You are on page 1of 9

1 KRU-PMP(O)-04-K01-P00-L13

MODUL 1

KESULTANAN MELAYU MELAKA

1.1 Pembukaan Melaka dan keagungan Kesultanan Melayu Melaka

Objektif pembelajaran;

1.1.1 Menerangkan peristiwa pembukaan Melaka


1.1.2 Menjelaskan keagungan Kesultanan Melayu Melaka
N 1.1.3 Menyatakan sifat kepimpinan tokoh yang boleh dicontohi
N 1.1.4 Menjelaskan kepentingan menghargai sumbangan pemimpin negara

1.1.1 Menerangkan peristiwa pembukaan Melaka

Melaka diasaskan pada tahun 1400 oleh Parameswara yang merupakan seorang putera raja
berasal dari Palembang, Sumatera. Ketika itu, Palembang berada di bawah naungan kerajaan
Majapahit.

Parameswara telah cuba untuk membebaskan Palembang daripada Majapahit tetapi gagal.
Setelah gagal, Parameswara telah melarikan diri ke Temasik.,iaitu nama lama Singapura
bersama kaum keluarga dan pengikutnya.

Pada waktu itu, Singapura di perintah oleh seorang Gabenor Melayu dari Patani yang dilantik
oleh Raja Siam. Gabenor tersebut telah memberikan layanan yang baik kepada Parameswara
tetapi Parameswara telah membunuh Gabenor itu beberapa hari kemudian dan mengisytiharkan
dirinya sebagai Pemerintah Temasik dan pulau-pulau di sekelilingnya.

Akibatnya, Siam telah mengatur rancangan untuk menyerang Temasik. Parameswara telah
bertindak melarikan diri ke Muar kerana merasakan dirinya tidak selamat.

Dari Muar, Parameswara telah meneruskan perjalanannya ke utara melaui Sening Ujung dan
Bertam. Akhirnya Parameswara telah sampai di sebuah perkampungan nelayan di Kuala Sungai
Bertam dan mendirikan sebuah kerajaan yang diberi nama Melaka.

Nama Melaka terhasil apabila sewaktu Parameswara sedang memburu, tiba-tiba seekor
pelanduk putih dengan gagahnya menendang anjing baginda hingga jatuh ke laut. Baginda
terpegun dengan peristiwa ganjil itu lantas berpendapat bahawa tempat itu sangat sesuai untuk
dijadikan tapak negeri.

Mengikut kepercayaan orang Melayu pada zaman itu, kejadian ganjil seumpama itu
melambangkan permulaan suatu pekerjaan yang akan menghasilkan kejayaan.

Baginda menitahkan supaya sebuah negeri dibuka dan negeri itu dinamakan Melaka,
mengambil sempena nama pokok tempat baginda sedang berteduh ketika berlakunya peristiwa
ganjil itu.
2 KRU-PMP(O)-04-K01-P00-L13

1.1.2 Kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka

Faktor Kegemilangan Melayu Melaka

1. Pentadbiran yang sistematik dengan mengamalkan sistem Pembesar Empat Lipatan, terdiri
daripada Pembesar Berempat, Pembesar Berlapan, Pembesar Enam Belas dan Pembesar
Tiga Puluh Dua.

2. Melaka menjadi pusat perdagangan antarabangsa disebabkan:

kedudukan geografi yang strategik iaitu terletak di pertengahan laluan perdagangan antara
Timur dan Barat

Jawatan Syahbandar diwujudkan untuk menguruskan hal-hal pelabuhan dan melicinkan


urusan perdagangan

peranan Laksamana dan Orang Laut untuk menjaga keselamatan pedagang dan keamanan
di Selat Melaka.

keberkesanan Undang-undang Laut Melaka memberikan keyakinan kepada para pedagang


untuk berdagang di Melaka

Pelbagai kemudahan disediakan seperti gudang, tempat tinggal, membaiki kapal,


kemudahan bekalan makanan dan minuman telah menarik ramai pedagang ke Melaka

Memperkenalkan sistem cukai berkeutamaan atau cukai mengikut tempat

penggunaan sistem mata wang membolehkan urusan perdagangan berjalan lancar

Melaka menjadi pelabuhan entrepot

Bahasa Melayu menjadi bahasa perantaraan utama di pelabuhan

3. Perluasan Kuasa

Perluasan kuasa bermaksud sesebuah kerajaan yang kuat akan meluaskan kuasa dan
pengaruhnya ke jajahan lain untuk membentuk sebuah empayar

Melalui perluasan kuasa, sesebuah kerajaan itu akan menjadi makmur dan maju kerana
dapat menguasai hasil ekonomi dari jajahan yang ditaklukinya
3 KRU-PMP(O)-04-K01-P00-L13

Cara-cara Perluasan kuasa

Perluasan Kuasa Melalui Peperangan

1. Kerajaan Melayu Melaka mula menjalankan dasar perluasan kuasa pada zaman
pemerintahan Sultan Muzaffar Shah

2. Bendahara Tun Perak adalah orang yang bertanggungjawab menjalankan dasar perluasan
kuasa kerajaan Melayu Melaka

3. Kerajaan Melayu Melaka menjalankan dasar perluasan kuasa ini dengan melancarkan
serangan ke atas wilayah lain

4. Antara kawasan yang ditakluki oleh Melaka ialah merangkumi Pahang, Pantai Barat
Semenanjung dari Perak hingga ke Johor, Singapura, Kepulauan Riau Lingga, Kampar dan
sebahagian besar Pantai Timur

5. Setelah menguasai wilayah-wilayah tersebut untuk mengekalkan kuasanya Kerajaan Melaka


telah menyerahkan wilayah-wilayah ini kepada pembesar-pembesar yang banyak berjasa

6. Sebagai contoh, Pahang yang ditakluki telah diserahkan kepada Sri Bija Diraja untuk
mentadbir wilayah tersebut

7. Kejayaan perluasan kuasa ini disebabkan oleh kebijaksanaan sultan mengatur stratregi serta
dibantu oleh askar yang berani dan sanggup berkorban

Perluasan Kuasa Melalui Campur Tangan

1. Melaka juga memperluaskan kuasanya melalui cara campur tangan dalam


persengketaan politik di negeri yang menjadi saingannya

2. Melaka telah campur tangan politik kerajaan Pasai iaitu dengan membantu Sultan Pasai iaitu
Sultan Zainal Abidin apabila adiknya cuba merampas kuasanya

3. Melaka juga membantu Pasai untuk kali kedua apabila Pasai berperang dengan Aru dan Aru
dapat dikalahkan.

4. Pasai yang berhutang budi kepada Melaka seterusnya mengakui kekuasaan Melaka
walaupun Pasai adalah setaraf dengan Melaka
4 KRU-PMP(O)-04-K01-P00-L13

Perluasan Kuasa Melalui Perkahwinan

1. Melaka juga berjaya memperluaskan kuasa dan pengaruhnya ke wilayah-wilayah di


sekitarnya dengan mengahwinkan putera-puterinya kepada putera-putera raja wilayah
sasaran.

2. Sebagai contoh, Sultan Melaka telah mengahwinkan puterinya dengan kerabat diraja
Pahang dan Kampar untuk mengeratkan perhubungan di antara kedua-dua negara.

3. Sultan Melaka juga telah mengahwini puteri raja yang kalah dalam peperangan iaitu Sultan
Mahmud Shah telag mengahwini puteri Sultan kelantan setelah Kelantan dapat dikalahkan.

4. Melalui cara ini hubungan baik dapat dipelihara disamping dapat mengukuhkan lagi
pengaruh Melaka.

N 1.1.3 Menyatakan sifat kepimpinan tokoh yang boleh dicontohi

Kepimpinan Sultan Muzaffar Shah (1446-1459)

Sultan Muzaffar Shah (1446 - 1459) ialah raja Melaka yang pertama menggunakan gelaran
sultan.

Baginda telah berjaya menyelesaikan masalah perpecahan di kalangan pembesar Melaka


iaitu antara Tun Perak dan Bendahara Tun Ali, iaitu bapa saudara baginda Perbalahan ini
terdiri daripada orang Melayu dan India Muslim.

Baginda berpendapat Tun Perak merupakan calon yang lebih layak untuk menyandang
jawatan Bendahara.

Untuk menyatukan kedua-dua belah pihak yang berpecah, baginda memujuk


Tun Ali supaya meletakkan jawatan sebagai Bendahara

Sebagai balasan baginda berkorban menceraikan permaisurinya Tun Kudu


untuk dikahwinkan dengan Tun Ali

Langkah ini ternyata dapat mengeratkan hubungan kedua-dua pihak kerana


Tun Kudu adalah kakak kepada Bendahara Tun Perak.

Sultan Muzaffar Shah juga bijak bertindak ketika menghadapi serangan Siam iaitu dengan
menghantar Tun Perak untuk mematahkan serangan tersebut dan strategi baginda baginda
berjaya.
5 KRU-PMP(O)-04-K01-P00-L13

Baginda juga mengadakan hubungan diplomatik dengan China yang menyebabkan


kedudukan Melaka bertambah kuat dan diiktiraf oleh negara China dan negara lain.

Kepimpinan Sultan Mansor Shah (1459 - 1477)

Semasa pemerinthan baginda, Melaka telah mencapai Zaman kegemilangannya.

Pada zaman pemerintahan baginda, lahir beberapa pahlawan agung Melaka


seperti hang Tuah, Hang Jebat, Hang Lekir, Hang Lekiu dan Hang Kasturi

Kerajaan Melayu Melaka juga berjaya melaksanakan penaklukan dengan jayanya dan
antaranya:

a. Bernam dan Perak (Semenanjung Tanah Melayu)

b. Siak (Pantai timur Sumatera)

Sultan Mansor Shah juga mengagalkan usaha Kampar, Inderagiri dan Pahang untuk
membebaskan diri daripada kekuasaan Melaka.

Kepimpinan Sultan Alauddin Riayat Shah (1477-1488)

Baginda adalah seorang pemimpin yang memetingkan keamanan dan pentadbiran negara.

Kepimpinan baginda mencontohi pemimpin Islam Khalifah Umar al-Khatab. Dalam buku
Sejarah Melayu baginda digambarkan sebagai seorang raja yang gagah.

Baginda sangguip keluar menyamar pada waktu malam untuk meronda dan melihat sendiri
keadaan dalam negerinya.

Tindakan baginda menyebabkan Temenggung mengadakan kawalan keselamatan yang


lebih ketat dan rapi di Melaka

Tinbdakan ini menyebabkan ramai pencuri ditangkap dan dibunuh. Masalah


jenayah di Melaka dapat ditangasni dan Melaka kembali aman.

Keamanan dalam negeri telah membolehkan beginda menumpukan perhatian kepada


perluasan kuasa.

Baginda telah memilih Laksamana Hang Tuah yang gagah berani untuk menyerang Aru dan
telah memperoleh kemenanga.
Kepimpinan Tun Perak
6 KRU-PMP(O)-04-K01-P00-L13

Selain sultan-sultan yang berwibawa, kerajaan Melayu Melaka juga mempunyai pembesar-
pembesar yang cekap dan berwibawa mentadbir negara

Tun Perak adalah Bendahara Melaka yang termasyhur

Pada zaman Bendahara Tun Perak, Melaka telah meluaskan wilayahnya hingga menjadi
sebuah empayar sehingga beliau digelar Pembina Empayar

Beliau digelar 'Pelantik Raja' kerana mempunyai pengaruh besar ke atas perlantikan sultan
selepas kemangkatan Raja Seri Maharaja

Sebelum dilantik sebagai Bendahara Melaka Tun Perak memegang jawatan


Penghulu di Klang

Tun Perak telah berjaya mematahkan dua serangan Siam iaitu pada tahun 1445 dan 1456.

N 1.1.4 Menjelaskan kepentingan menghargai sumbangan pemimpin negara

Menjamin kedaulatan sesebuah negara


Menjamin ketaatan rakyat kepada pemerintah
Memastikan rakyat berdisiplin
Memastikan rakyat hidup bersatu padu
Membentuk hidup bertoleransi dalam masyarakat berbilang kaum
Memupuk sikap saling hormat menghormati
Menjamin keamanan negara
Menjamin kemakmuran negara
Menjamin keselamatan Negara

1.2 KEMEROSOTAN MELAKA


7 KRU-PMP(O)-04-K01-P00-L13

Objektif pembelajaran;

1.2.1 Memerihalkan kemerosotan Kesultanan Melayu Melaka


N 1.2.2 Menerangkan kepentingan perpaduan bagi mengelakkan perpecahan
N 1.2.3 Menjelaskan kepentingan kepimpinan berwibawa bagi menjamin kedaulatan negara

1.2.1 Memerihalkan kemerosotan Kesultanan Melayu Melaka

1. Kesultanan Melayu Melaka yang diasaskan oleh Parameswara telah berkembang maju dan
mencapai zaman kegemilangan semasa pemerintahan Sultan Mansur Shah.

2. Walaubagaimanapun, kesultanan Melayu Melaka telah mengalami kemerosotan semasa


pemerintahan Sultan Mahmud Shah akibat pelbagai faktor :

Kelemahan Kepemimpinan

Masalah Perpaduan

Kelemahan Askar Melaka

Kedatangan Portugis

1. Kelemahan Kepemimpinan

Selepas Bendahara Tun Perak meninggal dunia, tempatnya telah diganti olah Bendahara
Tun Mutahir yang bersifat pilih kasih.

Pembesar yang lain berasa iri hati dan mereka memfitnah Bendahara Tun Mutahir cuba
mengatasi kekayaan Sultan Melaka.

Sultan Mahmud Shah tanpa usul periksa, amat murka dan menjatuhi hukuman bunuh
terhadap Tun Mutahir dan keluarganya.

Apabila Sultan Mahmud Shah menyedari kesilapannya, baginda menyerahkan pemerintahan


negeri kepada puteranya, Raja Ahmad ( Sultan Ahmad Shah ) untuk menggantikannya.

Sultan Ahmad Shah merupakan seorang pemerintah yang tidak cekap dan lemah.

Bendahara Tun Perpatih Putih yang menggantikan Tun Mutahir pula seorang yang uzur dan
tepok.

Pentadbiran Melaka semakin lemah. Amalan rasuah dan fitnah-memfitnah berlaku secara
berleluasa.
8 KRU-PMP(O)-04-K01-P00-L13

Sistem cukai yang sedia ada pula tidak diamalkan. Kadar cukai yang tinggi menyebabkan
pedagang memilih pelabuhan lain ( Acheh, Bantam, Patani dan Brunei ) kerana cukainya
lebih rendah.

2. Masalah perpaduan

Konflik Raja Mendeliar yang memfitnah Tun Mutahir cuba mengatasi kekayaan sultan ini
menyebabkan Sultan Mahmud Shah membunuh Tun Mutahir dan ahli keluarganya tanpa
usul periksa menyebabkan rakyat berpecah belah dan tidak bersatu padu.

3. Kelemahan Askar Melaka

Askar Melaka lemah dari segi :

- Susunan ketenteraan dan peralatannya.

- Ketika serangan Portugis, askar Melaka hanya menggunakan keris, panah, sumpit
beracun, perisai dan lain-lain.

- Askar Melaka tidak mempunyai semangat mempertahankan negeri. Askar upahan ini lari
apabila Portugis menyerang Melaka mengakibatkan Melaka tewas di tangan Portugis.

4. Kedatangan Portugis

- Kedatangan Portugis didorong oleh slogan Gospel, Gold, and Glory. Ia berkaitan dengan
kegiatan penyebaran ajaran Kristian, perdagangan rempah dan kegemilangan penemuan
jalan laut ke Timur.

- Orang Portugis yang tewas dalam Perang Salib berdendam untuk menyebarkan agama
Kristian dan menghapuskan Islam.

- Portugis juga ingan menguasai perdagangan rempah di Timur kerana rempah sangat
berguna dalam masakan dan perubatan di Eropah. Permintaan tinggi ini yang dimonopoli
oleh pedagang Arab dicemburui Portugis.

- Lopez de Sequeira berbaik-baik dengan Melaka atas arahan Raja Portugal. Awalnya
kedatangan ini disambut baik oleh Sultan Mahmud Shah. Portugis dibenarkan berniaga
dengan jaminan keselamatan.

- Muslihat Portugis diketahui oleh pedagang Islam dari Jawa dan Gujerat. Mereka
mengkhabarkan kepada Sultan Mahmud Shah melalui Tun Mutahir. Kesemua orang
Portugis ditangkap termasuk pegawai kanan rombongan, Ruy de Araujo. Lopez de Sequeira
berjaya lari ke Goa, India.
9 KRU-PMP(O)-04-K01-P00-L13

- Pada tahun 1510, Raja Portugal menghantar Alfonso de Albuquerque untuk menyerang
Melaka. Alfonso membuat tiga tuntutan :

Tawanan Portugis dibebaskan

Ganti rugi di atas serangan Melaka

Memohon membina sebuah kubu Portugis di Melaka.

- Ketiga-tiga tuntutan ditolak Sultan. Portugis menyerang Melaka pada 25 Julai 1511 di atas
bantuan Si Kitol dan menguasai jambatan di Melaka.

- Melaka menyerang balas setelah mendengar Hikayat Muhammad Ali Hanafiah. Portugis
berundur dan menyerang semula pada 10 Ogos 1511. Melaka tewas pada 24 Ogos 1511
dan ditawan keseluruhannya oleh Portugis.

N 1.2.2 Menerangkan kepentingan perpaduan bagi mengelakkan perpecahan

1. Masyarakat dapat hidup dalam keadaan aman dan damai

2. Menjadikan negara aman dan tenteram

3. Memajukan sesubuah negara

4. Menaikkan imej negara di mata negara lain

5. Menjamin keharmonian Negara

N 1.2.3 Menjelaskan kepentingan kepimpinan berwibawa bagi menjamin kedaulatan negara

1. Menjamin kestabilan politik negara

2. Menjadikan sesebuah negara itu maju

3. Menjamin keamanan bagi sesebuah negara

4. Meningkatkan ekonomi negara

5. Menaikkan imej negara di mata dunia

You might also like