
PAYA
KEU
GE NAI 37
A MEN
IANY
Sumber: United Nations Secretary-Generals Study on Violence Against Children Adapted or Children and Young
People, United Nations, 2006.

Terangkan kepada kumpulan bahawa keganasan dan penderaan boleh menyebabkan


ketakutan dan putus asa. Ia menjatuhkan harga diri dan membuatkan orang merasa
tidak berdaya upaya. Bagi mendapatkan semula keupayaan atau menjadi berdaya
upaya, kita perlu mengenal pasti penderaan yang terjadi. Tidak ada apa yang
betul tentang penderaan kanak-kanak. Kerajaan dan masyarakat perlu melindungi
kanak-kanak termasuklah kanak-kanak OKU daripada keganasan dan penderaan.
Sekiranya negara anda meratifikasi Konvensyen Mengenai Hak asasi Kanak-kanak
atau Konvensyen Mengenai Hak OKU, kerajaan perlu mengambil tindakan untuk
menghentikan keganasan terhadap semua kanak-kanak.

Langkah 2: Perbincangan kumpulan besar (30 Keganasan berlaku apabila seseorang


minit) menggunakan kekuatan atau
kedudukannya untuk menyakiti orang
Terangkan kepada kumpulan bahawa keganasan lain dengan niat, bukan disebabkan
dan penderaan boleh menyebabkan ketakutan tidak sengaja. Keganasan termasuklah
dan putus asa. Ia menjatuhkan harga diri dan ancaman keganasan dan tindakan
membuatkan orang merasa tidak berdaya upaya. yang mungkin membahayakan, serta
Bagi mendapatkan semula keupayaan atau semua yang memang membahayakan.
menjadi berdaya upaya, kita perlu mengenal pasti Bahaya yang dimaksudkan boleh
penderaan yang terjadi. Tidak ada apa yang betul jadi terhadap fikiran, kesihatan dan
tentang penderaan kanak-kanak. kesejahteraannya, serta tubuh badan
seseorang.
Penderaan kanak-kanak adalah sebarang bahaya
yang dilakukan terhadap kanak-kanak, termasuklah
pengabaian, keganasan seksual atau mental oleh
seseorang yang bertanggungjawab terhadap mereka atau mempunyai kuasa atau
kawalan terhadap mereka dan orang yang sepatutnya boleh dipercayai oleh mereka.

Contoh-contoh keganasan dan penderaan:


(kanak-kanak terhadap kanak-kanak) membuli di sekolah
Keganasan di antara adik-beradik
Kekerasan fizikal/ucapan ibubapa
Memukul anak dan penganiayaan
Penderaan seksual
Nota fasilitator: untuk aktiviti tambahan berkaitan buli, lihat aktiviti pendidikan B Unit III di muka surat 60.

Di manakah keganasan dan penderaan boleh berlaku?


Di rumah
Di sekolah atau latar belakang pendidikan lain
Di insitusi-institusi sepertii rumah anak-anak yatim; penjara atau kemudahan
penahanan lain, sepertii lokap polis.
Di tempat kerja
Di dalam masyarakat
Sumber: United Nations Secretary-Generals Study on Violence Against Children Adapted for Children and Young
People, United Nations, 2006.

Tuliskan yang berikut di atas papan hitam atau kertas carta:

38 Panduan Pembelajaran Untuk Konvensyen Mengenai Hak Orang Kurang Upaya


Jenis-jenis penderaan:
1. Keganasan fizikal
2. Ucapan/perasaan/psikologi
3. Tidak dilayan sama rata
4. Mempergunakan/mengeksploitasi
Nota fasilitator: Mungkin terdapat peserta yang mahu berkongsi kisah mereka tentang penderaan. Jika ini berlaku, beri
galakan untuk berkongsi dan kekalkan persekitaran yang selamat dan menghormati semua peserta. Jika peserta mahu
terus berkongsi, jemput mereka untuk ceritakan pengalaman mereka dengan anda pada satu masa yang lain (e.g.,
pada penghujung hari atau ketika waktu rehat).

Tunjuk kepada perkataan penderaan fizikal dan tanya kepada kumpulan:


Apa itu penderaan atau keganasan fizikal?
Apakah contoh-contoh jenis penderaan fizikal?
Contoh: Memukul, mencubit, menampar, rogol atau penderaan seksual.

Senaraikan contoh-contohnya di sebelah fizikal atas papan hitam atau kertas.


Nyatakan bahawa terdapat banyak ketika dalam hidup, kanak-kanak mengalami
penderaan daripada kanak-kanak lain dan orang dewasa. Dalam banyak kejadian,
kanak-kanak OKU lebih berkemungkinan untuk berhadapan dengan keganasan,
termasuklah ditinggalkan.

Tunjuk pada perkataan-perkataan ucapan/perasaan/mental. Jelaskan bahawa


penderaan tidak semestiinya berbentuk fizikal. Perkataan dan ancaman juga boleh
bersifat penderaan.

Tanyakan yang berikut dan catatkan:


Apakah jenis-jenis penderaan ucapan/perasaan/mental?
Contoh: Penghinaan, menengking, merendah-rendahkan seseorang,
mengugut untuk menyakiti seseorang, membuli, mengejek, mengabaikan/
tidak mempedulikan, dan lain-lain.

Tunjukkan pada perkataan tidak dilayan dengan sama rata.Timbulkan aktiviti-aktiviti


sebelumnya di mana stereotaip-stereotaip tentang golongan OKU telah dikenal pasti
dan manusia dilayan tidak sama rata. Tanya kepada kumpulan:
Apakah contoh-contoh layanan yang tidak sama rata?
Contoh: Tidak membenarkan kanak-kanak OKU pergi ke sekolah, kanak-
kanak OKU yang terakhir sekali dipilih dalam pasukan permainan, tidak
berkawan dengan seseorang kerana mereka kekurangan upaya, mempunyai
tangga bangunan yang tidak membolehkan orang yang menggunakan
kerusi roda untuk masuk dan lain-lain.

Nyatakan bahawa kesamarataan bermaksud setiap orang menerima penghormatan,


layanan, peluang dan hak-hak yang sama tanpa mengira, contohnya, warna, negara
kelahiran, agama, pegangan politik atau status kekurangupayaan.

Tunjuk pada perkatan mempergunakan/mengeksploitasi di papan hitam. Jelaskan


bahawa penderaan jenis ini berlaku apabila seseorang mengambil kesempatan
terhadap orang lain untuk kepentingan diri sendiri. Tanyakan kepada kumpulan:
Apakah contoh-contoh mempergunakan/mengeksploitasi?

AN
PAYA
KEU
GE NAI 39
A MEN
IANY
Contoh: Mengambil wang seseorang atau memberi upah yang kurang untuk
kerja yang dilakukan, meminta bantuan seseorang berulang kali dan tidak
membalas jasa seseorang.

Nota: satu contoh bersejarah tentang eksploitasi berlaku ketika Kemusnahan


(Holocaust) apabila golongan OKU digunakan untuk ujikaji perubatan lalu dibunuh.
(Evans, Suzanne E., Jenayah yang Dilupakan: Kemusnahan dan Golongan OKU,
Pejuang Hak Kekurangupayaan, 2004).

Langkah 3: Perbincangan kumpulan kecil (25 minit)

Bentuk kumpulan daripada 4 atau lima orang peserta. Minta kumpulan kecil untuk
bincangkan perkara berikut dan rekodkan jawapan mereka:
Apa yang berlaku kepada mereka yang dianiaya?
Apakah akibatnya terhadap perasaan mereka? (Contoh: tidak berdaya, tidak
berguna, bodoh)
Bolehkah penderaan terus kekal berlaku jika seseorang tidak mendapatkan
pertolongan?
Bagaimanakah kita dapat mencegah keganasan dan penderaan?

Terangkan bahawa orang yang berada di tempat kejadian mempunyai peranan


penting dalam mencegah keganasan dan penderaan. Pertimbangkan akronim NICE
berikut, yang mengenal pasti empat pilihan kritikal dalam menjadi orang yang berada
di tempat kejadian.

NICE bermaksud:
Notice (sedar sesuatu sedang berlaku)
Interpret (Tafsirkan sekiranya situasi itu perlukan pertolongan dan boleh diberikan)
Choose (pilih satu bentuk pertolongan)
Engage (terlibat dengan masalah tersebut)

Minta kumpulan kecil kaitkan akronim NICE dengan pengalaman hidup sebenar untuk
perbincangan kumpulan besar.
Langkah 4: Perbincangan kumpulan besar (20 minit)

Minta kumpulan kongsikan perbincangan mereka. Bagaimana mereka mahu


mencegah penderaan dan keganasan? Bagaimana akronim NICE terkait dengan
pencegahan? Tuliskan jawapan-jawapan pada papan hitam atau kertas.
Nota fasilitator: Dengar dan renungkan jawapan. Galakkan cara pencegahan penderaan yang selamat dan tidak
ganas. Jika penyelesaian secara keganasan yang diberi, beritahu kumpulan bahawa keganasan boleh menyebabkan
lebih banyak keganasan dan penderaan. Lebih baik keluar daripada sesuatu situasi dan dapatkan pertolongan
daripada bersemuka atau bergaduh. Galakkan kanak-kanak untuk menjadi pengantara dan mencari pertolongan, dan
terutamanya lindungi mereka yang tidak dapat melindungi atau mempertahankan diri mereka sendiri dengan baik

Nyatakan bahawa cara untuk mencegah keganasan dan penderaan ialah jadikan diri
bertanggungjawab agar tidak menganiaya atau mendera dalam apa cara sekali pun.

Cara lain untuk mendapat pertolongan atau mengelakkan penderaan ialah:


Meminta bantuan seseorang yang selamat dan beritahu mereka perkara yang
berlaku

40 Panduan Pembelajaran Untuk Konvensyen Mengenai Hak Orang Kurang Upaya


Dapatkan nasihat perundangan atau gunakan undang-undang untuk melindungi
diri dan hak anda
Perjuangkan supaya kerajaan melindungi daripada penderaan dan galakkan
program-program yang membantu manusia mengatasi ketidaksamarataan

Kunci utama
Tiada tolak ansur terhadap keganasan dan penderaan. Laporkan kepada mereka
yang boleh membantu: ibubapa/penjaga, guru, ahli psikologi dan juga polis.
Tiada sesiapa yang patut menjadi mangsa keganasan atau penderaan.
Golongan OKU, terutamanya kanak-kanak lebih terdedah kepada penderaan.
Respon yang ganas bukanlah jawapan kepada penderaan. Lebih baik mendapatkan
bantuan atau mengelakkan situasi daripada menggunakan keganasan sebagai
reaksi terhadap penderaan.
Sumber: United Nations Secretary-Generals Study on Violence Against Children Adapted for Children and Young
People, United Nations, 2006; Making Allies, Making Friends curriculum inspired the outline for some of the thoughtful
participatory learning sessions for young people; Education Development Centres Health and Human Development
Program at <http://main.edc.org/newsroom/features/bullying_HHD.asp>, Sue Ball di Birmingham City Council di
<www.bgfl.org/services/stopbullying/default.htm>; dan Kepakaran Mengajar di <www.teachingexpertise.com/artikels/
bullying-and-the-bystander-1615>

B. Menghentikan keganasan dan penderaan


Pengerangan ringkas sesi ini
Dalam sesi ini para peserta akan menggambarkan situasi-situasi keganasan dan
penderaan serta mengenal pasti berbagai cara untuk mengatasi situasi tersebut.

Objektif:
Pada akhir sesi ini para peserta akan dapat mengenal pasti berbagai situasi
penderaan dan cara-cara untuk menghentikan atau mengatasi keganasan dan
penderaan dengan kerjasama kumpulan.

Tempoh:
1 jam 30 minit

Kaedah:
Aktiviti kumpulan kecil dan pembentangan

Bahan-bahan:
Tidak diperlukan

Proses
Langkah 1: Pengenalan (5minit)

Jelaskan kepada kumpulan bahawa terdapat ramai golongan OKU mengalami


keganasan dan penderaan dan aktiviti ini akan mengenal pasti cara untuk
menghentikan situasi tersebut. Lihat semula aktiviti yang lalu dan berbagai jenis
penderaan.
Nota fasilitator: Pastikan perkara ini dijelaskan dengan kuat dan teliti untuk peserta yang mempunyai masalah
penglihatan.

AN
PAYA
KEU
GENAI 41
A MEN
IANY
Langkah 2: Aktiviti kumpulan kecil (20 minit)

Minta para peserta membentuk kumpulan terdiri daripada empat atau lima orang.
Terangkan bahawa setiap kumpulan perlu mengenal pasti satu situasi di mana
penderaan atau hak telah dinafikan terhadap seorang OKU (fizikal, ucapan/
perasaan/mental, ketidaksamarataan atau tidak dilayan samarata, mempergunakan/
mengeksploitasi).

Ingatkan kumpulan untuk fikirkan aktiviti yang lalu dan berbagai jenis penderaan.
Beritahu kumpulan bahawa mereka perlu menggambarkan keadaan ini secara visual
dan mereka akan diminta untuk memegunkan keadaan ini. Memegunkankan ialah
apabila semuanya tidak bergerak langsung. Pemandangan ini tidak dilakonkan, ia kaku
seperti sebuah gambar.

Jelaskan bahawa ketika pemandangan itu pegun, ahli kumpulan lain akan cuba
meneka perkara yang terjadi di dalam pemandangan tersebut.

Berikan satu contoh pemandangan untuk membantu kumpulan memahami aktiviti ini.

Contoh:
Seseorang yang gagal masuk ke tempat mengundi kerana ruang masuknya
bertangga.
Seorang guru memukul/mendedahkan/memindahkan seorang pelajar yang sedang
menghadapi masalah untuk menyiapkan tugasannya.
Seorang kanak-kanak OKU diejek di taman permainan, ketika kelas gim, selepas
sekolah, atau pada waktu rehat.

Langkah 3: Perbincangan kumpulan kecil (55 minit)

Kumpulkan semula kumpulan-kumpulan dan minta satu kumpulan untuk memulakan


secara sukarela. Minta kumpulan ke hadapan bilik dan memegunkan gambaran
mereka. Sebaik kumpulan telah pegun, tanya kumpulan besar apa yang berlaku di
dalam gambaran tersebut.
Nota fasilitator: Minta keadaan kaku untuk satu atau dua minit sahaja. Jika para peserta masih terus memberikan
jawapan, berikan kumpulan tersebut rehat untuk 10 saat dan kemudian minta mereka kaku semula.

Selepas semua peserta dapat meneka apa yang sedang terjadi (apakah hak yang
dinafikan), minta ahli kumpulan besar masuk dan cuba menghentikan penderaan atau
keganasan tersebut. Minta mereka kaku di tempat untuk menghentikan penderaan.

Contoh: Untuk pemandangan guru yang memukul seorang pelajar yang membuat
kerja dengan perlahan, peserta lain boleh masuk dan lakukan perkara berikut:
Duduk di sebelah pelajar tersebut untuk membantunya menyiapkan kerjanya
sepertii seorang pembantu rakan sebaya.
Bawa masuk seorang pengetua atau guru lain dan tunjuk ke arah guru tersebut.
Pindahkan tangan guru tersebut daripada pelajar.

Sebaik semua orang sudah kaku di tempat masing-masing dengan penyelesaian


mereka dalam pemandangan itu, minta kumpulan berhenti menjadi kaku. Minta
kumpulan kecil menjelaskan perkara sebenar yang berlaku dalam pemandangan

42 Panduan Pembelajaran Untuk Konvensyen Mengenai Hak Orang Kurang Upaya


tersebut dan minta peserta lain menjelaskan cara mereka menghentikan penderaan
itu. Minta para peserta mengenal pasti jenis penderaan yang digambarkan
(fizikal, ucapan/perasaan/mental, ketidaksamarataan atau tidak dilayan sama rata,
mempergunakan/mengeksploitasi) dan hak asasi yang mana telah dinafikan.

Minta semua kumpulan bentangkan pemandangan mereka.

Langkah 4: Rumusan (10 minit)

Setelah setiap kumpulan membentangkan contoh dan penyelesaian mereka terhadap


penderaan, lihat semula situasi dan penyelesaian yang dibentangkan. Beritahu
kumpulan bahawa semua orang sudah melakukan tugas dengan baik dan mereka
telah mengenal pasti cara-cara yang sesuai untuk mendapatkan atau memberikan
bantuan bagi menghentikan keganasan dan penderaan.

Kunci utama
Keganasan bukan jawapan kepada penderaan. Lebih baik mendapatkan bantuan
atau mengelakkan sesuatu situasi daripada menggunakan keganasan sebagai
reaksi kepada penderaan.
Sumber: Advocating Change Together; lihat <www.selfadvocacy.org> untuk maklumat lanjut

AN
PAYA
KEU
GE NAI 43
A MEN
IANY
Rumah dan keluarga
Artikel 23:
Menghormati rumah dan keluarga
Manusia berhak untuk hidup bersama keluarganya. Jika anda seorang OKU,
kerajaan anda patut membantu keluarga anda dengan perbelanjaan, maklumat dan
perkhidmatan berkaitan OKU. Anda tidak boleh dipisahkan daripada ibubapa kerana
anda mempunyai kekurangan upaya! Jika anda tidak dapat hidup bersama keluarga
terdekat, kerajaan perlu menolong menyediakan jagaan di dalam lingkungan keluarga
yang lebih jauh atau masyarakat. Orang muda OKU mempunyai hak yang sama
seperti orang muda yang lain untuk maklumat kesihatan reproduktif dan hak yang
sama seperti orang lain untuk berkahwin dan mempunyai keluarga.
Sumber: Ianya Mengenai Keupayaan, UNICEF, April 2008.

Rasional dan gambaran keseluruhan


Para peserta akan mendalami hak terhadap rumah dan keluarga. Tumpuannya ialah
terhadap memahami kepentingan hak terhadap rumah dan keluarga yang berkaitan
dengan menikmati hak-hak lain. Para peserta juga akan mendalami kepentingan
sokongan keluarga terhadap kanak-kanak OKU.

Objektif keseluruhan
Para peserta akan dapat:
Memahami hak terhadap rumah dan keluarga.
Memahami sebab mengapa kanak-kanak lebih baik membesar di dalam sebuah
keluarga atau persekitaran seakan keluarga di dalam masyarakat berbanding di
sebuah institusi.
Hubungkaitkan hak terhadap rumah dan keluarga dengan hak-hak lain.
Beri idea secara sumbang saran bagi membolehkan kanak-kanak OKU kekal
bersama keluarga untuk mengelakkan perpindahan ke institusi jagaan.
Beri sumbang saran bagi bantuan kepada keluarga (ibubapa, adik-beradik,
dan kanakkanak OKU) untuk menggalakkan kehidupan di rumah dan di dalam
masyarakat.

Masa yang dicadangkan:


1 jam 55 minit

Sesi-sesi
A. Hak terhadap rumah dan keluarga

B. Sokongan keluarga

A. Hak terhadap rumah dan keluarga

Penerangan ringkas sesi ini

Dalam sesi ini para peserta akan mendalami hak terhadap rumah dan keluarga dan
bincangkan penginstitusian.

44 Panduan Pembelajaran Untuk Konvensyen Mengenai Hak Orang Kurang Upaya


Objektif:
Pada akhir sesi ini para peserta akan dapat memahami hak terhadap rumah dan
keluarga serta bagaimana penafian terhadap hak ini akan menafikan hak-hak lain.

Tempoh:
45 minit

Kaedah
Perbincangan kumpulan besar

Bahan-bahan:
Tidak diperlukan

Proses:
Langkah 1: Perbincangan kumpulan besar (45 minit)

Lihat Artikel 23 Rasa hormat pada rumah dan keluarga. Nyatakan bahawa semua
kanak-kanak dan golongan muda mempunyai hak untuk hidup bersama keluarga
di rumah dan bahawa menurut Konvensyen, kerajaan diminta menyediakan
perkhidmatan dan sokongan untuk membolehkan kanak-kanak OKU tinggal di rumah.
Berikan contoh hak terhadap rumah dan keluarga yang dinafikan sepertii berikut:

Contoh:
Terdapat banyak negara yang tidak mempunyai perkhidmatan untuk menyokong
golongan OKU di rumah dan di dalam masyarakat. Kadang kala, apabila seorang bayi
OKU dilahirkan, ibubapa disuruh menyerahkan anak mereka atau meletakkannya di
pusat jagaan.
Apabila seseorang diletakkan di institusi jagaan, mereka tidak dapat lagi hidup
bersama keluarga mereka. Baca petikan berikut dengan kuat:

Contoh: Ramai kanak-kanak yang merindui keluarga mereka

saya perlukan lebih cinta dan kasih sayang... saya jarang bertemu
dengan ibubapa.
Eva, 12, tinggal di sebuah institusi.

Contoh: Kanak-kanak dan golongan muda yang diletakkan di pusat jagaan tidak
berpeluang untuk bersosial dan menjadi matang sepertii orang dewasa yang berdikari

Mereka tidak bersedia untuk kehidupan dewasa yang berdikari...


Mereka tiada tempat yang dipanggil rumah.... ramai yang tiada tempat
hendak dituju. Apa yang mereka perlukan ialah sebuah keluarga...
Petr, doktor, Rusia.

Tanya kumpulan soalan berikut:


Apakah hak-hak lain yang sering dinafikan jika seorang kanak-kanak diletakkan di
pusat jagaan?

AN
PAYA
KEU
GE NAI 45
A MEN
IANY
Contoh: Keterangkuman dalam masyarakat, pendidikan, kebebasan.
Pada pendapat anda, mengapakah seorang kanak-kanak lebih baik membesar di
dalam persekitaran keluarga berbanding pusat jagaan
Contoh: Kemesraan dan kehangatan, interaksi rakan sebaya, adik-beradik,
pembelajaran hidup sebenar.
Dapatkah anda fikirkan keadaan di mana perpisahan dengan keluarga boleh
menjadi satu kebaikan untuk kanak-kanak tersebut?
Contoh: kanak-kanak yang didera.
Beri pendapat cara untuk membantu kanak-kanak kekal tinggal di rumah bersama
keluarga.
Contoh: Adik-beradik dan kawan-
kawan membantu kanak-kanak
OKU, meningkatkan kesedaran Penginstitusian
dan penerimaan masyarakat,
mewujudkan perkhidmatan Penginstitusian atau penempatan di pusat
setempat, sepertii tadika, sekolah jagaan adalah tempat untuk sekumpulan
dan pusat jagaan harian, terbuka kanak-kanak (atau orang dewasa) tinggal
kepada kanak-kanak OKU, bersama dan dijaga oleh orang dewasa yang
menyokong para doktor untuk bukan merupakan sebahagian daripada
memberi khidmat di dalam keluarga sebenar mereka. Rumah anak yatim
masyarakat, wujudkan kumpulan merupakan satu contoh pusat jagaan. Pusat
sokongan keluarga. jagaan merupakan pilihan terakhir bagi
seseorang kanak-kanak untuk membesar.
Nota fasilitator: Dalam keadaan tertentu,
contohnya, bagi kanak-kanak yang berhadapan Sumber: United Nations Secretary-General Study on Violence
keganasan di rumah, adalah lebih baik demi Against Children Adapted for Children and Young People,
kebaikannya, dia ditempatkan bersama keluarga United Nations, 2006.
yang lebih jauh atau jagaan peliharaan masyarakat.
Sekiranya tiada pilihan, kanak-kanak boleh
ditempatkan di pusat jagaan. Namun, ia mestii dianggap sebagai satu penyelesaian sementara sementara rancangan
alternatif untuk penempatan masyarakat dibuat. Ia perlu sentiasa menjadi pilihan yang terakhir.

Kunci utama
Keluarga yang mempunyai ahli OKU (tidak kira seorang anak atau ibu atau bapa)
mempunyai hak menerima bantuan supaya dapat hidup bersama. Jika keluarga
tidak sesuai, kanak-kanak perlu tinggal bersama keluarga lain yang lebih jauh atau
di dalam program jagaan anak angkat masyarakat.

B. Sokongan keluarga
Penerangan ringkas sesi ini

Dalam sesi ini para peserta akan menerokai keperluan dan sokongan yang boleh
diberikan kepada keluarga dan masyarakat yang melibatkan golongan OKU

Objektif:
Pada akhir sesi ini para peserta akan dapat memahami cara-cara sesebuah
keluarga dapat dibantu melalui kerja kumpulan dan bantuan masyarakat.

Tempoh:
1 jam 10 minit

46 Panduan Pembelajaran Untuk Konvensyen Mengenai Hak Orang Kurang Upaya


Kaedah:
Perbincangan kumpulan besar, sumbang saran dan pembentangan

Bahan-bahan:
Papan hitam dan kapur atau kertas carta dan pen penanda

Proses:
Langkah 1: Perbincangan kumpulan besar (20 minit)

Bincangkan perkara berikut dengan kumpulan besar dan minta pandangan dan soalan
di sepanjang perbincangan:
Mempunyai kekurangan upaya memberi kesan kepada seseorang dan ia juga
boleh memberi kesan kepada keluarga.
Kebiasaannya, ibubapa perlu guna kaedah penyelesaian masalah untuk menjaga
anak mereka, contohnya, bagaimana mendapatkan rawatan perubatan yang
sesuai, peralatan dan akses dalam masyarakat dan sekolah.
Kadang-kala, adik-beradik perlu menolong ibubapa untuk membantu adik-beradik
OKU yang lebih tua atau muda.
Memandangkan kumpulan kita dan
Konvesyen Mengenai Hak OKU
telah menerima pakai model sosial Model sosial ketidakupayaan memberi
kekurangupayaan, kita tahu bahawa tumpuan kepada menghapuskan halangan
kekurangupayaan berpunca daripada yang dicipta oleh masyarakat atau
halangan yang diwujudkan oleh persekitaran fizikal yang mengehadkan
masyarakat yang menghadkan golongan seseorang daripada menikmati hak asasi
OKU untuk menikmati hak mereka. manusia. Ini termasuk menggalakkan
sikap yang positif, menjadikan bangunan
Terangkan kumpulan bahawa sesebuah lebih mudah diakses oleh semua dan
keluarga boleh berasa tertekan dalam memyampaikan maklumat dengan cara yang
bertungkus-lumus memenuhi keperluan boleh difahami
seluruh ahli keluarga dan kerja bersama
masyarakat demi mendapat perkhidmatan yang diperlukan. Menjadi tangunggjawab
kita hari ini untuk memikirkan perkara yang boleh dibuat di peringkat masyarakat
untuk membantu keluargakeluarga yang mempunyai ahli OKU.
Sebagai contoh, di beberapa buah negara, keluarga-keluarga dengan ahli OKU
telah membentuk kumpulan sokongan di mana ibubapa malah kumpulan sokongan
adik-beradik boleh berkumpul untuk memberi sumbang saran kepada penyelesaian
masalah yang biasa, mendapatkan nasihat daripada orang lain, atau sekadar untuk
bersosial.
Langkah 2: Perbincangan (20 minit)

Minta para peserta membentuk kumpulan dengan tiga atau empat orang ahli dan
memberi sumbang saran cara-cara sesebuah keluarga telah atau dapat dibantu.
Apa yang boleh dilakukan oleh adik-beradik? Apa yang boleh dilakukan oleh kumpulan
ini?

AN
PAYA
KEU
GE NAI 47
A MEN
IANY
Langkah 3: Perbincangan kumpulan besar dan pembentangan (30 minit)
Minta kumpulan-kumpulan membentangkan idea-idea mereka untuk membantu
keluarga dan adik-beradik dan bincangkan isu ini dengan kumpulan besar. Beri
beberapa contoh berikut di sepanjang pembentangan.
Contoh-contoh sokongan keluarga:
Wujudkan kumpulan sokongan untuk keluarga.
Wujudkan kumpulan sokongan untuk adik-beradik.
Buat satu senarai untuk ibubapa yang baru mempunyai anak OKU. Fikirkan perkara
yang didapati berguna oleh keluarga anda dan kongsikan maklumat tersebut.
Wujudkan program bimbingan untuk adik-beradik atau program bimbingan untuk
ibubapa. Gabungkan ibubapa berpengalaman dengan ibubapa baru. Malah lebih
baik, turut mempertemukan kanak-kanak tersebut dan tunjukkan perkara yang
boleh dilakukan untuk golongan OKU.
Buat satu senarai perkara positif yang boleh disumbangkan oleh golongan
OKU kepada masyarakat dan kongsikan maklumat ini dengan ibubapa baru dan
masyarakat.
Mulakan aktiviti mingguan berjalan kaki secara berkumpulan. Adakan pertemuan
adik-beradik dan OKU di pusat bandar dan bersiar-siar di sekeliling masyarakat.
Jika anda ada mengenali OKU yang berada di rumahnya, ajak dia menyertai
aktiviti ini.
Nota fasilitator: Jika ada orang yang tidak mampu berjalan jauh, cukuplah dengan mengadakan perjumpaan
masyarakat di bandar dan menyanyi lagu atau sekadar berbual. Berada di luar sana juga membantu meningkatkan
kesedaran!

Galakkan anggota masyarakat bekerjasama membina landasan bagi meningkatkan


akses oleh warga tua dan orang yang kekurangan upaya untuk melakukan
pergerakan.
Jemput ibubapa anda pada hari terakhir latihan ini supaya semua orang dapat
melihat perkara yang anda lakukan!

Kunci utama
Keluarga, termasuk adik-beradik memerlukan sokongan.
Mendidik dan membimbing ibubapa baru dapat membantu mendapatkan sumber
dengan lebih mudah.
Model peranan OKU boleh membantu para ibubapa meletakkan harapan yang
tinggi terhadap anak mereka.
Sokongan yang kecil, sepertii perbincangan kumpulan, perjumpaan masyarakat,
dan jiran yang suka membantu, boleh memberi perbezaan yang besar

48 Panduan Pembelajaran Untuk Konvensyen Mengenai Hak Orang Kurang Upaya


Unit III:
Keterangkuman
dalam masyarakat

Pedro Jos Rivera, 14, Nicaragua

AN
PAYA
KEU
GE NAI 49
A MEN
IANY
Aksesibiliti dan kehidupan berdikari
Artikel 9: Aksesibiliti

Kerajaan-kerajaan bersetuju mewujudkan peluang bagi golongan OKU untuk hidup


berdikari dan turut serta di dalam masyarakat. Sebarang tempat yang terbuka
kepada orang awam, termasuk bangunan, jalan, sekolah dan hospital, perlu berciri
yang boleh digunakan oleh golongan OKU termasuk kanak-kanak. Jika anda berada
didalam bangunan dan perlukan bantuan, petunjuk, pembaca atau juru bahasa isyarat
profesional perlu ada di sana untuk membantu anda.
Sumber: Ianya Mengenai Keupayaan, UNICEF, April 2008.

Artikel 19:
Kehidupan berdikari
Manusia berhak memilih tempat untuk mereka tinggal, tidak kira mereka OKU ataupun
tidak. Setelah dewasa, anda berhak untuk hidup berdikari sekiranya anda suka
dan diterima dalam masyarakat anda. Anda juga mestii mempunyai akses kepada
perkhidmatan sokongan jika anda perlukan bantuan untuk hidup di dalam masyarakat,
seperti jagaan di dalam rumah dan bantuan peribadi.
Sumber: Ianya Mengenai Keupayaan, UNICEF, April 2008.

Artikel 27:
Kerja dan pekerjaan
Golongan OKU mempunyai hak yang sama untuk bekerja tanpa diskriminasi setelah
mereka memilih pekerjaan secara bebas.
Sumber: Ianya Mengenai Keupayaan, UNICEF, April 2008.

Rasional dan gambaran keseluruhan


Aktiviti-aktiviti berikut direka untuk para peserta mendapat pemahaman tentang
berbagai masyarakat di tempat mereka, untuk memahami hak terhadap kehidupan
berdikari di dalam masyarakat dan melihat kepada perkhidmatan sokongan yang
diperlukan untuk akses yang sama rata ke arah masyarakat berdikari. Sesi-sesi
bertujuan untuk menghubungkan hak OKU untuk berkerja, Aksesibiliti dan menikmati
kehidupan berdikari di dalam masyarakat.

Objektif keseluruhan
Pada akhir aktiviti ini, para peserta akan dapat:
Memahami kehidupan berdikari
Menilai Aksesibiliti masyarakat
Memahami peranan hak asasi manusia dalam menyokong kehidupan berdikari

Masa yang dicadangkan


2 jam 40 minit

Sesi-sesi
A. Projek akses
B. Penerangan ringkas sesi ini

50 Panduan Pembelajaran Untuk Konvensyen Mengenai Hak Orang Kurang Upaya


A. Projek akses
Penerangan ringkas sesi ini

Dalam sesi ini para peserta akan mengenal pasti berbagai kumpulan masyarakat dan
menilai aksesibiliti kumpulan dan lokasi.

Objektif:
Pada akhir sesi ini para peserta akan dapat memahami tentang Aksesibiliti untuk
semua dan cara untuk menilai keterbukaan suatu kumpulan masyarakat terhadap
semua orang. Kumpulan-kumpulan akan membuat satu analisis terhadap
Aksesibiliti dan memberi sumbang saran cara memastikan akses untuk semua

Tempoh:
1 jam 25 minit

Kaedah:
Sumbang saran, perbincangan kumpulan besar dan aktiviti kumpulan kecil

Bahan-bahan:
Papan hitam dan kapur atau kertas carta dan pen penanda

Proses
Langkah 1: Pengenalan (5 minit)
Ingatkan kumpulan perkara yang telah dipelajari daripada aktiviti-aktiviti yang lepas:
iaitu semua orang perlu dilayan sama rata dan kepelbagaian manusia merupakan
sebahagian daripada kehidupan manusia. Semua orang mempunyai perbezaan.
Menerima dan menghargai perbezaan tersebut bukan sahaja memperkayakan
hidup kita, tetapi juga merupakan langkah yang perlu diambil ke arah mencapai
kesamarataan. Jelaskan bahawa aktiviti akan bermula dengan sumbang saran
kumpulan, kemudian para peserta akan membentuk kumpulan kecil untuk aktiviti
Aksesibiliti.

Langkah 2: Perbincangan (20 minit)


Tulis perkataan masyarakat pada papan hitam atau kertas carta. Lukis sebuah
bulatan mengelilingi perkataan itu dan minta peserta secara sukarela memberi
sebanyak mungkin jenis-jenis masyarakat pertemuan orang ramai yang boleh
mereka fikirkan. Beri contoh-contoh daripada diagram perkataan di bawah:
Diagram perkataan masyarakat pekan, bandar
atau kampung
sekolah kejiranan

negara masyarakat keluarga

pasukan sukan kawan-kawan

kumpulan agama

AN
PAYA
KEU
GENAI 51
A MEN
IANY
Langkah 3: Aktiviti kumpulan kecil (30 minit)

Pecahkan para peserta kepada kumpulan-kumpulan yang terdiri daripada empat atau
lima orang. Minta mereka pilih satu jenis masyarakat untuk menganalisa Aksesibiliti.
Nota fasilitator: Jika ada, minta kumpulan memilih lokasi, seperti di sekolah, dan lawati lokasi untuk menganalisa
Aksesibilitinya. Jika tiada, minta kumpulan-kumpulan kecil memberi sumbang saran lokasi masyarakat dan analisa
Aksesibilitinya melalui perbincangan.

Minta kumpulan kecil melihat soalan berkaitan Aksesibiliti berikut (lihat senarai semak
Aksesibiliti di bawah) dan buat satu laporan Aksesibiliti untuk dibentangkan kepada
kumpulan besar. Ingatkan para peserta bahawa persekitaran yang bole diakses
berguna kepada semua orang, contohnya, elevator memberi akses kepada orang yang
menggunakan kerusi roda dan memudahkan orang yang membawa barang berat,
atau mesin air minum pada ketinggian boleh dicapai membolehkan kanak-kanak
mencapainya juga. Maklumat yang disesuaikan supaya mudah difahami atau gambar
dapat membantu orang yang tidak boleh membaca dengan baik dan mereka yang
mempunyai masalah kognitif.

Laporan aksesibiliti perlu merangkumi penerangan akses dari segi fizikal, maklumat
dan sikap dan perubahan-perubahan yang perlu bagi menjadikannya boleh diakses
sepenuhnya.

Senarai semak Aksesibiliti:


Akses sikap
Adakah mereka menunjukkan sikap yang positif terhadap golongan OKU?
Adakah mereka samada guru, kakitangan kesihatan, jurulatih sukan, kakitangan
kerajaan tempatan, dan sebagainya membantu? Apa yang mereka lakukan untuk
mengalakkan penglibatan golongan OKU dalam berbagai bidang pekerjaan?
Adakah mereka sedar akan wujudnya berbagai cara untuk menyesuaikan
persekitaran tempatan bagi memastikan perangkuman golongan OKU?
Adakah golongan OKU berasa selesa untuk meminta bantuan sekiranya
diperlukan? Atau cukup tegas untuk memperjuangkan hak mereka?
Adakah keterangkuman (di dalam masyarakat, rumah, sekolah) disokong?
Adakah golongan OKU berasa selamat?

Akses fizikal
Adakah terdapat sebarang bentuk pengangkutan atau kemudahan untuk tiba ke
lokasi?
Adakah bangunannya mempunyai tangga? Ada landasan untuk memasuki
bangunan?
Adakah pintunya cukup besar untuk kerusi roda atau topang melaluinya?
Adakah bangunan tersebut mempunyai elevator atau lif sekiranya ia mempunyai
lebih daripada satu aras?
Adakah label-label Braille terdapat pada pintu-pintu masuk bilik-bilik (bilik air,
elevator, kafeteria, dan lain-lain) atau penanda di atas lantai untuk menunjukkan
pintu dan laluan ke tangga? Jika tidak, adakah bantuan pembimbing disediakan
untuk membantu orang yang mempunyai masalah penglihatan?
Adakah bilik airnya boleh diakses? Adakah ia mempunyai petak ruang yang cukup
besar untuk kerusi roda atau susur tangan?

52 Panduan Pembelajaran Untuk Konvensyen Mengenai Hak Orang Kurang Upaya


Adakah meja-mejanya cukup tinggi untuk memuatkan kerusi roda? Adakah lorong-
lorong cukup luas untuk kerusi roda atau seseorang yang menggunakan topang?
Adakah barang-barang yang diperlukan berada di dalam lingkungan yang boleh
dicapai oleh seseorang yang menggunakan kerusi roda?
Adakah program sukan disediakan untuk pelajar-pelajar OKU?

Akses maklumat
Adakah pelajar-pelajar OKU disertakan di dalam kelas pendidikan biasa?
Adakah program sukan disediakan untuk pelajar-pelajar OKU?
Adakah peralatan audio atau visual dilengkapi dengan keterangan untuk pelajar-
pelajar yang bermasalah pendengaran?
Adakah buku-buku bertulisan besar disediakan untuk pelajar-pelajar bermasalah
penglihatan?
Adakah maklumat disediakan dalam format yang mudah difahami?
Adakah perkhidmatan dan sokongan disediakan untuk pelajar-pelajar OKU seperti
mana yang diperlukan?
Jika Braille tidak disediakan, adakah bantuan pembimbing ada untuk membaca/
menerangkan sesuatu?
Adakah kelengkapan digital/komputer boleh diakses? (kemudahan fizikal,
perkakasan, perisian, Internet)?
Nota fasilitator: Sesuaikan senarai semak ini dengan konteks tempatan.

Langkah 4: Perbincangan kumpulan besar (30 minit)

Minta kumpulan-kumpulan kongsikan laporan analisis Aksesibiliti mereka dengan


kumpulan besar. Minta kumpulan nyatakan cara mereka akan mengatasi halangan
atau masyarakat yang tidak boleh diakses. Kenal pasti beberapa langkah yang boleh
diambil untuk mengalihkan halangan-halangan tersebut hari ini.

Contoh:
Sebuah landasan boleh dibina untuk kemudahan kerusi roda yang turut memberi
manfaat kepada orang lain, termasuklah penunggang basikal, ibubapa yang
membawa kereta sorong bayi, peniaga-peniaga yang menggunakan gerai
bergerak, warga tua, orang-orang yang menggunakan topang, dan lain-lain).
Bahan bacaan atau maklumat dapat diterangkan dengan cara yang mudah
difahami.
Jika mesin air minum tidak dapat dicapai, air botol boleh disediakan di atas meja.
Jika meja terlalu rendah untuk kerusi roda, ia boleh ditinggikan dengan
meletakkan bongkah kayu di bawah kaki meja.
Perabot-perabot di dalam bilik boleh disusun semula supaya laluan menjadi lebih
luas.
Sediakan maklumat berkenaan penglibatan golongan OKU; kanak-kanak dan
golongan muda boleh digalakkan berbincang tentang bantuan yang diperlukan
bagi membolehkan perangkuman.
Guru-guru dan kakitangan dilatih untuk isu-isu berkaitan dengan Aksesibiliti dan
perangkuman.

AN
PAYA
KEU
GE NAI 53
A MEN
IANY
Program-program menerima pakai polisi terangkum.

Kunci utama
Halangan Aksesibiliti boleh dialihkan jika semua orang bekerja secara kumpulan.
Semua orang berhak terhadap sebuah masyarakat yang terbuka.
Masyarakat yang terbuka mewujudkan dan mengalakkan kesamarataan untuk
semua.

B. Cabang-cabang hidup berdikari


Penerangan ringkas sesi ini

Dalam sesi ini para peserta akan dapat memahami kehidupan berdikari dan hak asasi
manusia yang diperlukan bagi membantu mencapai masyarakat berdikari.

Objektif:
Pada akhir sesi ini para peserta akan dapat mengenal pasti berbagai nilai dan
pandangan terhadap kehidupan berdikari dan sokongan yang diperlukan (hak
asasi manusia) untuk mencapai kehidupan berdikari dalam masyarakat.

Tempoh:
1 jam 15 minit

Kaedah:
Perbincangan kumpulan besar dan aktiviti kumpulan kecil

Bahan-bahan:
Kertas carta dan pen penanda untuk kumpulan kecil

Proses
Langkah 1: Pengenalan (5 minit)

Terangkan kepada kumpulan bahawa semua orang mempunyai hak untuk hidup
berdikari. Ini termasuklah hak untuk memilih tempat tinggal dan tempat kerja. Semua
orang berhak untuk diterima di dalam masyarakat!
Kehidupan berdikari bukanlah sekadar mempunyai kehidupan yang tidak bergantung
kepada sesiapa. Ianya tentang mempunyai kuasa dan kebebasan untuk membuat
keputusan dan menentukan pilihan dan bentuk kehidupan kita. Jika bantuan
diperlukan untuk hidup dalam masyarakat, ia perlu disediakan.
Aktiviti ini akan melibatkan pembinaan cabang-cabang hidup berdikari dan
memikirkan tentang perkara yang kita hargai untuk masa hadapan kita.

Langkah 2: Aktiviti kumpulan kecil ( 30 minit)

Minta para peserta membentuk kumpulan yang terdiri daripada empat atau lima
orang. Beri sehelai kertas carta dan pen penanda kepada setiap kumpulan. Lukis garis
bentuk sebatang pokok di atas papan hitam atau kertas carta, dengan akar beserta
dahan-dahannya. Minta setiap kumpulan melukis pokok mereka sendiri. Terangkan

54 Panduan Pembelajaran Untuk Konvensyen Mengenai Hak Orang Kurang Upaya


bahawa kita akan membuat sebatang pokok dengan cabang-cabang hidup berdikari
beserta akar dan dahan-dahannya.
Minta kumpulan memikirkan perkara berikut:
Apa anda ingin jadi suatu hari nanti?
Apa yang anda hargai dalam hidup ini?
Apakah maksud sebuah kehidupan berdikari/ berautonomi?

Contoh: Kerja yang bagus, duit untuk memiliki rumah, kawan-kawan, anak-anak,
membuat keputusan sendiri, menghormati dan dihormati.
Minta kumpulan menulis jawapan mereka pada dahan-dahan pokok mereka.

Setelah kumpulan siap melakar dahan-dahan mereka, tanyakan:


Sekiranya dahan-dahan merupakan kehidupan berdikari yang baik, apakah pula
akarakarnya?
Apakah yang diperlukan oleh semua orang sebagai asas (apa perkhidmatan
sokongan yang diperlukan) oleh golongan OKU untuk mencapai kehidupan
berdikari?
Contoh: Pendidikan yang terangkum, bahan-bahan yang disesuaikan,
makanan, peralatan untuk menyertai masyarakat (kerusi roda), jagaan
kesihatan, kawan-kawan/ rangkaian sosial.
Nota fasilitator: Jika para peserta menghadapi masalah memikirkan akarnya, ingatkan mereka bahawa hak asasi
manusia merupakan akar untuk kehidupan yang baik. Rujukkan mereka kepada Konvensyen Mengenai Hak OKU versi
mesra kanak-kanak.

Contoh: cabang-cabang hidup berdikari

Minta kumpulan
tampalkan pokok-pokok
mereka di hadapan
setelah mereka selesai.

AN
PAYA
KEU
GE NAI 55
A MEN
IANY
Langkah 3: Perbincangan kumpulan besar (40 minit)

Benarkan para peserta pergi ke sekeliling bilik dan melihat pokok cabang-cabang
hidup berdikari daripada kumpulan-kumpulan lain.
Minta para peserta memberitahu kelas secara sukarela, erti cara hidup yang baik dan
berdikari bagi mereka dan apakah asas-asas untuk mencapai kehidupan tersebut.
Terangkan bahawa aktiviti-aktiviti ini bertujuan untuk membina sebuah masyarakat di
mana semua orang dapat merasai cabang-cabang hidup berdikari.

Kunci utama
Setiap orang mempunyai hak untuk hidup berdikari di dalam masyarakat dan
untuk mempunyai kerja yang menjadi pilihan mereka.
Masyarakat perlu menjadi terbuka kepada semua dan menyokong golongan OKU
untuk hidup berdikari.
Kunci kepada mencapai kehidupan berdikari adalah hak asasi manusia (akarnya).

56 Panduan Pembelajaran Untuk Konvensyen Mengenai Hak Orang Kurang Upaya


Pendidikan
Artikel 24:
Pendidikan
Manusia mempunyai hak untuk bersekolah. Sekiranya anda mempunyai
kekurangupayaan, anda tidak boleh dikecualikan daripada pendidikan kerananya.
Anda tidak patut dididik di sekolah berasingan. Anda mempunyai hak terhadap
pendidikan dan kurikulum yang sama seperti kanak-kanak lain, dan kerajaan anda
mesti memberikan bantuan yang diperlukan untuk membolehkan ini berlaku.
Contohnya, kerajaan perlu menyediakan kaedah yang sesuai supaya guru-guru anda
faham cara untuk memberi tindak balas terhadap keperluan anda.
Sumber: Ianya Mengenai Keupayaan, UNICEF, April 2008.

Artikel 30: Penyertaan


dalam kehidupan kebudayaan, rekreasi, riadah dan sukan
Golongan OKU mempunyai hak yang sama seperti orang lain untuk turut serta
dalam dan menikmati kesenian, sukan, permainan, filem dan aktiviti lain yang
menyeronokkan. Jadi, teater, muzium, taman permainan dan perpustakaan perlu
boleh diakses oleh semua orang, termasuklah kanak-kanak OKU.
Sumber: Ianya Mengenai Keupayaan, UNICEF, April 2008.

Rasional dan gambaran keseluruhan


Aktiviti-aktiviti berikut direka bentuk untuk memberi pemahaman tentang halangan-
halangan terhadap pendidikan bagi pelajar-pelajar OKU, termasuklah membuli. Para
peserta akan menyelesaikan situasi di sekolah untuk menggalakkan perangkuman
semua pelajar di dalam setiap aktiviti sekolah dan membina masyarakat sekolah yang
selamat.

Objektif keseluruhan
Pada akhir aktiviti ini, para peserta akan dapat:
Mengenal pasti berbagai keperluan pembelajaran dan halangan terhadap
pendidikan
Memahami pembulian dan mengenal pasti cara-cara untuk mengelakkan
pembulian dan mewujudkan persekitaran sekolah yang selamat
Buat perancangan untuk melibatkan semua pelajar dalam rutin dan aktiviti sekolah

Masa yang dicadangkan


4 jam

Sesi-sesi
A. Menggapai bintang
B. Pembuli
C. Kelas kita

AN
PAYA
KEU
GE NAI 57
A MEN
IANY
A. Menggapai bintang
Penerangan ringkas sesi ini

Dalam sesi ini para peserta akan dapat memahami berbagai cara pembelajaran dan
hak terhadap pendidikan.

Objektif:
Pada akhir sesi ini para peserta akan dapat mengenal pasti halangan-halangan
terhadap hak untuk pendidikan. Mereka akan belajar cara untuk mengatasi
halangan-halangan tersebut secara berkumpulan.

Tempoh:
45 minit

Kaedah:
Perbincangan kumpulan besar

Bahan-bahan:
Papan hitam dan kapur atau kertas carta dan pen penanda

Proses
Langkah 1: Pengenalan (10 minit)

Tanyakan soalan berikut kepada kumpulan:


Berapa ramai daripada anda sedang bersekolah atau pernah bersekolah?
Apakah kepentingan bersekolah? Mengapa kita bersekolah?
Contoh: Untuk mendapat pendidikan, belajar membaca dan menambah
pengetahuan, belajar matematik, bersiap untuk bekerja dan lain-lain.

Nyatakan bahawa semua orang berhak bersekolah. Kanak-kanak OKU tidak boleh
dikecualikan daripada pendidikan atau ditempatkan di sekolah yang berasingan.
Semua kanak-kanak perlu mendapat kandungan pendidikan yang sama, walaupun
ia mungkin disampaikan dengan cara yang berbeza. Pentadbir, guru-guru dan rakan-
rakan perlu menjadikan bilik darjah terbuka dan sama rata untuk semua. Kerajaan
perlu melaksanakan polisi yang menyokong pendidikan yang terangkum. Aktiviti
berikut akan dapat membantu kita memahami hak terhadap pendidikan dan cara
untuk semua orang dapat menikmati hak ini.

Langkah 2: Perbincangan kumpulan besar (30 minit)

Lukis tiga biji bintang besar di atas papan hitam atau kertas carta (bersaiz cukup
besar untuk menulis 10 hingga 15 perkataan dalam setiap bintang). Jelaskan kepada
kumpulan bahawa setiap orang berhak terhadap pendidikan dan sekolah perlu terbuka
untuk semua. Tunjukkan pada bintang-bintang di papan hitam dan nyatakan bahawa
pelajar-pelajar merupakan satu kumpulan yang terdiri daripada berbagai jenis orang,
setiap orang mempunyai kekuatan dan keupayaan yang berbeza. Kanak-kanak OKU
berhadapan dengan halangan terhadap pendidikan (lihat petikan UNESCO di muka
sebelah). Anda boleh bacakan petikan UNESCO kepada kelas. Halangan-halangan

58 Panduan Pembelajaran Untuk Konvensyen Mengenai Hak Orang Kurang Upaya


ini dapat di atasi melalui peningkatan kesedaran di kalangan ibubapa, penjaga,
rakan-rakan, guru-guru, pengetua-pengetua dan kerajaan tempatan. Juga, halangan-
halangan dapat di atasi oleh kerajaan secara mewujudkan keadaan-keadaan untuk
memastikan perangkuman kanak-kanak OKU di sekolah-sekolah biasa (menggalakkan
latihan guru, menggalakkan perubahan susun atur fizikal sekolah dan lain-lain.).

Tuliskan tajuk-tajuk berikut dalam setiap


bintang:
Sembilan puluh peratus daripada kanak-
Berbagai jenis pelajar kanak OKU di negara membangun tidak
bersekolah, kata UNESCO.
Halangan-halangan kepada pendidikan
Sumber: United Nations Enable, ; lihat www.un.org/
Kerja kumpulan disabilities/convention/pdfs/factsheet.pdf untuk maklumat
lanjut.
Contoh: Gapailah bintang-bintang

Halangan-
Pelbagai Kerja kumpulan
halangan
pembelajaran Gapailah Bintang
terhadap
pendidikan

Tanyakan yang berikut kepada kumpulan dan catat jawapan mereka di dalam bintang
yang sesuai:
Apakah perkataan-perkataan yang boleh digunakan untuk menerangkan berbagai
jenis pelajar? Pelajar-pelajar dengan dan tanpa kekurangupayaan.
Contoh: Kuat berusaha, pendengar yang baik, sukar membaca, bijak matematik,
suka membantu, menumpukan perhatian, suka bertanya.
Apakah penghalang terhadap pendidikan bagi kanak-kanak OKU?
Contoh: Ibubapa tidak akan membenarkan anak ke sekolah, tiada cara untuk ke
sekolah, sekolah tidak membenarkan anak bersekolah, guru-guru tidak mahu
atau tiada kemahiran untuk mengajar kanak-kanak OKU, pelajar-pelajar diejek,
buku tidak terdapat dalam tulisan Braille, tiada juru bahasa isyarat, bahan-bahan
tidak dijelaskan dengan cara yang mudah untuk difahami, pelajar-pelajar OKU
ditempatkan di bahagian belakang kelas dan tidak dipedulikan.
Bagaimana cara untuk kita mengatasi halangan-halangan ini?
Contoh: Kenal pasti kanak-kanak OKU dalam masyarakat anda yang
disembunyikan oleh ibubapa atau tidak dibenarkan bersekolah dan menyertai
kehidupan masyarakat; bincang dengan ibubapa tentang faedah bersekolah
(meningkatkan kualiti hidup, persahabatan, kemahiran bekerja dan lain-lain),
tanyakan kepada guru-guru atau pentadbir sekolah tentang kanak-kanak OKU,
galakkan pertemuan dan sokongan kumpulan supaya sekolah menerima
pelajar OKU, buat lembaran atau helaian fakta tentang faedah jika seseorang
OKU bersekolah (belajar kemahiran hidup, kemahiran bekerja, mendapat duit,
membantu ekonomi masyarakat), tugaskan pembantu rakan untuk membantu
membaca, menulis, menerangkan konsep atau arahan, melayan orang lain dengan
hormat, buat dokumentasi bagi kes-kes kanak-kanak OKU yang dinafikan hak

AN
PAYA
KEU
GE NAI 59
A MEN
IANY
terhadap pendidikan dan gunakan ia untuk melobi kerajaan tempatan supaya
menjadikan sekolah lebih terangkum.

Langkah 3: Rumusan (5 minit)

Minta para peserta mengenal pasti satu idea atau pendapat yang akan mereka ambil
untuk digunakan atau diubah di sekolah mereka. Minta beberapa peserta yang
sukarela untuk berkongsi pendapat dengan kumpulan besar.

Kunci utama
Setiap orang mempunyai cara belajar yang berbeza.
Kesedaran dan perjuangan dapat mengatasi sebarang halangan terhadap
pendidikan.
Pendidikan merupakan hak asasi bagi semua orang.

B. Kaki buli
Penerangan ringkas sesi ini

Dalam sesi ini para peserta akan dapat memahami kejadian buli dan perasaan orang
terhadapnya.

Objektif:
Dalam sesi ini para peserta akan dapat mengenal pasti berbagai jenis buli dan
cara-cara untuk campur tangan dan mencegah buli. Para peserta akan memahami
bahawa mereka mempunyai tanggungjawab untuk membantu seseorang yang
dibuli dengan cara yang selamat.

Tempoh:
2 jam

Kaedah:
Lakonan, perbincangan kumpulan besar, aktiviti kumpulan kecil dan pembentangan
kumpulan kecil

Bahan-bahan:
Nota fasilitator: Untuk lebih banyak aktiviti yang membincangkan keganasan dan penderaan, sila lihat Unit II:
Keganasan dan penderaan (muka surat 34-43)

Proses
Langkah 1: Pengenalan (5 minit)

Beritahu kumpulan bahawa aktiviti ini akan menerokai buli. Minta seorang sukarela
menerangkan maksud buli. Buli terjadi apabila terdapat seseorang yang lebih lemah
daripada seorang lagi dan dengan sengaja disakiti.

Buli merupakan sejenis penderaan dari segi fizikal (memukul, pukul, menolak) atau
ucapan/mental (ancaman/ejekan, hinaan) dan biasanya berlaku di sekolah. Dalam
kajian-kajian di seluruh dunia, antara 20 hingga 60 peratus kanak-kanak melaporkan
mereka dibuli pada bulan lalu. Kanak-kanak OKU lebih terdedah kepada buli.

60 Panduan Pembelajaran Untuk Konvensyen Mengenai Hak Orang Kurang Upaya


Sumber: United Nations Secretary-General Study on Violence Against Children Adapted for Children and Young People,
United Nation,, 2006.

Langkah 2: Aktiviti kumpulan kecil (15 minit)

Minta para peserta membentuk kumpulan terdiri daripada empat atau lima orang dan
tuliskan beberapa contoh buli.

Minta dua orang sukarela melakonkan situasi buli. Ketepikan dua orang sukarela
tersebut sementara kumpulan kecil membuat senarai dan melihat skrip lakonan
berikut.

Skrip lakonan
Pelajar 1: (berjalan melalui dewan menggunakan topang)

Pelajar 2: (berjalan melalui dewan dan terlanggar Pelajar 1) Hei, tengok-tengoklah sikit!

Pelajar 1: Minta maaf, awak terlanggar saya.

Pelajar 2: Tidaklah. Berjalan elok-elok sikit. (berjalan ke arah Pelajar 1). Kau ingat kau
siapa?

Pelajar 1: Jangan ganggu saya. Saya tidak bersalah.

Pelajar 2: Apa ada dalam beg kau? Ada makanan? Beri pada aku!

Pelajar 1: Tidak, ini makanan saya. Awak tidak boleh ambil! (ketakutan)

Pelajar 2: (rampas makanan daripada beg) Sekarang, ini aku punya. Kejarlah! (berlalu
pergi)

Pelajar 1: (sedih), memerhatikan Pelajar 2 pergi)

Langkah 3: Lakonan (30 minit)

Gabungkan semula kumpulan-kumpulan dan minta kumpulan beri 2 contoh buli


secara sukarela. Kemudian beritahu bahawa dua peserta akan melakonkan situasi buli
sekarang.

Bacakan yang berikut:


Babak ini terjadi di kaki lima antara waktu kelas sebelum makan tengahari.
Seorang pelajar menghidap polio dan menggunakan topang untuk berjalan

Minta sukarela untuk melakonkan skrip lakonan mereka.

Tanyakan soalan perbincangan berikut:


Apakah ciri buli yang anda lihat?
Apakah perasaan anda?
Siapa yang membuli siapa?
Pernahkah anda melihat ia berlaku sebelum ini?
AN
PAYA
KEU
GE NAI 61
A MEN
IANY
Akhir sekali, lihat soalan-soalan berikut:
Pada pendapat anda, mengapakah buli terjadi?
Apakah perasaan anda?

Langkah 4: Aktiviti kumpulan kecil (20 minit)

Minta para peserta kembali kepada kumpulan mereka dan reka sebuah lakonan
daripada salah satu contoh mereka. Selain daripada melakonkan kejadian buli, minta
mereka lakonkan penyelesaian kepada buli. Contohnya, terdapat seorang rakan yang
bersuara untuk pelajar yang dibuli atau mendapatkan perhatian pelajar lain.

Langkah 5: Pembentangan kumpulan kecil (45 minit)

Jelaskan bahawa kanak-kanak dan orang muda juga boleh digalakkan untuk
mengubah peranan orang yang berada di tempat kejadian dengan memikirkan
contoh-contoh bagaimana mereka dapat bertindak secara berbeza dan membantu
apabila melihat seseorang dibuli :
Memilih untuk tidak melihat dan berlalu pergi (mengalihkan penonton)
Melayan orang yang dibuli dengan baik pada ketika lain
Beritahu orang yang dibuli bahawa anda tidak sukakannya (buli) dan tanya
sekiranya anda boleh membantu (beritahu seseorang atau menemani mereka
untuk memberitahu seseorang)
Menyaksikan dan mengesahkan pengalaman pelajar yang dibuli selepas kejadian
dan meyakinkan mereka bahawa mereka disokong
Menyumbang kepada budaya anti-buli di sekolah melalui pembinaan poster-
poster, kisah atau filem yang menentang buli
Sumber: Bahan-bahan untuk sesi ini telah diambil daripada tulisan Sue Ball di www.bgfl.org/services/ stopbullying/
default.htm> dan Kepakaran Mengajar di <www.teachingexpertise.com/artikels/ bullying-and-the-bystander-1615>.

Minta kumpulan kecil persembahkan lakonan mereka kepada kumpulan besar dan
bincangkan penyelesaian mereka terhadap buli.

Lihat semula soalan berikut selepas setiap lakonan kumpulan:


Apa yang anda lihat yang boleh dianggap sebagai buli?
Bagaimana ia mempengaruhi perasaan anda?
Siapa yang membuli siapa?
Apakah penyelesaian terhadap kejadian buli itu
Adakah anda fikir anda boleh menjadi seseorang yang membantu orang yang
dibuli?
Adakah cadangan-cadangan untuk orang yang berada di tempat kejadian berkesan
untuk menghentikan buli dalam situasi anda?

Cadangkan secara sukarela contoh-contoh bagi cara menghentikan buli:


Minta sekolah menetapkan satu kod tingkah laku atau satu set peraturan untuk
kakitangan dan pelajar yang perlu merangkumi melayan setiap orang dengan
sama rata.

62 Panduan Pembelajaran Untuk Konvensyen Mengenai Hak Orang Kurang Upaya


Galakkan penghormatan untuk semua orang, termasuk guru-guru yang melayan
dan menggalakkan hormat-menghormati di sekolah.
Tingkatkan kesedaran bahawa buli merupakan satu bentuk keganasan dan
penderaan.
Buat poster-poster untuk dewan sekolah menyatakan bahawa membuli adalah
serius dan dianggap satu penderaan. Tulis di bawah sekali contoh;menghormati
semua orang

Langkah 6: Rumusan (5 minit)

Ulangi bahawa semua orang mempunyai hak terhadap pendidikan dan ia termasuklah
berasa selamat. Membuli merupakan sejenis penderaan dan dianggap diskiriminasi.
Kita semua bertanggungjawab untuk mengelakkan buli.

Kunci utama
Membuli adalah satu bentuk penderaan.
Semua orang perlu berasa selamat di sekolah.
Kanak-kanak lebih mudah dibuli sekiranya mereka keadaan mereka lebih terdedah.
Mempunyai kekurangupayaan tidak semestiinya bermaksud lebih terdedah
kepada buli, tetapi ia lebih bergantung kepada cara sekolah dan kumpulan muda
melibatkan kanakkanak OKU di dalam masyarakat sekolah.
Sumber: United Nations Secretary-General Study on Violenve Against Children Adapted for Children and Young People,
United Nations, 2006.

C. Kelas kita
Penerangan ringkas sesi ini

Dalam sesi ini para peserta akan mengenal pasti cara-cara untuk menjadikan sekolah
lebih terangkum untuk berbagai jenis golongan OKU.

Objektif:
Pada akhir sesi ini para peserta akan dapat menyelesaikan masalah berkenaan
perlbagai aktiviti di sekolah, termasuklah makan tengahari dan bermain, untuk
merangkum semua pelajar. Para peserta akan dapat memahami faedah-faedah
merangkumkan semua orang dalam pendidikan.

Tempoh:
1 jam 15 minit

Kaedah:
Perbincangan kumpulan besar, aktiviti kumpulan kecil dan pembentangan
kumpulan kecil

Bahan-bahan:
Papan hitam dan kapur atau kertas carta dan pen penanda

AN
PAYA
KEU
GE NAI 63
A MEN
IANY
Proses
Langkah 1: Pengenalan (5 minit)

Beritahu kumpulan bahawa aktiviti ini akan menerokai bilik darjah yang terangkum.

Bilik darjah yang terangkum bermaksud bilik darjah atau sekolah yang menerima
pelajar-pelajar dengan berbagai jenis keupayaan. Pelajar-pelajar OKU atau bukan OKU
belajar bersama dalam sebuah persekitaran yang menggalakkan pembelajaran untuk
semua

Langkah 2: Perbincangan kumpulan besar (15 minit)

Tanyakan berikut kepada para peserta dan buat satu senarai di papan hitam atau
kertas carta:
Bagaimanakah rupa satu hari sekolah yang biasa?
Apakah rutin anda disepanjang hari?

Jangan lupa menyatakan rutin-rutin seperti pergi ke sekolah, makan tengahari, kelab
atau sukan dan rekreasi.

Langkah 3: Aktiviti kumpulan kecil (20 minit)

Minta para peserta membentuk kumpulan daripada empat atau lima orang ahli. Minta
setiap kumpulan memilih satu daripada rutin harian di sekolah (cuba minta mereka
pilih rutin dalam lingkungan yang berbeza, seperti bersiap ke sekolah, menghadiri
kelas, rehat, kelas muzik dan lain-lain).

Minta setiap kumpulan memilih satu jenis kekurangan upaya (penglihatan, fizikal,
pendengaran, intelektual) dan reka kelas atau rutin yang dipilih untuk melibatkan
pelajar OKU. Kumpulan-kumpulan boleh melukis gambar, berlakon atau menulis satu
perenggan tentang kelas mereka.

Ingatkan kelas bahawa ruang fizikalnya dan maklumat mestilah boleh diakses oleh
semua (lihat muka surat 52 untuk senarai semak Aksesibiliti).

Langkah 4: Pembentangan kumpulan kecil (35 minit)

Minta kumpulan-kumpulan bentangkan aktiviti-aktiviti terangkum mereka kepada


kumpulan besar. Utarakan teknik-teknik terangkum yang kreatif dan positif dan beri
cadangan jika perlu. Galakkan peserta lain untuk lakukan perkara yang sama.

Kunci utama
Semua pelajar mendapat faedah daripada bilik darjah yang terangkum.
Kanak-kanak OKU perlu disertakan dalam semua aktiviti termasuk kelas, makan
tengahari, pendidikan sukan/fizikal dan kesenian.

64 Panduan Pembelajaran Untuk Konvensyen Mengenai Hak Orang Kurang Upaya


Unit IV:
Perubahan dalam
masyarakat

Valeria DAvola, 13, Italy

AN
PAYA
KEU
GE NAI 65
A MEN
IANY
Dasar dan tindakan
Rasional dan gambaran keseluruhan
Aktiviti-aktiviti berikut direka bentuk untuk para peserta mengenal pasti perkara-
perkara di mana perubahan masyarakat diperlukan supaya hak dan kualiti hidup
dinikmati oleh semua orang. Para peserta akan mengenal pasti ciri-ciri perjuangan
yang efektif dan membuat rancangan-rancangan untuk meningkatkan kesedaran dan
mengambil tindakan terhadap pengasingan. Kaitan akan dibuat antara perjuangan dan
pemantauan hak-hak OKU.

Artikel 8:
Meningkatkan kesedaran
Kerajaan perlu mendidik semua orang tentang hak dan harga diri golongan OKU serta
pencapaian dan kemahiran mereka. Mereka bersetuju untuk menghapuskan
stereotaip, prasangka dan aktiviti-aktiviti yang mungkin menyakiti golongan OKU.
Sekolah anda, contohnya, perlu menggalakkan sikap hormat terhadap golongan OKU,
walaupun di kalangan anak-anak kecil.
Sumber: Its About Ability, UNICEF, April 2008.

Artikel 33:
Pemantauan
Setiap kerajaan yang telah meratifikasi Konvensyen mesti memantau perkembangan
ke arah menunaikan janji-janji berkenaan Konvensyen. Organisasi masyarakat sivil
mesti terlibat dalam memantau pelaksanaan Konvensyen.
Sumber: Konvensyen Mengenai Hak OKU, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, 2006.

Artikel 34:
Jawatankuasa Hak OKU
Sebuah Jawatankuasa Hak OKU akan dipilih oleh kerajaan yang telah meratifikasi
Konvensyen. Ia akan selalu bertemu bagi memastikan Konvensyen dipatuhi, dan untuk
menjawab soalan-soalan dan membimbing negara-negara dan masyarakat dalam
melindungi hak OKU.
Sumber: Konvensyen Mengenai Hak OKU, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, 2006.

Artikel 35:
Laporan dan jawatankuasa
Setiap negara yang menjadi ahli Konvensyen akan menyediakan sebuah jawatankuasa
khas beserta laporan bertulis tentang perkara yang telah mereka lakukan untuk
melindungi hak OKU.
Sumber: Konvensyen Mengenai Hak OKU, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, 2006.

Objektif keseluruhan
Pada akhir aktiviti-aktiviti ini para peserta akan dapat:
Memahami perjuangan dan meningkatkan kesedaran sebagai komponen asas
untuk memastikan perubahan berlaku
Kenal pasti ciri-ciri perjuangan yang berkesan
Kenal pasti perubahan-perubahan yang telah mampu dilakukan oleh kanak-kanak
dan orang dewasa di dalam rumah mereka, sekolah atau persekitaran masyarakat
Kenal pasti titik permulaan yang nyata untuk perubahan dan peluang yang konkrit
untuk memperbaiki akses dan penglibatan di dalam masyarakat mereka

66 Panduan Pembelajaran Untuk Konvensyen Mengenai Hak Orang Kurang Upaya


Wujudkan pelan tindakan untuk menghasilkan perubahan sosial
Sanggup mengambil tindakan

Masa yang dicadangkan


4 jam 15 minit

Sesi-sesi
A. Penerangan ringkas sesi ini
B. Apa itu seorang pejuang?
C. Merancang tindakan

A. Meningkatkan kesedaran
Penerangan ringkas sesi ini

Sesi ini bertujuan untuk memperkasakan para peserta untuk mengambil tindakan
dan memberi sumbang saran idea-idea konkrit bagi meningkatkan kesedaran tentang
kekurangupayaan

Objektif:
Pada akhir sesi ini para peserta akan dapat memberi idea-idea yang konkrit untuk
meningkatkan kesedaran tentang kekurangupayaan.

Tempoh:
45 minit

Kaedah:
Perbincangan

Bahan-bahan:
Kertas carta

Proses
Langkah 1: Sumbang saran (30 minit)

Tanyakan berikut kepada kumpulan:


Adakah komuniti (masyarakat kita) perlu mengubah pandangannya terhadap
kekurangupayaan?
Bagaimana kita mahu mengubah masyarakat?
Bagaimana kita hendak meningkatkan kesedaran mengenai hak OKU supaya
mereka turut serta sepenuhnya di dalam masyarakat kita?

Bincangkan satu senarai idea-idea untuk meningkatkan kesedaran tentang


kekurangupayaan.

AN
PAYA
KEU
GE NAI 67
A MEN
IANY
Langkah 2: Rumusan (15 minit)

Rumuskan dan sahkan idea-


Meningkatkan kesedaran
idea yang dibentangkan untuk tentang kekurangupayaan
meningkatkan kesedaran Buat poster-poster menunjukkan manusia
tentang kekurangupayaan. Minta sedang menikmati hak asasi yang turut
para peserta pilih satu idea melibatkan golongan OKU. Pamerkan di sekitar
dan bangunkan strategi untuk masyarakat anda. Tambahkan slogan sepertii
mencapai perubahan yang nyata. Keterangkuman untuk Semua! di bahagian
bawah pada poster.
Kunci utama:
Bincangkan dengan keluarga dan kawan-kawan
Bersikap positif dan memberi anda tentang hak OKU, termasuk kanak-kanak,
semangat dalam pernyataan dan apa yang anda pelajari daripada program
anda. Gunakan ungkapan ini.
membina seperti:
Tunjukkan kesedaran melalui tindakan. Jika
Kita boleh buat! anda terdengar seseorang memperkatakan
Semuanya tidak tentang OKU tanpa rasa hormat, katakan
mustahil jika kita sesuatu kepada mereka. Sentiasalah ingat
bersatu! untuk mendidik orang lain dengan hormat.
Kita mampu melakukan Temui pemilik kedai, sekolah-sekolah,
perubahan sosial. Ia bangunan masyarakat dan minta mereka
bergantung kepada diri letakkan landasan atau jadikan bangunan
kita! mereka boleh diakses oleh semua orang.
Jadi fleksibel dan ikut idea- Wujudkan sebuah organisasi atau kumpulan
idea kumpulan. Cuba beri yang melibatkan golongan OKU.
sumbang saran beberapa Dokumentasikan pencabulan hak yang anda
contoh mudah beserta saksikan dalam masyarakat dengan cara yang
beberapa contoh yang lebih selamat (contohnya, dengan merahsiakan nama
kompleks. mangsa) dan gunakan ini untuk meningkatkan
Tekankan bahawa terdapat kesedaran dan membawa perubahan.
idea yang boleh dilakukan Jumpa pihak akhbar tempatan atau nasional
sendiri (contoh, melayan dan minta mereka menulis laporan berkenaan
orang dengan hormat) dan hak OKU dan nilai keterangkuman.
ada idea yang berhasil jika
dibuat secara berkumpulan Buat satu berita atau ruang tentang hak OKU di
(contoh, berbincang dengan dalam surat khabar tempatan.
sesuatu badan pendidikan Pertahankan hak anda! Perjuangan untuk diri
supaya membenarkan pelajar sendiri adalah cara paling berkesan untuk
OKU bersekolah). meningkatkan kesedaran. Capailah hak anda,
Dapatkan sekutu dan teman. berdikarilah, hidup dalam masyarakat, terlibat
di sekolah dan memimpin melalui tauladan.
Siapkan rancangan. Tetapkan
hasil tertentu yang ingin anda Bersuara terhadap halangan-halangan dalam
capai. masyarakat dan cadangkan alternatif untuk
mengubahnya.
Jelaskan apa yang boleh
diubah dengan tindakan anda. Wujudkan perkongsian dengan para pembuat
Pilih beberapa tugas yang keputusan untuk mendapatkan sekutu bagi
lebih mudah dicapai terlebih perjuangan anda
dahulu untuk mewujudkan
trend positif dan semangat di
kalangan orang lain.

68 Panduan Pembelajaran Untuk Konvensyen Mengenai Hak Orang Kurang Upaya


B. Apa itu seorang advokat?
Penerangan ringkas sesi ini

Dalam aktiviti ini para peserta akan memahami maksud asas bagi perjuangan dan ciri-
ciri seorang pejuang.

Objektif:
Pada akhir aktiviti ini para peserta akan dapat mengenal pasti unsur-unsur teras
bagi perjuangan, termasuklah kesedaran tentang hak, kesedaran diri dan tindakan.
Ciri-ciri utama pejuang akan diterokai dan para peserta akan diminta mengenal
pasti cara yang menjadikan mereka pejuang.

Tempoh:
1 jam

Kaedah:
Perbincangan kumpulan besar

Bahan-bahan:
Papan hitam dan kapur atau kertas carta dan pen penanda

Proses
Langkah 1: Pengenalan (15 minit)

Beritahu kumpulan bahawa aktiviti ini akan menerokai perjuangan dan


kepentingannya terhadap perubahan. Tanpa perjuangan dan tindakan, semua aktiviti
dan perkara yang kita pelajari akan jadi sia-sia.Untuk mencapai kesamarataan, semua
orang mesti bertanggungjawab untuk menjadi pejuang dan menghasikan perubahan.

Minta para peserta memberi secara sukarela sesuatu yang telah dipelajari dalam
aktiviti-aktiviti lepas. Catatkannya untuk aktiviti berikutnya: Merancang tindakan.

Langkah 2: Perbincangan kumpulan besar (30 minit)

Berikan maksud perjuangan kepada kumpulan, tuliskan di papan hitam atau kertas
carta dan bacakan dengan kuat.

Pembelaan ialah tindakan untuk menghasilkan perubahan yang positif. Ia sering


melibatkan ramai orang dan/atau organisasi-organisasi yang bekerjasama ke arah
matlamat bersama ke arah perubahan.
Nyatakan bahawa Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu berusaha bersama negara-
negara dan organisasi-organisasi untuk melaksanakan Konvensyen Mengenai Hak
OKU. Minta peserta yang sukarela berkongsi matlamat bersama mereka. Catat
jawapan pada papan hitam atau kertas carta.
Matlamat bersama: Untuk mewujudkan dunia yang sama rata bagi golongan OKU
menikmati hak asasi dan kebebasan asasi sepertii orang lain. Untuk menyediakan
rangka kerja perundangan bagi memperjuangkan dan mencapai hak-hak tersebut.

AN
PAYA
KEU
GENAI 69
A MEN
IANY
Nyatakan bahawa manusia boleh berjuang untuk diri sendiri (pejuang diri) atau
untuk kawan-kawan mereka, keluarga dan masyarakat. Perjuangan boleh jadi secara
individu atau bekerjasama melibatkan golongan OKU dan sekutu-sekutu mereka. Para
pejuang perlu tahu hak-hak mereka, mengenali diri mereka sendiri dan komited serta
sanggup mengambil tindakan untuk mencapai hak-hak tersebut.
Sumber: Human Rights, YES! Action and advocacy on the rights of persons with disabilities, Human Rights Resource
Centre, 2007; sila layari <www.humanrightsyes.org> untuk maklumat lanjut

Minta para peserta bayangkan atau fikirkan usaha-usaha perjuanan mereka ataupun
orang lain yang juga merupakan pejuang, seseorang yang telah mempertahankan
hak-haknya dan melakukan perubahan.

Tulis perkataan pejuang di papan hitam atau kertas carta dan bulatkannya.

Tanyakan yang berikut dan catat jawapan pada papan hitam atau kertas carta:
Apakah yang dilakukan oleh seorang pejuang?
Apakah ciri-ciri seorang pejuang?
Bagaimana seseorang dapat menjadi pejuang?

Contoh: Para pejuang


Tidak mengejek atau mempermainkan golongan OKU
Pertahankan diri sendiri dan/atau orang lain jika mereka melihat atau dilayan
dengan tidak baik
Pertahankan hak asasi manusia
Ambil tindakan
Anjurkan kumpulan untuk mengambil tindakan
Mendengar
Berkawan dengan semua jenis manusia

jangan menganaiya
menghormati orang lain orang lain

pertahankan berkawan dengan


hak-hak mereka semua jenis orang

buat rancangan seorang pejuang seorang pejuang


untuk berubah ambil tindakan

bekerjasama dengar
dengan orang lain

70 Panduan Pembelajaran Untuk Konvensyen Mengenai Hak Orang Kurang Upaya


Langkah 3: Komitmen (15 minit)

Minta peserta lukis atau tulis pada papan hitam dan beritahu kumpulan:

Saya seorang pejuang dari segi _____________________________.

Rumuskan maklum balas dan nyatakan bahawa kumpulan ini adalah kumpulan
perjuangan. Dengan kerjasama, semua orang boleh mencipta perubahan dan
menjadikan dunia ini lebih baik dan lebih saksama untuk semua orang, termasuklah
golongan OKU. Aktiviti seterusnya akan membincangkan langkah-langkah untuk
mengambil tindakan.

Kunci utama
Semua orang boleh menjadi pejuang.
Perjuangan adalah tentang mencipta perubahan dan membuat komitmen untuk
mengambil tindakan.
Anda boleh menjadi pejuang individu dalam kehidupan seharian dan anda boleh
berkerjasama dengan kumpulan atau organisasi untuk berjuan.
Untuk mewujudkan sebuah dunia yang saksama, kita perlu bersuara dan berjuang!
Semua orang perlu bekerjasama.

C. Merancang tindakan
Penerangan ringkas sesi ini

Dalam sesi ini para peserta akan mengenal pasti perkara-perkara di mana perjuangan
diperlukan, di mana perubahan yang nyata boleh dilakukan dan bagaimana untuk
membuat rancangan tindakan bagi mencapai perubahan.

Objektif:

Pada akhir sesi ini para peserta akan dapat mengenal pasti langkah-langkah untuk
merancang tindakan termasuklah mengenal pasti perkara-perkara untuk perubahan,
mengumpul maklumat, mewujudkan langkah-langkah untuk bertindak, mengambil
tindakan dan langkah susulan. Para peserta akan diminta berlakon untuk menjelaskan
dan memperbetulkan perkara yang mahu diubah dan diminta komited untuk
mengambil tindakan.

Tempoh:
2 jam 30 minit

Kaedah:
Perbincangan kumpulan besar, aktiviti kumpulan kecil dan pembentangan
kumpulan kecil

Bahan-bahan:
Papan hitam dan kapur atau kertas carta dan pen penanda

AN
PAYA
KEU
GE NAI 71
A MEN
IANY
Proses
Langkah 1: Pengenalan (15 minit)

Rujuk kepada senarai yang telah anda buat tentang apa yang telah dipelajari
(LANGKAH 1) pada aktiviti yang lalu dan lihat semula maklum balas peserta tentang
perkara yang telah mereka pelajari daripada aktiviti-aktiviti dalam buku panduan ini.
Nyatakan bahawa aktiviti ini adalah tentang mengambil tindakan. Bahawa semua
orang telah mengambil tindakan dengan menyertai aktiviti-aktiviti ini dan belajar
tentang diri sendiri dan orang lain. Kini masanya untuk menggunakan apa yang
dipelajari dalam kumpulan untuk mengambil tindakan dalam kehidupan seharian kita!

Setelah melihat senarai perkara yang telah dipelajari, minta peserta mengenal pasti
topik-topik yang memerlukan perubahan. Contohnya, topik berkaitan hak OKU, seperti
pendidikan, penjagaan kesihatan, sukan atau rekreasi. Para peserta boleh mengenal
pasti halangan-halangan sepertii mendapatkan landasan yang sesuai di dalam kedai
atau membenarkan kanak-kanak OKU bersekolah.

Catat pernyataan-pernyataan di papan hitam atau kertas carta.

Langkah 2: Langkah-langkah untuk tindakan (30 minit)

Ingatkan kumpulan bahawa perjuangan bermula dengan kesedaran tentang hak yang
sama rata untuk semua dan kesedaran tentang diri sendiri. Perjuangan juga termasuk
mengambil tindakan di berbagai peringkat (rumah, sekolah , masyarakat, kerajaan).

Jelaskan pada kumpulan bahawa kerajaan yang meratifikasi Konvensyen mesti


memantau perkembangan ke arah menunaikan janji-janji terhadap Konvensyen.
Kerajaan mesti menghantar satu laporan bertulis tentang perkembangan ke arah
melaksanakan Konvensyen. Golongan OKU, termasuk kanak-kanak, berhak untuk
turut serta dalam laporan ini dan sebuah jawatankuasa di Pertubuhan Bangsa-bangsa
Bersatu akan melihat laporan ini. Jawatankuasa ini akan membantu membimbing
negara anda untuk melindungi hak OKU.

Beritahu para peserta bahawa mereka akan belajar langkah-langkah merancang


tindakan, kemudian minta mereka bentuk kumpulan-kumpulan kecil untuk membuat
rancangan tindakan tentang satu topik pilihan mereka (tunjuk pada pernyataan-
pernyataan di papan hitam).

Rancangan tindakan:
1. Apa yang ingin diubah?
a. Kenal pasti satu isu atau halangan yang ingin diubah oleh anda dan
kumpulan anda.
b. Analisa perkara yang memerlukan perubahan. Adakah anda ingin
mengubah:
i. Sikap?
ii. Halangan fizikal?
iii. Halangan berkenaan maklumat?

72 Panduan Pembelajaran Untuk Konvensyen Mengenai Hak Orang Kurang Upaya


Di mana perubahan akan berlaku? Di peringkat:
iv. Kerajaan (contoh, undang-undang, polisi)
v. Masyarakat
vi. Khidmat kesihatan
vii. Sistem pendidikan
viii. Individu atau keluarga

2. Bersuaralah!
a. Jelaskan masalah atau halangan
i. Bagaimana ia menjejaskan hak asasi manusia?
ii. Apa yang terjejas?
iii Apakah yang mungkin menjadi puncanya?
b. Kaitkan masalah atau halangan ini dengan hak OKU menggunakan hak
asasi manusia yang disebut dalam Konvensyen.
i. Apakah hak yang diabaikan?
c. Bagaimanakah ini menjejaskan kehidupan golongan OKU?
d. Bagaimanakah dengan menangani masalah ini dapat meningkatkan
kehidupan golongan OKU?
e. Apakah tindakan khusus yang boleh diambil untuk menangani masalah ini?
f. Siapa yang perlu terlibat dalam mengambil tindakan ini?
Nota fasilitator: Kumpulan kecil akan berlakon pada ketika ini. Minta mereka melantik dua orang ahli untuk mengetuai
masalah tersebut, sepertii seorang guru, anggota masyarakat atau pegawai daripada pihak berkuasa tempatan. Minta
ahli kumpulan yang selebihnya merumuskan jawapan kepada soalan-soalan di atas dan terangkan masalah kepada
orang yang bertangungjawab.

3. Mengumpul maklumat
a. Apakah undang-undang yang melindungi anda dan menyokong hak yang
dinafikan?
b. Apakah statistik atau maklumat yang anda ada berkenaan hak yang
dinafikan ini?
c. Kenal pasti sekutu-sekutu yang berpotensi (orang yang akan membantu
dan menyokong anda untuk menyelesaikan masalah ini).
c.i.Bagaimana anda boleh bekerjasama untuk mencapai matlamat anda?
d. Apakah langkah-langkah yang perlu untuk mengambil tindakan?
e. Siapa yang akan menyempurnakan langkah-langkah tersebut?
f. Bilakah langkah-langkah tersebut akan disempurnakan?

4. Pelan untuk tindakan


a. Gunakan lembaran pelan tindakan atau soalan-soalan daripada lembaran di
penghujung aktiviti ini.
Nota fasilitator: Pelan tindakan boleh dilakukan dalam bentuk imej (contoh, lukisan) untuk orang muda yang tidak
boleh menulis. Soalan-soalan boleh dibaca dengan kuat kepada kumpulan.

AN
PAYA
KEU
GE NAI 73
A MEN
IANY
5. Mengambil tindakan
a. Kini tiba masa untuk mematuhi pelan tindakan dan mengambil tindakan.
Laksanakan langkah-langkah yang telah dikenal pasti dan lakukan
perubahan sosial!

6. Langkah susulan
a. Setiap langkah perjuangan perlukan langkah susulan. Jika kita tidak
mengikuti perkembangan, maka matlamat kita tidak akan tercapai. Lihat
soalan-soalan berikut sebagai tindakan susulan:
i. Sudahkah anda lengkapkan pelan tindakan? Apa yang berhasil? Apakah
cabarannya?
ii. Jika matlamat anda tercapai:
1. Apakah yang membantu anda berjaya?
2. Bolehkah anda gunakan strategi yang sama untuk matlamat yang
lain?
iii. Jika matlamat anda tidak tercapai:
1. Apakah perubahan yang perlu dibuat pada pelan tindakan untuk
mencapai matlamat anda?
2. Adakah anda perlukan lebih banyak sumber? Ahli kumpulan?
Sekutu? Adakah anda perlu kumpulkan lebih banyak maklumat?
3. Apakah langkah-langkah untuk tindakan anda yang seterusnya?
Adakah perkara lain yang perlu dilakukan?? Bagaimana cara anda
mengekalkan matlamat anda?
Sumber: Human Rights, YES! Action and advocacy on the rights of person with disabilities, Human Rights Resource
Centre, 2007 ; sila layari <www.humanrightsyes.org> untuk maklumat lanjut.

Langkah 3: Aktiviti kumpulan kecil (45 minit)

Minta para peserta membentuk kumpulan daripada empat atau lima orang ahli dan
lengkapkan langkah satu hingga empat dalam mengambil pelan tindakan (yang
dinyatakan di atas).

Ingatkan kumpulan bahawa mereka boleh mulakan dengan langkah pertama ke arah
masalah yang lebih besar dan tindakan dilakukan satu demi satu.

Berjalan ke sekeliling bilik dan bantu kumpulan melengkapkan langkah satu hingga
empat.

Langkah 4: Pembentangan kumpulan kecil (1 jam)

Minta semua peserta masuk semula ke dalam kumpulan besar dan bentangkan pelan
tindakan mereka. Minta mereka bincangkan setiap pelan tindakan yang dibuat.
Adakah pelan tindakan tersebut munasabah? Adakah ia cukup sederhana untuk
dilaksanakan?
Adakah pelan tindakan tersebut boleh dilaksanakan? Adakah pelan tindakan
tersebut mempunyai sumber (masa, wang, sekutu, maklumat) yang mencukupi
untuk dilaksanakan?

74 Panduan Pembelajaran Untuk Konvensyen Mengenai Hak Orang Kurang Upaya


Kunci utama
Tindakan dibuat satu demi satu.
Kerjasama dan permuafakatan sangat penting untuk melakukan perubahan.
Setiap orang perlu komited untuk mengambil tindakan, walau hanya satu langkah
kecil boleh mengubah sesuatu.
Ingatlah bahawa bahagian/langkah anda adalah penting ke arah sesuatu yang
lebih besar.

PELAN TINDAKAN PERJUANGAN


Kami syorkan satu Pelan Tindakan dilengkapkan bagi setap mesyuarat untuk setap
kumpulan

Kumpulan Tindakan: ______________________________

Tarikh: ________

Perubahan Tindakan Oleh siapa Sehingga Sumber Tarikh Susulan


yang perlu bila diperlukan tindakan
dilakukan
Apa jenis Siapa Bilakah Bilakah pakah Bilakah Apa
perubahan yang akan tarikh tarikh sumber tindakan berlaku
yang perlu mengambil tindakan tindakan manusia, telah kesan
dilakukan tindakan? akan akan kewangan, dilakukan? daripada
bagi dilakukan? dilakukan? dan bahan- tindakan
memperolehi bahan yang tersebut?
hak dan diperlukan
kesama- untuk
rataan? mengambil
tindakan?

AN
PAYA
KEU
GE NAI 75
A MEN
IANY
Unit V:
Maklumbalas anda
adalah penting!
Memandangkan anda telah berpeluang untuk belajar mengenai hak asasi manusia
dan berbagai keupayaan, anda boleh membantu menjadikan dunia ini sebuah tempat
yang menghargai semua orang kerana perbezaan masing-masing. Setiap orang
mempunyai hak, termasuk golongan OKU!!

Sila nyatakan lima perkara yang anda pelajari dari panduan ini:

1) _______________________________________________________________________________

2) _______________________________________________________________________________

3) _______________________________________________________________________________

4) _______________________________________________________________________________

5) _______________________________________________________________________________

Apakah yang paling anda suka mengenai panduan ini?

_________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________

Apakah yang anda tidak suka mengenai panduan ini?

_________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________

Bagaimana kita boleh jadikan panduan ini lebih baik?

_________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________________

76 Panduan Pembelajaran Untuk Konvensyen Mengenai Hak Orang Kurang Upaya


Beritahu kami! Apa pendapat anda
tentang panduan ini?
Cemerlang Memuaskan Tidak Memuaskan Adakah
perkara lain
yang ingin
anda katakan
tentangnya?

Secara
keseluruhan
(sepenuhnya)

Aktiviti
kumpulan

Bahagian
perjuangan

Gambar-
gambar

Bahasa/
perkataan
yang
digunakan

Anda boleh poskan kepada:

UNICEF
Gender and Rights Unit
3 UN Plaza, H7A New York, NY 10017, USA

AN
PAYA
KEU
GE NAI 77
A MEN
IANY
Istilah-istilah utama
yang digunakan
dalam panduan ini

Aksesibiliti ialah mempunyai akses kepada pengangkutan, tempat dan maklumat, dan
tidak dinafikan akses kerana kekurangupayaan.

Perjuangan ialah tindakan untuk membuat perubahan positif. Ia biasanya melibatkan


ramai orang dan / atau organisasi yang bekerjasama ke arah matlamat yang sama
untuk perubahan.

Teknologi bantuan membantu anda melakukan perkara-perkara yang tidak mampu


anda lakukan tanpanya, sebagai contoh, bersiar-siar di atas kerusi roda atau melihat
cetakan yang lebih besar pada skrin komputer.

Perjuangan ialah tindakan untuk membuat perubahan positif. Ia biasanya melibatkan


ramai orang dan / atau organisasi yang bekerjasama ke arah matlamat yang sama
untuk perubahan.

Buli berlaku apabila seseorang itu kurang berdaya daripada orang lain dan disakiti
dengan sengaja. Buli adalah satu bentuk penderaan dan boleh terjadi secara fizikal
(memukul, menolak) atau ucapan/mental (ancaman, ejekan, penghinaan) dan biasa
berlaku di sekolah. Kanak-kanak OKU lebih terdedah kepada perlakuan buli.

Penderaan kanak-kanak ialah sebarang bentuk kemudaratan yang dilakukan kepada


kanak-kanak, termasuk pengabaian, keganasan fizikal, seksual atau mental oleh orang
yang bertanggungjawab kepada mereka atau yang mempunyai kuasa atau kawalan ke
atas mereka, dan yang boleh dipercayai oleh mereka.

Jawatankuasa adalah satu kumpulan yang dipilih untuk bekerjasama dan satu badan
yang ditubuhkan untuk memastikan bahawa konvensyen dipatuhi oleh kerajaan.

Komunikasi boleh bermakna perkongsian maklumat, tetapi ia juga bermakna satu cara
untuk membaca, bercakap atau memahami menggunakan multimedia, cetakan besar,
Braille, bahasa isyarat atau seseorang membaca dengan suara yang kuat.

Komuniti ialah sekumpulan masyarakat yang tinggal di kawasan yang sama. Ia juga
bermaksud masyarakat yang mempunyai minat atau tujuan yang sama.

Konvensyen ialah perjanjian oleh sekumpulan negara untuk mematuhi satu undang-
undang yang sama. Apabila sesebuah negara menandatangani dan meratfikasi/
memeterai (meluluskan) satu konvensyen, ia menjadi sebuah janji yang sah di
sisi undang-undang dan menjadi panduan kepada tindakan kerajaan. Ia biasanya
menyebabkan penyesuaian dan perubahan undang-undang sedia ada oleh kerajaan
untuk menyokong matlamat konvensyen.

Reka bentuk untuk semua digunakan untuk membuat bangunan, program dan produk
yang boleh digunakan oleh seramai yang mungkin, tanpa mengira tahap keupayaan
atau kekurangupayaaan mereka.

78 Panduan Pembelajaran Untuk Konvensyen Mengenai Hak Orang Kurang Upaya


Maruah ialah rasa hormat kepada diri sendiri sebagai seorang manusia. Dilayan
dengan bermaruah bermakna dilayan dengan hormat oleh orang lain.

Diskriminasi bermakna layanan yang tidak adil terhadap seseorang atau kumpulan
kerana bangsa mereka, agama, jantina, perbezaan lain atau kerana kekurangupayaan
mereka. Ia juga termasuk penafian terhadap kemudahan yang wajar.

Diskriminasi atas dasar kekurangupayaan bermaksud layanan yang tidak adil


kepada seseorang atau dikecualikan kerana mereka mempunyai kekurangupayaan.

Hak asasi manusia bermakna semua orang di dunia ini mempunyai perlindungan
undang-undang untuk memastikan mereka dihormat, memiliki kebebasan dan
peluang-peluang yang selayaknya sebagai manusia. Tiada sesiapa yang terkecuali.
Setiap manusia mempunyai hak terhadap kehidupan dan harga diri. Kanak-kanak
walau di mana sahaja mempunyai hak untuk mendapat makanan dan penjagaan
kesihatan, hak untuk pergi ke sekolah dan dibenarkan untuk menyatakan perasaannya
tanpa berasa takut.

Perangkuman bukan bermaksud memasukkan golongan OKU ke dalam struktur sedia


ada, tetapi mengubah sistem untuk merangkumi semua orang. Masyarakat terangkum
mengambil langkah-langkah untuk menyokong kanak-kanak di rumah, di sekolah dan
dalam masyarakat. Apabila halangan wujud, masyarakat terangkum mengubah cara
pendekatan mereka untuk memenuhi keperluan semua kanak-kanak.

Bilik darjah terangkum merujuk kepada kelas atau sekolah di mana pelajar-pelajar
dengan semua tahap keupayaan dialu-alukan untuk belajar. Pelajar dengan dan tanpa
kekurangupayaan belajar bersama-sama dalam persekitaran bersokongan yang
menggalakkan pembelajaran untuk semua.

Ketaksamaan adalah satu keadaan yang tidak sama rata. Ketaksamaan bermakna
terdapat perbezaan, yang juga merujuk kepada sesuatu yang mempunyai lebih atau
kurang daripada sesuatu yang lain. Ketaksamaan kuasa bermaksud sesuatu yang
mempunyai kuasa melebihi sesuatu yang lain.

Institusi adalah tempat di mana sekumpulan kanak-kanak (atau dewasa) hidup


bersama dan dijaga oleh orang dewasa yang bukan sebahagian daripada keluarga
sebenar mereka. Rumah anak yatim adalah sejenis institusi. Sesuatu institusi
merupakan alternatif terakhir bagi kanak-kanak untuk membesar. Kanak-kanak hanya
perlu dimasukkan ke dalam institusi jika tiada cara lain untuk menjaga mereka.
Apabila kanak-kanak perlu pergi ke institusi, tempat ini mestilah selamat dan
melindungi.

Bahasa ialah satu cara komunikasi yang digunakan oleh sekumpulan orang. Ia
digunakan melalui ucapan, perkataan, isyarat atau cara yang lain.

Pendahuluan merujuk kepada perenggan pertama pengenalan kepada konvensyen. Ia


menerangkan mengapa perlunya konvensyen.

Ratifikasi berlaku apabila konvensyen atau perjanjian yang ditandatangani secara


rasmi diluluskan oleh negara tersebut dan menjadi undang-undang di negara itu.

Kemudahan yang munasabah bermakna membuat perubahan supaya anda boleh


melakukan sesuatu dengan lebih mudah, contohnya, memasuki bangunan melalui
tanjakan atau mengakses tingkat atas atau tingkat yang lebih rendah dengan

AN
PAYA
KEU
GE NAI 79
A MEN
IANY
menggunakan lif. Menghormati antara satu sama lain bermaksud bersedia untuk
menerima perbezaan orang lain walaupun mereka kelihatan berbeza daripada anda,
mempunyai agama yang berbeza atau berasal dari daerah yang berbeza. Ia juga
bermaksud melayan orang lain seperti mana anda mahu dilayan.

Model sosial kekurangupayaan memberi tumpuan kepada menghapuskan halangan


yang dicipta oleh masyarakat atau persekitaran fizikal yang membataskan seseorang
daripada menikmati hak asasi manusia. Ini termasuk menggalakkan sikap yang positif,
mengubah bangunan supaya boleh diakses oleh semua dan memberi maklumat
dengan cara yang dapat difahami oleh semua.

UNICEF ialah The United Natons Childrens Fund ( Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan
Bangsa- Bangsa Bersatu). Ia adalah sebahagian dari sistem di bawah Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu yang memperjuangkan hak kanak-kanak, kelangsungan hidup
mereka, pembangunan dan perlindungan, untuk menjadikan dunia sebagai tempat
yang lebih baik, lebih selamat dan selesa untuk kanak-kanak dan untuk kita semua.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu adalah sebuah organisasi antarabangsa yang


ditubuhkan oleh kerajaan 191 negara anggota yang bekerjasama untuk membawa
keamanan dan keadilan kepada dunia. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
telah diwujudkan pada tahun 1945 untuk mengelakkan peperangan masa hadapan,
melindungi hak asasi manusia dan menyediakan tempat untuk semua negara di dunia
berkumpul dan membincangkan persoalan penting dan masalah yang memberi kesan
kepada semua orang.

Deklarasi Sejagat Hak Asasi Manusia telah ditandatangani pada 10 Disember 1948
oleh semua negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk memastikan
hak-hak kesemua manusia dilindungi. Walaupun ia bukanlah konvensyen, ia kini
dianggap sebagai undang-undang antarabangsa.

Keganasan berlaku apabila seseorang menggunakan kekuatan atau kedudukan


kuasanya untuk mencederakan orang lain secara sengaja, bukannya tidak
disengajakan. Keganasan termasuklah ancaman keganasan dan tindakan yang
mungkin boleh menyebabkan bahaya, juga yang memang mendatangkan mudarat.
Kemudaratan yang berlaku mungkin melibatkan minda seseorang serta kesihatan dan
kesejahteraannya, termasuklah tubuh badannya.

80 Panduan Pembelajaran Untuk Konvensyen Mengenai Hak Orang Kurang Upaya


Lembaran 1:
Konvensyen Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu
Mengenai Hak OKU versi mesra kanak-kanak
Sumber: Its About Ability, UNICEF, April 2008.

Konvensyen ini membuat banyak janji-janji. Terdapat 50 artikel dalam Konvensyen


yang menjelaskan dengan terperinci janji-janji ini. Bilamana kami menyebut kerajaan
di dalam muka surat selanjutnya, kami maksudkan kerajaan-kerajaan yang telah
meratfikasi Konvensyen (juga dipanggil Negara-negara pihak).

Artikel 1: Tujuan
Artikel ini meringkaskan objektf utama Konvensyen, iaitu untuk mempromosi,
melindungi dan memastikan semua OKU termasuk kanak-kanak menikmati
sepenuhnya hak asasi manusia dan kebebasan secara samarata.

Artikel 2:
Definisi
Artikel ini menyenaraikan perkataan-perkataan yang mempunyai maksud tertentu di
dalam Konvensyen ini. Contohnya, bahasa termasuklah perkataan yang dituturkan
dan juga isyarat atau lain-lain bahasa bukan pertuturan. Komunikasi adalah
termasuk bahasa, paparan teks, Braille (yang menggunakan titik-titik timbul sebagai
huruf dan nombor), komunikasi dengan sentuhan, tulisan yang diperbesar dan
multmedia boleh akses (sepertii laman sesawang atau audio).

Artikel 3:
Prinsip-prinsip umum
Prinsip-prinsip (pegangan utama) Konvensyen ini adalah:
a. Menghormati maruah sedia asa, kebebasan membuat pilihan sendiri dan
kemerdekaan semua orang.
b. Tidak berdiskriminasi (memperlakukan semua orang dengan adil).
c. Penglibatan dan perangkuman sepenuhnya di dalam masyarakat (menjadi
sebahagian dari komuniti anda).
d. Menghormati perbezaan dan menerima golongan OKU sebagai sebahagian
daripada k epelbagaian manusia.
e. Peluang yang saksama.
f. Aksessibiliti (mempunyai akses untuk pengangkutan, tempat-tempat dan
maklumat, dan akses tidak dihalang disebabkan anda seorang OKU).
g. Kesamarataan di antara lelaki dan perempuan (mendapat peluang yang sama
samada anda lelaki atau perempuan.
h. Menghormati perkembangan kemampuan kanak-kanak kurang upaya dan hak
mereka untuk memelihara identiti mereka (dihormati kerana kemampuan anda
dan bangga dengan diri anda sendiri).

Artikel 4:
Kewajipan-kewajipan am
Undang-undang yang mendiskriminasi OKU tidak patut wujud. Jika perlu, kerajaan
patut menggubal undang-undang baru dan melaksanakannya untuk memelihara hak
OKU. Jika undang-undang atau tradisi sedia ada mendiskriminasi OKU, kerajaan perlu
mencari jalan untuk mengubahnya. Kerajaan patut mendapatkan nasihat daripada
OKU termasuk kanak-kanak untuk membuat undang-undang dan polisi baru.

AN
PAYA
KEU
GE NAI 81
A MEN
IANY
Artikel 5:
Kesamarataan dan tidak berdiskriminasi
Kerajaan mengiktraf bahawa semua orang mempunyai hak untuk dilindungi oleh
undang-gundang, dan undang-undang sesebuah negara adalah terpakai untuk semua
orang yang tinggal di negara tersebut.

Artikel 6: Wanita
kurang upaya
Kerajaan mengetahui wanita dan kanak-kanak perempuan kurang upaya menghadapi
pelbagai jenis diskriminasi. Kerajaan bersetuju untuk melindungi hak asasi dan
kebebasan mereka.

Artikel 7:
Kanak-kanak kurang upaya
Kerajaan bersetuju untuk mengambil tindakan yang sebaik mungkin supaya kanak-
kanak OKU boleh menikmati semua hak asasi dan kebebasan yang sama seperti
kanak-kanak lain. Kerajaan juga bersetuju untuk memastikan kanak-kanak kurang
upaya boleh menyuarakan pandangan tanpa sebarang sekatan mengenai semua
perkara yang memberi kesan ke atas mereka. Apa yang terbaik untuk setap kanak-
kanak haruslah sentasa diutamakan.

Artikel 8:
Meningkatkan kesedaran
Kerajaan patut mendidik semua orang mengenai hak-hak, maruah, pencapaian dan
kemahiran OKU. Kerajan bersetuju untuk melawan stereotaip, prasangka, dan
aktiviti-aktiviti yang boleh membahayakan OKU. Sekolah anda sebagai contoh, patut
menggalakkan sikap hormat terhadap OKU walaupun di kalangan kanak-kanak yang
masih kecil.

Artikel 9: Aksesibiliti
Kerajaan bersetuju untuk membantu merealisasikan kemungkinan untuk OKU hidup
berdikari dan menyertai komuniti masyarakat mereka. Mana-mana tempat yang
dibuka kepada awam, termasuk bangunan, jalan, sekolah dan hospital, mestilah boleh
diakses oleh OKU, termasuk kanak-kanak. Jika anda berada di bangunan awam dan
memerlukan pertolongan, seorang pembimbing, pembaca atau juru bahasa isyarat
professional perlu ada untuk membantu anda.

Artikel 10:
Hak untuk hidup
Setiap manusia dilahirkan dengan hak untuk hidup. Kerajaan telah memberi jaminan
bahawa ini adalah benar dan sama rata untuk orang yang normal dan OKU.

Artikel 11:
Situasi berisiko dan kecemasan
OKU mempunyai hak yang sama seperti orang lain untuk dilindungi dan selamat
semasa peperangan, darurat atau bencana alam, seperti ribut. Di sisi undang-undang
anda tidak boleh dikecualikan daripada tempat perlindungan atau ditinggalkan
sendirian kerana anda mempunyai kecacatan manakala yang lain diselamatkan.

Artikel 12:
Kesamarataan di sisi undang-undang
OKU mempunyai hak untuk menikmati keupayaan di sisi undang-undang dengan
cara yang sama seperti orang lain. Ini bermaksud, setelah anda meningkat dewasa,
anda boleh melakukan perkara-perkara seperti mendapatkan pinjaman untuk belajar
atau menandatangani pajakan untuk menyewa pangsapuri anda sendiri, tanpa
mengira sama ada anda seorang OKU atau tidak. Anda juga boleh memiliki atau
mewarisi harta.

82 Panduan Pembelajaran Untuk Konvensyen Mengenai Hak Orang Kurang Upaya


Artikel 13: Akses
kepada keadilan
Jika anda terlibat dengan sesuatu jenayah, sama ada menjadi mangsa, melihat orang
lain menjadi mangsa atau dituduh melakukan sesuatu kesalahan, anda mempunyai
hak untuk diperlakukan secara adil apabila kes anda sedang disiasat dan diselesaikan.
Anda mestilah dibantu untuk bersuara dalam semua proses undang-undang.

Artikel 14: Kebebasan


dan keselamatan seseorang
Kerajaan perlu memastikan bahawa kebebasan OKU dilindungi oleh undang-undang
sama seperti orang lain.

Artikel 15: Bebas


dari penyeksaan atau kezaliman, layanan atau hukuman yang tidak ber-
perikemanusiaan atau menjatuhkan maruah.
Tiada sesiapa pun boleh diseksa atau dihina atau dilayan dengan kejam. Semua orang
mempunyai hak untuk menolak ujikaji saintfik atau perubatan.

Artikel 16: Bebas


dari keganasan dan penderaan
Kanak-kanak kurang upaya perlu dilindungi daripada keganasan dan penderaan.
Mereka tidak boleh dizalimi atau dianiaya di dalam atau di luar rumah mereka. Jika
anda telah mengalami keganasan atau penganiayaan, anda mempunyai hak untuk
mendapatkan bantuan untuk menghentikan penderaan tersebut dan untuk kembali
pulih.

Artikel 17: Melindungi


seseorang
Tiada siapa yang boleh melayan anda kurang daripada orang lain disebabkan
keupayaan fizikal atau mental anda. Anda mempunyai hak untuk dihormati oleh orang
lain seadanya.

Artikel 18: Kebebasan


untuk berpindah dan kewarganegaraan
Setiap kanak-kanak mempunyai hak kepada nama berdafar yang sah,
kewarganegaraan dan, sebaik mungkin, hak untuk mengenali dan dijaga oleh ibubapa
sendiri. Mereka tidak boleh disekat daripada memasuki atau keluar dari sesebuah
negara kerana mereka kurang upaya.

Artikel 19: Hidup


secara berdikari dan diterima dalam masyarakat
Rakyat mempunyai hak untuk membuat pilihan tentang di mana mereka tinggal,
sama ada mereka kurang upaya atau tidak. Apabila anda meningkat dewasa, anda
akan mempunyai hak untuk hidup berdikari dan untuk masyarakat anda jika anda
mahu. Anda juga perlu mempunyai akses untuk perkhidmatan sokongan jika anda
memerlukan bantuan untuk hidup dalam masyarakat, seperti penjagaan di rumah
anda dan bantuan peribadi.

Artikel 20:
Mobilit peribadi
Kanak-kanak OKU mempunyai hak untuk bebas bergerak dan berdikari. Kerajaan
mesti membantu mereka berbuat demikian.

Artikel 21:
Kebebasan bersuara dan memberi pendapat, dan akses kepada maklumat
Rakyat mempunyai hak untuk meluahkan pendapat mereka, untuk mencari, menerima
dan berkongsi maklumat dan untuk menerima maklumat dalam bentuk yang boleh
difahami dan digunakan oleh mereka.

AN
PAYA
KEU
GE NAI 83
A MEN
IANY
Artikel 22: Menghormati privasi
Tiada siapa boleh masuk campur dalam hal peribadi individu lain, sama ada mereka
kurang upaya atau tidak. Mereka yang mengetahui maklumat mengenai orang lain,
seperti status kesihatan, tidak boleh mendedahkannya kepada umum.

Artikel 23: Hormat


kepada tempat asal/akar umbi dan keluarga
Manusia mempunyai hak untuk hidup dengan ahli keluarga mereka. Jika anda
seorang OKU, kerajaan perlu membantu keluarga anda dengan perbelanjaan,
maklumat dan perkhidmatan yang berkaitan dengan kekurangupayaan tersebut.
Anda tidak boleh dipisahkan daripada ibu bapa anda kerana anda seorang OKU! Jika
anda tidak boleh tinggal dengan keluarga terdekat anda, kerajaan perlu membantu
menyediakan penjagaan dalam lingkungan keluarga yang lebih jauh atau masyarakat.
Golongan muda yang kurang upaya mempunyai hak yang sama seperti yang lain
untuk mendapatkan maklumat kesihatan reproduktif dan hak-hak yang sama seperti
orang lain untuk berkahwin dan memulakan keluarga.

Artikel 24:
Pendidikan
Manusia mempunyai hak untuk pergi ke sekolah. Anda tidak boleh dikecualikan
daripada mendapat pendidikan atas sebab anda seorang OKU. Anda tidak sepatutnya
dididik di sekolah-sekolah yang berasingan. Anda mempunyai hak untuk mendapat
pendidikan dan kurikulum yang sama seperti kanak-kanak lain, dan kerajaan mesti
memberi bantuan yang anda perlukan untuk merealisasikan perkara ini. Sebagai
contoh, kerajaan mestilah menyediakan cara yang sesuai untuk anda untuk
berkomunikasi supaya guru-guru memahami bagaimana untuk bertindak balas
dengan keperluan anda.

Artikel 25 dan 26: Kesihatan


dan pemulihan
OKU mempunyai hak pada tahap dan kualiti yang sama untuk rawatan kesihatan yang
percuma atau berpatutan sebagaimana yang diperuntukkan kepada orang lain
Jika anda seorang OKU, anda juga mempunyai hak untuk khidmat kesihatan dan
pemulihan.

Artikel 27: Kerja


dan pekerjaan
OKU mempunyai hak yang sama untuk bekerja tanpa diskriminasi setelah mereka
memilih pekerjaan secara bebas.

Artikel 28: Taraf


kehidupan dan perlindungan sosial yang mencukupi
OKU mempunyai hak untuk makanan, air bersih, pakaian, dan akses kepada
penempatan tanpa diskriminasi. Kerajaan perlu membantu kanak-kanak kurang upaya
yang hidup dalam kemiskinan.

Artikel 29:
Penyertaan dalam bidang politik dan kehidupan masyarakat
OKU mempunyai hak untuk mengambil bahagian dalam bidang politik dan kehidupan
masyarakat. Sebaik sahaja anda mencapai umur yang ditetapkan oleh undang-undang
di negara anda, anda mempunyai hak untuk membentuk kumpulan, berkhidmat untuk
masyarat, akses ke pusat mengundi, mengundi dan dipilih untuk jawatan di dalam
kerajaan, sama ada anda seorang OKU atau tidak.

84 Panduan Pembelajaran Untuk Konvensyen Mengenai Hak Orang Kurang Upaya


Artikel 30: Penyertaan
dalam persatuan kebudayaan, rekreasi, riadah dan sukan
OKU mempunyai hak yang sama seperti orang lain untuk mengambil bahagian dan
menikmati bidang seni, sukan, permainan, filem dan lain-lain aktiviti yang
menyeronokkan.

Artikel 31: Statistik


dan pengumpulan data
Negara-negara mesti mengumpul data mengenai kekurangupayaan untuk
membangunkan program-program dan perkhidmatan yang lebih baik. OKU yang
menyumbang kepada penyelidikan mengenai kekurangupayaan mempunyai hak
untuk diperlakukan dengan penuh hormat dan berperikemanusiaan. Sebarang
maklumat peribadi yang mereka kongsi mesti dirahsiakan. Statistik yang dikumpulkan
mestilah boleh diakses oleh OKU dan orang lain.

Artikel 32: Kerjasamaantarabangsa


Negara-negara harus membantu antara satu sama lain untuk memenuhi artikel
konvensyen ini. Ini termasuklah negara-negara yang mempunyai sumber yang lebih
banyak (seperti maklumat saintifik, teknologi berguna) berkongsi dengan negara-
negara lain, supaya lebih ramai orang di dunia ini boleh menikmati hak dalam
konvensyen ini.

Artikel 30-50: Peraturan


mengenai kerjasama, pemantauan dan pelaksanaan Konvensyen
Konvensyen mengenai Hak OKU mempunyai 50 artikel kesemuanya. Artikel 33 hingga
50 ialah mengenai bagaimana orang dewasa, terutamanya golongan kurang upaya
dan organisasi mereka, dan kerajaan harus bekerjasama untuk memastikan semua
orang kurang upaya mendapat kesemua hak mereka. Sila lihat teks artikel-artikel ini di
<www.un.org/disabilities>.

AN
PAYA
KEU
GE NAI 85
A MEN
IANY
Lembaran 2: Pelbagai jenis keupayaan
Sumber: Kakitangan Yang Berupaya; untuk maklumat lanjut lihat <www theablecrew org/interactive/blur htm>

Bolehkah anda membacanya?


Ini ialah Braille, kaedah yang digunakan secara meluas oleh orang-orang buta untuk
membaca dan menulis. Pada permulaan anda melihat tulisan Braille, semua yang
anda lihat (atau sentuh) adalah titik-titik yang bercampur aduk! Huruf Braille (susunan
1- 6 titik yang timbul) membentuk huruf abjad, tanda baca, nombor, dan segalanya
yang anda boleh tulis di atas kertas.

Ini adalah mesej yang anda akan lihat jika


anda mempunyai penglihatan yang baik.

Ini adalah bahasa isyarat.

86 Panduan Pembelajaran Untuk Konvensyen Mengenai Hak Orang Kurang Upaya


Lampiran I:
Petua-petua untuk perangkuman
Kekurangupayaan perkembangan / kognitif / pembelajaran

Kekurangupayaan ini mempunyai kepelbagaian yang luas dan kadangkala sukar


untuk dilihat. Seseorang yang mempunyai kekurangupayaan pembelajaran biasanya
mempunyai tahap kecerdasan yang sederhana atau melebihi tahap sederhana
tetapi dalam masa yang sama mengalami kesukaran pembelajaran, mengingati dan
menyampaikan maklumat. Kekurangupayaan pembelajaran wujud dalam pelbagai
bentuk yang berbeza dan biasanya menjejaskan keupayaan seseorang untuk
menyempurnakan tugas-tugas berkaitan persekolahan. Sesetengah kekurangupayaan
kognitif boleh menjadi lebih teruk dan memberi kesan kepada daya pemahaman
seseorang. Kekurangupayaan perkembangan juga merangkumi gangguan pada deria-
deria, termasuklah autisma.

Petua-petua untuk perangkuman:


Mempermudahkan bahasa atau menyatakan semula dan meringkaskan maklumat
dalam pelbagai cara.
Menggunakan visual untuk mewakili idea-idea abstrak.
Memeriksa untuk memastikan bahawa seseorang itu memahami topik atau aktiviti
yang perlu disempurnakan.
Menggabungkan kerja amali sebagai rutin aktiviti pembelajaran.

Kecacatan pendengaran dan penglihatan

Lain-lain jenis kekurangupayaan termasuklah seseorang yang mengalami kehilangan


separa atau sepenuhnya pendengaran atau penglihatan. Sesetengah orang dilahirkan
dengan kecacatan (kongenital) dan manakala yang lain mendapatkannya di kemudian
hari (mendatang). Satu lagi istilah untuk kecacatan pendengaran adalah pekak
manakala kecacatan penglihatan adalah buta.

Petua-petua untuk perangkuman:


Menyediakan maklumat dalam pelbagai format. Sebagai contoh, sesetengah orang
dengan kecacatan pendengaran menggunakan bahasa isyarat, membaca gerak
bibir atau memilih maklumat dalam bentuk bertulis.
Apabila bercakap dengan seseorang yang mempunyai kerosakan pendengaran,
dapatkan perhatian mereka terlebih dahulu dan gunakan gerak isyarat apabila
bercakap.
Memberi penjelasan tambahan kepada orang-orang yang mempunyai kecacatan
penglihatan. Jika anda menunjukkan gambar, terangkan rupanya. Jika anda
menyampaikan teks, cuba disediakan di dalam tulisan Braille. Atau bacakan teks
tersebut dengan kuat.

AN
PAYA
KEU
GE NAI 87
A MEN
IANY
Kecacatan Mobiliti

Kekurangupayaan fizikal atau mobiliti biasanya merujuk kepada seseorang yang


menggunakan peralatan bantuan seperti kerusi roda, tongkat atau anggota palsu.
Golongan yang mempunyai kekurangupayaan fizikal mungkin mempunyai kesukaran
untuk bergerak atau mengurus penjagaan diri.

Petua-petua untuk perangkuman:


Pastikan kemudahan yang anda ingin gunakan boleh diakses. Elakkan tangga dan
pastikan pintu cukup luas untuk laluan kerusi roda.
Semasa aktiviti amali periksa jika ada sebarang kesukaran fizikal. Carikan
pasangan jika mereka memerlukan bantuan.
Tanya mereka untuk memastikan sebarang keperluan yang mereka perlukan. Kekal
fleksibel dan sentiasa bersedia untuk menyesuaikan sebarang aktiviti dengan
keupayaan yang berbeza.

Kekurangupayaan psiko-sosial

Contoh kekurangupayaan yang tidak kelihatan adalah kekurangupayaan psiko-sosial.


Kategori ini termasuklah keadaan seperti gangguan bipolar, kemurungan dan banyak
lagi.

Petua-petua untuk perangkuman:


Merawat golongan tersebut dengan rasa hormat pada setiap masa dan masukkan
pendapat dan pemikiran mereka dalam perbincangan.
Benarkan mereka membuat pilihan dan autonomi semasa program, penyertaan
yang fleksibel dan bincangkan apa keperluan mereka terlebih dahulu.

88 Panduan Pembelajaran Untuk Konvensyen Mengenai Hak Orang Kurang Upaya


AN
PAYA
KEU
GE NAI 89
A MEN
IANY
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Bahagian Perlindungan Kanak-kanak
Bahagian Program, UNICEF

United Nations Childrens Fund (Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu)


3 United Nations Plaza
New York, NY 10017, USA
pubdoc@unicef.org
www.unicef.org

ISBN: 978-92-806-4433-3

United Nations Childrens Fund (UNICEF)

Mei 2009

You might also like