You are on page 1of 5

LAMPIRAN B

PERATURAN DAN PANDUAN MAJLIS KOMENSMEN


INSTITUT AMINUDDIN BAKI 2017

MAKLUMAT PENTING

1. Taklimat dan Raptai

a. Taklimat dan raptai adalah pada 10 Mac 2017 (Jumaat) bermula jam 5.30 petang
hingga 6.30 petang seperti mana yang tercatat di surat jemputan graduan.
b. Semua graduan diwajibkan untuk menghadiri taklimat dan raptai Majlis
Komensmen bagi membantu majlis berlangsung dengan lancar.
c. Pakaian semasa taklimat dan raptai hendaklah kemas dan sopan serta
bersesuaian dengan majlis.
d. Graduan dilarang memakai seluar jeans, selipar dan kemeja-T semasa taklimat
dan raptai.
e. Graduan diminta memaklumkan kepada ibu bapa/tetamu yang mengiringi
graduan supaya berpakaian kemas dan tertib serta bersesuaian dengan majlis
rasmi.

2. Majlis Komensmen

a. Majlis akan diadakan pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan sebagaimana
yang tercatat di surat jemputan graduan.
b. Graduan mesti memberi maklum balas pengesahan kehadiran ke majlis
komensmen melalui google form yang telah dimuat naik di Laman Web Majlis
Komensmen IAB di Portal Rasmi IAB.
c. Pendaftaran Komensmen
i. Tempat: (seperti yang ditetapkan dalam surat jemputan)
ii. Kehadiran: Graduan mesti menepati tarikh, masa dan program seperti dalam
atur cara majlis
iii. Dokumen yang perlu dibawa: Surat jemputan graduan
d. Institut Aminuddin Baki (IAB) berhak untuk tidak membenarkan graduan daripada
menyertai majlis ini sekiranya graduan tidak atau gagal memaklumkan
pengesahan kehadiran.
1
e. Perbarisan graduan adalah di lokasi yang ditetapkan mengikut Ambilan dan
kumpulan serta nombor giliran yang akan diberikan.
f. Graduan yang hadir lewat dari tempoh masa pendaftaran atau tidak mematuhi
peraturan pakaian seperti yang telah ditetapkan, tidak dibenarkan menyertai
majlis Komensmen ini.
g. Graduan diminta menghormati majlis disepanjang program berlangsung dengan
berkelakuan sopan dan tidak membuat bising.
h. Graduan adalah dinasihatkan supaya tidak membawa masuk barang-barang
persendirian seperti kamera, telefon bimbit, alat kelui (Pager) atau sebagainya ke
dalam dewan.
i. Graduan kelainan upaya yang memerlukan bantuan peralatan seperti kerusi roda
atau pembantu diminta memaklumkan kepada pihak Urus Setia Majlis
Komensman sebelum hari raptai.
j. Graduan dilarang meninggalkan dewan semasa majlis sedang berlangsung.
k. KUASA IAB: Graduan hendaklah mematuhi semua peraturan yang dinyatakan
bagi memastikan perjalanan Majlis Komensmen ini berlangsung dengan jayanya.

A. SYARAT PENYERTAAN GRADUAN DAN BAYARAN

1. Pengesahan kehadiran graduan ke Majlis Komensmen hendaklah dibuat dalam


tempoh masa yang telah ditetapkan dalam surat jemputan graduan.
2. Kadar bayaran komensmen adalah sebagaimana yang tercatat pada surat jemputan
graduan. Bayaran komensmen hendaklah dibuat semasa pendaftaran seperti yang
ditetapkan.
3. Graduan yang tidak menghadiri Majlis Komensmen juga dikenakan kadar bayaran
tertentu untuk proses penghantaran transkrip/diploma.
4. Tiada wakil dibenarkan mewakili graduan menyertai Majlis Komensmen.
5. Graduan yang tidak hadir ke Majlis Komensmen, tiada ulangan atau majlis kedua
bagi ambilan yang sama.
6. Transkrip/Diploma hanya boleh dikeluarkan selepas Majlis Komensmen selesai.

2
B. ETIKA PAKAIAN DAN SAHSIAH RUPA DIRI

1. Pakaian graduan semasa raptai hendaklah kemas dan sopan serta bersesuaian
dengan majlis.
2. Pakaian Graduan Lelaki
Lounge Suit;
- Kemeja lengan panjang
- Seluar panjang berwarna HITAM sahaja dibenarkan - (Jeans, kemeja-T dan
pakaian seragam pasukan keselamatan/penguatkuasa TIDAK DIBENARKAN)
- Kot/blazer berwarna hitam
- Stokin dan kasut formal berwarna hitam
- Tali leher berwarna merah
3. Pakaian Graduan Wanita
- Baju kurung/kebarung/moden labuh. Graduan yang mengandung boleh memakai
pakaian yang bersesuaian.
- Pakaian fesyen berseluar tidak dibenarkan sama sekali.
- Pakaian gaun atau skirt melebihi paras lutut, blaus tanpa lengan, kemeja-T, kain
pario dan seluar adalah TIDAK DIBENARKAN
- Kasut hendaklah bertutup penuh yang bersesuaian, menutupi dari bahagian
hadapan hingga ke tumit kaki.
4. Pakaian Kebangsaan lain yang tidak menepati standard yang dinyatakan adalah
tidak dibenarkan dan dilarang.
5. Set Jubah Komensmen Graduan disediakan oleh IAB yang terdiri daripada Jubah,
Hood dan Mortarboard.
6. Kaedah Peminjaman Set Jubah Komensmen
a. Resit bayaran pendaftaran komensmen hendaklah dikemukakan semasa
meminjam set Jubah Komensmen.
b. Graduan diminta menguruskan peminjaman Set Jubah Komensmen iaitu
sebelum/selepas raptai. Sila rujuk atur cara majlis untuk maklumat lanjut.
7. Set Jubah Komensmen hendaklah dipulangkan sebaik sahaja selesai setiap sidang.
8. Kegagalan memulangkan set Jubah Komensmen memberikan implikasi penyerahan
transkrip/diploma kepada graduan berkenaan.

3
PERINGATAN:
GRADUAN DIINGATKAN UNTUK MEMATUHI SEMUA PERATURAN YANG
DITETAPKAN. KEGAGALAN MEMATUHI ETIKA PAKAIAN DAN SAHSIAH RUPA
DIRI MEMBERI HAK KEPADA IAB UNTUK TIDAK MEMBENARKAN GRADUAN
MENYERTAI MAJLIS KOMENSMEN INI

C. IBU BAPA/TETAMU DAN KAD MASUK

1. Setiap Graduan dibenarkan membawa masuk dua orang ahli keluarga yang berumur
12 tahun ke atas sahaja di dalam dewan semasa majlis berlangsung.
2. Pasangan/ibu bapa/tetamu diminta supaya mengambil tempat duduk di dalam dewan
seperti mana yang telah ditetapkan.
3. Pasangan/ibu bapa/tetamu dinasihatkan supaya bersarapan atau makan tengahari
terlebih dahulu sebelum masuk ke dalam dewan. Majlis dijangkakan mengambil
masa yang agak lama.
4. Ibu bapa/tetamu hendaklah berpakaian rasmi seperti berikut:
a. Pakaian tetamu lelaki
- Kebangsaan atau
- Batik atau
- Lounge Suit atau
- Pakaian rasmi yang sesuai
- Tetamu tidak dibenarkan memakai seluar jeans dan kemeja-T
b. Pakaian tetamu wanita
- Kebangsaan atau
- Pakaian rasmi atau pakaian sopan.
- Seluar atau fesyen baju berseluar tidak dibenarkan sama sekali.
- Tetamu tidak dibenarkan memakai pakaian gaun atau skirt pendek (yang
tidak melepasi paras lutut), blaus tanpa lengan, kemeja-T dan seluar.
5. Pasangan/ibu bapa/tetamu diminta menghormati majlis dengan tidak membuat bising
dan dilarang meninggalkan dewan semasa Majlis Komensmen sedang berlangsung.
6. Tetamu yang berumur di bawah 12 tahun tidak dibenarkan masuk ke dewan.
7. Pasangan/ibu bapa/tetamu mesti berada di dalam dewan sehingga Majlis
Komensmen tamat.

4
HAL-HAL LAIN

1. Sebarang pertanyaan mengenai Majlis Komensmen ini boleh menghubungi En.


Mazli Hasril bin Hasarudin di talian 06-7979373 (019-9299961) atau En. Azhan bin
Ahmad di talian 06-7979373 (019-8817475).
2. Pihak IAB berhak untuk menambah serta meminda kandungan Peraturan dan
Panduan Majlis Komensmen IAB tanpa memaklumkan terlebih dahulu kepada
graduan.

You might also like