You are on page 1of 6

MINIT MESYUARAT AGUNG KALI KE-23

Tarikh : 20 Febuari 2014


Hari : Khamis
Masa : 2.30 ptg
Tempat : Dewan Seri Gemilang
Perasmi : YB TUAN HAJI ZAINUN BIN MAT NOOR KMN, AMP , PPT
AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN
DUN CHENDEROH

1. Ucapan Pengerusi Majlis

1.1.Pengerusi majlis mengalu-ngalukan kedatangan Tetamu Kehormat, AJK PIBG


dan ibu bapa.
1.2.Ucapan terima kasih kepada tetamu kerana sudi hadir dalam Mesyuarat Agung
PIBG pada kali ini.
1.3.Beliau mengharapkan agar mesyuarat pada kali ini berjalan dengan lancar dan
sempurna.

2. Bacaan Doa

2.1.Bacaan doa disempurnakan oleh Ustaz Mohd Amin Bin Mohd Hasan.

3. Ucapan YDP PIBG


Encik Mohd Sufian bin Haji Razali

3.1 Beliau mengucapkan terima kasih kepada YB Tuan Haji Zainun Bin Mat Noor
kerana sudi hadir untuk merasmikan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-23 pada kali
ini.
3.2 Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa yang sudi hadir ke
mesyuarat pada kali ini.
3.3 Beliau juga memaklumkan bahawa yang beliau baru sahaja menjalani kursus di
Taman Bunga Raya.
3.4 Tahun ini merupakan tahun terakhir beliau sebagai YDP PIBG memandangkan
beliau tidak mempunyai anak di sekolah ini.
3.5 Beliau berharap pada mesyuarat kali ini dapat melantik YDP yang baru bagi
mengganti tempat beliau.
3.6 Beliau juga berharap agar YDP yang baru dilantik nanti agar dapat membantu
memaju dan meningkatkan prestasi sekolah.
3.7 Beliau memaklumkan bahwa kita tidak perlu risau tentang pembangunan sekolah
kerana YB amat mengambil berat terhadap kampung dan juga sekolah.
3.8 Pihak PIBG akan cuba sebaik yang mungkin membantu pihak sekolah dalam
melaksanakan pogram baik melibatkan murid mahupun ibu bapa.
3.9 Beliau mengucapkan terima kasih kepada YB, guru-guru dan AJK PIBG atas
kerjasma yang diberikan dalam meningkatkan prestasi sekolah.
3.10 Beliau memohon maaf sekiranya sepanjang menjadi YDP PIBG ada
menyinggung perasaan ibu bapa dan juga guru-guru.
3.11 Sekian terima kasih.

4. Ucapan Guru Besar


Encik Abdullah Zaini Bin Abdul Razak

4.1.Guru Besar mengucapakan ribuan terima kasih atas kehadiran YB Tuan Haji
Zainun Bin Mat Noor kerana sudi hadir merasmikan Mesyauarat Agung PIBG
pada kali ini.
4.2.Beliau juga mengalu-alukan kehadiran YDG PIBG dan ibu bapa yang turut sama
hadir pada mesyuarat pada kali ini.
4.3.Bagi tahun ini pemilihan AJK akan dilakukan memandangkan AJK yang dilantik
setiap tahun .
4.4.Beliau berharap dengan perlantikan AJK baru pada kali ini akan meningkatkan
lagi prestasi murid-murid SKUR dan kerjasama antara guru dan ibu bapa kan
bertambah kuat lagi.
4.5.Beliau memohon maaf kepada YB kerana tidak dapat melibatkan diri dalam
Pogram Jambatan Victoria dan mengucapkan tahniah kepada YB atas kejayaan
pogram tersebut.
4.6.Beliau memaklumkan bahawa beliau telah menjadi guru besar di SK Ulu Ribu
selama 10 tahun iaitu hampir sama lamanya dengan En. Mohd Sufian menjadi
YDP PIBG SK Ulu Ribu.
4.7.Beliau amat menghargai YDP atas kerjasama yang diberikan oleh beliau selama
berkhidmat menjadi YDP.
4.8.Beliau juga memaklumkan bahawa beliau akan bersara pada Mac tahun hadapan.
4.9.Kepada guru-guru kanan , beliau mengucapkan terima kasih kerana kerana
Berjaya membuat persiapan Mesyuarat Agung PIBG memandangkan pada kali ini
beliau tidak dapat menyertai persiapan ini kerana masalah kesihatan.
4.10. Beliau amat bersyukur kerana dapat menghadiri mesyuarat pada kali ini.
4.11. Beliau mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa atas kerjasama yang
diberikan kepada pihak sekolah.
4.12. PIBG sekolah amatlah penting dan sekiranya bersama-sama berganding bahu
dengan guru, maka prestasi sekolah akan meningkat dengan lebih baik/
4.13. Beliau member penekanan mengenai Sarana PIBG dalam meningkatkan
pencapaian sekolah.
4.14. Ibu bapa yang mempunyai taraf pendidikan yang tinggi mampu menjadi guru
kelas tambahan keoada murid-murid SK Ulu Ribu.
4.15. Beliau berharap pihak AJK dan sekolah cuba mendapatkan sumbangan bagi
membantu sekolah.
4.16. Beliau memaklumkan tentang pemberian wang BKAP RM100.00 akan
diberikan selesai mesyuarat nanti.
4.17. Beliau berharap agar ibu bapa menggunakan wangRM 100.00 ke arah yang
betul.
4.18. Harapan beliau agar YB memastikan ada paip bomba di kawasan kampong
ribu.Untuk makluman YB, pencapaian UPSR 2013 agak sederhana.
4.19. Beliau tidak berhajat untuk bercakap panjang dan mengucapkan terima kasih.
5. Ucapan Perasmian
YB Tuan Haji Zainun Bin Mat Noor
Ahli Dewan Undangan Negeri DUN Chenderoh

5.1.Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir dan ucapan tahniah
kerana berjaya mengadakan mesyuarat PIBG. Ucapan terima kasih juga kepada
pihak sekolah yang telah menjemput beliau selaku perasmi bagai mesyuarat agung
tahun ini.
5.2. Mesyuarat Agung PIBG tetap dilaksanakan walau apa sekalipun status sekolah
tersebut.
5.3.Kehadiran ibu bapa ke mesyuarat agung adalah atas dasar tangungjawab dan rela
hati.
5.4.Kita mestilah ada kesepakatan dan mewujudkan suasana mesra di antara sekolah
dan ibu bapa atau ibu bapa dengan PIBG.
5.5.Beliau memaklumkan , pendidikan amat penting dan berbeza daripada dulu.
5.6.Beliau berharap agar ibu bapa bersungguh-sungguh bagi membantu sebarang
keperluan dan urusan persekolahan anak-anak.
5.7.Beliau meminta agar hubungan ibu bapa dan guru mestilah lebih mesra supaya
dapat membantu membangunkan sekolah. Suasana mesra haruslah dipupuk bagi
semua pihak seperti pelajar, JKKK, guru, masjid, surau dan juga keluarga.
5.8.Dalam kemesraan perlu ada sikap bantu membantu:
5.9.Beliau menekankan istilah mesra :

M : Maklumat
E : Efisyen
S : Sukarela
R : Respon
A : Akauntibiliti

5.10. Beliau memaklumkan akan memanjangkan permohonan dari pihak sekolah


kepada pihak berkenaan bagi mendapatkan kelulusan.
5.11. Beliau meminta PIBG menhantar No Akaun PIBG dengan kadar segera
supaya beliau dan Dato Nazri dapat menyalurkan terus ke akaun PIBG.
5.12. Dengan rasa bangga dan insaf Saya Merasmikan Mesyuarat Agung PIBG
Kali ke-23

MESYUARAT AGUNG PIBG 2012


Majlis diteruskan oleh setiausaha PIBG dengan ucapan aluan dan meminta majlis
untuk merujuk kepada buku program yang telah diedarkan. Beliau berharap perjalan
mesyuarat mengikut peraturan yang terkandung dalam Perlembagaan Mesyuarat
Agung PIBG.
6. Ucapan Pengerusi
6.1.En. Yazid selaku pengerusi majlis mengalu-alukan kedatangan ibu bapa dan guru-
guru ke mesyuarat agung.
6.2.En. Yazid mengucapkan ribuan terima kasih atas sumbangan para ibu bapa dalam
memajukan sekolah.
6.3.En. Yazid berharap agar mesyuarat dapat di adakan dalam keadaan harmoni
6.4.En. Yazid menjemput NYDP Pibg untuk menyampaikan sedikit ucapan

7. Membentang Dan Mengesah Minit Mesyuarat Agung Kali Ke-22


7.1.En. Yazid membentangkan minit mesyuarat kali ke 3 2013.
7.2.Puan Rabayah mencadangkan agar minit mesyuarat disahkan. Puan Putih
menyokong agar minit mesyuarat yang lalu disahkan.

8. Perkara Berbangkit
8.1.Tiada perkara berbangkit

9. Membentangkan laporan aktiviti 2013


9.1.En. Yazid meminta para ibu bapa merujuk buku program yang telah disertakan.
9.2.En. Yazid memaklumkan hanya program korban yang tidak dapat dijalankan.

10. Laporan Kewangan PIBG


10.1. En. Yazid menjemput Puan Zahidah untuk membentangkan penyata kewangan
PIBG SKUR 2013
10.2. En Masli mencadangkan agar penyata kewangan PIBG SKUR 2013
disahkan.
10.3. En Mizan menyokong agar penyata kewangan PIBG SKUR 2013 disahkan.

11. Pembubaran Jawatankuasa PIBG


11.1. En Khairul Jamel membubarkan jawatankuasa PIBG SKUR 2013.
11.2. En. Yazid memaklumkan bahawa Jawatankuasa Guru masih dikekalkan.
11.3. Sesi perlantikan AJK yang baru dimulakan.

11.4. YDP PIBG : Encik Roslan Bin Nayan dicadangkan oleh En. Khairul Jamel
Encik Ismail Bin Tumin dicadangkan oleh En. Mohd Shafawi
Encik Khairul Jamel dicadangkan oleh Encik Ismail Bin Tumin
Ditentukan dengan undi angkat tangan.

En. Roslan : 16
En. Ismail : 10
En. Khairul Jamil : 17

Encik Khairul Jamel dilantik selaku YDP PIBG


11.5. NYDP PIBG : Puan Salmi dicadangkan oleh Puan Nazilah 20
En Roslan Bin Nayan dicadangkan oleh Pn. Zaleha 10
Ditentukandengan undi angkat tangan
Puan Salmi : 20
Encik Roslan : 10

Puan Salmi dilantik sebagai NYDP PIBG

11.6. Wakil ibu bapa


En Syed Abu Hassan dicadangkan oleh Puan Maimun
En Zamri dicadangkan oleh En. Roslan Bin Nayan
Puan Maimun dicadangkan oleh
Wan Faraziah dicadangkan oleh Pn. Muazliana
Puan Muazliana dicadangkan oleh En. Khairul Jamel

11.7. Juruaudit
Puan Rosalina
Masli Miskan.

12. Pembentangan Cadangan Kutipan Persekolahan 2014


12.1. Ustaz Fahrur membentangkan cadangan kutipan persekolahan 2014.
12.2. Encik Ismail mencadangkan. Encik Roslan menyokong.
12.3. Encik Yazid meminta agar para ibu bapa memberikan kerjasama dalam
membuat bayaran kutipan persekolahan.

13. Pembentangan Usul dan cadangan.


13.1. En. Khairul Jamel mengusulkan agar meningkatkan prasarana sekolah dengan
memohon makmal komputer.
13.2. Guru Besar memaklumkan bahawa pihak sekolah telah cuba memohon
peruntukan untuk 15 komputer daripada ADUN Chenderoh. Beliau juga
memaklumkan bahawa SKUR hanya layak untuk sudut komputer.
13.3. Encik Ismail B. Tumin mencadangkan agar jalan masuk ke sekolah diperbaiki.
Guru Besar memaklumkan bahawa perkara tersebut telah diutarakan kepada
Ketua kampung dan YB Zainun.
13.4. Mewujudkan paip bomba di Kampung Ribu.

14. Hal-hal lain


14.1. Encik Khairul Jamel mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa yang
terlibat dalam pembinaan wakaf.
14.2. Guru Besar menyentuh berkenaan kejadian kemalangan yang berlaku baru-
baru ini.
15. Ucapan Penangguhan
15.1. Encik Khairul Jamel menzahirkan kesyukuran kerana mesyuarat dapat
dijalankan dalam keadaan harmoni. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada
para ibu bapa yang melantik JK PIBG yang baru.
15.2. Beliau berharap agar hubungan di antara pihak guru dan ibu bapa semakin
baik dan dipertingkatkan.
15.3. Beliau juga berharap agar para ibu bapa sentiasa peka dengan kemajuan
pelajaran anak-anak
15.4. Majlis mempersilakan En. Mohd Sufian mantan YDP PIBG member sedikit
ucapan
15.5. Beliau mengucapkan tahniah kepada JK PIBG yang baru dilantik. Beliau
berharap PIBG SKUR sentiasa maju jaya. Beliau mengucapkan terima kasih dan
ampun dan maaf.
15.6. En. Yazid memaklumkan Sarana PIBG akan dilaksanakan dalam masa yang
terdekatkan

Mesyuarat ditangguhkan dengan bacaan Surah Al-Asr tepat jam 5.38 petang.

Disediakan oleh : Disahkan oleh :

.. ....
( MOHD YAZID BIN ABDUL HAMID) ( KHAIRUL JAMEL BIN KHAMIS )
Setiausaha Yang Dipertua
Persatuan Ibu Bapa dan Guru Persatuan Ibu Bapa dan Ibu
SK Ulu Ribu, SK Ulu Ribu
33600 Enggor, 33600 Enggor
Perak Darul Ridzuan. Perak Darul Ridzuan

You might also like