You are on page 1of 1

Pengalaman Menghadiri Majlis Perkahwinan Soalan : Kamu telah menghadiri

suatu majlis perkahwinan. Tulis pengalaman kamu semasa menghadiri majlis


tersebut.

Pada cuti persekolahan yang lalu, Saya telah mengikut ibu bapa saya ke
majlis perkahwinan anak lelaki sahabat bapa saya di Teluk Intan. Setibanya di
sana, saya melihat ramai tetamu yang datang meraikan majlis tersebut. Kami
disambut oleh ibu bapa pengantin.

Selepas bersalaman, kami diberikan sedikit buah tangan . Saya mendapat


sekotak gula-gula. Ibu bapa pengantin kelihatan sungguh gembira menyambut
para tetamu. Kami dipelawa masuk ke dalam rumah. Emak mengajak saya
masuk ke dalam rumah pengantin . Bilik pengantin dihias indah dengan
pelbagai hiasan yang menarik . Saya nampak banyak hadiah tersusun di atas
meja kopi di dalam bilik tersebut.

Di luar rumah , telah didirikan beberapa buah khemah untuk para tetamu
menjamu selera. Selepas itu, saya dan ibu keluar untuk menikmati hidangan
yang sungguh istimewa . Kami beratur untuk mengambil makanan . Kami
makan di bawah khemah yang disediakan. Pelbagai lauk pauk terhidang di atas
meja.

Semasa sedang makan, kedengaran bunyi paluan kompang menandakan


rombongan pengantin sudah tiba. Pengantin lelaki segak dengan pakaian baju
Melayu songket berwarna hijau pucuk pisang. Saya cepat-cepat menghabiskan
makanan.

Pasangan pengantin masuk ke dalam rumah dan duduk bersanding di atas


pelamin. Mereka kelihatan sama cantik seperti cincin dengan permata. Ramai
orang mengambil kesempatan mengambil gambar pengantin. Saya turut
mengambil gambar pasangan pengantin untuk kenangan.

Ibu mengajak saya pulang kerana bapa telah lama menunggu. Saya
sungguh gembira kerana dapat menyaksikan majlis perkahwinan yang sungguh
meriah dan pengalaman ini tidak dapat saya lupakan.

You might also like