You are on page 1of 3

Refleksi Program Bina Insan Guru Fasa 6

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para
pensyarah yang telah membimbing kita untuk menjayakan Program Bina Insan Guru,
pihak sekolah yang menyokong kami untuk menjalan aktiviti, guru cemerlang yang telah
menyediakan ceramah yang memotivasikan guru pelatih dan guru-guru pelatih yang
menjadi ahli jawatan kuasa dalam Program Bina Insan Guru ini. Program Bina Insan Guru
berjalan dengan lancar dan berjaya sekali kerana mereka telah memberikan komitmen
dan usaha yang begitu tinggi.

Program Bina Insan Guru Fasa 6 telah dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu
penanda aras dan bengkel. Aktiviti penanda aras telah diadakan pada 24 Julai 2015 di
Sekolah Kebangsaan Seberang Jaya, Pulau Pinang. Manakala aktiviti bengkel telah
dibuat pada 9 Oktober 2015, di Dewan Tun Hamdan, Institut Pendidikan Guru Kampus
Tuanku Bainun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Pada 24 Julai 2015, kelas kami dan 6 PISMP SN/PJ/PK telah membuatpenanda
aras di Sekolah Kebangsaan Seberang Jaya. Semasa kami berada di sekolah itu, kami
telah melawat makmal sains dan perpustakaan sekolah tersebut. Perpustakaan sekolah
tersebut telah diberi gred 5 bintang oleh pihak yang berkenaan. Suasana perpustakaan
sekolah tersebut sangat kondusif di mana peralatan-peralatan seperti alat mainan muzik
etnik, jenis alat dapur serta buku pelbagai kategori telah disusun dengan kemas sekali.
Koleksi buku-buku di perpustakaan tersebut juga amat banyak. Makmal sains sekolah
tersebut juga sangat kondusif dan menarik. Guru sains telah menyediakan banyak bahan
yang membolehkan murid untuk berinteraksi semasa belajar. Guru sains yang bertugas
ialah Encik Asrof Bin Aziz. Beliau merupakan seorang guru cemerlang dalam bidang
sains. Selepas melawat fasiliti yang telah disebutkan maka Cikgu Asrof pun memulakan
ceramah beliau. Beliau telah banyak berkongsi pengalaman beliau dengan kami, beliau
juga telah memberitahu kami cara-cara untuk mengajar subjek sains supaya mudah
difaham oleh murid, menarik minat murid dalam bidang sains, dan cara untuk mencungkil
potensi yang ada pada anak murid. Selain itu, Cikgu Asrof juga banyak mengambil
bahagian dalam pertandingan dan aktiviti yang dianjur diluar sekolah, beliau telah banyak
kali membawa murid SK Seberang Jaya untuk menyertai pertandingan robotik dalam
negara kita.

Melalui penanda aras yang telah di buat kali ini, saya telah mempelajari bahawa
pengurusan bilik darjah telah memainkan peranan yang sangat penting dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran. Bilik darjah mestilah kondusif supaya murid berasa selasa
dan bersemangat tinggi dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Guru perlu sentiasa
memastikan agar bilik darjah berada dalam keadaaan yang bersih dan selesa untuk
murid. Selain itu, guru juga perlu berusaha untuk menghiaskan bilik darjahnya dengan
bahan-bahan yang boleh menarik minat murid. Contohnya, guru boleh meletak model-
model di dalam kelas agar murid boleh berinteraksi dengannya pada waktu rehat. Kedua,
sebagai seorang guru,kami perlu sentiasa memberi perhatian kepada anak murid kami.
Melalui reaksi yang ditunjukkan oleh murid-murid, guru boleh memastikan tindakan yang
diambil. Contohnya, apabila guru dapat melihat murid-murid mulai berasa bosan dan
mengantuk, guru boleh mengadakan sesi interaksi dengan murid atau berjenaka untuk
menarik semula perhatian murid. Seorang guru yang baik sentiasa memerhati reaksi
muridnya melalui tubuh badan murid. Ketiga, guru perlu membuat pengorbanan demi
kebaikan murid. Seperti Cikgu Asrof, beliau telah mengorbankan masa lapang beliau
untuk membawa muridnya pergi bertanding di luar sekolah. Beliau membuat demikian
kerana ingin menggunakan masa lapangnya untuk mencungkil potensi yang terdapat
dalam anak murid beliau. Oleh itu, sebagai seorang guru, kita haruslah sudi berkorban
demi kepentingan dan kebaikan anak murid kita.

Pada 9 Oktober 2015, kami juga telah pun mengambil bahagian dalam bengkel
yang telah dianjurkan di Dewan Kirkby kampus kita. Bengkel tersebut bertajuk Bengkel
Guru dan Budaya Inovasi. Guru merupakan profesion yang mulia kerana golongan ini
merupakan golongan yang sanggup mengorbankan masa demi kebaikan murid. Sebagai
seorang guru, daya kreativiti dan inovasi juga sesuatu elemen yang penting semasa
pengajaran dalam kelas. Dengan adanya kreativiti dan inovasi guru dalam pengajaran,
murid dapat menikmati proses pembelajaran dan pembelajaran mereka juga boleh
berlaku secara optimum.
Akhir kata, saya berasa besar hati kerana dapat melibatkan diri dalam aktiviti
tersebut, di mana pengetahuan saya dalam bidang profesion guru dapat dipertingkatkan.
Saya berharap segala yang saya mempelajari ini dapat diaplikasikan secara optimum
pada masa hadapan.

You might also like