You are on page 1of 1

Ya Allah Ya Tuhan Kami

Tuhan yang Maha Berkuasa, Tuhan Yang Maha Bijaksana, Tuhan Yang Maha
Mengetahui di sebalik sesuatu yang tidak diketahui.

Ya Allah
Pada saat dan detik yang bersejarah ini, kami menadah tangan pengharapan,
memohon ihsan dariMu, agar Engkau anugerahkan kesejahteraan, taufiq dan
hidayah, kesihatan yang berpanjangan, ketenangan yang hakiki, ketabahan dalam
menempuh hari-hari yang mendatang kepada Pn Teng Loy Ying yang akan bersara
dan menamatkankan perkhidmatannya sebagai seorang guru pada hari ini. Moga
baginya selepas bersara nanti, kehidupan yang penuh gembira, ceria dan bahagia,
serta dikurniakan dengan kesihatan, kesejahteraan, ketenteraman dan ketenangan.

Ya Allah Ya Tuhan Kami


Tuhan Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui
Hanya Engkau yang lebih mengetahui betapa banyaknya jasa bakti beliau, betapa
jerihnya susah payah beliau ketika berkhidmad, betapa tidak ternilainya sumbangan
yang beliau telah berikan. Sama ada dari segi tenaga, masa, idea mahupun wang
ringgit. Oleh itu engkau berikanlah kepada beliau kebaikan yang berganda-ganda,
engkau sediakanlah ganjaran yang berkekalan sampai bila-bila sehingga tidak
tertinggal walau sedikitpun. Sesungguhnya hanya engkaulah sebaik-baik dan
selayak-layak pemberi balasan dan hanya engkau sahaja yang mampu membalasnya.
Mudah-mudahan segala jasa, pengorbanan, dan semangat beliau akan sentiasa
bersama-sama kami , menjadi pendorong untuk kami dalam meneruskan perjuangan
sebagai seorang insan pendidik.

Allahumma Ya `Aalim wa Ya QadhialHajat


Jadikanlah kami Ya Allah, daripada kalangan hamba-hambaMu yang taat dan
bersyukur. Jauhkanlah kami Ya Allah, daripada melanggari perintahMu. Kurniakanlah
kepada kami kesihatan yang berpanjangan, kesejahteraan yang sempurna, fikiran
yang waras, minda yang cergas, rezeki yang halal, zuriat dan generasi yang beriman
serta kurniakanlah kepada kami segala kebaikan di dunia dan juga di akhirat.

You might also like