You are on page 1of 2

SJK (T) LADANG REGENT

73200 GEMENCHEH,

NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

Kod Sekolah: NBD 5031 Tel : 06-4316643

MINIT MESYUARAT PANITIA TMK KALI- 3 / 2017

Tarikh : 08/08/2017
Masa : 2.00 petang
Tempat : Bilik sains
Agenda mesyuarat : 1) Perutusan pengerusi
2) Pengesahan minit mesyuarat
3) Perkara-perkara berbangkit
4) Hal-hal lain
5) Ucapan penagguhan

1.0 PERUTUSAN PENGERUSI (GPK KURIKULUM-PN.MARY JANAKI)


1.1 GPK 1 mengucakan ribuan terima kasih kepada semua guru yang dapat
hadir ke mesyuarat.
1.2 Beliau menegaskan bahawa matapelajaran TMK perlu diberi keutamaan
dan perlu diberi perhatian.
1.3 Beliau turut menegaskan bahawa latihan perlu diberi dan perlu ditanda.
1.4 Komputer perlu dijaga dengan baik.
1.5 Keselamatan murid perlu diberi keutamaan semasa mereka berada di
makmal.
1.6 Beliau mengatakan bahawa perisian asas dalam computer perlu
dikertahui oleh murid.
1.7 Beliau turut mengalualukan kehadiran guru baru Pn.K.Shanti yang akan
mengambil alih waktu pdpc Pn.Ilamathi.
1.8 Segala dokumen-dokumen yang berkaitan perlu dikemaskinikan.
1.9 Jadual TMK iaitu peggunaan bilik ICT perlu diikuti oleh semua seperti
yang dijadualkan.
Sekiranya guru tidak dapat menghadiri kelas atau terdapat hal yang tidak
dapat dielakkan, maka guru harus ganti jadual dengan jadual MMI.
1.10 Guru harus memastikan bahawa murid menyiapkan tugasan
(TASK) yang perlu disiapkan pada hujung tahun.

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT


2.1 Minit mesyuarat Panitia TMK kali-3 Tahun 2017 disahkan tanpa pindaan.
2.2 Dicadang : Cik M.Shalini
Disokong : Cik B.Kavitha

3.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT


3.1 Perkara 1.5 GPK pentadbiran membangkitkan perkara 1.5 iaitu untuk
membuat rangka tentang perkara-perkara yang perlu dibuat atau
dilaksanakan bagi matapelajaran TMK pada sepanjang tahun. (Tahun
4,5,6)

4.0 HAL-HAL LAIN


4.1 Cik M.Shalini mengatakan bahawa adakalanya tidak dapat menggatikan
kelas kerana ada perkara-perkara penting yang tidak dapat dielakkan.
4.2 Guru perlu sentiasa mengawasi dan memberi perhatian terhadap semua
kegiatan yang murid lakukan dalam computer.
4.3 Guru perlu memastikan bahawa murid tidak memuat turun gambar atau
bahan yang tiada kaitan dengan pdpc.
4.4 Masalah yang berkaitan dengan peralatan atau computer perlu diatasi
dengan segera.

5.0 UCAPAN PENANGGUHAN


5.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang telah
hadir ke mesyuarat kali-3 ini dan berharap agar semua guru dapat
melaksakan tugas dengan baik.
Mesyuarat ditanggungkan pada jam 4.00 petang.

Disediakan oleh:-

Urusetia Kurikulum

You might also like