You are on page 1of 2

RESPONDEN 1

SOALAN 1

Ya, penglibatan ahli-ahli komuniti termasuk pesalah dan mangsa jenayah amat perlu. Hal ini
kerana komuniti bertanggungjawab atas sebarang jenayah yang berlaku dalam komuniti
mereka. Selain itu, komuniti juga akan tahu kejadian sebenar apabila pertemuan melibatkan
ahli-ahli komuniti, pesalah dan mangsa. (Kod : komuniti bertanggungjawab)

SOALAN 2

Ya, saya setuju sebab komuniti merupakan orang pertama yang bertindak jika berlaku sesuatu
jenayah. Berbanding dengan pihak berkuasa komuniti yang mengetahui kejadian sebenar jika
berlaku jenayah. Jadi, komuniti mempunyai peranan lagi besar dari pihak berkuasa.
(Kod : Orang pertama yang bertindak)

SOALAN 3

Boleh, tetapi bergantung kepada jenis jenayah. Jika kes sederhana seperti kecurian, ahli-ahli
komuniti boleh mengadakan perbincangan antara pesalah dengan mangsa. Jika, kes besar
seperti rogol mangsa tidak boleh bertemu dengan pesalah untuk perbincangan kerana mangsa
tiada dalam situasi yang stabil. (Kod : Bergantung pada kes)

SOALAN 4

Tidak.hal ini kerana pesalah akan mengulangi kesalahannya jika dibiarkan setakat meminta
dan memberi maaf. (Kod : Pesalah mengulangi kesalahan)

SOALAN 5

Ya, kerana perjanjian tersebut memberi peluang kepada penjenayah untuk memperbaiki
kesalahannya ke atas mangsa. (Kod : memberi peluang kepada penjenayah)

SOALAN 6

Pesalah perlu kembali ke sistem bagi pemulihan kerana pesalah akan insaf terhadap
kesalahannya dan tidak mengulanginya. (Kod : kembali ke sistem untuk insaf)
RESPONDEN 2

SOALAN 1

Ya. Penglibatan ahli-ahli komuniti termasuk pesalah dan mangsa jenayah amat perlu kerana
ia tanggungjawab komuniti dan komuniti akan tahu kejadian sebenar apabila melibatkan
pesalah dan mangsa jenayah. (Kod : tanggungjawab komuniti)

SOALAN 2

Tidak. Pihak berkuasa mempunyai peranan yang besar dalam pengendalian kes kerana
mereka lebih berpengalaman dan berpengetahuan. Selain itu, jika komuniti terlibat mereka
akan mengalami masalah yang rumit. ( Kod : pihak berkuasa lebih berpengalaman dan
berpengetahuan)

SOALAN 3

Tidak boleh kerana mungkin mangsa akan menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap
pesalah. Hal ini akan membawa masalah kepada kedua-dua pihak iaitu mangsa dan pesalah.
(Kod : mangsa menunjukkan rasa tidak puas hati)

SOALAN 4

Tidak. Setakat meminta dan memberi kemaafan , pesalah tidak akan berinsaf dan impak
jenayah tidak dapat dikurangkan. Malah, jenayah akan semakin bertambah. Oleh itu, pesalah
perlu diberi hukuman yang sepatutnya. (Kod : pesalah diberi hukum)

SOALAN 5

Ya, mungkin impak jenayah terhadap keluarga pesalah dapat dikurangkan melalui perjanjian
yang memberi peluang kepada pesalah untuk membaiki kesalahannya. (Kod : impak
terhadap keluarga pesalah dikurangkan)

SOALAN 6

Pesalah harus kembali ke sistem untuk pemulihan bagi mengurangkan kadar jenayah serta
memulihkan pesalah kepada orang yang berinsaf. ( Kod : kembali ke sistem)

You might also like