You are on page 1of 14

FUN-tastik : DARAB

Disediakan oleh:
Siti Rahaimah Ali
Ros Ayu Abdullah
Kasnimi Seman @ Othman

Abstrak

Sifir merupakan salah satu asas matematik yang paling penting dikuasai oleh pelajar
terutamanya untuk pelajar di sekolah rendah. Tanpa kemahiran sifir akan menyebabkan
pelajar tidak dapat melakukan operasi darab dan bahagi seterusnya akan menyebabkan
pelajar akan mengalami kesukaran untuk menguasai pelajaran matematik kerana kemahiran
sifir adalah merupakan kunci utama pelajaran tersebut. Kajian telah dijalankan keatas
pelajar yang lemah dan sederhana bagi pelajar tahun 4, tahun 5 dan tahun 6. Seramai 85
orang responden telah dipilih dari kalangan pelajar di Sekolah Kebangsaan Tumpat,
Tumpat, Kelantan. Data diperolehi menerusi ujian pre dan ujian post dan telah dianalisa
menggunakan spss versi 11. Ujian post diberikan setelah responden didedahkan dengan
kaedah grafik untuk tempoh 2 minggu. Kajian ini bertujuan bagi menjawab tiga persoalan
iaitu i) apakah skor markah dan min kumpulan bagi ujian pre dan ujian post, ii) adakah
terpadat perbezaan min bagi ujian pret berdasarkan jantina dan iii) adakah terdapat
perbezaan min bagi ujian post berdasarkan jantina. Dapatan kajian mendapati skor min
ujian post adalah lebih tinggi dari ujian pre dan tidak terdapat perbezaan yang signifikan
statistik ujian pre dan ujian post berdasarkan jantina. Ini jelas menunjukkan bahawa
kaedah grafik dapat membantu pelajar dalam menyelesaikan masalah pendaraban mudah.

1
Pengenalan

Pengajaran dan pembelajaran matematik KBSR perlu dirancang dan dikendalikan dengan

berkesan bagi mewujudkan suatu pengalaman yang menyeronokkan dan mencabar bagi

pelajar. Pengalaman, kebolehan, minat, daya dan gaya murid yang berbeza-beza perlu

diambil kira dan diberi perhatian.

Matlamat pendidikan matematik rendah ialah untuk membina konsep,

mengembangkan kefahaman murid dalam konsep nombor dan kemahiran asas mengira dan

kemahiran asas dalam pengiraan bagi membolehkan pelajar mengaplikasikan dalam

kehidupan seharian (Menteri Pelajaran, 2003). Sehubungan dengan itu, program matematik

sekolah rendah memberi tumpuan kepada kemahiran mengira iaitu tambah, tolak, darab dan

bahagi dalam penyelesaian masalah harian secara berkesan dan penuh tanggungjawab.

Penekanan terhadap aspek kemahiran berfikir secara kreatis dan kreatif yang berteraskan

penyelesaian masalah juga dimasukkan ke dalam Sukatan Pelajaran Matematik.

Guru memainkan peranan utama dalam perubahan cara matematik diajar dan

dipelajari di sekolah (NCTM, 1991). Pelbagai kaedah telah diperkenalkan untuk

memudahkan murid Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6 menguasai kemahiran sifir. Namun tidak

semua kaedah tersebut dapat diikuti atau dipelajari kerana perbezaan daya kognitif oleh

setiap pelajar. Kebanyakan mereka yang berada dikelas sederhana dan lemah tidak dapat

menguasai kemahiran sifir. Ini adalah kerana pelajar ini mempunyai motivasi yang rendah

dan tidak berminat dengan pelajaran.

Antara amalan tradisional yang dipraktikkan oleh pelajar ini ialah menghafal sifir

menggunakan jadual sifir yang ditulis di dalam buku atau yang terdapat di buku sifir. Namun

2
kaedah ini tidak menarik minat dan menyebabkan kebosanan kepada pelajar. Ini

menyebabkan pelajar yang mempunyai IQ yang rendah tidak mampu untuk menghafal

kerana kaedah ini tidak menarik minatnya.

Penyelesaian pengiraan matematik tidak semestinya tidak dapat diselesaikan

disebabkan oleh masalah berayat (Lyons, 1984), tidak dapat menentukan operasi yang

berkaitan dengan struktur semantic masalah (Valentin dan Lim, 2004), menukarkan bahasa

kepada symbol matematik (Maschkovich, 2002).

Pengajaran dan pembelajaran yang berkesan di dalam kelas akan dapat membantu

pelajar mencapai objektif pengajaran guru dan seterusnya meningkatkan penguasaan ilmu

yang disampaikan. Penggunaan unsur grafik dan warna secara langsung dapat menarik minat

perhatian pelajar. Unsur ini penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana ia

dapat mempertingkatkan kefahaman dan menghindar salah anggapan dan pentafsiran. Media

pengajaran berasaskan kepada bahan maujud yang menarik akan dapat meningkatkan

motivasi pelajar.

Menurut Fontana(1988) media perlu dilihat sebagai sesuatu yang dinamik yang dapat

meransang tindakbalas luaran atau dalaman yang kadang-kadang mempengaruhi psikologi

seseorang. Manusia dikatakan makhluk yang image and visually oriented dan mereka

banyak belajar melalui penglihatan (Pulley). Walaupun mereka mendengar dan membaca,

apa yang didengar dan dibaca biasanya akan divisualkan dalam pemikiran mereka untuk

mendapatkan konsep atau makna yang lebih jelas. Ini selaras dengan kata-kata yang pernah

dimadahkan oleh Kung Fu Tze, seorang pujangga dan ahli falsafah cina; kalau saya

dengar, saya lupa; kalau saya lihat saya ingat; dan kalau saya buat saya tahu

3
Nordin (1991) melaporkan bahawa komponen grafiknya mampu memandu pelajar

kepada bahan pembelajaran di samping mempertingkatkan penglibatan pelajar dan tahap

kefahaman mereka. Kajian Atan dan Idrus (1999) menunjukkan penilaian yang positif

terhadap penggunaan grafik sebagai satu proses penyampaian bahan pembelajaran.

Kaedah grafik adalah satu alternatif dalam membantu pelajar yang lemah dan

sederhana dalam menjawab soalan yang melibatkan operasi matematik tanpa perlu

menghafal sifir. Kaedah ini dapat menarik minat dan seterusnya mampu merangsang daya

pemikiran mereka untuk menguasai kemahiran yang diharapkan sekali gus dapat menyemai

sikap sukakan matematik.

Pernyataan Masalah

Murid-murid yang mengalami kesukaran dalam memahami konsep dan kemahiran

matematik perlu dikenalpasti. Dengan membuat diagnostik pada peringkat awal, program-

program pemulihan yang bersesuaian dapat dilakukan sebelum mereka melangkah ke tahap

matematik yang lebih tinggi lagi. Program pemulihan ini harus dimulakan apabila

kelemahan-kelemahan asas dikenalpasti agar pembelajaran matematik dapat bermula

daripada kekuatan yang ada pada murid yang bermasalah.

Pelajar dikatakan bertanggungjawab terhadap pembelajarannya sendiri, tetapi guru

juga memainkan peranan yang penting sebagai penggalak dan pemudahcara melalui pelbagai

strategi pengajaran yang digunakan (Freiberg, 1996). Hasil daripada kepelbagaian gaya

pembelajaran di kalangan pelajar dan kepelbagaian strategi pengajaran di kalangan guru,

salah-padanan gaya pembelajaran pelajar dan strategi pengajaran guru mungkin berlaku. Ini

mungkin boleh menyebabkan pelajar menjadi bosan dan tidak mengambil perhatian dalam

4
pembelajaran semasa guru mengajar dan seterusnya tidak mencapai prestasi yang diingini.

Sebaliknya, guru yang berhadapan dengan murid yang tidak berminat dalam pembelajaran

akan kehilangan azam untuk mengajar (Felder, 1993).

Schoenfeld (1987) menyatakan kegagalan murid menyelesaikan masalah matematik

adalah disebabkan kurang berkemahiran dalam mengatur strategi untuk menyelesaikan

masalah matematik yang diberikan. Noor Azlan (2003) menegaskan bahawa jika guru tidak

menyahut desakan dari segi konten, pedagogi dan psikologi, pelaksanaan kurikulum tidak

akan berkesan.

Soalan pengoperasian adalah satu bentuk soalan yang wajib dan ianya merupakan

kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh setiap pelajar. Kegagalan pelajar menguasai sifir

menyebabkan ramai diantara mereka tidak dapat menjawab soalan matematik dalam ujian

dan peperiksaan penggal dengan baik. Jika pelajar yang mengalami masalah pembelajaran

dalam matematik tidak dibantu dan diberi bimbingan yang sewajarnya dari awal lagi mereka

dikhuatiri akan menghadapi kegagalan yang berterusan. Pada akhirnya, murid-murid ini akan

kehilangan motivasi untuk belajar matematik dan seterusnya membenci dan melupakan mata

pelajaran ini.

Pelbagai kaedah telah diperkenalkan untuk memudahkan murid Tahun 4, Tahun 5 dan

Tahun 6 menguasai kemahiran sifir. Namun tidak semua kaedah tersebut dapat diikuti atau

dipelajari kerana perbezaan daya kognitif oleh setiap pelajar. Kebanyakan mereka yang

berada dikelas sederhana dan lemah tidak dapat menguasai kemashiran sifir. Ini adalah

kerana pelajar ini mempunyai motivasi yang rendah dan tidak berminat dengan pelajaran.

5
Melalui pemerhatian pada ujian bulanan dan peperiksaan penggal serta P&P, didapati

pelajar dari kelas sederhana dan lemah kerap gagal dan sering melakukan kesalahan apabila

menyelesaikan permasalahan matematik yang melibatkan operasi darab dan bahagi. Ini

disebabkan kegagalan pelajar menghafal dan memahami konsep sifir. Satu cara dirasakan

dapat membantu pelajar dalam menjawab soalan pendaraban mudah menerusi kaedah grafik.

Keadah grafik ini diharapkan dapat membantu murid memahai konsep pendaraban sekali gus

menarik minat dan memotivasi diri mereka untuk meminati matematik secara umumnya.

Dirasakan bahawa kaedah ini dapat membantu untuk merangsang daya kognitif pelajar yang

lemah.

Objektif Kajian

Objektif kajian adalah untuk mengkaji dan membantu meningkatkan kemahiran dan menarik

minat pelajar menyelesaikan masalah pendaraban menggunakan kaedah grafik. Teknik ini

dipilih kerana grafik yang digunakan untuk menyampaikan maklumat dan mempunyai

pengaruh yang signifikal kepada pemprosesan maklumat manusia seperti berikut:

i) memberi kesan kepada perhubungan luaran, idea yang abstrak dan memberikan

gambaran terhadap objek-objek di dunia sebenar.

ii) melibatkan daya hubung interaksi pelajar dimana ia membangkitkan emosi dan daya

kognitif

iii) Ia membangkitkan perasaan dan emosi pelajar.

Berdasarkan kepada kenyataan di atas, kaedah grafik mempunyai daya dan kekuatan untuk

meningkatkan motivasi, penglibatan dan pencapaian pelajar.

6
Persoalan Kajian

Terdapat beberapa persoalan kajian iaitu:

i. Apakah skor markah dan min kumpulan bagi ujian pre dan ujian post

ii. Adakah terpadat perbezaan min bagi ujian pre berdasarkan jantina

iii. Adakah terpadat perbezaan min bagi ujian post berdasarkan jantina

Batasan Kajian

Kajian ini terbatas kepada perkara-perkara yang berikut :

i. Kajian ini melibatkan pelajar tahun 4, tahun 5 dan tahun 6

ii. Pelajar yang cemerlang tidak terlibat dalam kajian ini.

iii. Kajian ini bertujuan menguji keberkesanan kaedah grafik

Kepentingan Kajian

Kaedah grafik ini dapat membantu pelajar menjawab soalan yang melibatkan operasi

pendaraban. Sebelum didedahkan dengan kaedah grafik ini,sebahagian besar pelajar telah

dikenalpasti telah membuat kesilapan dalam menyelesaikan operasi darab.

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kaedah grafik dalam meningkatkan minat

pelajar yang lemah dan sederhana agar mereka tidak membenci matematik disebabkan

mereka tidak dapat menyelesaikan masalah pendaraban mudah. Sekiranya mereka dapat

menjawab soalan yang melibatkan opreasi pendaraban menggunakan kaedah grafik dengan

jayanya, ini memberikan impak yang besar dalam diri mereka yang matematik adalah sesuatu

yang mudah. Ini dapat memotivasikan mereka untuk menyukai matematik.

7
Kaedah Dan Instrumen Kajian

Kaedah yang digunakan dalam kajian ini ialah kaedah ujikaji dengan menggunakan ujian

pensel dan kertas. Pelajar yang dipilih adalah pelajar yang dalam kategori sederhana dan

lemah. Ujian pra diberikan kepada pelajar sebelum didedahkan dengan kaedah grafik.

Setelah ujian pre dilakukan, pelajar telah didedahkan dengan kaedah grafik dalam tempoh

dua minggu. Setelah itu, ujian post yang mempunyai kemahiran yang sama dengan soalan

pre diberikan bagi menguji keberkesanan kaedah grafik.

Sampel Kajian

Sampel kajian adalah terdiri daripada 85 orang murid-murid tahun 4, tahun 5 dan tahun 6.

Kajian dilakukan keatas pelajar di Sekolah Kebangsan Tumpat, Tumpat, Kelantan. Pelajar

yang terpilih dalam kajian ini telah ditentukan oleh guru mereka dimana pelajar ini terdiri

dari kategori lemah dan sederhana. Pelajar ini menghadapi masalah dalam menjawab soalan

pendaraban dua digit dengan dua digit.

Dapatan Kajian

Profil Responden

Secara keseluruhannya, kajian ini melibatkan seramai 85 orang responden seperti yang

ditunjukkan dalam jadual 1. 41 orang responden (48.2%) terdiri dari perempuan dan 44

orang lelaki (51.8%). Responden terdiri dari tahap 2 iaitu responden dari tahun 4 seramai 39

orang (45.9%), tahun 5 seramai 18 orang (21.2%) dan tahun 6 seamai 28 orang (32.9%).

Jadual 1: Profil Responden


8
Kekerapan Peratus(%)
Jantina
Lelaki 44 51.8
Perempuan 41 48.2

Tahun
Tahun 4 39 45.9
Tahun 5 18 21.2
Tahun 6 28 32.9

Persoalan Kajian Pertama : Apakah Skor markah dan Min Kumpulan Bagi Ujian Pre

Dan Ujian Post

Jadual 2 menunjukkan skor markah dan min kumpulan bagi ujian pre dan ujian post. Bagi

ujian pre, terdapat 16 orang (18.8%) yang mendapat skor 0 dimana responden ini gagal

menjawab kesemua item soalan manakala setelah didedahkan dengan kaedah grafik tidak ada

responden yang mendapat skor 0. Ujian pre menunjukkan tidak terdapat seorang responden

yang mencapai skor 9 dan skor 10, manalaka ujian post pula menunjukkan terdapat 13

orang (15.3%) bagi skor 9 dan 16 orang (18.8%) bagi skor 10. Ini menunjukkan satu

peningkatan pencapaian responden yang ketara dalam menyelesaikan masalah pendaraban

menggunakan kaedah grafik.

Jadual 2: Skor Markah Dan Min Kumpulan Bagi Ujian Pre Dan Ujian Post

9
Skor markah Ujian pre Ujian post
Bil responden Peratus (%) Bil responden Peratus (%)
0 16 18.8 0 0
1 16 18.8 11 12.9
2 8 9.4 2 2.4
3 7 8.2 5 5.9
4 7 8.2 6 7.1
5 12 14.1 5 5.9
6 7 8.2 9 10.6
7 8 9.4 8 9.4
8 4 4.7 10 11.8
9 0 0 13 15.3
10 0 0 16 18.8

Jumlah 85 85
Min 3.2 6.4
Sisihan piawai 2.58 3.06

Ujian pre menunjukkan skor min kumpulan ialah 3.2 dengan sisihan piawai 2.58.

Skor min bagi ujian post pula ialah 6.4 dengan sisihan piawai 3.06. Ini menunjukkan skor

min ujian post adalah lebih tinggi dari ujian pre. Ini jelas menunjukkan bahawa kaedah grafik

dapat membantu pelajar dalam menyelesaikan masalah pendaraban mudah.

Persoalan Kajian Kedua : Adakah Terpadat Perbezaan Min Bagi Ujian Pre

Berdasarkan Jantina

Jadual 3 menunjukkan ujian-t bagi melihat adakah terdapat perbezaan skor min yang

signifikan statistic bagi ujian pre dan berdasarkan jantina. Dapatan kajian menunjukkan min

ujian pre bagi lelaki ialah 3.2961 dengan sisihan piawai 2.699 manakala bagi perempuan

minnya ialah 3.073 dengan sisihan piawai 2.474. Perbezaan min bagi ujian pre berdasarkan

jantina ialah 0.694, nilai-t = 0.395 dengan df = 83. Ini menunjukkan p > 0.05, maka

kesimpulannya tidak terdapat perbezaan yang signifikan statistik ujian pre berdasarkan

jantina.

10
Jadual 3: Ujian-T Bagi Ujian Pre Berdasarkan Jantina

Jantina N min s.p df Nilai t Sig-2 tailed

Lelaki 44 3.296 2.699 83 0.395 0.694


Perempuan 41 3.073 2.474

* signifikan pada aras p<0.05

Persoalan Kajian Ketiga : Adakah Terpadat Perbezaan Min Bagi Ujian Post

Berdasarkan Jantina

Jadual 4 menunjukkan ujian-t bagi melihat adakah terdapat perbezaan skor min yang

signifikan statistic bagi ujian post berdasarkan jantina Min ujian post bagi lelaki ialah 6.432

dengan sisihan piawai 3.330 manakala bagi perempuan minnya ialah 6.415 dengan sisihan

piawai 2.784. Perbezaan min bagi ujian post berdasarkan jantina ialah 0.980, nilai-t = 0.026

dengan df = 83. Ini menunjukkan p > 0.05, maka kesimpulannya tidak terdapat perbezaan

yang signifikan statistik ujian post berdasarkan jantina.

Jadual 4: Ujian-T Bagi Ujian Post Berdasarkan Jantina

Jantina N min s.p df Nilai t Sig-2 tailed

Lelaki 44 6.432 3.330 83 0.026 0.980


Perempuan 41 6.415 2.784

* signifikan pada aras p<0.05

Rumusan

11
Penguasaan sifir dapat membantu pelajar menguasai pelajaran dengan cepat dan mudah.

Namun begitu tidak semua pelajar dapat menguasai sifir dengan baik disebabkan tahap

kemampuan dan daya pemikiran yang berbeza bagi setiap pelajar. Kaedah yang menarik dan

merangsang daya kognitif pelajar dapat dikembangkan melalui penggunaan eleman grafik di

dalam menghafal sifir. Secara tidak langsung, ia dapat meningkatkan motivasi pelajar untuk

menghafal sifir terutamanya bagi pelajar yang lemah dan mempunyai IQ yang rendah.

Justeru, kajian ini diharapkan dapat memberikan hasil serta meningkatkan perkembangan

kurikulum dan cara pengajaran di dalam kelas.

Dapatan kajian menunjukkan Dapatan kajian mendapati skor min ujian post adalah

lebih tinggi dari ujian pre dan tidak terdapat perbezaan yang signifikan statistik Ujian pre

dan ujian post berdasarkan jantina. Ini jelas menunjukkan bahawa kaedah grafik dapat

membantu pelajar dalam menyelesaikan masalah pendaraban mudah. Ini menunjukkan

peningkatan yang ketara dalam pencapaian dalam ujian pre dan ujian post. Ini jelas

menunjukkan kaedah grafik adalah satu kaedah yang dapat membantu pelajar yang lemah

dan sederhana dalam menjawab soalan pendaraban mudah. Ini dapat membantu pelajar

meningkatkan skor markah ujian kerana soalan pendaraban mudah sememangnya terdapat

dalam soalan peperiksaan kertas 1 dan kertas 2 bagi matematik sekolah rendah. Secara

keseluhuhannya dapat disimpulkan bahawa kaedah grafik ini telah membantu pelajar dalam

menjawab soalan operaswi darab mudah sekaligus dapat memotivasikan pelajar yang lemah

untuk menjawab soalan matematik dan dapat menarik minat mereka untuk terus berusaha

dalam menyelesaiakan masalah matematik berayat.

Cadangan

12
Kaedah grafik ini adalah salah satu kaedah untuk menyelesaikan operasi pendaraban. Jika

kaedah ini seringkali digunakan oleh pelajar, lama kelamaan mereka dapat menghafal sifir

dengan mudah. Kajian Kaedah grafik ini dapat diteruskan dengan cara lakukan latihan yang

berterusan kepada pelajar yang lemah dan sederhana. Setelah mereka mahir dengan kaedah

ini, diharapkan guru dapat memperjelaskan dengan menggunakan algoritma yang biasa

digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Kajian seterusnya bolehlah

dilakukan ke atas pelajar ini untuk melihat adakah pelajar sudah memahami algoritma piawai

dalam menyelesaikan masalah bagi operasi pendaraban.

13
Rujukan

Christina Agang. (2005). Nombor Oh Nombor. Koleksi Laporan Penyelidikan Tindakan


Tahun 2005. Kuching, Sarawak: MP Batu Lintang, Kuching & Pejabat Pelajaran
Daerah Kecil Serian, Sarawak.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (1991). Kajian 46 Buah Sekolah Rendah Di Malaysia.


Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (1998). Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah, Huraian


Sukatan Pelajaran Matematik Tahun 3.

Khairani Abu Bakar, & Hazali Hassan. (2000). Penilaian di Dalam Kelas Matematik KBSR.
Pulau Pinang: Cerdik Publications Sdn. Bhd.

Liew Su Tim & Leow Soo Kar (1996). Matematik Tahun 5, Dewan Bahasa dan Pustaka &
Edusystem Sdn. Bhd., Kuala Lumpur.

Maschkovich. J. (2002). A Situated And Sosioculture Perspective On Bilingual Mathematics


Learners. Mathematical Thinking and learning. 4 (2&3), 189-212.

Menteri Pelajaran. (2003). Integrated Curriculum For Malaysian Primary School:


Mathematics Year One Curriculum Specification. Kuala Lumpur : Curriculum
Develepment Centre.

Mok, Soon Sang (1998). Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik Untuk Peringkat Sekolah
Rendah, Petaling Jaya: Longman Malaysia.

Mok Soon Sang. (1989). Pemulihan, Pengayaan dan Isu Pendidikan, Siri Pendidikan
Perguruan: Kuala Lumpur, Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
National Council of Teachers of Mathematics NCTM. (1991). Profesional Satndards for
Teaching School Mathematics. Reston. Va: The Council.

Tan, Y. P., & Yeoh, M. H. (2002). Latihan Progresif Matematik, Petaling Jaya, Selangor :
Pustaka Zaman Sdn. Bhd.

Schoenfeld. A. H. (1987). Whats All The Fuss About Metacognition? In Cognitive Science
And Mathematics Education (pg 189-215). New Jersey Lawrence Erlbaum
Associated.

14

You might also like