You are on page 1of 60

PENDAHULUAN

Suatu ketika dulu, planet bumi yang maha indah ini telah
dianugerahkan kepada makhluk spesis haiwan merangkumi pelbagai jenis
dan bentuk sama ada yang yang terbang di udara, tinggal di bawah
lautan, penghuni hutan, padang pasir dan di dalam perut bumi.

Sedihnya, ada diantara spesis haiwan-haiwan ini telah pupus dari


muka bumi kita. Tidak mungkin bagi kita dan generasi akan datang dapat
melihat spesis haiwan ini lagi biarpun suatu ketika dulu haiwan-haiwan ini
hidup melata di muka bumi mahupun terbang bebas di angkasa.
Di Malaysia pada penghujung 1989 anggaran 18.5 juta hektar atau
56.3 peratus daripada bumi di Malaysia diliputi hutan. Hutan hujan tropika
kaya dengan flora dan fauna. Dari segi faunanya 200 spesies mamalia ,
115 spesies ular , 80 spesies katak dan 80 spesies cicak telah
disenaraikan.

Hutan bukan sahaja berfungsi sebagai habitat kepada flora dan


fauna tetapi mempunyai kepelbagaian fungsi seperti sumber ubat-ubatan
dan kawasan tadahah air.

DEFINISI FLORA DAN FAUNA

Menurut Kamus Dewan edisi keempat (2010), flora membawa


maksud tumbuh-tumbuhan yang terdapat pada satu-satu daerah atau
pada suatu masa manakala fauna pula bermaksud seluruh binatang
yang hidup di suatu tempat. Kepupusan pula menurut Kamus Bahasa
Melayu ialah habis lenyap. Kepupusan flora dan fauna boleh didefinisikan
sebagai kebinasaan atau kelenyapan tumbuhan dan haiwan semulajadi
dari muka bumi.
FAKTOR-FAKTOR KEMUSNAHAN DAN KEPUPUSAN FLORA DAN
FAUNA

Pencemaran
Keadaan pencemaran yang teruk akan menyebabkan kepupusan
haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Faktor ini yang menyebabkan
banyak hidupan akuatik semakin pupus.

Hidupan seperti ikan lumba-luma dan paus pembunuh semakin


pupus disebabkan pencemaran air terutamanya disebabkan oleh
tumpahan minyak di laut dan kegiatan manusia yang suka
mengotorkan laut.
Beruang panda yang merupakan habitat yang istimewa yang hanya
terdapat di negara China semakin pupus disebabkan pencemaran
alam. Kepupusan pokok buluh juga menjadi penyebab kepada
kepupusan hidupan ini kerana pokok buluh merupakan makanan
utama habitat ini.

Pembalakan Haram

Pembalakan haram iaitu menebang spesis pokok yang dilindungi


seperti Meranti dan Cengal.

Membalak di kawasan perlindungan seperti di kawasan hutan


simpan dan Taman Negara.

Apabila kegiatan pembalakan dijalankan, ia juga memusnahkan


spesis tumbuhan yang lain contohnya apabila pokok balak tumbang
ia juga akan memusnahkan tumbuhan kecil yang berada di sekitar
itu. Ia juga akan menyebabkan binatang-binatang yang hidup di
kawasan itu lari dan mati. Seterusnya hakisan tanah juga akan
berlaku.

Pembakaran Hutan

Pembakaran hutan secara terbuka seperti yang berlaku di


Kalimantan dan Sumatera telah menyebabkan spesis-spesis yang
berada di kawasan tersebut musnah dan terancam.

Pemburu Haram

Pemburuan secara haram yang berleluasa di hutan-hutan di


Malaysia adalah merupakan satu faktor yang menjurus kepada
kemusnahan habitat dan spesis haiwan ini.
Pemburu haram ini bukan sahaja mengeksploitasikan binatang ini
malahan mengaut keuntungan yang banyak melalui kegiatan ini.

Pemintaan yang tinggi melalui pasaran antarabangsa dan tempatan


terhadap bintang ini menjadi punca utama kegiatan ini berleluasa.

Harimau Malaya merupakan satu spesis yang semakin terancam


kerana pemburuan terhadapnya semakin tinggi. Permintaan yang
tinggi terutama dalam bidang perubatan Cina menyebabkan
Harimau Malaya kini hanya tinggal sejumlah yang sedikit sahaja.

Peningkatan Suhu Dunia

Faktor peningkatan suhu dunia ini juga merupakan punca utama


kepupusan flora dan fauna di Malaysia.

Faktor perubahan iklim ini bukanlah perkara baru dalam kepupusan


flora dan fauna ini dimana antara faktor kepupusan binatang
prasejarah seperti dinasaour adalah disebabkan perubahan cuaca
dunia.
Fenomena yang menyebabkan peningkatan suhu dunia yang
mendadak ini menyebabkan sesetengah spesis haiwan dan tumbuh-
tumbuhan terancam terutamanya haiwan dan tumbuhan yang tidak
sesuai dengan cuaca panas. Faktor ini akan mnyebabkan kepupusan
hidupan ini.

KESAN-KESAN KEPUPUSAN FLORA DAN FAUNA

1. Kitaran kehidupan akan terjejas


Apabila haiwan-haiwan dan tumbuhan mengalami kepupusan yang
serius, ia turut menjejaskan kitaran kehidupan. Contohnya, haiwan
yang diburu boleh menyebabkan kepupusan. Apabila tiada lagi
harimau untuk mengawal populasi rusa dan kijang. Haiwan-haiwan
ini terus membiak dan mampu merosakkan kawasan rumput di
sekitarnya.
2. Hakisan tanah dan tanah runtuh
Akibat dari pembakaran yang tidak terkawal dan pembukaan tanah
baru mendorong tanah runtuh berlaku. Akar-akar pokok secara tidaK
langsung mencengkam tanah daripada runtuh. Akar-akar ini akan
memastikan tanah sentiasa berada dalam kedudukan semulajadi.
Tetapi apabila hutan dan pokok-pokok digondol, tiada lagi akar-akar
yang mencengkam tanah. Apabila tiada lagi sokongan pada tanah,
tanah tidak lagi mampu untuk menampung segala benda di atasnya.
Hasilnya, hakisan tanah atau tanah runtuh berlaku. Dahulu negara di
gemparkan dengan tragedi tanah runtuh di Genting Highlands dan
Highlands tower. Jika diperhatikan kawasan sekelilingnya tidak
banyak pokok dan ini menyebabkan hakisan tanah sekaligus tanah
runtuh pun berlaku.

3. Mencacatkan pemandangan alam

Apabila flora dan fauna yang sebelum ini menyerikan alam


semulajadi mengalami kepupusan, yang terbentang di depan mata
hanyalah kawasan gersang dan gondol seperti gurun. Malaysia yang
kaya dengan pelbagai jenis spesis tumbuhan dan haiwan serta
hutan hujan tropika bertukar menjadi padang jarak padang terkukur.
Sudah tentu keadaan ini mencacatkan pemandangan alam
semulajadi

CARA UNTUK MENANGANI MASALAH KEPUPUSAN FLORA DAN


FAUNA

Mendokumentasikan kekayaan dan kepelbagaian spesis yang ada


dalam hutan sebelum sesuatu tindakan mengubah status kawasan
dilakukan
Mewujudkan sistem pengurusan hutan berkekalan yang dapat
melindungi unsur-unsur hutan terutama kepelbagaian hayat spesis
yang menghadapi bahaya kepupusan. ( Penanaman hutan
semula, menghadkan atau menentukan kapasiti hasilan
hutan
Mengiktiraf lebih banyak kawasan hutan asli sebagai taman
rekreasi ,taman laut atau taman negara dengan keluasan
mencukupi.

Memperketatkan akta dan tindakan undang-undang pembalakan


khasnya untuk mencegah pembalakan haram.,( membalak di
kawasan perlindungan hutan TAMAN NEGARA ) pemburuan haram
atau pemusnahan spesis tumbuhan yang tidak terkawal seperti
tumbuhan jenis orkid .

Masalah pembalakan haram Laporan Trade Records of Fauna and


Flora menyebut di antara tahun 1986 dan Jun 1990 500.000 hektar
hutan di Malaysia ditebang tetapi kelulusan jumlah kawasan yang
dibenarkan hanya 320.000 hekter.
Pemerliharaan penyu di pusat Santuari Penyu Rantau
Abang.JumlahBancian penyu mendarat di Rantau Abang didapati
merosot di mana jumlah pada tahun 1996 sebanyak 5665 ekor
merosot kepada 2247 ekor pada tahun 1994.

Menjalankan usaha penyelidikan oleh FRIM, Perhilitan dan Jabatan


Alam Sekitar..Contohnya usaha-usaha pihak pihak Perhilitan untuk
mengkaji kepupusan Harimau Malaya.(Sekarang jumlah hanya 600
ekor seluruh Malaysia )

Penguatkuasaan Undang-undang oleh kerajaan

Akta kualiti Alam Sekitar ( EQA) 1974


Pembuangan sisa minyak ke laut di denda RM 500.000

Pelan Tindakan Kebangsaan Pendidikan Alam Sekitar 1986

CONTOH HAIWAN-HAIWAN YANG TELAH PUPUS

Po'ouli

Burung Po'ouli atau Black Faced Honeycreeper ini merupakan peghuni asli
Maui, Hawaii. Spesis burung ini ditemui sekitar tahun 1970an oleh para
pengkaji spesis.

Namun selepas itu, popularitinya mula menurun dengan mendadak. Hanya


beberapa ekor sahaja yang tinggal, lebih kurang tiga ekor yang masih lagi
hidup di dunia ini.

Pada tahun 2004, kelibat burung Po'ouli langsung tidak kelihatan lagi dan
secara rasminya burung ini telah diisytiharkan pupus pada tahun tersebut.

Puncanya, akibat kerakusan manusia terhadap pembangunan sehingga


memusnahkan habitat burung Po'ouli di Kepulauan Hawaii.

Katak Emas

Katak emas (Golden Toad) dipercayai pupus dari muka bumi pada tahun
1989. Katak yang berbadan kecil, berkilat dan warnanya yang terang
ke'orenan' pernah terdapat di rantau kecil di altitud tinggi Costa Rica.
Sebelum ini amfibia fluorescent itu sangat mudah dijumpai di kaki-kaki
bukit Costa Rica.

Tetapi, kesan daripada pencemaran dan pemanasan global, spesis ini mula
menghilang dan akhirnya telah pun pupus pada tahun 1989.

Rama-rama Putih Madeira

Rama-rama putih Madeira merupakan rama-rama yang sangat cantik.


Rama-rama yang berwarna putih ini hanya boleh ditemui di lembah-
lembah hutan Laurisilva di Kepulauan Madeira, Portugal.

Rama-rama jenis ini memiliki hubungan paling dekat dengan spesis rama-
rama putih yang banyak didapati di seluruh Eropah, Afrika dan Asia.
Rama-rama ini dipercayai telah pupus pada tahun 2007 oleh para
penyelidik spesis. Punca kepupusan rama-rama ini adalah disebabkan
kemusnahan habitat asalnya.

Peningkatan bilangan manusia menyebabkan banyak kawasan hutan


diratakan untuk proses pembangunan. Kesannya, banyak habitat haiwan
dan serangga yang tergadai termasuklah rama-rama putih Madeira.

Badak Hitam Afrika Barat

Badak hitam Afrika Barat adalah salah satu spesis badak daripada empat
subspesis badak yang lenyap di atas muka bumi ini pada tahun 2006.
Tujuh tahun lalu, satu lagi spesis binatang telah lenyap diatas muka bumi
ini.

Setelah pengkaji haiwan gagal menemui spesis ini dalam habitat mereka
di Cameroon, Afrika Selatan. The World Conservation Union (IUCN) telah
mengumumkan pada 7 Julai 2006, badak hitam Afrika Barat telah pupus.

Punca kepupusan badak hitam Afrika Selatan adalah akibat aktiviti


pemburuan haram yang berleluasa untuk mendapatkan sumbu badak
yang mendapat permintaan tinggi di pasaran.

Kesannya, badak hitam Afrika Barat lenyap keturunannya dari muka bumi
ini.

Kambing Gunung (Pyrenean Ibex)

Kambing gurun atau kambing gunung dari spesis Pyrenean Ibex


merupakan haiwan asli dari Pyrenees, sebuah kawasan pergunungan di
Andora.

Pada abad ke-14 populasi Pyrenean Ibex masih lagi banyak. Namun, pada
abad ke-19 populasinya mula menurun dan berkurangan angkara pemburu
haram yang berleluasa.
Awal abad ke-20 di Sepanyol, jumlah Pyrenean Ibex hanya tinggal lebih
kurang 100 ekor sahaja. Pada tahun 1981 jumlah populasi haiwan ini
semakin menurun. Lama-kelamaan jumlah Pyrenean Ibex di atas muka
bumi hanya tinggal sekitar 30 ekor sahaja.

Pada 6 Januari 2000, dikatakan Pyrenean Ibex terakhir di dunia telah mati
ketika berusia 13 tahun.

Harimau Tasmanian (Thylacine)

Haiwan karnivor ini digelar harimau Tasmanian kerana jalurnya ala-ala


harimau belang yang terdapat di belakang badannya.

Keunikan haiwan ini telah menarik minat ramai saintis. Haiwan ini
berhabitat di benua Australia, Tasmania dan New Guinea.
Harimau Tasmanian ini telah diumumkan pupus secara rasminya pada
tahun 1936. Punca kepupusan harimau Tasmanian dipercayai akibat
pemburu haram yang berleluasa dan berterusan.

Malah habitatnya pun turut terancam akibat daripada pembangunan yang


tidak terancang.

Burung Dodo

Dodo ialah haiwan yang telah pupus tetapi paling popular di dunia. Banyak
peribahasa sering dikaitkan dengan dodo seperti 'As dead as a dodo' yang
membawa maksud, kematian yang meragukan dan pelik.
Seperti peribahasa ini, kematian dodo pelik kerana dodo dikatakan pupus
secara tiba-tiba.

Suatu ketika, dodo boleh dilihat berkeliaran seperti mana ayam-ayam dan
itik-itik di kampung.Dodo adalah burung yang tidak boleh terbang. Ia
sering bersarang di atas tanah seperti mana ayam dan itik.

Habitat asal dodo adalah di Kepulauan Mauritius. Dodo dipercayai telah


pupus disekitar penghujung abad ke-17 lagi.

Ular Boa Round Island

Ular ini merupakan spesis asal, Round Island iaitu sebuah pulau kecil di
pantai Mauritius. Reptilia Boa Round Island lebih suka tinggal di puncak
ataupun lapisan tanah di lereng-lereng gunung berapi.

Ular ini juga pernah dijumpai di beberapa pulau lain di sekitar Mauritius,
tetapi jumlahnya telah menurun pada tahun 1940an dan akhirnya hanya
boleh ditemui di Round Island pada sekitar tahun 1949.

Seterusnya, ular ini kali terakhir dilihat manusia pada tahun 1975 dan
dipercayai telah pupus.
CONTOH HAIWAN-HAIWAN YANG TERANCAM

Badak Sumatera

Badak ini berukuran paling kecil di kalangan badak-badak di dunia ini.


Badak ini hidup di kepulauan sumatera, Malaysia dan Thailand. Badak
ini diancam kepupusan dan dianggarkan hanya ada enam populasi di alam
liar atau tinggal 300 ekor saja. Faktor utama badak ini berkurang adalah
dari pemburuan liar.
Okapi

Nama binatang ini okapi. Ianya di jumpai zaman kuno lagi. Juga di kenali
sebagai "african unicorn". Terdapat 10 000-20 000 okapi yang masih ada
di dunia ini.
Golden Tabby Tiger

Nya juga di kenali sebagai strawberry tiger. Hanya kurang dari 30 ekor di
ketahui masih hidup.
Dolphin Sungai Yantze

Haiwan ini di temui di sungai yang berada di negara China. Dolphin ini
menjadi semakin pupus kerana pembangunan yang semakin meruncing.
Ia nya diketahui hanya kurang dari 13 ekor dolphin ini.
Harimau Siberia

Spesies harimau ini pernah tinggal di wilayah Cina, Semenanjung Korea,


dan Mongolia. Sekarang haiwan tersebut hanya boleh hidup bebas di
Rusia, di wilayah perlindungan kawasan Amur-Ussuri. Dianggarkan 350
hingga 450 sahaja yang masih hidup.
Musang Berkaki Hitam

Haiwan ini hampir pupus di sebabkan oleh ketamakan manusia yang terus
mencemarakan alam sekitar tanpa henti. Haiwan asli Amerika Utara ini
kini dinyatakan sebagai mamalia paling terancam di AS. Jumlah musang
berkaki hitam ini juga berkurangan.
Gorila Gunung

Jumlah populasi haiwan ini pun turut terus berkurang akibat pembalakan
liar, aktiviti pemburuan , dan perdagangan haiwan haram. Saat ini, jumlah
Gorila Gunung yang mampu hidup di kawasan dingin ataupun panas ini
hanya ada 720 ekor yang tersebar di wilayah Uganda.
Sands Cats

Kucing pasir merupakan satu-satunya spesis dari keluarga kucing yang


tinggal di padang pasir, terutamanya di kawasan padang pasir Afrika
Utara, Asia Barat dan Asia Tengah. Sejak tahun 2002 kucing pasir ini telah
disenaraikan sebagai haiwan yang terancam oleh IUCN (International
Union for the Conservation of Nature) kerana penurunan populasi yang
mendadak.
Egyptian Tortoise
Egyptian Tortoise (kura-kura Mesir?) yang juga dikenali sebagai Kleinmans
tortoise atau Leiths tortoise ini dianggap dalam keadaan terancam yang
kritikal. Ianya dipercayai sudah pupus di Mesir, which is ironic, sebab
namanya Egyptian Tortoise tapi tak boleh dijumpai di tempat bersempena
dengan nama kura-kura ini. Ribuan sudah dihantar ke Amerika dan lain-
lain negara dengan tujuan pembiakan dalam kurungan.

Sea Otter

Sea Otter hampir pupus disebabkan aktiviti pemburuan yang ingin


mengambil bulu mereka. Mengapakah mereka tergamak nak membunuh
haiwan secomel begini? Populasi haiwan ini di Barat Laut Pasifik
berkurangan kepada kurang daripada 2000 ekor pada awal abad ke-20.
Berita baiknya, dengan penguatkuasaan undang-undang, populasi Sea
Otter ini telah meningkat kepada 100,000 hingga 150,000 ekor.

Fennec Fox
Fennec Fox yg tinggal kawasan Afrika Utara dan Timur Tengah ini masih
lagi belum dianggap sebagai haiwan yang terancam namun habitat
mereka menerima ancaman dari aktiviti perlancongan dan pembangunan.
Telinganya yang besar membantu untuk memburu pada waktu malam
dengan berfungsi untuk mendengar pergerakan mangsa di bawah tanah
dan menyejukkan badan daripada haba padang pasir.
Mexican Axolotl

Mexican Axolotl ini sebenarnya merupakan salah satu spesis salamander


dan tinggal di dalam air. Haiwan ini dikatakan hampir pupus, dengan
kurang daripada 1200 ekor yang tinggal di Mexico, satu-satunya habitat
terakhir bagi haiwan ini yang masih terpelihara. Apabila sudah pupus nanti
pasti kecewa juga sebab mana nak cari haiwan yang memang dilahirkan
untuk senyum secara semulajadi sebegini?
Pika
Pika yang merupakan mamalia kecil dari keluarga arnab ini mempunyai
telinga yang besar dan tidak mempunyai ekor. Menurut World Wildlife
Foundation (WWF), binatang ini terancam kerana ianya terdedah kepada
kesan pemanasan global disebabkan Pika ini tinggal di habitat yang sejuk
dan agak lembap di kawasan tanah tinggi. Apabila pemanasan global
semakin meningkat, habitat tersebut akan semakin berkurangan dan bakal
membawa kepupusan kepada salah satu spesis haiwan ini.
Mandarin Duck

Mandarin Duck (Itik Mandarin) yang mendiami Asia Timur ini sama seperti
burung merak di mana hanya yang jantan mempunyai bulu-bulu yang
berbagai warna manakala betina hanya berwarna plain yang
membosankan. Sangat berlainan daripada manusia bukan? Walaupun
aktiviti pembangunan telah mengurangkan spesis itik ini namun ianya
masih lagi boleh dijumpai di beberapa kawasan di Asia Timur. Menurut
BBC, itik ini salah satu jenis itik yang tidak diburu untuk dimakan kerana
rasanya yang kurang sedap.
SLOW LORIS
Berasal dari Indonesia, Slow Loris dari spesis kokang diburu hingga hampir
pupus kerana kononnya dagingnya yang dikatakan boleh menyembuhkan
penyakit dan mempunyai nilai-nilai spiritual. Slow Loris ini merupakan
satu-satunya keluarga beruk yang berbisa. Ia menyimpan racun di dalam
kantung pada bahagian siku dan menyerang mangsanya dengan cara
yang sangat menarik iaitu dengan menyedut racun tersebut ke dalam
mulut dan berkumur sebelum melancarkan serangan gigitan berbisa.
BELUGA WHALE

Ikan paus Beluga yang terkenal kerana ciri-ciri bonjolan pada kepalanya
dan berwarna putih ini menurut kerajaan Amerika Syarikat mengalami
ancaman di habitatnya di Alaska. Dianggarkan hanya kira-kira 100,000
ekor yang tinggal di habitat liar bagi salah satu spesis ikan paus terkecil
ini.
BLACK FOOTED FERRET

Berasal daripada salah satu keluarga musang, Black Footed Ferret ini
dianggap terancam oleh IUCN. Malahan, binatang ini pernah diisytiharkan
pupus pada tahun 1979, sebelum dua tahun kemudian sebilangan kecil
telah dijumpai di Wyoming, Amerika Syarikat. Usaha-usaha pemuliharaan
yang giat dijalankan telah mendatangkan hasil dengan lebih kurang 1000
ekor berjaya dibiakkan, menjadikannya antara usaha pemuliharaan haiwan
terancam paling berjaya di negara Uncle Sam.
HAWAIIAN MONK SEAL
Nama yang sungguh pelik. Merupakan salah satu daripada spesis monk
seal yang masih tinggal di dunia (yang ketiga, carribean monk seal sudah
pupus), anjing laut ini hanya tinggal kira-kira 1100 ekor di habitat liar.
Diburu sehingga berada dalam ambang kepupusan pada abad ke-19,
haiwan ini kini disenaraikan sebagai spesis yang dilindungi.
Matschies Tree Kangaroo

Spesis kangaroo pokok ini hanya boleh dijumpai di kawasan hutan hujan di
Australia, Papua Barat dan Papua New Guinea, pada ketinggian kira-kira
11,000 kaki. Tidak seperti kangaroo yang biasa, spesis ini tinggal di atas
pokok dan bergayut dari satu pokok ke pokok yang lain dengan
menggunakan anggota badannya yang kuat. Disebabkan habitatnya yang
terhad, IUCN menganggap kangaroo pokok ini berada dalam ambang
kepupusan.

Iberian Lynx

Iberian Lynx yang berasal dari Sepanyol dan Portugal ini dikhabarkan bakal
menjadi spesis kucing pertama bakal pupus sejak 2000 tahun yang lepas,
yang kini menjadi kebimbangan WWF. Apa yang lebih membimbangkan
ialah disebabkan oleh pembangunan manusia dan kehilangan tempat
tinggal, hanya terdapat kira-kira 38 ekor Iberian Lynx betina yang masih
tinggal untuk membiak.

GIANT PANDA

Spesis menatang ni memang rasanya sudah ramai yang tahu berada


dalam ancaman kepupusan. Kalau tak, masakan WWF nak letak panda ini
menjadi logo mereka. Dipercayai hanya tinggal kira-kira 3000 ekor di
habitat liar. Walaupun pelbagai usaha gigih dijalankan, namun panda ini
tidak mampu untuk membiak dengan baik ketika berada dalam kurungan
dan di habitat liar, ianya terdedah kepada ancaman pemburuan haram.
Mungkin lepas ini untuk mengelak ancaman pemburu, panda-panda harus
dilengkapkan dengan latihan kungfu yang intensif utk mempertahankan
diri mereka.

CONTOH TUMBUHAN-TUMBUHAN YANG TELAH PUPUS

Lanka Legume Tree (Crudia zeylanica)

Crudia zeylanica adalah satu spesies kekacang dalam keluarga


Fabaceae. Ia dilaporkan tidak ditemui semasa kaji selidik pada tahun
1998.

Hopea Tree (Hopea shingkeng)

Pokok kecil di India. Telah diisytiharkan pupus pada tahun 1998.

Helena Olive (Nesiota elliptica)


Tumbuhan berbunga endemic kepada pulau St Helena. Telah pupus
pada Disember 2003.
Loulu
Jika korang pernah ke Kepulauan Hawaii, korang mungkin melihat salah
satu dari pokok-pokok ini selama kunjungan korang. Ada 25 variasi
berbeza dari pokok ini ditemui di setiap pulau, beberapa daripadanya
tumbuh seluas 60 meter. Setiap pulau mempunyai spesies tersendiri dan
setiap spesies yang berbeza, tidak hanya dalam saiz tetapi tempat di
mana mereka tumbuh dan warna palma yang mereka hasilkan.

Pohon-pohon ini hanya memiliki satu batang dan mempunyai pelbagai


cabang yang tumbuh yang membentuk palma pada penghujungnya. Ada
banyak pokok Loulu muda yang ditanam di kebun-kebun di rumah di mana
korang menanamnya di dalam pasu sehingga ianya mula meningkat
dewasa tetapi pada hakikatnya hanya terdapat sekitar 300 pohon Loulu
yang tumbuh meliar di hutan.
Foto: botany.hawaii.edu .

Pokok Oak Hinton

Korang akan ketemu pokok ini di Mexico, terutama pada bahagian


Tenggara di mana terdapat tiga spesies yang membiak di kawasan gurun.
Apa yang unik dan menarik tentang pokok Oak Hinton ini ialah dedaunnya
yang berwarna merah terang pada musim bunga tetapi bertukar menjadi
hijau gelap sebelum ia luruh di musim luruh. Kulit pokok ini amat gelap,
yang membentuk warna kontras dengan daun merah. Pokok ini mampu
membesar setinggi 49 kaki dan ianya amat penting dan berguna kepada
penduduk Mexico di mana kayu daripada pokok ini dijadi pelbagai jenis
peralatan kegunaan harian seperti senduk, ulu pisau dan sebagainya.

St. Helena Gumwood


Pokok St Helena Gumwood ini sangat unik. Pulau St. Helena memilihnya
untuk menjadi pokok ini sebagai pokok kebangsaan mereka. Pohon ini
tumbuh dengan batang bengkok, tetapi ianya mampu menyokong dahan-
dahannya dan ranting-ranting yang membentuk satu kanopi ala se buah
dengan jumlah cabang atau dahan yang tak terbatas.

Selama musim sejuk dan memasuki akhir bulan musim bunga, setiap
cabang menghasilkan bunga menjuntai putih. Bersama dengan bunga-
bunganya, terdapat daun-daun yang boleh mencecah 5 inci panjang.
Daun-daun bukan sahaja agak besar saiznya, tetapi mereka juga
berbulu/rambut dan berwarna hijau sementara sebahagian dedaun yang
lain berwarna kelabu. Populasi pokok ini sebelum ini pernah membentuk
hutan hujan tropika secara menyeluruh di St. Helena.

Blackwood Afrika (Mpingo)


Di Swahili ianya dipanggil Mpingo, populasi pokok Afrika Blackwood terus
berkurangan. Namanya berasal dari warna Heartwood nya yang sangat
mirip warna hitam. Pokok ini dikatakan tumbuh di kawasan di mana
sebahagian besar pokok-pokok atau tanaman lain tidak mampu tumbuh,
kerana ia lebih menyukai tanah berbatu dan kurang subur. The Mpingo
juga sangat lambat membesar, memakan masa antara 70-200 tahun
untukmenjadi dewasa dan kebanyakannya hanya membesar setinggi 9
kaki.

Ia merupakan pokok kebangsaan Tanzania walaupun pokok ini sebenarnya


boleh dijumpai di sekitar 26 negara-negara Afrika yang lain, termasuk
Ethiopia, Angola, Senegal, dan yang lainnya. Pokok ini sangat baik dan
berguna untuk mereka yang bekerja di sektor pertanian kerana ianya
didapati mampu meningkatkan kesuburan tanah serta kestabilan tanah
itu. Afrika Blackwood merupakan sumber makanan untuk pelbagai
herbivora serta binatang ternakan kerana haiwan-haiwan akan makan
dedaunnya . Walaupun pokok dikatakan sangat kukuh (sebahagian besar
pokok-pokok ini yang dewasa dikata mampu bertahan daripada dimamah
api), populasi pokok Afrika Blackwood ini semakin berkurangan.

Pokok Monkey Puzzle


Hanya mendengar namanya, korang mungkin boleh mengatakan bahawa
ianya sejenis pokok yang cukup unik. Dijadikan sebagai Pokok Kebangsaan
negara Chile, pokok ini boleh dilihat dan didapati di merata Eropah
terutama di Kebun-kebun Botani. Kadang-kadang ianya di gelar sebagai
Fosil Yang Hidup, pokok Makey Puzzle ini mampu hidup beribu-ribu
tahun. Di Chile, ianya dikenali sebagai Pehun oleh masyarakat kaum
Pehuenche. Mereka mempunyai banyak sejarah dengan pokok ini yang
mana ianya merupakan sumber makanan kaum tersebut. Pokok ini
menghasilkan nuts atau pun kekacang yang dimakan oleh kebanyakan
haiwan dan manusia.Pohon itu membesar sehingga sekitar 131 kaki tetapi
memiliki batang pokok yang sangat kecil. Dedahannya dikatakan sangat
tebal dan bersifat reptilia kerana ianya membiak subur di kawasan yang
menerima hujan yang banyak dan suhu yang sejuk.

Pokok Rosewood Honduras


Korang boleh menjumpai pokok Rosewood Honduras di Belize, Selatan
Mexico, dan di Guatemala. Mereka dikategorikan di dalam senarai pokok
terancam kerana penggunaannya yang berleluasa untuk pelbagai produk.
Kayu yang diambil daripada pokok ini dikatakan mempunyai kualiti yang
tinggi dan terbaik untuk industri perabut. Disebabkan oleh warnanya ungu
merah yang menarik, berira dengan garis-garis hitam, ianay menjadi satu
spesies kayu yang unik dan menarik dan hasil perabut yang dibuat
daripada kayu ini amat berkualiti dan sangat disukai ramai.

Cedar Clanwilliam
Sering dianggap sebagai Raja Pokok, pokok Cedar Clanwilliam boleh
didapati sepanjang Western Cape Province di South Africa, terutamanya di
kawasan pergunungan Cederberg. Pokok ini sangat tinggi, tumbuh hingga
82 kaki tingginya. Ada di antara pokok-pokok ini boleh hidup sehingga
1,000 tahun, dan memakan masa hampir 30 tahun untuk pokok untuk
menghasilkan benih. Pohon ini memiliki daun yang berbentuk jejarum
yang berkedudukan rapat-rapat antara satu dengan lain. Dedaunan sering
menghasilkan kon kecil pada penghujung setiap ranting kecil sepanjang
musim gugur.

CONTOH TUMBUHAN-TUMBUHAN YANG TERANCAM

Bunga Pakma (Rafflesia arnoldii)


Bunga Pakma atau Rafflesia merupakan s sejenis tumbuhan berbunga
dengan bunga yang besar, dan bunga Pakma spesies Rafflesia arnoldii
merupakan yang terbesar di dunia dengan saiz 91 cm (3 kaki) diameter,
1.9 cm (3/4 inci) tebal dengan berat 7 kilogram (15 lbs). Bunga Pakma
yang pertama telah direkodkan oleh Sir Stamford Raffles dan Dr Joseph
Arnold pada tahun 1816. Bunga Pakma spesies itu diberi nama Rafflesia
arnoldii sempena nama mereka. Bunga Pakma itu dijumpai di bandar
Bengkulu (Bencoolen) di Sumatera. Bunga Pakma adalah bunga rasmi
negara Indonesia dan juga negeri Sabah di Malaysia.

Jade Vine (Strongylodon macrobotrys)


Bunga Jade Vine adalah bunga yang hidup dihutan hujan tropika di Filipina.
Pepohon bunga ini adalah termasuk dalam keluarga kekacang dan berkait
erat dengan kacang merah. Memiliki bunga yang tumbuh menggantung
dari cabang-cabang sehingga mencapai hingga tiga meter panjangnya.
Warna bunga ini adalah hijau kebiruan. Spesies ini telah terbukti sukar
untuk membiak dan dianggap sebagai spesies yang semakin pupus.

Pohon Franklin (Franklinia alatamaha)


Bunga ini adalah sebahagian dari keluarga teh ,berasal dari lembah
sungai Altamaha Georgia ini, telah pupus sejak awal abad ke 19 lagi.
Memiliki bunga yang berwarna putih dan beraroma harum ketika mekar
dan daun yang berubah warna menjadi merah terang sewaktu musim
gugur

Kokio (Kokai cookei)


Bunga yang mempunyai bahagian seakan akan bunga raya ini ditemui
pada tahun 1860 di kepulauan Hawaii. di mana waktu itu hanya terdapat
tiga spesimen yang boleh ditemui. Pohon ini boleh tumbuh sampai tinggi
sekitar 10-11 meter.Yang menarik tentang pohon ini adalah ratusan bunga
merah yang dihasilkan pada setiap tahun di pokok yang telah matang

Kosmos Cokelat (Cosmos


atrosanguineus)

Dengan warna merah gelap ,bunga ini merupakan salah satu spesies dari
Cosmos, yang berasal dari Mexico. Memiliki ukuran diameter sekitar 3-4
cm. Bunga-bunga ini memiliki bauan vanilla, yang juga membuatnya
menjadi tanaman hiasan yang indah.
Gibraltar Campion (Silene tomentosa)

Bunga ini hanya boleh ditemui dilereng lereng gunung di Gibraltar. Di


Gibraltar masih ada beberapa spesis yang dapat ditemui. Tetapi
sayangnya, pada tahun 1992, semua jejak tanaman ini telah lenyap dan
akhirnya pupus. Kemudian pada tahun 1994 seorang pendaki telah
menjumpai spesis tunggal dan membawanya untuk dibiakkan. sekarang
bunga ini tumbuh di The Almeda Gibraltar Botanic Gardens serta Royal
Botanic Gardens di London.

Paruh Kakak Tua (Lotus berthelotii)


Bunga yang indah ini terdapat di Kepulauan Canary. Pendebungaan bunga
ini diyakini dibantu oleh burung sunbird, yang sudah lama pupus di
Kepulauan Canary. Hal ini menyebabkan bunga ini jarang dilihat lagi.

Middlemist Merah (Middlemist kamelia)

Tanaman ini pada awalnya dibawa ke Inggeris dari China oleh John
Middlemist pada tahun 1804. Bunganya berwarna merah muda cerah dan
terlihat hampir menyerupai bunga mawar.

Lady Slippers Kuning dan Ungu


(Cypripedium calceolu)

Pepohon dari jenis anggerik liar ini dijumpai di Eropah. Contoh tanaman ini
yang berada di Inggeris, dapat ditemui di padang golf dan telah berada di
bawah perlindungan polis yang ketat sejak tahun 1917. Setangkai tunggal
bunga ini boleh dijual dengan harga 5000 Dollar AS.

Anggerik Hantu (Epipogium aphyllum)


Bunga Anggrek Hantu merupakan tanaman yang telah pupus selama
hampir 20 tahun, tetapi baru-baru ini telah jumpai semula. Tanaman ini
sangat jarang dilihat kerana sukar untuk berkembang biak. Kerana tidak
memiliki daun untuk proses fotosintesis bagi penghasilan makanan sendiri.
Tanaman ini memerlukan kulat tertentu untuk sumber pemakanan

KESIMPULAN
Secara kesimpulannya pelbagai aspek perlu diambil kira sebelum
melakukan sesuatu perkara. Dalam hal membangunkan Negara menerusi
perindustrian, alam semulajadi tidak boleh dilupakan. Jika khazanah bumi
ini tidak dijaga dengan sebaik-baiknya tidak ada lagi yang tinggal untuk
generasi yang akan datang. Dunia ini adalah pinjaman manusia tidak
berhak untuk merampas atau meragut kekayaan dunia dengan sewenang-
wenangnya segala pekara yang ingin dilakukan perlu melalui pelbagai fasa
untuk mengelakkan sebarang ancaman terhadap alam semulajadi.
Kepupusan flora dan fauna mampu menjadi mimpi ngeri buat kita semua
jika tiada sikap ambil peduli dengan anugerah Tuhan ini.

You might also like