You are on page 1of 1

BAB 10 KESAN PERUBAHAN PENDUDUK TERHADAP ALAM SEKITAR

Kesan Perubahan Penduduk Terhadap Penerokaan Sumber Tanih

1. Pada umumnya, apabila penduduk sesebuah Negara bertambah, keperluan terhadap makanan
bertambah.
2. Oleh itu, penerokaan sumber tanih perlu dipertingkatkan.
3. Di Negara Malaysia, tanih diterokai khususnya untuk dijadikan kawasan pertanian bagi
menampung keperluan makanan penduduk.
4. Kawasan pertanian diperluas melalui penerokaan kawasan tanah pamah, lembah, delta dan
dataran.
5. Kawasan tanih alluvium banyak terdapat di kawasan dataran dan delta sungai.
6. Tanih yang subur ini sesuai ditanami padi.

Contohnya, Dataran Kedah, Dataran Perlis, Dataran Kelantan dan Dataran Terengganu.

7. Padi ditanam secara giat untuk menampung keperluan makanan bagi penduduk yang semakin
bertambah.
8. Tanah laterit pula sesuai untuk tanaman komersial seperti getah, kelapa sawit dan koko.
9. Permintaan yang tinggi oleh kilang-kilang terhadap hasil pertanian ini menyebabkan banyak
kawasan tanah laterit di pedalaman diterokai dengan giatnya.
10. Peningkatan permintaan terhadap pelbagai barangan keperluan turut menyebabkan penerokaan
sumber tanih lebih giat dijalankan.
11. Pasir penting dalam industri pembuatan kaca manakala lempung digunakan untuk membuat
barang-barang tembikar dan pasu.
12. Kegiatan perlombongan untuk mendapatkan mineral seperti bijih timah dan bijih besi juga giat
dijalankan.
13. Pertambahan penduduk turut mendatangkan kesan negative terhadap penerokaan sumber tanih.
14. Penduduk yang ramai menyebabkan tanih diusahakan secara giat untuk mengeluarkan hasil
tanaman bagi memenuhi keperluan penduduk.
15. Di Negara kita, penanaman padi secara berterusan tanpa rehat dapat menyebabkan masalah tanih
menjadi tidak subur.
16. Kandungan bahan mineral dan organic dalam tanah akan berkurang.
17. Penanaman padi secara giat juga menyebabkan petani lazimnya membakar jerami padi untuk
dijadikan baja organic sebelum padi ditanam semula pada musim akan datang.
18. Kaedah ini biasanya dilakukan kerana kosnya yang lebih murah dan mudah dilakukan.
19. Pembebasan gas metana akibat reputan bahan organic tersebut hanya akan merendahkann suhu
bumi.
20. Petani di Negara Malaysia juga menggunakan teknik moden seperti benih bermutu tinggi, baja
kimia dan racun serangga untuk meningkatkan hasil tanaman.
21. Penggunaan bahan kimia dan racun serangga secara berlebihan dan tidak terkawal akan
membawa kesan negative.

You might also like