You are on page 1of 6

EKOLOGI, HABITAT

MANUSIA DAN PERUBAHAN


PERSEKITARAN
Prosiding Seminar Antarabangsa Ke 8 Ekologi, Habitat Manusia
dan Perubahan Persekitaran

Kampus Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah,


Universiti Kebangsaan Malaysia,
Langkawi, Kedah.
21 - 22 September 2015

Editor:

Zuliskandar Ramli
Muhammad Rizal Razman
Deni Efizon
Sharifah Zarina Syed Zakaria
Kadir Arifin
Muhamad Syafiq Mohd Ali

Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)


Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

SERTA

Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI)


Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Fakultas Perikanan dan Ilmu Kelautan


Universitas Riau (UNRI)

DAN

Persatuan Pengurusan Persekitaran Malaysia


EKOLOGI, HABITAT MANUSIA DAN PERUBAHAN
PERSEKITARAN
EKOLOGI, HABITAT
MANUSIA DAN PERUBAHAN
PERSEKITARAN
Prosiding Seminar Antarabangsa ke-8 Ekologi, Habitat Manusia
dan Perubahan Persekitaran

Kampus Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah,


Universiti Kebangsaan Malaysia,
Langkawi, Kedah.
21 - 22 September 2015

Editor:

Zuliskandar Ramli
Muhammad Rizal Razman
Deni Efizon
Sharifah Zarina Syed Zakaria
Kadir Arifin
Muhamad Syafiq Mohd Ali

Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)


Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

SERTA

Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI)


Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Fakultas Perikanan dan Ilmu Kelautan


Universitas Riau (UNRI)

DAN

Persatuan Pengurusan Persekitaran Malaysia


Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM, Bangi, Selangor Darul Ehsan

Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), UKM 2015


Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula,
disimpan untuk pengeluaran atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk atau dengan
sebarang alat juga pun, sama ada dengan cara elektronik, gambar serta rakaman dan
sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA),
UKM.

Cetakan Pertama, 2015

Dicetak di Malaysia oleh:


Pusat Fotokopi Kajang,
No. 13, Jalan Hentian 3,
Pusat Hentian Kajang, Jalan Reko,
43300 Kajang, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan

Seminar Antarabangsa Ekologi, Habitat Manusia dan Perubahan Persekitaran


(Ke-8: 2015 : Langkawi, Kedah)
Ekologi, habitat manusia dan perubahan persekitaran : prosiding Seminar
Antarabangsa Ke 8 Ekologi, Habitat Manusia dan Perubahan Persekitaran, Kampus
Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah, Universiti Kebangsaan Malaysia,
Langkawi, Kedah, Malaysia, 21 22 September 2015 / editor Zuliskandar Ramli,
Muhammad Rizal Razman, Deni Efizon, Sharifah Zarina Syed Zakaria, Kadir
Arifin, Muhamad Shafiq Mohd. Ali, Ku Adriani Ku Ayob.
ISBN 978-967-2457-XX-X
1. Human ecology Congresses.
2. Human beings -- Effect of environment on Congresses.
3. Human Settlements -- Environmental aspects Congresses.
I. Zuliskandar Ramli. II. Muhammad Rizal Razman. III. Deni Efizon.
IV. Sharifah Zarina Syed Zakaria. V. Kadir Arifin.
VI. Muhamad Shafiq Mohd. Ali. VII. Judul.
363.7
Prosiding Seminar Antarabangsa Ke 8: Ekologi, Habitat Manusia dan Perubahan Persekitaran 2015

13

ANALISIS SERAMIK LENGKAP TAPAK TANJUNG SIMPANG MENGAYAU,


KUDAT SABAH

NURULNATASHA AZMAN1, JEFFREY ABDULLAH1, MOKHTAR SAIDIN1,


NORIDAYU BAKRY1, NORAZWAN HASHIM1, SITI KHAIRANI ABD JALIL1
& PETER MOLIJOL2
1
Pusat Penyelidikan Arkeologi Global,
Universiti Sains Malaysia
2
Bahagian Arkeologi,
Jabatan Muzium Sabah

ABSTRAK

Pada tahun 2003 dan 2007, sebuah kapal karam telah dijumpai di Tanjung Simpang Mengayau,
perairan Kudat. Kapal ini dipercayai membawa barang dagangan seramik ke rantau Borneo.
Pada tahun 2014, analisis ke atas koleksi seramik tersebut telah dilakukan di Bahagian
Arkeologi, Muzium Sabah. Kajian ini bertujuan mengidentifikasi jenis-jenis, bentuk, motif dan
hiasan seramik berdasarkan kepada jumpaan yang ada. Analisis awalan menunjukkan jenis
seramik yang ditemui dalam kapal karam tersebut adalah terdiridaripada tembikar batu,
seladon, Qing-Pai dan seramik putih. Selain itu, bentuk-bentuk seramik yang telah dikenal pasti
adalah tempayan besar (2), tempayan kecil (2), jarlet (7), mangkuk (99), piring (3), teko (6),
kotak berpenutup (1), penutup teko (1), balang merkuri (1), kendi (1) dan pinggan (1). Kapal
karam ini dipercayai membawa pelbagai jenis seramik dengan variasi motif hiasan dan
kegunaan tersendiri untuk diperdagangkan ke pasaran luar, khususnya rantau Borneo. Melalui
kajian ini juga menunjukkan kapal karam Tanjung Simpang Mengayau adalah kapal dagang
dari Selatan China iaitu zaman Dinasti Song Selatan yang bertarikh antara abad ke-10 hingga
abad ke-12 Masihi.
156 Nurulnatasha Azman et al.

PENGENALAN

Kawasan perairan di Asia Tenggara memainkan peranan penting dalam perkembangan aktiviti
perdagangan. Banyak kapal karam yang berbeza zaman dan dinasti telah ditemui di perairan
Asia Tenggara (Peta 1).Kapal karam yang ditemui antaranya Hoi An di Pantai Vietnam
(Brown, 2009), Cu Lao Cham di Teluk Vietnam (Baszley, 2003), Ko Kram (Brown, 2009), Phu
Quoc, Song Doc di Teluk Siam (Brown, 2009), Java Sea dan Intan di Laut Jawa, Royal Captain
di Filipina (Baszley, 2003), Turiang (Brown, 2009: Sjostrand, 2002), Desaru(Brown, 2009)di
Malaysiadan lain-lain lagi. Di Rantau Borneo juga ditemui kapal karam iaitu di Tanjung
Simpang Mengayau dan Bruneiyang menunjukkan bahawa kawasan ini juga menjadi tumpuan
para pedagang untuk berdagang.

Perkara ini dibuktikan melalui jumpaan di tapak-tapak arkeologi berdekatan dengan asosiasi
artifak seramik antaranya di tapak Muang Thong Ko Kho Khao (Abad 9-11 Masihi), jumpaan
seramik China jenis Yueh di Sathing Phra (Abad 11-13 Masihi), Sungai Mas (Nik Suhaimi &
Othman Yatim, 1990: Zuliskandar et al, 2011), Lembah Bujang (Nik Suhaimi & Othman
Yatim, 1990: Zuliskandar et al, 2011)dan sebagainya. Perdagangan negara China dengan
negara luar telah bermula semenjak Dinasti Qin (221-206 Sebelum Masihi) (Baszley dan
Bilcher, 2009)dan pengeksportan tembikarbertambah pesat pada zaman Dinasti Song Selatan di
China. Dinasti Song Selatan bermula pada tahun 960- 1279 Masihi.

Perkembangan perusahaan tembikar begitu pesat dan merupakan bahan dagangan China yang
utama ke luar negeri (Karim, 2004). Kepesatan ini telah menjadikan Dinasti Song sebagai era
klasik dalam sejarah pembuatan tembikar di China. Kilang-kilang didirikan berdekatan
pelabuhan-pelabuhan utama bagi memudahkan pengeksportan tembikar ke luar negeri (Guy,
1990). Perdagangan antara China dan Asia Tenggara berkembang pesat pada zaman ini.
Catatan oleh Chu-fan-chi dalam kurun ke-13 Masihi bahawa setiap negara di Asia Tenggara
menerima bekalan tembikar Song, begitu juga India dan Sri Lanka serta persisiran pantai
Zanzibar di Afrika (Karim 2004).

Para pedagang China berlabuh dan singgah di pelabuhan Asia Tenggara bagi mendapatkan
bekalan dan melakukan pertukaran barangan dalam urusan perniagaan. Jumpaan seramik di
tapak-tapak pelabuhan, kapal karam dan sebagainya menunjukkan terdapatnya urusan
perdagangan di rantau Asia Tenggara pada zaman Dinasti Song. Malah di perairan Sabah juga
turut dijumpai kapal karam di Tanjung Simpang Mengayau.

Prosiding Seminar Antarabangsa Ke 8 Ekologi, Habitat Manusia dan Perubahan Persekitaran 2015

You might also like