You are on page 1of 5

TEKS PENGACARA MAJLIS

REDHA ILMU SESI PETANG


TAHUN 2017

ALU-ALUAN Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Selamat
sejahtera dan salam 1 Malaysia

Yang Berusaha,
Pn. Norsiah binti Mohd Salleh, Penolong Kanan Petang
SMK Taman Daya
Yang Dihormati,
Pn. Rashidah binti Yusuf dan En. Ahmad Hashimi Bin Ali,
Pembantu Penolong Kanan Petang SMK Taman Daya
Guru-guru,
Serta rakan pelajar yang dikasihi.

Alhamdulillah, marilah kita merafakkan kesyukuran ke


hadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat kita
berkumpul di dewan ini untuk menjayakan Majlis Redha
Ilmu Sesi Petang bagi tahun 2017. Majlis mengucapkan
selamat datang kepada para hadirin sekalian. Untuk

1
pengetahuan majlis ini diadakan bagi meningkatkan
keyakina dan motivasi para pelajar yang akan menduduki
peperiksaan Akhir Tahun agar dapat menjalani
peperiksaan tersebut dengan tenang dan menghasilkan
kejayaan yang cemerlang.

BACAAN DOA Hadirin yang dihormati

Tetak buluh panjang sepuluh


Mari jolok sarang penyengat
Angkat tangan jari sepuluh
Doa dipinda biar selamat

Bagi memberkati perjalanan majlis, dengan segala


hormatnya dipersilakan ___________________________
untuk memimpin bacaan doa.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas bacaan doa


itu sebentar tadi. Semoga perjalannan majlis ini diberkati
Allah. InsyaAllah..

Hadirin hadirat yang dikasihi,

TAKLIMAT Bagi meneruskan acara, dijemput Puan Norazura binti


EXAM Wahab untuk memberikan Taklimat Peperiksaan. Dengan
segala hormatnya dipersilakan.

2
Terima kasih diucapkan kepada Puan Norazura atas
taklimat yang disampaikan sebentar tadi.

Hadirin yang dihormati,

Taklimat Majlis diteruskan dengan menjemput, Pn. Zarirah binti


PJASK Abdul Hamid, untuk memberikan taklimat PJASK sesi
petang. Dengan segala hormatnya, dipersilakan.
Slot Motivasi Terima kasih diucapkan kepada Pn. Zarirah diatas
taklimat itu tadi yang disampaikan sebentar tadi.

Majlis diteruskan lagi dengan slot motivasi oleh En.


Shahrunizam bin Maskan, guru Bimbingan dan
Kaunseling SMK TAMAN DAYA. Dengan ini dipersilakan
tuan.

Terima kasih diucapkan kepada En. Shahrunizam atas


perkongsian ilmu itu tadi.

Hadirin yang dihormati sekalian,

UCAPAN PK Tanpa melengahkan masa, majlis menjemput dan


PETANG mempersilakan Yang Berusaha, Pn. Norsiah Binti Mohd
Salleh, Penolong Kanan Petang SMK Taman Daya untuk

3
menyampaikan amanat beliau kepada pelajar-pelajar sesi
petang 2017. Majlis dengan takzimnya dipersilakan.

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Pn.


Norsiah Binti Mohd Salleh atas amanat yang diberikan
sebentar tadi. Semoga pelajar sesi petang SMK Taman
Daya ini akan menperolehi keputusan yang cemerlang.
Amiiin Mudah-mudahan InsyaAllah..

Hadirin yang dikasihi,

Kini tibalah kita ke kemuncak majlis iaitu sesi bersalam-


salaman memohon redha Ilmu.

REDHA ILMU Dalam kesempatan ini, dalam pertemuan bermakna ini,


marilah kita sama-sama melapangkan dada saling
memaafkan dan merelakan ilmu yang telah dicurahkan
kepada anak didik ini, semoga keberkatannya akan
memberi manfaat bersama, beroleh kecemerlangan di
dunia dan mengecapi kejayaan di akhirat.

Buat anak-anak didik cemerlang TDS, teruskan usaha dan


semoga anda semua menjadi insan berguna kepada diri,
keluarga, agama, masyarakat dan negara suatu hari nanti.
Mudah-mudahan Amiin

4
Dijemput para pelajar dan guru-guru untuk berbaris bagi
sesi bersalaman.

You might also like