You are on page 1of 2

Kek Oren Gebu dan Lembab

Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
150 gram mentega
120 gram gula kaster - guna 115 grm shj
160 gram tepung gandum - ayak
1 sudu kecil baking powder - ayak
3 biji telur
2 sudu besar jus Sunquick - guna jus oren
Sedikit parutan kulit oren - opsyenal

Cara cara:
Putar mentega dan gula sehingga kembang. Masukkan telur satu persatu. Masukkan tepung yang diayak
dengan baking powder sedikit demi sedikit berselang seli dengan jus oren. Akhir sekali masukkan
parutan kulit oren. Kacau sebati.

Tuang ke dalam acuan loyang 7"x7" yang telah dilenser mentega/lapik dengan baking paper atau acuan
cawan kertax 3/4 penuh. Saya bakar 2 adunan menggunakan loyang 8"x8" kerana suka kek yang lebih
tebal.

Bakar dalam acuan yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170C selama 25 hingga 30 minit
atau sehingga masak. Hiaskan dengan krim aising oren atau yang disukai. Untuk saya kali ini, saya
membakar selama 1 jam.

Buttercream Oren
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
6 sudu besar butter - lembutkan
1 3/4 cawan gula icing- ayak
1-2 sudu besar jus oren
1/2 sudu kecil extract vanilla
1/2 sudu kecil extract oren
2 sudu kecil Parutan kulit oren

Putar butter sehingga kembang. Perlahan lahan masukkan gula dan putat hingga ringan dan kembang.
Masukkan 1-2 sudu besar jus oren, vanilla, oren extract dan parutan kulit lemon.

Jika ianya terlebih lembut, sejukkan seketika sehingga mencapai tahap yang kita perlukan dan sedia
untuk digunakan.
Resepi Mudah Buat Oren Sunquick Dengan Sukatan Cawan
Sumber resepi :Blog Laman Sutera
Bahan-bahannya:
1. Marjerin ~ 1 cawan (250g) ( Saya guna Butter)
2. Gula kastor ~ 1 cawan
3. Telur ~ 6 biji
4. Pati oren sunquick ~ 3 camca besar ( saya letak 6 sudu sebab nak rasa oren lebih:)
5. Susu sejat (evaporated creamer) ~ Suku cawan (50 ml) saya guna susu pekat F&N
6. Tepung gandum ~ 2 cawan
7. Serbuk penaik (baking powder) ~ 1 sudu besar (7g)
8. Esen Vanila ( 1 sudu teh) resepi asal tidak letak.

Cara membuat Kek Oren Sunquick


1- Pukul marjerin bersama gula hingga kembang dan ringan.
2- Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil terus dipukul perlahan.
3- Masukkan pati oren dan susu sambil dikacau rata.
4- Masukkan tepung yang telah diayak bersama serbuk penaik 2-3 kali, sedikit demi sedikit
hingga
selesai.
5- Tuangkan ke dalam acuan (7 inci) yang telah disapukan dengan marjerin dan bakar dengan
suhu
160c selama 30-45 minit atau sehingga masak.( Oven saya pula saya bakar dalam 150c selama
50
minit )

You might also like