You are on page 1of 21

TERHAD

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA


(MALAYSIAN EXAMINATIONS COUNCIL)

PEPERIKSAAN
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM)
(MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE EXAMINATION)

Manual Kerja Kursus


Kesusasteraan Melayu Komunikatif
Kertas 4 (922/4)

Sepanjang Penggal 2 dan 3 Tahun 2017

PERINGATAN:
Manual ini khusus untuk kegunaan guru atau calon sahaja.
__________________________________________________________________________________

Manual ini terdiri daripada 21 halaman bercetak.


Majlis Peperiksaan Malaysia 2017

1 TERHAD
TERHAD

Kandungan

Bil. Perkara Halaman

BAHAGIAN I : GURU DAN PEMERIKSA

1.0 Pengenalan 3

2.0 Objektif 3

3.0 Pelaksanaan Kerja Kursus 36


3.1 Arahan umum
3.2 Tanggungjawab Pengetua
3.3 Tanggungjawab Guru
3.4 Tanggungjawab Pemeriksa Calon Sekolah Swasta
3.5 Tanggungjawab Pemeriksa Calon Persendirian Individu
3.6 Tanggungjawab Calon

4.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Kerja Kursus 67

5.0 Format Penyediaan 78


6.0 Struktur Penyediaan 9

7.0 Penskoran 10 11

BAHAGIAN II : CALON

8.0 Tanggungjawab Calon 11


9.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Kerja Kursus 12 13

10.0 Format Penyediaan 13 14


11.0 Struktur Penyediaan 14

Lampiran 15 21

2 TERHAD
TERHAD

BAHAGIAN I : GURU DAN PEMERIKSA

1 PENGENALAN
Setiap calon yang mengambil mata pelajaran Kesusasteraan Melayu Komunikatif Sijil Tinggi
Persekolahan Malaysia (STPM) wajib melaksanakan kerja kursus. Wajaran markah kerja
kursus ini adalah sebanyak 20%. Markah kerja kursus ini akan diambil kira bersama-sama
dengan markah ujian bertulis penggal 1, 2, dan 3 bagi tujuan penggredan mata pelajaran.

2 OBJEKTIF
2.1 Kerja kursus dilaksanakan untuk membolehkan calon:
2.1.1 mencari dan mengumpul maklumat;
2.1.2 menjalankan kerja lapangan;
2.1.3 menyuburkan budaya pencarian ilmu pengetahuan;
2.1.4 mengembangkan bakat dan kreativiti;
2.1.5 memantapkan aspek kognitif, afektif, dan psikomotor dalam budaya ilmu;
2.1.6 mempersembahkan maklumat dalam bentuk esei, portfolio, atau projek.

2.2 Calon ditaksir berdasarkan keupayaan mereka:


2.2.1 mengaplikasikan kemahiran kognitif yang menjurus pemahaman karya sastera;
2.2.2 menghayati karya sastera;
2.2.3 merealisasikan pembangunan insan, pembangunan masyarakat, dan
pembangunan negara dalam karya sastera;
2.2.4 menghasilkan karya kreatif;
2.2.5 menghasilkan persembahan multimedia berasaskan teks sastera;
2.2.6 memahami asas pengurusan organisasi sastera;
2.2.7 mengaplikasikan kemahiran insaniah (soft skills) yang menjurus kemahiran
berkomunikasi, kemahiran bekerjasama, kemahiran mengurus masa, dan
menjalankan kajian secara jujur, amanah, dan beretika.

3 PELAKSANAAN KERJA KURSUS


3.1 Arahan Umum
3.1.1 Calon dikehendaki memilih satu soalan daripada tiga soalan yang diberikan.
3.1.2 Calon dikehendaki menyediakan kerja kursus sama ada esei atau portfolio atau
projek multimedia.
3.1.3 Calon dikehendaki membentangkan kerja kursus. Masa yang diperuntukkan
untuk pembentangan adalah selama 15 minit termasuk sesi soal jawab.
3.1.4 Tempoh pelaksanaan kerja kursus adalah sepanjang penggal 2 dan 3.
3.1.5 Sekiranya terdapat bukti bahawa hasil kerja kursus yang dihantar itu bukan hasil
kajian calon yang sebenar, maka keputusan peperiksaan calon bagi mata pelajaran
Kesusasteraan Melayu Komunikatif akan dibatalkan.

3 TERHAD
TERHAD

3.2 Tanggungjawab Pengetua


3.2.1 Memastikan calon yang menghasilkan kerja kursus mendapat bimbingan daripada
guru
3.2.2 Memastikan pelaksanaan kerja kursus calon diserapkan dalam strategi pengajaran
dan bukan merupakan kerja tambahan yang memerlukan persediaan dan waktu
yang berasingan
3.2.3 Memastikan kerja kursus calon dilaksanakan dengan teratur dalam tempoh yang
ditetapkan
3.2.4 Memastikan kerja kursus calon dihantar kepada guru mengikut tarikh yang
ditetapkan
3.2.5 Memastikan guru menghantar markah kerja kursus calon kepada MPM mengikut
tarikh yang ditetapkan
3.2.6 Memastikan guru menyemak dan menilai kerja kursus calon berdasarkan kriteria
yang ditetapkan oleh MPM
3.2.7 Menandatangani borang rumusan markah kerja kursus calon
3.2.8 Memastikan penyediaan tempat untuk penyimpanan evidens kerja kursus calon di
sekolah
3.2.9 Memastikan guru menyimpan evidens kerja kursus calon dalam tempoh yang
ditetapkan oleh MPM
3.2.10 Memastikan evidens kerja kursus calon dilupuskan dalam tempoh enam bulan
selepas tarikh pengumuman keputusan STPM

3.3 Tanggungjawab Guru


3.3.1 Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual Kerja Kursus, Kriteria
Penilaian Kerja Kursus, dan Soalan Kerja Kursus Kesusasteraan Melayu
Komunikatif yang disediakan oleh MPM
3.3.2 Menandatangani borang perakuan berkaitan dengan akta, iaitu borang
MPM/P13.1 dan MPM/P13.4 yang dilampirkan dalam Kriteria Penilaian Kerja
Kursus Kesusasteraan Melayu Komunikatif
3.3.3 Memberikan penerangan kepada calon tentang pelaksanaan kerja kursus
3.3.4 Membimbing calon memilih soalan kerja kursus
3.3.5 Melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran bagi penyediaan kerja kursus
3.3.6 Membimbing calon sepanjang tempoh pelaksanaan kerja kursus
3.3.7 Memberikan peluang kepada calon untuk menambah baik kualiti kerja kursus
masing-masing
3.3.8 Memastikan calon menghantar kerja kursus untuk disemak dan ditaksir
3.3.9 Memeriksa kerja kursus yang dihasilkan oleh calon sebelum sesi pembentangan
3.3.10 Memastikan markah kerja kursus calon diisi dalam borang markah kerja kursus
calon dan borang rumusan markah kerja kursus calon dan markah tidak tertera
pada evidens kerja kursus calon
3.3.11 Mengadakan sesi pembentangan kerja kursus
3.3.12 Mentaksir pembentangan calon secara individu
3.3.13 Menghantar markah kerja kursus calon kepada MPM dengan menggunakan
aplikasi e-submission mengikut tarikh yang ditetapkan
4 TERHAD
TERHAD

3.3.14 Menandatangani borang rekod kerja kursus calon, borang perakuan calon, borang
markah kerja kursus calon, dan borang rumusan markah kerja kursus calon
3.3.15 Menghantar borang rumusan markah kerja kursus calon ke MPM (wajib) dan
menghantar sampel kerja kursus calon ke MPM (jika diminta)
3.3.16 Menyimpan evidens kerja kursus dalam tempoh yang ditetapkan oleh MPM
3.3.17 Melupuskan evidens kerja kursus dalam tempoh enam bulan selepas tarikh
pengumuman keputusan STPM

3.4 Tanggungjawab Pemeriksa Calon Sekolah Swasta (Calon 2)


3.4.1 Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual Kerja Kursus dan Soalan
Kerja Kursus Kesusasteraan Melayu Komunikatif yang disediakan oleh MPM
3.4.2 Memastikan calon menghantar kerja kursus untuk disemak dan ditaksir
3.4.3 Memeriksa kerja kursus yang dihasilkan oleh calon sebelum sesi pembentangan
3.4.4 Mengadakan sesi pembentangan kerja kursus
3.4.5 Mentaksir pembentangan calon secara individu
3.4.6 Menghantar markah kerja kursus calon kepada MPM dengan menggunakan
aplikasi e-submission mengikut tarikh yang ditetapkan
3.4.7 Menandatangani borang perakuan calon dan borang markah kerja kursus calon
3.4.8 Menghantar sampel kerja kursus calon ke MPM (jika diminta)
3.4.9 Menyimpan evidens kerja kursus di PPD/JPN yang ditetapkan dalam tempoh dari
tarikh penyelarasan tamat hingga tarikh pengumuman keputusan STPM
3.4.10 Melupuskan evidens kerja kursus dalam tempoh enam bulan selepas tarikh
pengumuman keputusan STPM

3.5 Tanggungjawab Pemeriksa Calon Persendirian Individu (Calon 3)


3.5.1 Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual Kerja Kursus dan Soalan
Kerja Kursus Kesusasteraan Melayu Komunikatif yang disediakan oleh MPM
3.5.2 Menemui calon untuk memberikan penerangan tentang penerimaan Manual Kerja
Kursus Kesusasteraan Melayu Komunikatif, pelaksanaan kerja kursus,
pemeriksaan kerja kursus, dan pembentangan kerja kursus.
3.5.3 Membimbing calon memilih soalan kerja kursus
3.5.4 Memastikan calon menghantar kerja kursus untuk disemak dan ditaksir
3.5.5 Memeriksa kerja kursus yang dihasilkan oleh calon sebelum sesi pembentangan
3.5.6 Mengadakan sesi pembentangan kerja kursus
3.5.7 Mentaksir pembentangan calon secara individu
3.5.8 Menghantar markah kerja kursus calon kepada MPM dengan menggunakan
aplikasi e-submission mengikut tarikh yang ditetapkan
3.5.9 Menandatangani borang perakuan calon dan borang markah kerja kursus calon
3.5.10 Menghantar sampel kerja kursus calon ke MPM (jika diminta)
3.5.11 Menyimpan evidens kerja kursus di PPD/JPN yang ditetapkan dalam tempoh dari
tarikh penyelarasan tamat hingga tarikh pengumuman keputusan STPM
3.5.12 Melupuskan evidens kerja kursus dalam tempoh enam bulan selepas tarikh
pengumuman keputusan STPM
5 TERHAD
TERHAD

3.6 Tanggungjawab Calon


3.6.1 Memahami sukatan pelajaran dan arahan pelaksanaan kerja kursus
3.6.2 Mendengar penerangan guru mengenai pelaksanaan kerja kursus
3.6.3 Merancang jadual kerja pelaksanaan kerja kursus
3.6.4 Membincangkan pemilihan tajuk kerja kursus bersama-sama dengan guru
berdasarkan tiga pilihan tajuk yang ditetapkan oleh MPM
3.6.5 Menyediakan kerja kursus berdasarkan tajuk yang dipilih
3.6.6 Mengelakkan berbincang hal-hal sensitif dalam kerja kursus, seperti hal yang
berkaitan dengan agama, kaum, dan politik
3.6.7 Menghantar kerja kursus kepada guru mengikut tarikh yang ditetapkan sebelum
sesi pembentangan
3.6.8 Membentangkan kerja kursus secara individu mengikut tarikh, waktu, tempat,
dan tempoh yang ditetapkan
3.6.9 Menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru semasa sesi pembentangan kerja
kursus
3.6.10 Menggunakan alat bantu yang sesuai semasa sesi pembentangan kerja kursus
3.6.11 Menandatangani borang rekod kerja kursus calon dan borang perakuan calon

4 JADUAL PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN KERJA KURSUS


4.1 Guru hendaklah merancang dan melaksanakan penilaian kerja kursus bagi semua
calonnya berdasarkan tugasan yang disediakan oleh MPM.
4.2 Cadangan jadual perancangan dan pelaksanaan kerja kursus adalah seperti yang berikut:

Tarikh Perkara Tindakan Guru Tindakan Calon


13 Manual Kerja Melayari portal MPM Melayari portal MPM
Januari Kursus untuk memuat turun untuk memuat turun
2017 Kesusasteraan Manual Kerja Kursus, Manual Kerja Kursus
Melayu Kriteria Penilaian Kerja dan Soalan Kerja Kursus
Komunikatif Kursus, dan Soalan Kerja Kesusasteraan Melayu
Kursus Kesusasteraan Komunikatif
Melayu Komunikatif
1 Pengajaran Menyampaikan taklimat Menerima soalan kerja
Februari dan kerja kursus kepada calon kursus dan pemakluman
hingga pembelajaran, Memaklumkan tarikh tarikh akhir penyerahan
22 pelaksanaan, akhir penyerahan kerja kerja kursus
September pemeriksaan, kursus Memahami soalan kerja
2017 serta kursus
pembentangan Membimbing calon
kerja kursus memilih soalan kerja Membincangkan soalan
kursus kerja kursus bersama-
Menjelaskan calon sama dengan guru
tentang elemen Merancang jadual kerja
kemahiran insaniah (soft Mengumpul data dan
skills) yang dinilai maklumat
Menyusun dapatan

6 TERHAD
TERHAD

Tarikh Perkara Tindakan Guru Tindakan Calon


Membimbing calon Memproses data dan
melaksanakan kerja maklumat
kursus Mempersembahkan data
Menilai elemen dan maklumat
kemahiran insaniah (soft Menghasilkan kerja
skills) kursus yang lengkap
Menjelaskan item yang mengikut format yang
dinilai dalam kerja kursus ditetapkan
Membimbing calon Menyemak dan membuat
memproses data dan penambahbaikan
maklumat terhadap kualiti kerja
Membimbing calon untuk kursus
menghasilkan kerja Menyerahkan kerja
kursus mengikut format kursus mengikut tarikh
yang ditetapkan yang ditetapkan kepada
Memantau kemajuan guru
hasil kerja kursus calon Membentangkan kerja
secara berterusan dengan kursus pada tarikh dan
merekodkan dan masa yang ditetapkan
menandatangani borang
rekod kerja kursus calon
Menerima kerja kursus
daripada calon
Menilai pembentangan
kerja kursus mengikut
kriteria yang ditetapkan
oleh MPM

23 Pengisian dan Menghantar markah kerja Tidak berkenaan


September penghantaran kursus calon kepada
hingga markah MPM dengan
23 melalui menggunakan perisian
Oktober e-submission e-submission
2017
Sehingga
15
Penyimpanan evidens
Oktober
2018

5 FORMAT PENYEDIAAN
5.1 Penyediaan Esei
5.1.1 Hasil penulisan hendaklah ditaip pada kertas A4.
5.1.2 Hasil penulisan hendaklah ditaip dengan menggunakan jenis huruf Times New
Roman bersaiz 12.
5.1.3 Hasil penulisan hendaklah ditaip dengan langkau dua baris (double spacing).
5.1.4 Panjang setiap esei hendaklah antara 2500 hingga 3000 patah perkataan.

7 TERHAD
TERHAD

5.1.5 Hasil penulisan hendaklah dijilid.


5.1.6 Kulit penulisan esei hendaklah ditaip dengan menggunakan komputer yang
mengandungi nama calon, nombor kad pengenalan calon, nama mata pelajaran,
kod kertas, nombor pusat, angka giliran, dan nombor soalan kerja kursus.

5.2 Penyediaan Portfolio


5.2.1 Portfolio hendaklah mengandungi dokumentasi bertulis tentang keseluruhan
proses penghasilan kerja kursus.
5.2.2 Portfolio hendaklah mengandungi rujukan, gambar, ilustrasi atau lakaran seperti
yang dikehendaki oleh soalan kerja kursus yang berkenaan.
5.2.3 Saiz kertas portfolio ialah A4.
5.2.4 Pada muka depan kulit portfolio hendaklah ditaip dengan menggunakan
komputer yang mengandungi nama calon, nombor kad pengenalan calon, nama
mata pelajaran, kod kertas, nombor pusat, angka giliran, dan nombor soalan kerja
kursus.
5.2.5 Portfolio hendaklah dijilid.
5.2.6 Kulit portfolio hendaklah kemas dan ringkas serta tidak perlu dihiasi atau
ditampal dengan bahan asing (kolaj).
5.2.7 Kandungan portfolio hendaklah ditaip dengan menggunakan komputer. Jenis
huruf untuk teks ialah Times New Roman bersaiz 12.
5.2.8 Tulisan kreatif yang sesuai boleh digunakan untuk kapsyen atau di bahagian
akhir portfolio.
5.2.9 Jumlah muka surat hendaklah tidak melebihi 30 halaman.

5.3 Penyediaan Projek Multimedia


5.3.1 Hasil projek hendaklah mengandungi penerapan elemen multimedia, iaitu grafik,
animasi, teks, dan audio visual.
5.3.2 Tempoh persembahan multimedia tertakluk kepada arahan soalan yang
dikeluarkan oleh MPM.
5.3.3 Hasil projek multimedia hendaklah dihantar dalam bentuk cakera padat (CD).
5.3.4 Hasil projek hendaklah mesra pengguna. Calon boleh menggunakan autorun
atau auto click dan jika ada arahan-arahan khusus yang lain, ia hendaklah
dinyatakan.
5.3.5 Calon hendaklah menyediakan laporan bertulis tentang projek multimedia yang
dihasilkan.
5.3.6 Laporan tersebut hendaklah ditaip dengan menggunakan komputer berhuruf
Times New Roman bersaiz 12.
5.3.7 CD dan laporan bertulis projek multimedia hendaklah dimasukkan dalam kit atau
sampul surat berukuran A4.
5.3.8 Pada kit atau sampul surat tersebut tampalkan maklumat yang ditaip dengan
menggunakan komputer berhuruf Times New Roman bersaiz 12 yang
mengandungi nama calon, nombor kad pengenalan calon, nama mata pelajaran,
kod kertas, nombor pusat, angka giliran, nombor soalan kerja kursus, dan
spesifikasi yang digunakan.

8 TERHAD
TERHAD

6 STRUKTUR PENYEDIAAN
6.1 Penyediaan esei
6.1.1 Pengenalan
6.1.2 Objektif kajian
6.1.3 Kaedah kajian
6.1.4 Isi kajian
6.1.5 Penutup
6.1.6 Senarai rujukan
6.2 Penyediaan portfolio
6.2.1 Pengenalan
6.2.2 Objektif kajian
6.2.3 Kaedah kajian
6.2.4 Isi kajian
6.2.5 Penutup
6.2.6 Senarai rujukan

6.3 Penyediaan projek multimedia


6.2.1 Hasil persembahan multimedia hendaklah mengandungi elemen multimedia,
iaitu grafik, animasi, teks, dan audio visual.
6.2.2 Tempoh persembahan multimedia adalah antara tiga hingga lima minit.
6.2.3 Hasil persembahan multimedia hendaklah dihantar dalam CD. Calon hendaklah
menyatakan spesifikasi yang digunakan untuk menghasilkan tugasan tersebut.
Contohnya: PowerPoint, Mikromedia Flash Mx, Movie Maker, dan sebagainya.
6.3.4 Laporan bertulis tentang projek multimedia hendaklah mengandungi perkara
yang berikut:
6.3.4.1 Sinopsis projek
6.3.4.2 Papan cerita

9 TERHAD
TERHAD

PENSKORAN
7.1 Esei

Bil Aspek Pemarkahan Jumlah Peratusan


Markah
Penulisan Markah Markah

1 Pengenalan 3
2 Objektif kajian 3
3 Kaedah kajian 3
4 Isi kajian 30
50 83.33
5 Penutup 3
6 Senarai rujukan 3
7 Kemahiran insaniah 3
8 Keaslian 2
Pembentangan dan Soal Jawab
1 Ketepatan 2
2 Kelancaran 2
3 Keterampilan 2 10 16.67
4 Penggunaan alat bantu 2
5 Kemahiran insaniah 2
Jumlah markah 60
Peratusan markah 100

7.2 Portfolio

Bil Aspek Pemarkahan Jumlah Peratusan


Markah
Penulisan Markah Markah

1 Pengenalan 3
2 Objektif kajian 3
3 Kaedah kajian 3
4 Isi kajian 30
50 83.33
5 Penutup 3
6 Senarai rujukan 3
7 Kemahiran insaniah 3
8 Keaslian 2

10 TERHAD
TERHAD

Bil Aspek Pemarkahan Jumlah Peratusan


Markah
Pembentangan dan Soal Jawab Markah Markah

1 Ketepatan 2
2 Kelancaran 2
3 Keterampilan 2 10 16.67
4 Penggunaan alat bantu 2
5 Kemahiran insaniah 2
Jumlah markah 60
Peratusan markah 100

7.3 Projek Multimedia

Bil Aspek Pemarkahan Jumlah Peratusan


Markah
Perancangan Markah Markah

1 Sinopsis projek 6
2 Papan cerita 24 35 58.33
3 Kreativiti 5
Penghasilan
1 Persembahan multimedia 10
15 25.00
2 Kemahiran insaniah 3
3 Keaslian 2
Pembentangan dan Soal Jawab
1 Ketepatan 2
2 Kelancaran 2
3 Keterampilan 2 10 16.67
4 Penggunaan alat bantu 2
5 Kemahiran insaniah 2
Jumlah markah 60
Peratusan markah 100

11 TERHAD
TERHAD

BAHAGIAN II : CALON

8 TANGGUNGJAWAB CALON
8.1 Memahami sukatan pelajaran dan arahan pelaksanaan kerja kursus
8.2 Mendengar penerangan guru mengenai pelaksanaan kerja kursus
8.3 Merancang jadual kerja pelaksanaan kerja kursus
8.4 Membincangkan pemilihan tajuk kerja kursus bersama-sama dengan guru berdasarkan
tiga pilihan tajuk yang ditetapkan oleh MPM
8.5 Menyediakan kerja kursus berdasarkan tajuk yang dipilih
8.6 Mengelakkan berbincang hal-hal sensitif dalam kerja kursus, seperti hal yang berkaitan
dengan agama, kaum, dan politik
8.7 Menghantar kerja kursus kepada guru mengikut tarikh yang ditetapkan sebelum sesi
pembentangan
8.8 Membentangkan kerja kursus secara individu mengikut tarikh, waktu, tempat, dan
tempoh yang ditetapkan
8.9 Menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru semasa sesi pembentangan kerja kursus
8.10 Menggunakan alat bantu yang sesuai semasa sesi pembentangan kerja kursus
8.11 Menandatangani borang rekod kerja kursus calon dan borang perakuan calon

9 JADUAL PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN KERJA KURSUS

Tarikh Perkara Tindakan Calon


13 Manual Kerja Kursus dan Melayari portal MPM untuk memuat
Januari Soalan Kerja Kursus turun Manual Kerja Kursus dan Soalan
2017 Kesusasteraan Melayu Kerja Kursus Kesusasteraan Melayu
Komunikatif Komunikatif
1 Pengajaran dan Menerima soalan kerja kursus dan
Februari pembelajaran, pelaksanaan, pemakluman tarikh akhir penyerahan
hingga pemeriksaan, serta kerja kursus
22 pembentangan kerja kursus Memahami soalan kerja kursus
September
2017 Membincangkan soalan kerja kursus
bersama-sama dengan guru
Merancang jadual kerja
Mengumpul data dan maklumat
Menyusun dapatan
Memproses data dan maklumat
Mempersembahkan data dan maklumat
Menghasilkan kerja kursus yang
lengkap mengikut format yang
ditetapkan
Menyemak dan membuat
penambahbaikan terhadap kualiti kerja
kursus
12 TERHAD
TERHAD

Tarikh Perkara Tindakan Calon


Menyerahkan kerja kursus mengikut
tarikh yang ditetapkan kepada guru
Membentangkan kerja kursus pada
tarikh dan masa yang ditetapkan

10 FORMAT PENYEDIAAN
10.1 Penyediaan Esei
10.1.1 Hasil penulisan hendaklah ditaip pada kertas A4.
10.1.2 Hasil penulisan hendaklah ditaip dengan menggunakan jenis huruf Times New
Roman bersaiz 12.
10.1.3 Hasil penulisan hendaklah ditaip dengan langkau dua baris (double spacing).
10.1.4 Panjang setiap esei hendaklah antara 2500 hingga 3000 patah perkataan.
10.1.5 Hasil penulisan hendaklah dijilid.
10.1.6 Kulit penulisan esei hendaklah ditaip dengan menggunakan komputer yang
mengandungi nama calon, nombor kad pengenalan calon, nama mata pelajaran,
kod kertas, nombor pusat, angka giliran, dan nombor soalan kerja kursus.

10.2 Penyediaan Portfolio


10.2.1 Portfolio hendaklah mengandungi dokumentasi bertulis tentang keseluruhan
proses penghasilan kerja kursus.
10.2.2 Portfolio hendaklah mengandungi rujukan, gambar, ilustrasi atau lakaran seperti
yang dikehendaki oleh soalan kerja kursus yang berkenaan.
10.2.3 Saiz kertas portfolio ialah A4.
10.2.4 Pada muka depan kulit portfolio hendaklah ditaip dengan menggunakan
komputer yang mengandungi nama calon, nombor kad pengenalan calon, nama
mata pelajaran, kod kertas, nombor pusat, angka giliran, dan nombor soalan kerja
kursus.
10.2.5 Portfolio hendaklah dijilid.
10.2.6 Kulit portfolio hendaklah kemas dan ringkas serta tidak perlu dihiasi atau
ditampal dengan bahan asing (kolaj).
10.2.7 Kandungan portfolio hendaklah ditaip dengan menggunakan komputer. Jenis
huruf untuk teks ialah Times New Roman bersaiz 12.
10.2.8 Tulisan kreatif yang sesuai boleh digunakan untuk kapsyen atau di bahagian
akhir portfolio.
10.2.9 Jumlah muka surat hendaklah tidak melebihi 30 halaman.

10.3 Penyediaan Projek Multimedia


10.3.1 Hasil projek hendaklah mengandungi penerapan elemen multimedia, iaitu grafik,
animasi, teks, dan audio visual.
10.3.2 Tempoh persembahan multimedia tertakluk kepada arahan soalan yang
dikeluarkan oleh MPM.
10.3.3 Hasil projek multimedia hendaklah dihantar dalam bentuk cakera padat (CD).
13 TERHAD
TERHAD

10.3.4 Hasil projek hendaklah mesra pengguna. Calon boleh menggunakan autorun atau
auto click dan jika ada arahan-arahan khusus yang lain, ia hendaklah dinyatakan.
10.3.5 Calon hendaklah menyediakan laporan bertulis tentang projek multimedia yang
dihasilkan.
10.3.6 Laporan tersebut hendaklah ditaip dengan menggunakan komputer berhuruf
Times New Roman bersaiz 12.
10.3.7 CD dan laporan bertulis projek multimedia hendaklah dimasukkan dalam kit atau
sampul surat berukuran A4.
10.3.8 Pada kit atau sampul surat tersebut tampalkan maklumat yang ditaip dengan
menggunakan komputer berhuruf Times New Roman bersaiz 12 yang
mengandungi nama calon, nombor kad pengenalan calon, nama mata pelajaran,
kod kertas, nombor pusat, angka giliran, nombor soalan kerja kursus, dan
spesifikasi yang digunakan.

11 STRUKTUR PENYEDIAAN
11.1 Penyediaan esei
11.1.1 Pengenalan
11.1.2 Objektif kajian
11.1.3 Kaedah kajian
11.1.4 Isi kajian
11.1.5 Penutup
11.1.6 Senarai rujukan
11.2 Penyediaan portfolio
11.2.1 Pengenalan
11.2.2 Objektif kajian
11.2.3 Kaedah kajian
11.2.4 Isi kajian
11.2.5 Penutup
11.2.6 Senarai rujukan

11.3 Penyediaan projek multimedia


11.2.1 Hasil persembahan multimedia hendaklah mengandungi elemen multimedia,
iaitu grafik, animasi, teks, dan audio visual.
11.2.2 Tempoh persembahan multimedia adalah antara tiga hingga lima minit.
11.2.3 Hasil persembahan multimedia hendaklah dihantar dalam CD. Calon hendaklah
menyatakan spesifikasi yang digunakan untuk menghasilkan tugasan tersebut.
Contohnya: PowerPoint, Mikromedia Flash Mx, Movie Maker, dan sebagainya.
11.3.4 Laporan bertulis tentang projek multimedia hendaklah mengandungi perkara
yang berikut:
6.3.4.1 Sinopsis projek
6.3.4.2 Papan cerita

14 TERHAD
TERHAD

Lampiran 1

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA


SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA

PENGGAL: 2 HINGGA 3 TAHUN: 2017


MATA PELAJARAN: KESUSASTERAAN MELAYU KOMUNIKATIF 4

TAJUK:

NAMA CALON

NOMBOR
KAD PENGENALAN

ANGKA GILIRAN

ALAMAT SEKOLAH/
ALAMAT CALON

NAMA GURU/
PEMERIKSA

TANDATANGAN
GURU/PEMERIKSA

TARIKH

15 TERHAD
TERHAD

Lampiran 2
BPC

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA


SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA

BORANG PERAKUAN CALON

PENGGAL: 2 HINGGA 3 TAHUN: 2017


MATA PELAJARAN: KESUSASTERAAN MELAYU KOMUNIKATIF 4
Borang ini mestilah ditandatangani oleh calon dan guru/pemeriksa yang memeriksa kerja kursus
calon, dan dilampirkan bersama dengan kerja kursus yang dihantar kepada guru/pemeriksa.
Kegagalan calon menandatangani borang perakuan ini akan menyebabkan calon tidak diberikan
sebarang markah untuk kerja kursus yang dihasilkan.
Nama Calon
No. Kad Pengenalan Calon
Angka Giliran Calon
Nama Pusat Kerja Projek Calon

Makluman kepada calon:


Kerja kursus yang dihantar untuk dinilai mestilah hasil kerja calon sendiri. Kerja kursus calon boleh
dibatalkan sekiranya calon didapati meniru kerja kursus calon lain atau membenarkan calon lain untuk
meniru kerja kursus yang dihasilkan oleh calon sendiri, atau calon didapati menipu dalam apa cara
sekalipun bagi menghasilkan kerja kursus tersebut.

Perakuan Keaslian Kerja Kursus Calon:


Saya telah membaca dan memahami makluman kepada calon di atas. Saya telah menghasilkan kerja
kursus............................................. tanpa bantuan daripada mana-mana pihak, kecuali penerangan dan
bimbingan oleh pihak yang dibenarkan, iaitu guru mata pelajaran Kesusasteraan Melayu Komunikatif
di sekolah (untuk calon sekolah kerajaan, calon sekolah bantuan kerajaan dan calon sekolah
swasta) atau pemeriksa kerja projek mata pelajaran Kesusasteraan Melayu Komunikatif (untuk calon
persendirian individu).
Tandatangan Calon
Tarikh

Perakuan oleh Guru/Pemeriksa:


Saya mengesahkan bahawa kerja kursus............................................. telah dihasilkan mengikut
spesifikasi yang telah ditetapkan. Saya telah memeriksa kerja kursus calon dan saya berpuas hati
bahawa sepanjang pengetahuan saya, kerja kursus tersebut telah dihasilkan sendiri oleh calon.
Tandatangan Guru/Pemeriksa
Nama Guru/Pemeriksa
Tarikh

16 TERHAD
TERHAD

Lampiran 3
BRKKC

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA


SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA

BORANG REKOD KERJA KURSUS CALON

PENGGAL: 2 HINGGA 3 TAHUN: 2017


MATA PELAJARAN: KESUSASTERAAN MELAYU KOMUNIKATIF 4

No. Pusat/Angka Giliran: ........................................ No. Kad Pengenalan: ....................................

Aktiviti dalam
Tandatangan Tandatangan
Tarikh Penghasilan Kerja Ulasan Guru
Guru Calon
Kursus (diisi oleh calon)

(Jadual aktiviti ini boleh melebihi satu halaman)

Pengesahan Guru Mata Pelajaran: .........................................


Saya mengesahkan bahawa calon ini telah menjalankan sendiri setiap tahap proses kerja dalam
penghasilan kerja kursus bagi mata pelajaran Kesusasteraan Melayu Komunikatif mengikut peraturan
yang ditetapkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia.

Tandatangan Guru: .............................................


Nama Guru: .......................................................
Tarikh: .......................................
Cap Sekolah:

Catatan: Borang ini hendaklah dilampirkan bersama kerja kursus.


17 TERHAD
TERHAD

Lampiran 4.1
BMKKC

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA


SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA

BORANG MARKAH KERJA KURSUS CALON

PENGGAL: 2 HINGGA 3 TAHUN: 2017


MATA PELAJARAN: KESUSASTERAAN MELAYU KOMUNIKATIF 4

Nama Calon: .............................................................. Angka Giliran: .................................


No. Kad Pengenalan: .................................................

(Untuk diisi oleh guru/pemeriksa/penyelaras)


Bil. Kriteria Penilaian Esei Markah Markah Markah
A Penulisan Penuh Guru/Pemeriksa Penyelaras
1 Pengenalan 3
2 Objektif kajian 3
3 Kaedah kajian 3
4 Isi kajian 30
5 Penutup 3
6 Senarai rujukan 3
7 Kemahiran insaniah 3
8 Keaslian 2
B Pembentangan dan Soal Jawab
1 Ketepatan 2
2 Kelancaran 2
3 Keterampilan 2
4 Penggunaan alat bantu 2
5 Kemahiran insaniah 2
Jumlah markah 60

PERAKUAN GURU/PEMERIKSA PENGESAHAN PENYELARAS


Saya memperakui bahawa markah dan Saya mengesahkan bahawa markah dan butiran
butiran di atas adalah benar. di atas adalah benar.

Tandatangan Guru/Pemeriksa : ........................... Tandatangan Penyelaras: .....................................


Nama: .................................................................. Nama: ..................................................................
No. Kad Pengenalan: ........................................... No. Kad Pengenalan: ...........................................
Tarikh: ................................................................. Tarikh: .................................................................
No. Telefon (sekolah) : ..................................... No. Telefon (sekolah) : ....................................
(bimbit) : ..................................... (bimbit) : ....................................
Nota: Markah calon hendaklah dihantar ke Majlis Peperiksaan Malaysia dengan menggunakan
perisian e-submission selepas penilaian dilakukan.
18 TERHAD
TERHAD

Lampiran 4.2
BMKKC

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA


SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA

BORANG MARKAH KERJA KURSUS CALON

PENGGAL: 2 HINGGA 3 TAHUN: 2017


MATA PELAJARAN: KESUSASTERAAN MELAYU KOMUNIKATIF 4

Nama Calon: .............................................................. Angka Giliran: .................................


No. Kad Pengenalan: .................................................

(Untuk diisi oleh guru/pemeriksa/penyelaras)


Bil. Kriteria Penilaian Portfolio Markah Markah Markah
A Penulisan Penuh Guru/Pemeriksa Penyelaras
1 Pengenalan 3
2 Objektif kajian 3
3 Kaedah kajian 3
4 Isi kajian 30
5 Penutup 3
6 Senarai rujukan 3
7 Kemahiran insaniah 3
8 Keaslian 2
B Pembentangan dan Soal Jawab
1 Ketepatan 2
2 Kelancaran 2
3 Keterampilan 2
4 Penggunaan alat bantu 2
5 Kemahiran insaniah 2
Jumlah markah 60

PERAKUAN GURU/PEMERIKSA PENGESAHAN PENYELARAS


Saya memperakui bahawa markah dan Saya mengesahkan bahawa markah dan butiran
butiran di atas adalah benar. di atas adalah benar.

Tandatangan Guru/Pemeriksa : ........................... Tandatangan Penyelaras: .....................................


Nama: .................................................................. Nama: ..................................................................
No. Kad Pengenalan: ........................................... No. Kad Pengenalan: ...........................................
Tarikh: ................................................................. Tarikh: .................................................................
No. Telefon (sekolah) : ..................................... No. Telefon (sekolah) : ....................................
(bimbit) : ..................................... (bimbit) : ....................................
Nota: Markah calon hendaklah dihantar ke Majlis Peperiksaan Malaysia dengan menggunakan
perisian e-submission selepas penilaian dilakukan.
19 TERHAD
TERHAD

Lampiran 4.3
BMKKC

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA


SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA

BORANG MARKAH KERJA KURSUS CALON

PENGGAL: 2 HINGGA 3 TAHUN: 2017


MATA PELAJARAN: KESUSASTERAAN MELAYU KOMUNIKATIF 4

Nama Calon: .............................................................. Angka Giliran: .................................


No. Kad Pengenalan: .................................................

(Untuk diisi oleh guru/pemeriksa/penyelaras)


Kriteria Penilaian
Bil. Markah Markah Markah
Projek Multimedia
Penuh Guru/Pemeriksa Penyelaras
A Perancangan
1 Sinopsis projek 6
2 Papan cerita 24
3 Kreativiti 5
B Penghasilan
1 Persembahan multimedia 10
2 Kemahiran insaniah 3
3 Keaslian 2
C Pembentangan dan Soal Jawab
1 Ketepatan 2
2 Kelancaran 2
3 Keterampilan 2
4 Penggunaan alat bantu 2
5 Kemahiran insaniah 2
Jumlah markah 60

PERAKUAN GURU/PEMERIKSA PENGESAHAN PENYELARAS


Saya memperakui bahawa markah dan Saya mengesahkan bahawa markah dan butiran
butiran di atas adalah benar. di atas adalah benar.

Tandatangan Guru/Pemeriksa : ........................... Tandatangan Penyelaras: .....................................


Nama: .................................................................. Nama: ..................................................................
No. Kad Pengenalan: ........................................... No. Kad Pengenalan: ...........................................
Tarikh: ................................................................. Tarikh: .................................................................
No. Telefon (sekolah) : ..................................... No. Telefon (sekolah) : ....................................
(bimbit) : ..................................... (bimbit) : ....................................
Nota: Markah calon hendaklah dihantar ke Majlis Peperiksaan Malaysia dengan menggunakan
perisian e-submission selepas penilaian dilakukan.
20 TERHAD
TERHAD

Lampiran 5
BRuMKKC

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA


SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA

BORANG RUMUSAN MARKAH KERJA KURSUS CALON

PENGGAL: 2 HINGGA 3 TAHUN: 2017


MATA PELAJARAN: KESUSASTERAAN MELAYU KOMUNIKATIF 4

NAMA SEKOLAH/NO. PUSAT: ............................................................................................................

(Untuk diisi oleh guru/pemeriksa)


Bil. Angka Giliran No. Kad Pengenalan Markah Catatan

(Senarai markah ini boleh melebihi satu halaman)

PERAKUAN GURU/PEMERIKSA PENGESAHAN PENGETUA


Saya memperakui bahawa markah dan Saya mengesahkan bahawa markah dan butiran
butiran di atas adalah benar. di atas adalah benar.

Tandatangan Guru/Pemeriksa : ........................... Tandatangan Pengetua: .....................................


Nama: .................................................................. Nama: ..................................................................
No. Kad Pengenalan: ........................................... No. Kad Pengenalan: ...........................................
Tarikh: ................................................................. Tarikh: .................................................................
No. Telefon (sekolah) : ..................................... No. Telefon (sekolah) : ....................................
(bimbit) : ..................................... (bimbit) : ....................................
Nota: Borang Rumusan Markah Kerja Kursus Calon ini hendaklah dihantar ke Majlis Peperiksaan
Malaysia selewat-lewatnya seminggu selepas markah dimasukkan dalam perisian
e-submission.
21 TERHAD

You might also like