You are on page 1of 8

1.

0 Pendahuluan

Kepimpinan adalah komponen penting dalam menentukan keberkesanan sistem di


sekolah. Menurut Al. Ramaiah (1999), kepimpinan adalah satu fenomena proses manusia
menggunakan kemahiran akal fikiran dan potensinya. Ia melibatkan keupayaan,
kebolehan, kebijaksanaan seseorang untuk memerintah, mengarah, mendorong atau
mempengaruhi. Dalam konteks ini, tugas kepimpinan di sesebuah sekolah dapat
dimainkan oleh guru yang berdedikasi, berinovasi dan kreatif. Sehubungan dengan itu,
Katzenmeyer dan Moller (2009) pula mendapati kajian-kajian kini menunjukkan guru
berupaya menjadi peminpin dalam sekolah. Ini kerana, kepimpinan guru dapat memupuk
semangat bekerjasama sesama rakan sekerja dan juga dengan murid. Dalam hal ini,
guru-guru yang mempunyai sifat kepimpinan sebagai keupayaan mewujudkan wawasan,
kebolehan menggerak dan memberi dorongan pada pegawai ke arah mencapai objektif
organisasi serta kualiti peribadi murni yang dapat diteladani serta berkebolehan membuat
keputusan dengan tegas, tepat, dan teliti.

Justeru kepimpinan guru dapat dirumuskan sebagai keupayaan guru


menggantikan kuasa ataupun kedudukan. Bagi mencapai situasi ini, ia memerlukan
usaha dan tumpuan penuh pihak pengurusan sekolah menyemai keperibadian guru yang
dapat melahirkan perasaan hormat daripada orang yang dipengaruhi iaitu murid.
Manakala guru pula perlu memperkembangkan personaliti diri bagi menarik perhatian
orang yang ingin dipengaruhi. Guru yang berkepemimpinan memainkan peranannya
sebagai guru yang bukan hanya membimbing muridnya memperoleh pencapaian yang
terbaik tetapi juga berupaya memimpin dan membimbing teman sekerjanya ke arah
matlamat yang hendak dituju tanpa arahan ataupun paksaan pihak atasan.
2.0 Konsep Guru Sebagai Pemimpin

Konsep guru sebgai pemimpin boleh dijelaskan sebagai salah satu model kepimpinan di
mana guru-guru yang terlibat dalam pengajaran dan pembelajaran mempunyai peluang
untuk memimpin. Menurut Harris dan Muijs (2004) terdapat dua konsep utama dalam
membentuk ciri-ciri kepimpinan guru iaitu peranan dan tanggungjawab, serta kerjasama.
Dalam konsep pertama, guru tidak hanya bertanggungjawab dan memainkan peranannya
dalam batasan ruang lingkup bilik darjah bagi mempengaruhi murid mencapai matlamat
sekolah tetapi turut memainkan peranan dalam usaha mencapai matlamat yang disusun
oleh pihak sekolah.

Konsep kedua dalam guru sebagai pemimpin pula merujuk kerjasama dan
kejeleketan. Konsep ini penting kerana mustahil bagi individu yang berketrampilan
memimpin dan memajukan institusi tanpa kerjasama daripada individu lain yang
mempunyai perkaitan kerja dengannya. Lieberman (2000) menyatakan kepimpinan ialah
individu yang membentuk rakannya dalam mencuba idea baru dan memberi dorongan
pada mereka. Kepimpinan guru bukan sahaja melibatkan kerjasama antara rakan-rakan
sejawat di sekolah tetapi turut memastikan kejayaan sekolah. Justerunya, kepimpinan
guru perlu menjalin kerjasama antara sekolah dengan masyarakat.

3.0 Peranan seorang pemimpin guru di sekolah

Peranan seorang pemimpin guru sebagai fasilitator, pembimbing, dan mentor di sekolah.
Menurut Katzenmeyer dan Moller (2001), guru berkebolehan mempengaruhi murid
ataupun rakan lain dan bertindak sebagai fasilitator, mentor, pembimbing, pakar kurikulum,
pembentuk pendekatan yang baru menerajui kumpulan pembelajaran dan sebagainya.
Sebagai fasilitator, pembimbing, dan mentor, guru berupayaan memberi pendapat yang
berguna dan dapat diterima pakai bagi membimbing rakan lain. Dengan mengemukakan
idea-idea dan kaedah baru yang dapat diterima pakai, secara tidak langsung guru itu
dianggap sebagai pemimpin pakar rujuk oleh rakan-rakan sekerja.

Pemimpin guru sebagai peranan perancang. Pemimpin guru perlu merancang


rancangan yang berpandangan jauh. Sebagai contoh, pemimpin guru perlu mereka
rancangan pendidikan, rancangan pertandingan dan sebagainya untuk melahirkan murid
sempurna dalam JERIS. Di samping menentukan matlamat yang hendak dicapai oleh
kelompok seperti guru lain dan murid. Oleh itu, pemimpin guru adalah satu-satunya
penjaga rancangan kelompok.

Pemimpin guru sebagai pembuat polisi. Polisi ialah dasar-dasar yang menjadi
panduan kepada kelompok atau organisasi untuk bertindak. Fungsi pemimpin ialah untuk
menentukan polisi kelompok dan menetapkan matlamat. Polisi yang dihasilkan
membolehkan kelompok memahami arah tuju sesuatu rancangan serta memberi
kerjasama untuk menjayakannya.

Pemimpin guru berperanan sebagai pakar. Berbeza dengan penyelaras,


pemimpin biasanya menjadi ketua selepas mengalami proses kepengikutan dan
mempunyai kemahiran yang cukup dalam bidang yang dipimpinnya. Dengan ini,
pemimpin guru menjadi sumber maklumat dan kemahiran kepada anggota-anggota
kelompoknya.

Pemimpin guru berperanan sebagai teladan. Pemimpin guru menjadi teladan atau
model kepada anggotanya. Dia menunujukkan tingkah laku, sifat atau kemahiran yang
perlu kepada anggota-anggotanya. Dengan menjadi teladan, pemimpin guru harus
menyediakan petunjuk yang konkrit tentang apakah yang mereka harus lakukan atau buat.

Pemimpin guru sebagai tokoh bapa. Pemimpin guru juga menjadi fokus kepada
perasaan emosi. Dia menjadi objek unggul untuk mengidentifikasi diri, pemindahan dan
merasa submisif.

Secara konklusinya, pemimpin guru ialah seorang yang boleh memimpin dan
mengubah tingkah laku seseorang. Dengan perubahan tingkah laku pemuda pemudi,
negara kita akan dibangunkan dengan lebih maju. Hal ini kerana, pemuda pemudi telah
dipimpin untuk menyumbangkan jasa dari segi kemahiran, ilmu pengetahuan, dan tenaga
demi pembangunan negara supaya dapat mencapai matlamat Transformasi Negara 2050.
4.0 Usaha-usaha untuk menjadi pemimpin guru

Pertama sekali, untuk menjadi seorang pemimpin guru perlu memiliki ilmu
pengetahuan yang luas, mendalam dan terkini. Kenyataan ini disokong oleh Abdullah
(2007), guru perlu mengetahui dengan luas dan mendalam mengenai mata pelajaran
yang hendak diajar kerana sebarang kekurangan penguasaan melunturkan keyakinan
pada diri sendiri. Hal ini seterusnya menghilangkan kepercayaan murid pada guru itu.
Sebaliknya guru yang bersedia dapat menyampaikan ilmu dengan efektif serta dapat
meningkatkan keyakinan diri murid dan juga diri sendiri. Sehubungan dengan itu, bagi
melengkapkan pembentukan kepemimpinan guru mesti memahami standard murid yang
diajarnya. Guru perlu mempunyai ilmu pengetahuan yang lengkap tentang fizikal dan juga
psikologi murid. Malah, guru juga perlu mempunyai ilmu pengetahuan tentang teori
pedagogi dan endragogi supaya ilmu pengetahuan dapat disampaikan kepada murid
dengan berkesan.

Selain itu, sebagai seorang pemimpin guru perlu cekap menggunakan segala
sumber yang ada secara optimum. Kepemimpinan guru alaf baru perlu mempunyai
kecekapan menggunakan segala sumber yang ada dengan optimum. Biarlah saya ambil
contoh, guru perlu menggunakan bahan bantu mengajar semasa menjalankan proses
pengajaran dan pembelajaran untuk membantu murid belajar dengan lebih sempurna.
Kepemimpinan guru perlu mempunyai kemahiran dan keupayaan bagi mendapatkan
maklumat, melakukan analisis, kemahiran dalam perancangan dan mengelolakan
program serta pengurusan perbelanjaan dan kewangan supaya tidak berlaku pembaziran.
Oleh itu, pemimpin guru dapat mengaplikasikan sumber yang variasi dalam pengajaran.

Malah, penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) yang


menyediakan konsep tanpa sempadan dengan membolehkan akses maklumat secara
mobil perlu dijadikan pemangkin kaedah pengajaran. Menurut Siti Aida (2011),
kepemimpinan guru seharusnya mengambil peluang ini bagi memanfaatkan dirinya
supaya cekap menggunakan kemudahan TMK yang disediakan di sekolah. Sebagai
contohnya, guru perlu mahir dalam TMK seperti smart board, LCD, dan sebagainya.
Penggunaan TMK ini boleh memudahkan kerja guru dan membolehkan murid mendapat
input yang ingin disampaikan oleh guru dengan lebih langsung.

Di samping itu, pemimpin guru perlu memiliki budaya jati diri. Kepemimpinan guru
juga perlu menghadapi cabaran dalam menguruskan diri dengan memiliki budaya jati diri.
Dalam erti kata lain, kepemimpinan guru perlu ada daya saing, daya tahan, daya juang,
daya saring dan daya tekal. Sebagai contohnya, apabila guru terlibat dalam aktiviti seperti
perkhemahan, guru perlu mempunyai daya tahan dalam persediaan, perjalanan dan
penutupan. Oleh itu, cabaran kepemimpinan guru alaf baru perlu mengambil
tanggungjawab pada kehidupan dan juga kerjaya.

Kepemimpinan guru juga perlu mempunyai piawaian diri yang jelas sebagai dasar
bagi mengekalkan integriti dan etika walaupun menghadapi tekanan yang hebat. Menurut
Yahya (1999), guru perlu bersedia menerima teguran dan memperbaiki kesilapan dan
juga bersedia menerima tanggungjawab. Sebagai contoh, apabila guru telah ditegur oleh
ibu bapa atau pihak atasan, guru perlu membuat refleksi supaya dapat memperbaikki
kelemahan dan menguatkan kekuatan sendiri. Sebagai seorang guru perlu mengamalkan
nilai murah hati dan peramah supaya dapat menjadikan diri sebagai pemimpin guru.

Seterusnya, kepemimpinan guru alaf baru juga perlu bercita-cita tinggi bagi
mencapai objektif, berusaha bersungguh-sungguh bagi memastikan segala tugasan
selesai dan meletakkan kepentingan organisasi mengatasi kepentingan diri. Berwawasan
juga merupakan salah satu usaha dalam pemimpin guru. Guru perlu mempunyai
wawasan organisasinya, kebolehan menterjemah wawasan menjadi pelan tindakan yang
praktikal dan fleksibel. Kedatangan alaf baru membawa pelbagai harapan, dan juga
cabaran pada kepemimpinan guru. Malah situasi kini memerlukan kepemimpinan guru
yang berpandangan jauh, mempunyai misi yang jelas, semangat dan daya saing yang
tinggi, mempunyai pemikiran dan tindakan yang strategi serta keupayaan mengimbangi
antara tuntutan kehidupan dan kerjaya. Kepemimpinan guru juga perlu mempunyai azam
dan komitmen yang tinggi serta bersedia meningkatkan kemahiran-kemahiran
kepemimpinan yang diperlukan bagi menghadapi tuntutan zaman.

Tidak dapat dinafikan bahawa pimpinan guru perlu mengamalkan budaya beretika.
Kepimpinan guru yang mengamalkan budaya beretika adalah mereka yag menjaga
perpaduan, penyayang, kerja berpasukan, bersopan santun, berdisiplin, hidup sihat, jujur,
dan ikhlas. Leithwood dan Jantzi (1998) berpendapat jika individu mengharapkan orang
lain mengubah sikap, individu itu sendiri juga perlu mengubah sikapnya. Kepimpinan guru
perlu memahami perbezaan budaya dan bersikap terbuka dalam menilai perbezaan itu
secara jujur dan objektif. Kefahaman dan keterbukaan pada perbezaan budaya
membolehkan para pemimpin bersedia dan bersikap fleksibel apabila berinteraksi dengan
pengikutnya yang mungkin terdiri daripada pelbagai kaum dan latar belakang budaya.
Oleh itu, guru perlu berkeupayaan menghadapi cabaran-cabaran yang wujud dalam
membentuk kumpulan-kumpulan kerja yang baik dan membentuk suasana persekitaran
yang menyokong mencapai matlamat yang berkesan.

Pemimpinan guru perlu mahir berkomunikasi dengan berkesan. Menurut Lambert


(2003), kemahiran berkomunikasi secara berkesan sangat berfaedah dalam penukaran
dan pemindahan maklumat bagi meningkatkan kefahaman kepemimpinan guru yang
meliputi cabaran bagi meningkatkan komunikasi formal dan komunikasi informal.
Sehubungan dengan itu, guru bukan sahaja perlu mempunyai kemahiran berkomunikasi
tetapi kemahiran menggunakan pelbagai medium komunikasi. Kemahiran menggunakan
alat-alat komunikasi moden seperti telegram, whatsapps, email, facebook dan sebagainya
adalah cabaran baru pada guru. Perubahan medium komunikasi seperti ini adalah mesti
terutamanya dalam era yang bersifat global.

Usaha untuk menjadi pemimpinan guru ialah sentiasa memantau dan menilai
perkembangan setiap program dan organisasi. Menurut Nathan (2001) kepemimpinan
sekolah kini berubah secara progresif daripada model kepemimpinan yang tradisonal
kepada satu model baru yang turut memberi lebih kawalan pada pihak guru. Kemunculan
alaf baru juga menuntut supaya guru mempunyai kemahiran memantau dan menilai
perkembangan setiap program dan organisasi. Dengan kata lain, guru perlu mempunyai
kefahaman dan penghayatan pada keseluruhan misi dan nilai-nilai organisasi dan
memastikan segala tindakan yang diambil oleh murid di bawah pemantaunnya.
Kefahaman itu perlu menyeluruh ke atas organisasi yang diwakilinya. Guru juga perlu
mempunyai keupayaan melakukan tindakan-tindakan strategik bagi memastikan
kelangsungan, perkembangan dan pertumbuhan program dan organisasi. Contohnya,
ketua panitia bahasa Pendidikan Seni Visual harus memperjuangkan peluang untuk
mengadakan pertandiangan-pertandingan Pendidikan Seni Visual bagi memberi
kesedaran kepada murid tentang kepentingan seni visual. Oleh itu, guru memerlukan
kemahiran memimpin supaya menjadikannya pemimpin yang lebih berkesan dalam kerja-
kerja kepimpinan yang besar skopnya.

Secara konklusinya, pemimpin guru perlu memiliki ilmu yang luas supaya dapat
menyampaikan informasi yang tepat kepada guru lain dan murid. Dengan kebijaksanaan
guru menggunakan segala sumber dengan optimum dapat membawa input kepada murid
dengan lebih berkesan. Pemimpin guru perlu perlu memiliki budaya jati diri supaya dapat
mengurus emosi sendiri semasa menghadapi cabaran. Pemimpin guru juga perlu
sentiasa mengekplotasikan sesuatu yang baru seperti TMK, medium komunikasi dan
sebagainya. Pemimpin guru haruslah prihatin terhadap anggotanya dengan menilai atau
memantau untuk memastikan rancangan boleh dijalankan dengan lancar dan berkesan.
Bukan itu sahaja, pemimpin guru perlu banyak melibatkan diri dalam tuga-tugas operasi
sekolah untuk menambahbaikkan kualiti sekolah dari segi keputusan kurikulum dan ko-
kurikulum, infrastruktur dan sebagainya. Oleh itu, pemimpin guru perlu sentiasa
mengamalkan nilai dedikasi, inovasi dan kreatif supaya dapat memberi sumbangan yang
optimum kepada sekolah, masyarakat, dan negara.
5.0 RUJUKAN

Abdullah Sani Yahya, Abdul Rashid Mohamed, Abdul Ghani Abdullah. (2007). Guru
Sebagai Pemimpin. Selangor: PTS Professional.
Aida, S. (2011). Kepimpinan Guru dalam Meningkatkan Kualiti Pengajaran dan
Pembelajaran. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
Al.Ramaiah. (1999). Kepimpinan Pendidikan Cabaran Masa Kini. Selangor: Cetakrapi
Sdn.Bhd.
Harris, A. &. (2004). Improving schools through teacher leadership. London: Routledge.
Katzenmeyer, M. &. (2001). Awakening the Sleeping Giant: Helping Teachers Develop
as Leaders. CA: Corwin Press.
Katzenmeyer, M. &. (2009). Awakening The Sleeping Giant: Helping Teacher Develop
as Leasers (3rd Edition). CA: Corwin.
Lambert. (2003). Leadership Redefined: An Evocative Context for Teacher Leadership.
School Leadership & Management, 23(4), 421-430.
Leithwood, K. &. (1998). Distributed leadership and student engagement in school.
American Educational Research Association. San Diego: American Educational
Research Association.
Lieberman, A. (2000). The Jossey-Bass reader on educational leadership. Teacher
leadership: Ideology and pratice. In M. Fullan (ed.), 339-345.
Yahya, Z. (1999). Kepemimpinan Transformasi dan Kegemilangan Sekolah. Jurnal
Pengurusan & Kepemimpinan Pendidikan, IAB, Sri Layang, Genting Highland,
9(1), 79-97.

You might also like