You are on page 1of 2

BERITA RENCANA HIBURAN BISNES KOTA PENDIDIKAN S&T GAYA HIDUP SUKAN

BERITA NASIONAL TERKINI UTAMA POLITIK PARLIMEN WILAYAH LUAR NEGARA JENAYAH MAHKAMA

Malaysia model negara Islam sebenar


10 Ogos 2017 3:00 AM

KUALA LUMPUR 9 Ogos Malaysia merupakan model sebuah negara Islam sebenar
yang perlu dicontohi dan dipelajari oleh negara-negara Islam lain termasuk Tunisia.

Pandangan sedemikian telah dizahirkan oleh Pre -


siden Pergerakan Al-Nahda, Sheikh Rached
Ghannouchi menerusi satu temubual televisyen di
Tunisia baru-baru ini yang menyatakan rasa bangga
beliau dengan kemam puan negara ini mencipta
banyak kejayaan walaupun mempunyai
kepelbagaian kaum dan agama.

Menurut penerima Ijazah Kehormat Doktor Falsafah


dalam bidang Peradaban Islam daripada Universiti
Sheikh Rached Ghannouchi Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu, Malaysia
telah berjaya mengurus perbezaan antara kaum dan agama sehingga mampu
mengangkat kedudukan ekonomi menjadi antara 20 negara yang sedang berkembang
pesat menuju negara maju.
Penduduknya hanya sekitar 30 juta, bermakna Malaysia bukanlah sebuah negara
besar. Kita telah sama-sama bangkit dengan Malaysia pada tahun 1960-an, tetapi
apabila Malaysia berjaya masuk dalam senarai 20 negara yang pesat membangun
ekonomi nya, sementara Tunisia pula masih dalam kumpulan 80 negara yang
berusaha untuk membangunkan ekonomi, bermakna negara itu telah meninggalkan
kita dengan jarak hampir 60 negara.

Kenapa ini berlaku sedangkan demografi Malaysia jauh lebih rumit berbanding
Tunisia? Hanya 60 peratus sahaja penduduknya terdiri daripada orang Islam; yang
lainnya adalah Cina, India dan juga mereka yang tidak beragama, katanya seperti
dipetik dalam rakaman video itu.
Dalam pada itu, tokoh pemikir Islam antara paling berpengaruh di dunia itu berkata,
Malaysia berjaya keluar daripada kompleksiti itu dan membangunkan negaranya
dengan jayanya sehingga ke tahap seperti hari ini.

Beliau turut menyifatkan Malaysia sebagai sebuah negara yang bersih, cukup teratur,
moden dan negara yang beragama.
Katanya, Malaysia juga memberikan gambaran wajah Islam yang sebenarnya di
samping berjaya membangunkan kemajuan ekonominya, sekali gus menjadi bukti
jelas bahawa Islam tidak menghalang kemajuan ekonomi serta pembangunan
teknologi.

Wanita-wanita Islam di Malaysia pula adalah yang kuat berpegang kepada agama,
namun dalam masa yang sama aktif dalam aktiviti seharian termasuk dalam bidang
politik, ekonomi dan budaya.

Saya telah bertemu dengan Perdana Menteri Malaysia (Datuk Seri Najib Tun Razak)
dan beberapa pemimpin yang lain dan mereka menyatakan kesedia an untuk
membantu Tunisia dalam bentuk pelaburan dan sebagainya, kata beliau.
Pada 9 Julai lalu, Malaysia telah mene
rima kunjungan hormat tokoh paling di
hormati

di negara Tu
nisia itu.
Antara misi utama lawatannya ialah mempelawa Malaysia menjalinkan kerjasama
ekonomi dengan lebih erat dalam pelbagai bidang.
Dalam lawatannya itu, beliau secara peribadi mengagumi kejayaan kerajaan negara ini
yang menegakkan syiar Islam, bahkan membawa imej Islam yang begitu baik
sehingga telah membuka mata dunia bahawa Islam sebenarnya boleh wujud dalam
situasi yang kompleks dan rumit.

Tag Berkaitan

Kuala Lumpur Kerajaan Semasa

ARTIKEL BERKAITAN
Mansuh tol ikut tahap kewangan

Najib pengerusikan mesyuarat pelaksanaan dasar wasatiyyah

You might also like