You are on page 1of 3

TEKS PENGERUSI MAJLIS BULAN BAHASA KEBANGSAAN 2017

(1)

Yang Berbahagia, Pn. Norol Ain bt. Md. Yusop, Guru Penolong Kanan Tadbir &
Kurikulum,

Yang Dihormati , Pn. Sarbani bt. Saleh, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,

Pn.Nor Selina bt. Ghazali, Guru Penolong Kanan Kokurikulum,

rakan-rakan guru dan para murid yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum wbt dan salam satu Malaysia.

(2)

Alhamdulillah, marilah sama-sama kita memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi


kerana dengan limpah kurniaNya kita diberikan ruang waktu dan
kesempatan untuk kita sama-sama berkumpul di Dewan SK (P) Pudu 1 ini bagi
Majlis Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan Tahun 2017.

(3)

Objektif Bulan Bahasa Kebangsaan dilaksanakan adalah untuk:

Memartabatkan Bahasa Malaysia dalam kalangan warga sekolah

Memupuk sikap cintakan Bahasa Kebangsaan dalam kalangan diri murid

Merapatkan hubungan dalam kalangan murid melalui satu bahasa


pertuturan yang sama

dan akhir sekali,

Menerapkan nilai/sikap 1 Malaysia dalam kalangan murid melalui


bahasa pertuturan yang sama
*****

(4)

Selasih mekar di tengah desa

Mencelah sama kembang melati

Bahasa kebangsaan jiwa bangsa

Perpaduan disemai bersatu hati

Melilit rotan didahan ara

Di celah angsana mekar sekata

Ucapan Aluan pembuka bicara

Tuan Penolong Kanan bermadah kata

Rakan-rakan guru dan para murid yang dikasihi sekalian,

Majlis dengan segala hormat dan sukacitanya mempersilakan Yang


Berbahagia Pn. Norol Ain bt. Md. Yusop untuk menyampaikan ucapan dan
sekaligus melancarkan Bulan Bahasa Kebangsaan 2010. Dengan segala
hormatnya dipersilakan.

##########

Demikian..satu pengucapan yang telus, percikan kata yang halus dan


membawa mesej yang bermakna kepada murid-murid.

Majlis merakamkan sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada


Pn. Norol Ain bt. Md. Yusop atas ucapan yang telah disampaikan.

(5)
Kita teruskan majlis dengan nyanyian koir murid-murid Tahun 4, 5 & 6 dengan
tajuk lagunya Bahasa Jiwa Bangsa dan Bahasa Ibunda. Dipersilakan.

*****

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada murid-murid Tahun 4, 5 & 6


atas persembahan koir yang begitu mantap sebentar tadi. Semoga
murid-murid dapat menghayati setiap bait lirik lagu dalam persembahan koir
itu tadi.

(6)

Rakan-rakan guru dan murid yang dikasihi sekalian,

Majlis kita sampai di penghujungnya, pihak majlis mohon mengambil sedikit


kesempatan untuk menyatakan sekalung terima kasih kepada semua yang
terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan majlis
pada pagi ini.

Yang kurik itu kendi

Yang merah itu saga

Yang molek itu budi

Yang indah itu bahasa

Bersama-samalah kita memastikan penyertaan dalam


pertandingan-pertandingan yang dianjurkan oleh Panitia Bahasa Malaysia
bersempena Bulan Bahasa Kebangsaan sepanjang minggu ini berjalan
lancar.

Sekian, Wassalamualakum wbt.

You might also like