Professional Documents
Culture Documents
Kertaskerjagotong Royong 130419191747 Phpapp02
Kertaskerjagotong Royong 130419191747 Phpapp02
April 2013
Anjuran:
Dengan Kerjasama
PERSATUAN IBU BAPA GURU (PIBG)
SK JELAI 3 (F)
1.0 PENDAHULUAN
Sistem pendidikan masa kini berdepan dengan pelbagai cabaran dalam memenuhi
matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan insan yang berilmu, berketrampilan
dan berkeperibadian yang unggul. Kebersihan persekitaran dan bilik darjah merupakan salah satu
faktor yang dapat membantu memenuhi perlaksanaan matlamat tersebut. Penyediaan persekitaran
yang kondusif adalah merupakan tanggungjawab yang perlu dititikberatkan oleh sesebuah institusi
pendidikan.
Aktiviti ini diharapkan dapat memberikan pendedahan dan amalan kepada murid tentang
betapa pentingnya menjaga kebersihan dan keceriaan sekolah terutamanya bilik darjah. Di
samping itu, aktiviti ini akan membolehkan murid menerapkan nilai-nilai murni dalam diri mereka.
Antara aktiviti yang dirangka akan dilaksanakan meliputi aspek pembersihan kawasan
longkang, kawasan pengumpulan sampah, keceriaan kawasan sekitar sekolah serta
menghapuskan kawasan pembiakan nyamuk aedes bersama pihak Jabatan Kesihatan Daerah
Tampin yang akan dijemput hadir untuk memberikan perkhidmatan `fogging` atau menyembur asap
di sekitar sekolah.
Adalah menjadi harapan agar para murid, ibu bapa, guru serta warga SK Jelai 3 (F) akan
memperoleh manfaat daripada aktiviti ini dan seterusnya memenuhi serta mencapai matlamat 3K.
2.0 OBJEKTIF
2.1 Mewujudkan iklim yang kondusif serta identiti sekolah sebagai institusi yang bersih,
indah, selamat dan ceria.
2.4 Meningkatkan keprihatinan dan komitmen warga sekolah dan ibu bapa terhadap
kebersihan, keindahan dan keceriaan serta menghargai kemudahan yang telah
disediakan.
2.5 Menggembleng tenaga dan idea yang bersepadu dalam merealisasikan keberkesanan
aktiviti.
Tugas membersihkan longkang ini dilakukan adalah untuk melancarkan aliran air
yang melalui kawasan tersebut agar tidak tersumbat. Selain itu sebagai satu usaha
untuk menghalang pembiakan nyamuk aedes yang dikhuatiri akan memberi kesan
kepada murid khususnya yang berada di sekolah.
4.2 Kolam
Kedudukan kolam ikan yang berada di antara blok A dan B merupakan kawasan
tarikan bagi murid dan pelawat yang datang ke sekolah ini. Melalui kerja gotong-
royong di kawasan kolam ini, ibu bapa, guru-guru dan para murid akan
membersihkan kolam dan kawasan di sekitarnya.
4.5 Surau
Agihan tugas di sekitar surau ini meliputi longkang, kawasan perhiasan seperti
pokok bunga dan bahagian dalaman surau itu sendiri seperti susunan sejadah dan
telekung (sekiranya ada) serta kawasan di sekitar tempat wuduk (lelaki dan
perempuan).
4.5 Kelas
Setiap kelasn akan diagihkan mengikut guru-guru dan wakil dari ibu bapa disamping
akan dibantu oleh beberapa kumpulan murid dari beberapa kelas untuk membersih
dan menceriakan setiap kawasan yang telah ditetapkan.
Longkang
sekolah.
1. Pn. Maziah Binti Malek
2. Kolam & Lanskap 2. Wakil PIBG/ibu bapa
3. Murid Tahun 5 Bijak
MASA AKTIVITI
8.00 pagi Ketibaan Ibu bapa/Penjaga ke sekolah
8.15 pagi Taklimat agihan tugas
8.30 pagi Gotongroyong bermula
11.00 pagi Ketibaan tetamu VIP
Jemputan tetamu VIP melawat kawasan sekitar
11.30 pagi
sekolah
Hadirin berkumpul di kantin & majlis ucapan dari
12.00 petang
YDP PIBG & tetamu VIP.
12.30 petang Makan tengahari dan majlis bersurai
a) PIBG = RM1,000.00
c) Guru = 22 orang
d) AJK PIBG = 7 orang
__________
Jumlah = RM3.00
Berus Sabut
6. 10 unit x RM2.50 25.00
10 Runcit 125.00
(Makanan + Peralatan)
Disediakan oleh
...
(AZIAH BINTI OTHMAN)
Penyelaras J/K 3K,
SK Jelai 3 (F)
73480 Gemas, Negeri Sembilan.
Disemak oleh
....
(EN. DZULKALNIAN BIN AYAT@AYOM )
GPK HEM,
SK Jelai 3 (F)
73480 Gemas, Negeri Sembilan.
Disahkan oleh,
....
(EN. ADAM BIN HJ. OMAR)
Guru Besar
SK Jelai 3 (F)
73480 Gemas, Negeri Sembilan.
Pn. Zaini Binti Ramli
Pn. Aziah Binti Othman
Pekerja Swasta
Disediakan oleh
...
(AZIAH BINTI OTHMAN)
Penyelaras J/K 3K,
SK Jelai 3 (F)
73480 Gemas, Negeri Sembilan.
Disemak oleh
....
(EN. DZULKALNIAN BIN AYAT@AYOM )
GPK HEM,
SK Jelai 3 (F)
73480 Gemas, Negeri Sembilan.
Disahkan oleh,
....
(EN. ADAM BIN HJ. OMAR)
Guru Besar
SK Jelai 3 (F)
73480 Gemas, Negeri Sembilan.