You are on page 1of 2

LAPORAN PELAKSANAAN PROGRAM TRANSISI 2017 SK BERCHANG

1.0 Nama Program : Program Transisi Tahun 1 SK Berchang

2.0 Tarikh Perlaksanaan : 3 Januari 20 Januari 2017

3.0 Masa : 7.45 Pagi 1.05 Petang

4.0 Tempat : SK Berchang

5.0 Bilangan Pelajar Terlibat : 18 Orang

6.0 Objektif :-

6.1 Menyediakan murid dengan suasana sebenar proses pengajaran dan


pembelajaran di dalam kelas.
6.2 Melahirkan murid yang berani dan berkeyakinan untuk berinteraksi dengan
suasana persekitaran.
7.0 Aktiviti sepanjang program (Rujuk Lampiran : Jadual Program Transisi Tahun 1)
8.0 Ahli Jawatankuasa Program
Penasihat : Pn Hamidah binti Abdul Rahman
(Guru Besar SK Berchang)
Pengerusi : Encik Burhan bin Abu Bakar
(GPK 1 SK Berchang)
Penyelaras : Pn Nurul Ashikin binti Abdul Wahab
(GPK HEM SK Berchang)
Setiausaha : Cik Zainab Asilah binti Abdullah
(Guru Kelas Tahun 1)
AJK : Semua guru mata pelajaran Tahun 1
9.0 Rumusan
Seramai 18 orang murid tahun 1 telah menjayakan Program Minggu Transisi bagi
tahun 2017. Objektif yang diterapkan dalam program ini iaitu untuk menyediakan murid
dengan suasana pengajaran dan pembelajaran sebenar dan juga membina keyakinan
diri murid telah membantu menyediakan murid menghadapi suasana pembelajaran
sebenar. Melalui program ini juga, murid-murid dilihat dapat menyesuaikan diri dengan
rakan-rakan, guru-guru, kakitangan, infrastruktur serta persekitaran sekolah. Bagi
aktiviti yang berbentuk kemahiran, majoriti murid dapat menguasai serta terlibat secara
aktif misalnya kemahiran pra tulisan, pra bacaan, pra nombor dan juga mewarna. Bagi
aspek interpersonal pula, murid-murid dilihat mempunyai kesungguhan dan keyakinan
dalam melakukan aktiviti berkumpulan, contohnya dalam aktiviti nyanyian dan dinamika
kumpulan menghasilkan kolaj huruf. Di samping itu, melalui aktiviti pertemuan dengan
barisan pentadbir, guru, staf sokongan dan kakitangan membantu murid mengenali
orang yang berada di persekitaran mereka. Melalui pelaksanaan Program Transisi
Tahun 1 2017, telah terbukti bahawa murid-murid telah sedia untuk dibimbing sekaligus
melancarkan sesi pengajaran dan pembelajaran kelak.

Disediakan Oleh : Disahkan Oleh :

. ..

(ZAINAB ASILAH BINTI ABDULLAH) (HAMIDAH BINTI ABDUL RAHMAN)

Setiausaha, Guru Besar


Program Transisi SK Berchang
SK Berchang

You might also like