You are on page 1of 4

Ayah Belum Pulang

Latar belakang puisi

Puisi ini ditulis oleh Usman Awang untuk menceritakan mengenai kesusahan hidup yang dialami oleh
pekerja – pekerja Utusan Melayu yang telah dipecat oleh kerajaan. Semuanya bermula apabila
Utusan Melayu telah mengeluarkan artikel – artikel yang telah mengkritik kerajaan secara terang –
terangan. Kerajaan telah bertindak dengan mengambil alih Utusan Melayu untuk mengawal segala
penerbitan artikel oleh Utusan Melayu. Tindakan kerajaan ini mendapat tentangan daripada penulis
– penulis Utusan Melayu dan mereka merancang untuk melakukan mogok terhadap kerajaan.
Antara perancang kepada mogok tersebut adalah Usman Awang sendiri. Namun begitu, selepas
mogok tersebut berjaya diselesaikan, kerajaan telah memecat pekerja – pekerja yang terlibat dalam
mogok tersebut. Tindakan ini menyebabkan pekerja – pekerja tersebut kehilangan punca
pendapatan dan menyebabkan meraka menghadapai kesusahan hidup. Oleh kerana sedar akan
masalah ini, Usman Awang telah menulis puisi ini untuk menyedarkan pihak kerajaan atas tindakan
meraka dan juga untuk mewakili pihak pekerja yang telah dipecat untuk menceritakan kesusahan yg
mereka alami.

Maksud

Stanza 1

Rangkap ini menceritakan mengenai anak – anak yang menanti ayah mereka untuk balik.
Mereka menagih janji ayah mereka yang berjanji untuk membawa pulang sekotak aiskrim.
Mereka terus setia menunggu ayahmereka untuk balik.

Stanza 2

Anak – anak gelisah menanti ayah mereka yang tidak pulang – pulang, tambahan pula
penjual aiskrim sudah melalui kawasan mereka berulang kali.Ibu mereka menenangkan
mereka; mengatakan ayah dalam perjalanan. Namun penantian mereka terus berterusan
kerana ayah tidak juga pulang walau sudah lama mereka menunggu.

Stanza 3

Ayah telah pulang dalam keadaan mukanya basah. Namun ayah hanya pulang dengan
tangan yang kosong; tidak membawa aiskrim yang dijanjikan untuk anak – anak yang begitu
mengharap ayah akan membawa aiskrim untuk mereka. Ayah sebenarnya tidak mempunyai
wang; tidak mampu untuk membeli walaupun sebatang rokok. Anak – anak menjadi sangat
kecewa dan sedih. Untuk memujuk anak – anak, ayah mengatakan jika pak cik mereka
datang, dia akan membawa aiskrim.
Stanza 4

Setelah menunggu selama berbulan – bulan, pak cik tidakjuga datang. Ayah terus berusaha untuk
mencari pekerjaan seperti sebelumnya

Tema

Tema bagi sajak ini adalah kesusahan hidup sebuah keluarga akibat kehilangan pekerjaan.

- Keluarga telah kehilangan sumber pendapatan apabila si ayah telah kehilangan pekerjaan.
Ayah menjadi begitu terdesak dalam usaha untuk memenuhi tanggungjawabnya sebagai
ketua keluarga dan pemberi nafkah kepada keluarganya kerana ketiadaan wang. Ayah tidak
mampu untuk membeli sebatang rokok, apatah lagi untuk membelikan sekotak aiskrim
untuk anak – anaknya. Ini jelas menunjukkan kesusahan yang dialami oleh keluarga ini;
semuanya hanya kerana ayah telah kehilangan pekerjaan. Untuk memperbaiki keadaan
ini,ayah cuba mencari pekerjaan yang baru, yang mana sebenarnya menjadi satu lagi
cabaran kepada ayah kerana dia tidak dapat mencari pekerjaan walaupun setelah sekian
lama mencari.

Persoalan

1. Kesan pengangguran
- Apabila kehilangan pekerjaan, individu terbabit akan kehilangan sumber pendapatan;
seterusnya akan menyebabkan individu tersebut menghadapi kesusahan dalam memenuhi
keperluan kehidupan. Dalam puisi ini, perkara ini jelas ditunjukkan melalui baris “ ayah tak
punya rokok sebatang “ yang sebenarnya ingin menunjukkan betapa ayah tidak mempunyai
wang dan menunjukkan kesusahan yang dialami.

2. Ketabahan dan kegigighan


- Walaupun ayah tidak menjumpai pekerjaan setelah berbulan – bulan mencari, ayah masih
tabah mencari pekerjaan. Ayah meninggalkan keluarganya demi mencari pekerjaan dan dia
begitu gigih mencari pekerjaan dan ini menunjukkan ayah seorang yang tabah dan gigih
dalam mencari pekerjaan.

3. Impian yang tak tertunai


- Dalam puisi ini, anak – anak mempunyai hasrat untuk memakan aiskrim, namum apabila si
ayah tidak mampu membelikan aiskrim untuk mereka, mereka menjadi sangat sedih. Ini
merupakan satu perkara yang biasa berlaku apabila impian dan kehendak seseorang tidak
dipenuhi. Penulis menggunakan watak anak – anak adalah untuk memberi penegasan
mengenai kesan itu lagi.

4. Tanggungjawab seorang ayah


- Ayah bertanggungjawab untuk memberikan nafkah untuk keluarganya. Biar pun berada
dalam kesusahan, ayah masih lagi perlu memenuhi tanggungjawab ini. Dalam puisi ini, ayah
digambarkan cuba memenuhi tanggungjawab ini melalui penceritaan ayah mencari – cari
pekerjaan; usaha ayah untuk mempunyai pekerjaan agar dia dapat memberikan nafkah yang
cukup kepada keluarganya.

Amanat

Penulis sebenarnya ingin menceritakan kepada kerajaan mengenai keadaan keluarga yang susah
akibat daripada si ayah yang telah kehilangan pekerjaan. Tindakan kerajaan yang telah memecat
ramai pekerja Utusan Malaysia telah menyebabkan keluarga pekerja yang dipecat menghadapi
kesusahan hidup. Penulis telah menulis sajak ini dtujukan khas kepada kerajaan dan para majikan
secara umumnya, agar sentiasa mengambil kira pelbagai faktor mengenai para pekerja sebelum
sebarang tindakan diambil terhadap mereka.

Sikap dan perasaan penulis

Penulis menunjukkan sikap prihatin terhadap para pekerja yang telah dipecat dan bersikap
mengkritik kepada pihak majikan yang telah memecat para pekerja tanpa memikirkan kesan
tindakan mereka kepada para pekerja.

Unsur Bunyi

1. Aliterasi (pengulangan konsonan dalam baris baris secara horizontal)


 “ mana ayah? Anak masih menanti ” – stanza 1, baris 4
 “mungkin membawakan sekotak aiskrim ” – stanza 3, baris 7
 “tangan si anak panjang menadah” – stanza 3, baris 2

2. Asonansi (pengulangan vokal dalam baris baris secara horizontal)


 “janji jadi tangis maha pedih ” – stanza 3, baris 5
 “ayah masih tak tiba lagi ” – stanza 2, baris 5
3. Skema Rima
 Skema rima pecah

Gaya Bahasa

1. Bahasa Perbandingan
I. Hiperbola
 “ah, berkocak dadanya dalam janji ” – stanza 1, baris 2
 “Janji jadi tangis maha pedih ” – stanza 3, baris 5
 “ tangan si anak panjang menadah ” – stanza 3, baris 2

II. Parafrasa
 “ tangan si anak panjang menadah” – stanza 3, baris 2

III. Eufemisme
 “ Pulanglah ayah wajahnya basah ” – stanza 3, baris 1
IV. Simbolik
 Rokok - duit
 Aiskrim – harapan yang diluar kemampuan
 Penjual aiskrim – harapan yang diluar kemampuan
 Pak cik – simbolik menunjukkan ketidak mampuan ayah sehingga mengharapkan
kepada bantuan orang lain

2. Bahasa Penegasan

I. Inversi
 “ ....berkali ulang ” – stanza 2, baris 2
 “...panjang menadah ” – stanza 3, baris 2
 “ ...rokok sebatang ” – stanza 3, baris 4

II. Retoris
 “mana ayah?...” – stanza 1, baris 4

III. Pleonasma
 “ penjual aiskrim lalu berkali ulang ” – stanza 2, baris 2

Bentuk

 Stanza 1 – Quantrin (4 baris)


 Stanza 2 – Quint (5 baris)
 Stanza 3 – Septime (7 baris)
 Stanza 4 – Distikhon (2 baris)

*setiap baris adalah pendek secara relatifnya; untuk menunjukkan ketegasan dan memberikan
impak yang teguh dan membawa nada sayu dan sedih

Nada

Nada bagi sajak ini adalah nada melankolik (menggambarkan suasana hati yang murung dan hiba;
mengenai penderitaan kehampaan dan kerinduan). Ini adalah bersesuaian dengan cerita yang ingin
disampaikan penulis melalui puisi ini. Nada ini juga menepati tema bagi puisi ini bagi menyampaikan
kesan yang lebih mendalam kepada pembaca.

You might also like