You are on page 1of 2

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU

SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR BARU RAWANG


PERSIARAN PELANGI , 48000 RAWANG,
SELANGOR DARUL EHSAN

Kod Sekolah : BBA7237


Tel/Fax : 03-60915707
Facebook :Sekolah Bandar Baru Rawang
Rujukan Kami : SKBBR 18/01/12 ( )
Rujukan Tuan :
Tarikh : 18 JULAI 2017

Mereka Yang Berkenaan,

Melalui
Guru Besar,
SK Bandar Baru Rawang,
Persiaran Pelangi,
48000 Rawang,
Selangor Darul Ehsan.

Tuan,

SURAT AMARAN DILARANG BERNIAGA DI HADAPAN SEKOLAH

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Untuk makluman pihak tuan/puan, aktiviti jualan di kawasan hadapan sekolah kepada murid-
murid sekolah ini masih berlaku meskipun teguran secara lisan oleh pihak sekolah dan PIBG telah
dilakukan. Begitu juga dengan papan tanda oleh pihak MPS yang terpampang di badapan sekolah tentang
larangan berniaga. Pihak kami amat memandang serius aktiviti sebegini memandangkan kepada faktor
keselamatan, kesihatan dan juga kebersihankepada murid sekolah ini. Sampah semakin menjadi-jadi di
kawasan sekitar hadapan dan dalam sekolah berikutan aktiviti jualan ini.

3. Sehubungan dengan itu, pihak kami ingin memaklumkan peringatan secara bertulis kepada
mereka yang terlibat dengan aktiviti jualan di hadapan kawasan sekolah ini untuk memberhentikan
akitiviti jualan tersebut mulai esok, 19 Julai 2017. Seandainya aktiviti ini masih berterusan, pihak kami
tiada pilihan lain selain memanjangkan aduan ini kepada pihak MPS untuk tindkan selanjutnya.

Pihak kami amat berharap mendapat kerjasama daripada pihak tuan dan didahului dengan ucapan ribuan
terima kasih.

Sekian.

Yang menjalankan tugas,

( MUSTASHA HADI BIN MOHAMED YUSOP )


Yang DiPertua PIBG
SK Bandar Baru Rawang

s.k. Fail PIBG


Fail Sekolah
Fail PPD, Gombak
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR BARU RAWANG
PERSIARAN PELANGI , 48000 RAWANG,
SELANGOR DARUL EHSAN

Kod Sekolah : BBA7237


Tel/Fax : 03-60915707
Facebook :Sekolah Bandar Baru Rawang
Rujukan Kami : SKBBR 18/01/12 ( )
Rujukan Tuan :
Tarikh : 24 MEI 2017
Pengurus,
Warisan Rozan Enterprise,
No. 6A Jalan 6, Jalan Persiaran 1,
Selayang Pandang,
68100 Batu Caves,
Selangor Darul Ehsan.

Melalui
Guru Besar,
SK Bandar Baru Rawang,
Persiaran Pelangi,
48000 Rawang,
Selangor Darul Ehsan.

Tuan,

MEMOHON SUMBANGAN MENYELENGGARA DAN MEMBAIKPULIH MAKMAL


KOMPUTER SEKOLAH

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Untuk makluman pihak tuan, sekolah ini ada dua makmal komputer dengan keluasan lantai 25
x 45 (Rujuk Lampiran 1) semenjak pembinaan sekolah pada tahun 2002. Keadaan permaidani sedia ada
tidak sesuai digunakan kerana ia memerangkap debu dan merosakkan peranti. Habuk yang banyak
menjadikan suasana tidak selesa dan gangguan kepada murid dan guru yang menghidap asma, alahan dan
resdung seterusnya mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran.

3. Sehubungan dengan itu, pihak kami ingin membuka permaidani tersebut dan mengecat lantai
menggunakan cat EPOXY dan membaikpulih kedudukan kabel-kabel di makmal supaya lebih kemas dan
selamat. Semoga dengan sumbangan pihak tuan, murid-murid sekolah ini dapat menjalani pembelajaran
berasaskan komputer di makmal tersebut dengan lebih kondusif dan efektif.

Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan Encik Jamaluddin Bin Marji di talian 03-60915707 atau
013-3560059. Sumbangan dan kerjasama daripada pihak tuan kami dahului dengan ucapan ribuan terima
kasih.

Sekian.

Yang menjalankan tugas,

( MUSTASHA HADI BIN MOHAMED YUSOP )


Yang DiPertua PIBG
SK Bandar Baru Rawang

s.k. Fail PIBG


Fail Sekolah

You might also like