You are on page 1of 6

Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan- T4 Peperiksaan Akhir Tahun 2017

Bahagian A
[30 markah]
Jawab semua soalan

1.Perkara penting yang harus dimiliki untuk berjaya ialah


A kekayaan C wawasan diri
B harapan D cita cita

2. Mengapakah pengurusan masa amat penting bagi seorang pelajar?


A Mengelakkan pelajar ketinggalan dala pelajaran
B Membolehkan pelajar melaksanakan tanggungjawab secara berkesan terhadap pelajaran, keperluan
fizikal dan mental serta keluarga
C Memastikan pelajar mempunyai masa untuk bersama-sama keluarga
D Memastikan pelajar mempunyai masa untuk beriadah

3. Juliana, Ann Li dan Rangeeta adalah berkelulusan sains pertanian. Selepas mendapat ijazah, mereka
ingin membuka sebuah nurseri bersama-sama tetapi mereka mendapat ejekan daripada rakan-rakan
universiti. Apakah langkah yang perlu mereka ambil bagi mengatasi cabaran ini?
A Mengambil keputusan untuk membuat perkara lain
B Mengambil keputusan untuk tidak membuka nurseri
C Menangguhkan keputusan yang dibuat oleh mereka bersama
D Menganggap ejekan tersebut sebagai dorongan dan semangat untuk berjaya

4. Seseorang yang memiliki perkembangan diri yang seimbang akan mengamalkan ciri-ciri berikut,
kecuali
A menjaga pemakanan C menjaga pertuturan dan sikap
B percaya kepada Tuhan D menjaga harta pusaka

5. Sistem pendidikan negara masa kini menekankan pembangunan insan yang bersifat
A canggih C materialistik
B seimbang D individualistic

6. Berikut ialah kepentingan perkembangan diri yang seimbang, kecuali


A bersedia memberi sumbangan kepada orang tertentu sahaja
B mengamalkan akhlak yang mulia
C bertanggungjawab terhadap diri, keluarga, masyarakat dan negara
D memiliki pengetahuan yang secukupnya untuk menghadapi cabaran dunia.

7. Berikut merupakan jenayah juvana, kecuali


A memukul guru C merokok di tandas sekolah
B mencuri motosikal D peras ugut dalam kalangan pelajar

2
Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan- T4 Peperiksaan Akhir Tahun 2017

8. Keluarga dapat didefinisikan sebagai


A sepasang suami isteri yang telah berkahwin secara sah dari segi adat resam
B sepasang suami isteri yang telah berkahwin beserta anak-anak dan ibu bapanya
C satu unit ibu bapa yang bahagia bersama anak anak yang telah stabil dari segi ekonominya
D satu unit yang terdiri daripada suami dan isteri, serta anak anak hasil perkahwinan yang sah
mengikut agama, adat resam dan undang-undang.

Menjadi sumber pendapatan

9. Perkara di atas merupakan keperluan berkeluarga daripada aspek


A sosial C ekonomi
B fizikal D politik

10. Antara yang berikut, tindakan manakah yang sesuai untuk mengeratkan hubungan sesama anggota
keluarga?
A Memberi semangat kepada anak-anak untuk mengembangkan potensi ke tahap yang lebih tinggi
B Memberi pujian ketika anak-anak berjaya dan memarahi mereka sekiranya tidak berjaya
C Menghalang anak-anak bergaul dengan rakan sebaya agar anak mempunyai lebih masa di rumah
D Memberikan hukuman kepada anak-anak sekiranya mereka melakukan kesalahan

Saya menyesal kerana telah terjebak dengan gejala itu. Pada


mulanya saya hanya ingin mencuba, tetapi rupa-rupanya
itulah langkah yang telah memusnahkan diri saya.

11. Pengakuan di atas dibuat oleh seorang remaja yang terlibat dalam masalah sosial
A penderaan C pergaulan bebas
B penyalahgunaan dadah D penyalahgunaan teknologi

12. Antara yang berikut, manakah bukan bentuk penderaan?


A Suami dan isteri sering bertekak akibat masalah kewangan
B Menyimbah air panas atas badan pembantu rumah
C Mencederakan badan kanak-kanak dengan puntung rokok
D Mengabaikan keperluan makan minum anak-anak

Teknologi siber disalahgunakan untuk menghasilkan


semula salinan perisian dan maklumat yang
mempunyai hak cipta dengan cara yang tidak sah.

13. Pernyataan di atas merujuk kepada kegiatan


A cetak rompak C gengsterisme
B vandalisme D pencerobohan

3
Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan- T4 Peperiksaan Akhir Tahun 2017

14. Antara berikut, yang manakah merupakan norma masyarakat Iban di Sarawak ketika menyambut
tetamu?
A Memasak gulai ayam untuk tetamu
B Menghidangkan tuak dan menghiburkan tetamu dengan tarian Sumazau
C Memberi hadiah kepada tetamu
D Menjemput bermalam di rumah panjang

15. Yang manakah tidak benar tentang topi keledar?


A Topi keledar yang longgar adalah tidak selamat
B Topi keledar yang berwarna cerah harus dipakai
C Kualiti topi keledar tidak perlu diperakui oleh SIRIM
D Pita pemantul cahaya harus dilekat pada bahagian belakang dan tepi topi keledar

16. Berikut adalah kepercayaan penganut agama Islam, kecuali


A Tuhan hanya satu
B manusia yang berbuat kebaikan akan masuk ke syurga
C dunia akan kiamat
D malaikat yang berkuasa menentukan semua yang berlaku di atas dunia

17. Mengapakah kita perlu menghormati agama kaum yang lain?


A Bercuti bersama-sama
B Mengetahui kelemahan kaum lain
C Hidup dengan aman dan bersatu padu
D Menyambut perayaan bersama sama

18. Berikut merupakan ancaman dalaman terhadap negara Malaysia, kecuali


A vandalisme
B lumba haram
C kenaikan harga minyak
D gengsterisme

Islam Buddha Hindu Kristian

19. Apakah persamaan ajaran yang disarankan oleh empat agama di atas?
A Menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan
B Bertafakur di tempat sunyi pada setiap hari
C Menjauhkan diri daripada orang yang kaya dan sombong
D Berbuat baik kepada umat seagama sahaja

20. Masyarakat perlu membendung masalah penyalahgunaan dadah dengan tindakan


A mengadakan Kempen Anti Dadah di sekolah
B memberikan sampel nikotin kepada murid murid sekolah
C membuat peninjauan berkala di kawasan bermasalah di negara jiran
D memaafkan penagih dadah dan membebaskan mereka daripada tindakan undangundang

4
Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan- T4 Peperiksaan Akhir Tahun 2017

- Penganut akan mengunjungi Gurdwara untuk bersembahyang pada hari tersebut

- Perayaan diraikan sempena hari kelahiran kaum Khalsa (Sikh)


21. Maklumat di atas berkaitan dengan perayaan
A Vasakhi
B Deepavali
C Hari Krismas
D Tadau Kaamatan

22. Apakah maksud perlembagaan?


A Dokumen rasmi yang mempunyai nama nama menteri yang memerintah
B Dokumen rasmi kerajaan yang menjadi panduan ahli politik
C Dokumen rasmi yang menyenaraikan hak hak asasi rakyat dalam negara
D Dokumen rasmi yang mengandungi peraturan dan undang undang yang menjadi panduan
pentadbiran negara.
23. Bagaimanakah Perlembagaan Malaysia dapat menjamin keharmonian dan kesejahteraan negara kita?
A Melalui penguatkuasaan undang undang dalam negara
B Melalui pemberian keistimewaan kepada golongan tertentu
C Dengan penambahan akta akta baru yang terkini
D Dengan menubuhkan banyak parti politik yang sah

24. Bagaimanakah kita dapat menunjukkan sifat menghormati keluhuran Perlembagaan Malaysia?
I Mengelakkan kacau bilau
II Mematuhi undang undang negara
III Menggunakan kebebasan bersuara sebaiknya
IV Menjalankan tanggungjawab sebagai warganegara
A I, II, III
B I, III, IV
C II, III, IV
D I, II, III, IV

25. Apakah fungsi bahasa Melayu di Malaysia?


I Bahasa ibunda
II Bahasa pengantar utama di sekolah kebangsaan
III Bahasa perpaduan
IV Bahasa rasmi
A I, II, dan III
B II, III, dan IV
C I, III dan IV
D I, II, III dan IV

26. Apakah definisi pengguna?

5
Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan- T4 Peperiksaan Akhir Tahun 2017

A Pengguna yang kaya


B Pengguna yang boros
C Pengguna yang kedekut
D Pengguna yang bijak membuat keputusan

27. Pengguna yang rasional ialah seseorang yang


A menggunakan barangan dengan cekap
B tidak menuntut apa yang berhak bagi dirinya
C dapat membeli barangan dengan harga murah
D menyedari tanggungjawabnya sebagai pengguna dan menuntut apa yang berhak bagi dirinya.

28. Tanggungjawab penting seorang pengeluar ialah


A tidak mementingkan keuntungan dan mengamalkan sikap perikemanusiaan
B bersopan santun dengan pengguna
C berusaha mendapat keuntungan yang sederhana
D tidak mementingkan kerugian

29. Antara ciri hala tuju yang membantu seseorang mencapai kejayaan ialah
A menepati cita rasa remaja masa kini
B jelas dan mudah difahami oleh diri sendiri
C selaras dengan perkembangan kemajuan negara
D dapat membantu ahli keluarga untuk merancang

30. Pernyataan yang manakah tidak benar?


A Kita tidak perlu berkorban sekiranya ingin berjaya dalam hidup
B Sahsiah dan keperibadian seimbang melahirkan sikap dan ketrampilan yang terpuji
C Agama menjadi garis panduan bagi keempat-empat faktor perkembangan diri yang seimbang
D Tanpa agama, manusia mudah terpesong dan terpengaruh dengan budaya luar yang negative

Bahagian B
[20 markah]
Jawab semua soalan

1. Senaraikan lima ciri-ciri wawasan diri ? (5 markah)

2. Senaraikan tiga aktiviti-aktiviti gengsterisme ? (3 markah)

3. Penderaan ialah perbuatan menyeksa atau sebarang perbuatan zalim yang


dilakukan kepada golongan yang lemah dengan tujuan untuk mencederakan.
Perbuatan ini biasanya dilakukan kepada golongan kanak-kanak berumur
kurang daripada 18 tahun.

a) Jelaskan jenis-jenis penderaan yang sering belaku dalam masyarakat? (3 markah)


b) Berikan faktor-faktor yang mendorong kepada penderaan kanak-kanak. (4 markah)
c) Penderaan akan meninggalkan kesan yang mendalam terhadap mangsa dera. (5 markah)

6
Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan- T4 Peperiksaan Akhir Tahun 2017

Jelaskan kesan-kesan tesebut?

----Kertas soalan tamat----

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

(MOHD SAHARANI B. OMAR) (NORHAYATI BT. ABDUL GHAFFAR ) (ZHULAIHA BT. ABD. AZID)
Guru Pendidikan Sivik & Ketua Panitia Ketua Bidang Kemanusiaan
Kewarganegaraan Pendidikan Sivik &
Tingkatan 4 Kewarganegaraan

You might also like