You are on page 1of 18

IMPLIKASI FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

DALAM SISTEM PENDIDIKAN NEGARA


10:49 PM ARIEDRIFKE 1 COMMENT

Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang telah diumumkan secara rasmi pada tahun 1988 telah dipengaruhi oleh
beberapa faktor seperti faktor agama, sosial, politik, ekonomi, individu, dan faktor sejagat. Faktor-faktor ini telah
menjadikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan mempunyai matlamat-matlamat yang tersendiri untuk dicapai.
Justeru itu, segala aktiviti, perancangan, dan pencapaian hendaklah selari dengan kehendak Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan sememangnya telah memberi beberapa implikasi terhadap sistem pendidikan
di negara kita seperti implikasi terhadap kurikulum sekolah yang merangkumi beberapa aspek seperti perubahan
sukatan subjek pelajaran yang berteraskan kepada program bersepadu seperti Kurikulum Bersepadu Sekolah
Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM).
Selain itu, kurikulum sekolah juga dilihat telah mengalami perubahan dari segi bahan-bahan pengajaran yang
lebih menitikberatkan nilai-nilai murni yang diserapkan kedalam semua subjek bagi mencapai matlamat untuk
melahirkan insan yang seimbang dan harmonis. Perubahan kurikulum sekolah juga dapat dilihat dalam sistem
pendidikan negara kita yang mula berorientasikan ke arah pendidikan umum dan perubahan sukatan pelajaran
yang sesuai bagi mengasah kemahiran pelajar dalam bidang teknologi, teknik dan vokasional.
Implikasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang seterusnya ialah terhadap pendidik iaitu perubahan peribadi
pendidik selari pandangan dan visi positif dalam menjalankan tugas atau profession bagi mencapai tujuan dan
matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Selain itu, perubahan positif ini telah mengubah P & P pendidik
seterusnya melahirkan pendidik yang inovatif, berpengetahuan luas, berakhlak mulia, dan berketrampilan.
Seterusnya ialah implikasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan terhadap institusi pendidikan di negara kita. Dalam
institusi pendidikan sekarang, dapat kita lihat perubahan seperti perubahan kemudahan-kemudahan supaya
para pelajar mendapat peluang bagi mengembangkan lagi potensi yang ada dalam diri mereka dari segi intelek,
rohani, emosi, sosial dan jasmani secara seimbang.
Selain itu, akitiviti budaya sekolah juga mengalami perubahan untuk memupuk nilai-nilai murni dalam jiwa para
pelajar. Perubahan iklim sekolah yang kondusif juga telah melahirkan para pelajar yang menghargai ilmu dan
melahirkan budaya-budaya positif seperti budaya membaca di kalangan mereka.
Sebagai rumusannya, semua pihak memainkan peranan yang penting dalam menyusun atur strategi bagi
mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan supaya memberi impak positif dalam perkembangan
sistem pendidikan di negara kita ini
Peranan sekolah dalam merealiasasikan FPK

PENGENALAN

Pada amnya, perkataan falsafah boleh difahamkan sebagai pemikiran atau pandangan yang benar,
rasional dan bernas. Pemikiran atau pandangan ini dihasilkan daripada usaha kajian ahli falsafah
dengan cara yang saintifik, sistematik dan logikal. Tujuan falsafah ialah mencari serta membuktikan
kebenaran dan memberi arah tuju atau pedoman untuk perkara-perkara yang penting dalam
kehidupan.

Berdasarkan huraian di atas, falsafah pendidikan boleh diertikan sebagai pedoman, arah tuju atau
pandangan terhadap perkara-perkara yang berkaitan dengan pendidikan. Maka, Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK) adalah digubal daripada usaha berfikir yang rasional dan kritis berlandaskan
daripada ideologi negara sebagaimana yang telah dimanifestasikan dalam Laporan dan Dasar
Pendidikan, termasuk Rukun Negara. FPK ini akan menjadi suluh yang memberi pedoman dan hala
kepada segala usaha pendidikan sama ada di dalam institusi pendidikan atau di luar institusi
pendidikan. Sehubungan ini, FPK adalah digubal secara rapi dan teliti oleh pakar-pakar pendidikan
yang mengambil kira seluruh aspek yang berkaitan dengan keperluan-keperluan individu, masyarakat
dan negara.

Berdasarkan kepada pertimbangan-pertimbangan atas Laporan dan Akta Pendidikan, Rukun Negara
dan ciri-ciri kebudayaan masyarakat Malaysia, maka FPK yang dinyatakan berikut digubal dan
diumumkan secara rasmi pada tahun 1988.

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang
dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Usaha ini adalah bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan,
berakhlak mulia bertanggungjawab dan keupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

Berlandaskan kepada FPK yang telah dihuraikan diatas, maka Matlamat Pendidikan Negara ialah
bertujuan melahirkan insan yang baik dan sempurna supaya menjadi warganegara Malaysia yang
berguna. Dengan perkataan lain, Matlamat Pendidikan Negara bertujuan melahirkan rakyat Malaysia
yang sempurna dan memiliki serta menghayati ciri-ciri berikut:

Percaya dan patuh kepada Tuhan.

Berilmu pengetahuan.
Berakhlak mulia.

Bertanggungjawab kepada diri sendiri, masyarakat, agama dan negara.

Memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu.

Memupuk perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum.

PERANAN SEKOLAH DALAM MEREALISASIKAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN.

Peranan sekolah begitu besar dalam melaksanakan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Sekolah
merupakan institusi formal pertama di mana murid-murid memperoleh ilmu dan kemahiran asas.
Sekolah juga adalah tempat pemupukan minat setiap murid untuk terus mencari ilmu dan
selanjutnya memberi sumbangan kepada khazanah ilmu yang sedia ada.

Untuk merealisasikan hasrat FPK, aspek-aspek kepemimpinan, budaya sekolah, aktiviti ko-kurikulum,
peranan guru dan disiplin murid perlu diberi perhatian dan diaktifkan secara menyeluruh.

Aspek Kepemimpinan

Aspek pertama yang perlu diambil perhatian ialah kepemimpinan. Pemimpin sekolah iaitu guru besar
merupakan orang penting dalam memajukan institusi pelajaran di Malaysia. Mereka perlu berfikiran
kreatif dalam pengurusan dan berhubungan dengan guru dan juga murid. Mereka bertanggungjawab
menetapkan falsafah sekolah, membentuk wawasan sekolah, membentuk visi dan misi sekolah yang
berlandaskan FPK.

Selain itu, pihak sekolah juga perlu memastikan aspek-aspek seperti budaya sekolah, aktiviti ko-
kurikulum, peranan guru dan juga disiplin murid diberi penekanan dan perhatian yang sewajarnya
supaya hasrat FPK dapat direalisasikan.

Perkembangan semasa memperlihatkan peningkatan peranan guru besar sebagai peneraju utama di
sekolah-sekolah. Penyelidikan oleh Morrisson (2005) mendapati bahawa perubahan peranan
pentadbir sekolah perlu berlaku dalam aspek-aspek tertentu seperti kepemimpinan, tuntutan kerja,
orientasi perniagaan, tanggungjawab, pengurusan sumber manusia, membuat keputusan,
komunikasi, kuasa, dan perancangan. Peranan guru besar merupakan antara faktor utama yang akan
menentukan kejayaan dan kecemerlangan sesebuah sekolah. Guru besar yang berkesan mampu
mengubah keadaan sesebuah sekolah menjadi cemerlang.

Dalam melaksanakan amanah menyediakan sumber manusia menjelang tahun 2020, fungsi
kepemimpinan, pengurusan, dan pentadbiran sekolah menjadi semakin mencabar. Peranan
kepemimpinan di peringkat sekolah mestilah dalam bentuk instructional leader yang memainkan
peranan tertentu pada tahap serta kedudukan masing-masing untuk melaksanakan sesuatu progam
pendidikan. Kepemimpinan pendidikan juga haruslah berperanan sebagai transformational leader
iaitu sebagai agen transformasi perubahan.

Pemimpin sekolah yang proaktif akan sentiasa membuat jangkaan-jangkaan tentang perubahan yang
sedang dan bakal berlaku agar sentiasa berada dalam keadaan bersedia. Pemimpin sekolah mestilah
juga mampu dan berupaya membimbing guru-guru di bawah pengawasannya untuk menjadi lebih
berkesan.

Sekolah yang berkesan dapat dilihat berdasarkan stail kepemimpinan yang bukan sekadar mampu
bertindak sebagai pemimpin pengajaran dan pembelajaran yang berkesan tetapi juga harus mampu
membawa perubahan. Justeru itu, di mana-mana sekolah, guru besar merupakan individu yang
paling berpengaruh dan bertanggungjawab terhadap sesuatu perubahan.

Menurut kata Wilson dan Corcoran (1988), segala kejayaan dan kegagalan murid terletak kepada
pihak sekolah, iaitu guru besar dan guru. Kepemimpinan guru besar pula dikenal pasti sebagai
pemboleh ubah yang penting sekali, yang mempengaruhi kualiti dan kuantiti hasil sekolah walaupun
proses dalaman dan persekitaran sosial (iklim), atau budaya sekolah juga merupakan pemboleh ubah
yang mempengaruhi dan menyebabkan perbezaan dalam pencapaian akademik murid (Rutter et
al,1979).

Aspek Budaya Sekolah

Aspek kedua yang perlu diberi penekanan ialah budaya sekolah. Budaya sekolah, kadang kala dikenali
sebagai iklim sekolah merupakan salah satu aspek yang penting dalam merealisasikan FPK. Iklim
sekolah yang terbuka menggalakkan murid bebas berinteraksi di antara murid dengan murid, murid
dengan guru serta bebas melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti sekolah. Guru pula boleh bekerja
dalam keadaan yang mesra, berasa tenteram serta melaksanakan tugas dengan adil, dedikasi,
gembira dan sempurna.
Iklim sekolah yang terbuka seperti ini merupakan iklim sekolah yang demokratik dan iklim ini akan
dapat membantu sekolah mencapai aspirasinya seperti membentuk murid lebih berdedikasi, lebih
berinisiatif, lebih rela bekerjasama, lebih ramah dan mesra, lebih spontan dan berkreativiti serta
lebih tinggi motivasinya.

Budaya sekolah atau iklim sekolah ini mengandungi empat aspek utama iaitu aspek fizikal, aspek
sosial, aspek perkembangan intelek dan aspek penggunaan bahasa.

Aspek fizikal merangkumi perkara-perkara seperti kebersihan kawasan sekolah, keselamatan


anggota-anggota sekolah, kemudahan-kemudahan sekolah yang lengkap, keselesaan yang kondusif
untuk pengajaran dan pembelajaran dan juga keindahan sekolah.

Dari aspek sosial pula, ia merangkumi perkara-perkara yang berkaitan dengan keharmonian di antara
anggota-anggota sekolah seperti budaya hormat-menghormati dan mengucap salam, kerjasama, rasa
tanggungjawab, perpaduan, kemesraan dan keadilan.

Seterusnya aspek perkembangan intelek. Ia merangkumi aspek budaya ilmu seperti semangat mahu
belajar sama ada dalam bilik darjah atau di perpustakaan sekolah. Sebagai contoh, sekolah
memainkan peranannya melalui penganjuran program-program akademik seperti Program NILAM
dengan tujuan membudayakan aktiviti membaca dalam diri murid-muridnya. Program ini secara
tidak langsung dapat mengembangkan daya pemikiran murid sama ada kritis atau kreatif. Menurut
Ee (1994), tamadun atau bangsa hanya dapat dibina melalui masyarakat yang mengamalkan budaya
ilmu. Cara utama membina budaya ilmu ialah melalui amalan tabiat membaca yang berterusan.

Aspek yang terakhir ialah penggunaan bahasa. Aspek ini meliputi penggunaan bahasa secara betul
dan jitu sama ada di dalam bilik darjah atau di luar bilik darjah. Untuk meningkatkan prestasi dalam
aspek penggunaan bahasa, aktiviti pertandingan, perbahasan, syarahan dan pidato boleh dianjurkan
oleh pihak sekolah sebagai galakan penggunaan bahasa. Penggunaan bahasa kedua Bahasa Inggeris
juga perlu diberi perhatian sejajar dengan matlamat FPK yang ingin melahirkan modal insan yang
mampu berdaya saing di peringkat global.

Suasana sekolah yang ceria, kondusif dan meransang pembelajaran diwujudkan bertujuan
menghasilkan murid-murid yang berkembang secara harmonis dan menyeluruh dari aspek jasmani,
emosi, rohani dan intelek.

Aspek Ko-kurikulum
Aspek ketiga pula ialah ko-kurikulum. Untuk merealisasikan FPK, sekolah juga perlu memainkan
peranan yang berkesan dalam melaksanakan gerak kerja ko-kurikulum. Gerak kerja ko-kurikulum
merupakan gerak kerja bercorak pendidikan yang dijalankan di dalam dan di luar waktu sekolah.
Gerak kerja merupakan aktiviti-aktiviti kumpulan secara informal. Gerak kerja ko-kurikulum
berasaskan pembelajaran di bilik darjah adalah kesinambungan kurikulum yang dilaksanakan di
sekolah. Walaupun aktiviti-aktiviti ko-kurikulum lebih bercorak informal, tetapi gerak kerja yang
dijalankan adalah terancang.

Gerak kerja ko-kurikulum dilaksanakan di sekolah diharapkan akan menyemai sifat-sifat


kepemimpinan, kerjasama, tolong-menolong dan sedia berkhidmat di kalangan murid. Aktiviti ko-
kurikulum juga perlu dirancang supaya semua murid mempunyai perseimbangan antara
perkembangan mental dengan perkembangan sosial, jasmani dan rohani. Pelaksanaan ko-kurikulum
cuba melihat minat dan bakat murid-murid. Melalui kegiatan kumpulan, semua murid boleh dididik
dan mendidik diri sendiri.

Sekolah ialah institusi yang bertanggungjawab dan boleh memainkan peranan dalam mendidik
murid-murid untuk mengembangkan minat dan bakat. Begitu juga masyarakat yang
bertanggungjawab boleh memainkan peranan mereka dalam mendidik murid-murid. Ini disebabkan
alam masyarakat di luar sekolah sebenarnya amat kaya dengan ilmu pengetahuan yang boleh
dimanfaatkan oleh murid-murid. Aktiviti-aktiviti yang boleh dilaksanakan dalam gerak kerja ko-
kurikulum ialah pasukan unit beruniform, persatuan/kelab dan juga sukan. Pihak sekoalh perlu
memastikan semua murid melibatkan diri dalam ko-kurikulum ini kerana gerak kerja ini dianggap
sebagai sebahagian daripada kurikulum sekolah dan sebagai satu bidang pendidikan.

Gerak kerja ko-kurikulum dilaksanakan di sekolah mempunyai beberapa matlamat penting yang
merangkumi aspek pendidikan, aspek pembelajaran, dan aspek sosialisasi.

Dari aspek pendidikan, pelaksanaan gerak kerja ko-kurikulum di sekolah diharap akan dapat
membina dan menyuburkan sahsiah yang seimbang di kalangan murid; memupuk nilai-nilai ahklak
dan pendidikan yang diingini; memajukan kemahiran, minat dan bakat murid; meningkatkan disiplin
dan kepemimpinan diri; mengukuhkan dan memperkayakan lagi pengetahuan dan kemahiran;
menjadi asas kerjaya pada masa akan datang dan mengisi masa lapang dengan aktiviti berfaedah dan
menyeronokkan.

Dari aspek pembelajaran pula, kegiatan ko-kurikulum bertujuan untuk mewujudkan dan
mempertingkatkan suasana sekolah yang lebih menarik dan menggembirakan murid-murid. Selain
itu, perhubungan antara guru dengan murid juga dapat diwujudkan.
Dari aspek sosialisasi, gerak kerja ko-kurikulum ini dilihat mampu melahir dan membentuk murid-
murid yang mempunyai semangat kekitaan dan kewarganegaraan serta mempunyai rasa dan
tanggungjawab berkhidmat untuk masyarakat.

Secara keseluruhannya, pihak sekolah perlu mempertingkatkan kualiti pengurusan ko-kurikulum dan
sukan dengan usaha memperkembangkan lagi potensi individu, membentuk sahsiah, membantu
pertumbuhan jiwa bermasyarakat, meningkatkan mutu disiplin para murid bagi memperkukuhkan
integrasi di kalangan mereka. Selain itu, pihak sekolah juga harus memberi peluang secukupnya
kepada murid-murid untuk menyertai pelbagai aktiviti terancang bagi memperkembangkan minat,
bakat serta kemahiran masing-masing.

Aspek Guru

Aspek yang seterusnya ialah guru. Peranan guru amat penting dalam merealisasikan FPK. Guru
bertanggungjawab memperkembangkan potensi murid secara menyeluruh dan bersepadu yakni
insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

Dengan pengenalan KBSR dan KBSM di negara kita, peranan guru di sekolah juga bertambah lebih
kompleks. Guru mula memainkan peranan sebagai pengajar, pengurus, fasilitator, pembimbing,
penggalak, penyelaras dan juga sebagai inovator, iaitu orang yang mendatangkan pembaharuan.

Seseorang guru menjalankan seperti menggerakkan, mengatur dan menilai prestasi murid-murid.
Sebelum memulakan satu-satu pelajaran, minat murid seharusnya ditimbulkan terlebih dahulu
terhadap topik yang akan disampaikan. Proses pembelajaran berlaku dengan lebih cepat sekiranya
murid-murid mempunyai minat terhadap pelajaran itu.

Oleh itu, adalah penting bagi guru menggerakkan muridnya dengan berbagai-bagai cara seperti
menggunakan pelbagai jenis alat bantu mengajar, mengadakan main peranan (role playing),
mengadakan simulasi dan sebagainya.

Selain itu, guru juga mengelolakan semua aktiviti yang dijalankan di dalam sesebuah bilik darjah.
Dalam aktiviti pembelajaran mesti ada langkah pertama, langkah kedua, langkah ketiga dan
seterusnya. Tiap-tiap langkah pembelajaran haruslah diatur supaya murid-murid mendapat faedah
daripada setiap aktiviti pembelajaran. Gurulah yang menjalankan tugas mengatur setiap langkah
pembelajaran. Dalam mengatur langkah-langkah pembelajaran, guru akan merancang terlebih
dahulu. Apabila membuat sesuatu rancangan, keperluan-keperluan murid, objektif-objektif
pelajaran, bahan-bahan dan alat-alat mengajar seharusnya dipertimbangkan. Pengajaran yang
dirancangkan dengan baik akan membawa faedah yang besar kepada murid-murid.

Guru juga membimbing murid-murid supaya mereka memahami topik yang diajar. Guru seharusnya
mengaitkan tajuk yang diajar dengan pengalaman-pengalaman murid untuk membolehkan mereka
memahami konsep-konsep dengan lebih mudah lagi. Perkataan-perkataan yang digunakan oleh guru
sepatutnya mudah difahami dan penerangannya padat serta jelas. Penggunaan alat bantu mengajar
seperti carta, gambar, perbandingan dan graf dapat menjelaskan lagi sesuatu konsep yang
disampaikan. Guru juga menolong murid-murid mengatur fakta-fakta supaya menjadi konsep yang
konkrit dan bermakna. Idea yang abstrak boleh dijadikan konkrit dengan menggunakan carta dan alat
bantu mengajar lain.

Guru perlu juga menolong murid-murid mempraktikkan dan mengulangi aktiviti sehingga
pembelajaran itu menjadi berkesan. Guru juga menilai murid-muridnya dengan menjalankan
berbagai-bagai ujian. Penilaian ini akan dapat mengesani sejauh manakah objektif pengajaran dan
pembelajaran telah tercapai.

Ringkasnya, guru memikul amanah yang amat besar untuk melahirkan insan berilmu dan bersahsiah
tinggi dan berperanan untuk merealisasikan matlamat kenegaraan yang akan menentukan jatuh
bangun bangsa dan negara di masa hadapan.

Aspek disiplin.

Aspek yang terakhir ialah disiplin. Sekolah sebagai agen sosialisasi utama bertanggungjawab untuk
membanteras masalah disiplin hingga ke peringkat akar umbi. Iklim dan persekitaran sekolah yang
kondusif perlu diwujudkan bagi merangsang perkembangan murid dari aspek jasmani, emosi, rohani
dan intelek sejajar dengan FPK.

Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran telah cuba mentakrifkan
disiplin sebagai kesanggupan seseorang individu untuk menghormati dan mematuhi undang-undang,
sama ada disiplin itu dikenakan dari luar atau dengan kerelaan sendiri; juga kesanggupan seseorang
bekerja atau membuat sesuatu dengan cukup tertib, kesanggupan menghormati hak individu lain,
mengamalkan tingkah laku hormat-menghormati di antara satu dengan lain dan mempunyai
semangat tolong-menolong dan membaiki keadaan yang sedia ada menerusi usaha yang membina
serta sanggup berkhidmat untuk masyarakat. Disiplin juga ada kaitannya dengan tatatertib,
tatasusila, kesopanan dan ahklak.

Dalam konteks pendidikan, sekolah merupakan institusi yang penting dalam membentuk disiplin
murid-murid. Masalah disiplin murid akan menjejaskan tumpuan mereka terhadap pelajaran.
Masalah disiplin ini seharusnya dikawal dengan kerjasama warga sekolah iaitu guru besar, guru
disiplin, guru, pengawal keselamatan, masyarakat sekitar sekolah dan ibu bapa. Hal ini penting bagi
memastikan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Pihak sekolah melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) boleh menubuhkan sebuah jawatan kuasa
menangani gejala disiplin murid peringkat sekolah dengan melantik beberapa ahli terdiri daripada
kalangan mereka yang tinggal berhampiran dengan sekolah bagi memantau disiplin murid. Pihak
sekolah juga hendaklah memantau kawasan sekolah yang terdapat masalah disiplin.

Apa yang lebih penting, murid lemah dan berdisiplin memerlukan perhatian khas daripada pihak
sekolah. Semua ini perlu dilakukan dengan bijak supaya tidak berlaku pengasingan dan perbezaan di
antara mereka dengan murid lain di sekolah.

Peranan guru bimbingan dan kaunseling penting dalam membentuk dan membina semula sahsiah
dan disiplin murid yang bermasalah. Antara tugas utama guru bimbingan dan kaunseling ialah
menjalankan bimbingan dan kaunseling dengan murid-murid yang mempunyai masalah disiplin
dengan tujuan mewujudkan tingkah laku yang diingini. Selain itu, guru bimbingan dan kaunseling
juga berfungsi untuk membina perhubungan dengan ibu bapa/ penjaga murid-murid yang
mempunyai masalah disiplin, pegawai kebajikan masyarakat atau pihak polis.

Disiplin yang baik membawa beberapa faedah kepada guru dan murid. Faedah-faedah tersebut
adalah seperti berikut:

Pengajaran dapat dijalankan dengan licin dan teratur.

Pembelajaran dapat dilaksanakan dalam suasana yang tenang serta teratur.

Keberkesanan pengajaran-pembelajaran akan dapat ditingkatkan lagi.

Murid-murid menjadi lebih produktif jika mereka berdisiplin.

Keselamatan murid-murid dapat dijamin kerana setiap murid dapat mematuhi peraturan-peraturan
sekolah.

Kemalangan yang berlaku di makmal atau bilik darjah dapat dikurangkan.

Segala tugasan dapat disiapkan dalam tempoh masa yang lebih singkat.
Masalah disiplin perlu ditangani dengan sebaik mungkin. Sesungguhnya persekitaran sekolah yang
kondusif dan selamat amat penting dalam membentuk imej dan keyakinan diri murid ke arah
kecemerlangan dan kegemilangan, selaras dengan hasrat negara yang menekankan usaha
pembentukan modal insan yang cemerlang,gemilang dan terbilang.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, berdasarkan kepada semua huraian diatas, maka ternyatalah bahawa kejayaan
sesebuah sekolah dalam merealisasikan FPK adalah bergantung kepada aspek-aspek kepemimpinan,
budaya sekolah, ko-kurikulum, guru dan juga disiplin. Semua aspek ini akan menentukan modal insan
yang bakal dihasilkan sama ada memenuhi hasrat FPK atau tidak. Kejayaan sekolah dalam
merealisasikan FPK juga secara tidak langsung mampu menjana dan membina modal insan yang
berkualiti. Merujuk kepada PIPP (2006), negara kita berhasrat untuk menghasilkan modal insan yang
mempunyai jati diri yang kukuh, berketerampilan, berperibadi mulia, berpengetahuan dan
berkemahiran tinggi perlu mampu untuk berfikir secara kritis dan kreatif, berkemahiran
menyelesaikan masalah, berkeupayaan mencipta peluang-peluang baru, mempunyai ketahanan serta
berkebolehan untuk berhadapan dengan persekitaran dunia global yang sering berubah-ubah. Sekali
lagi dinyatakan bahawa, peranan sekolah amat penting dalam menyahut cabaran yang terkandung di
dalam FPK untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak
mulia bertanggungjawab dan keupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara
1. PendahuluanBila kita sebut pendidikan maka tidak hairanlah kita akan menyebut
FalsafahPendidikan Kebangsaan dimana hala tuju pendidikan adalah disasarkan kepadakehendak dan
inspirasi falsafah tersebut. Bagi mencapai impian tersebut makabeberapa mata pelajaran telah
ditetapkan bagi memenuhi semua kehendak-kehendak itu. Maka bagi mencapainya bahasa
merupakan alat yang penting dancukup berguna dalam pendidikan. Maka bahasa Melayu sebagai
bahasa rasminegara akan digunakan untuk menyampaikan segala ilmu disamping bantuandari
bahasa kedua seperti bahasa Inggeris dan lain-lain bahasa. Untukmendapatkan teknologi dan
peradaban dari bangsa lain kita perlu belajar bahasabangsa tersebut , ini amat jelas akan
kepentingannyaMengapa bahasa Melayu penting untuk dipelajari di sekolah ? Bahasa rasminegara
perlu dipelajari kerana pelbagai tujuan terutama untuk meningkatkansemangat nasionalisme ,
perpaduan dan sebagai bahasa ilmu untuk mempelajariperadaban bangsa sendiri. Bila wujudnya
mata pelajaran maka akan diciptakanSukatan Pelajaran yang mesti diikut untuk mencapai kehendak
FalsafahPendidikan Kebangsaan.Sebenarnya apakah impian dalam bidang pendidikan bahasa?
Mungkinkah halitu hanya suatu lelucon atau ilusi semata-mata? Jika memang ada, apakahimpian itu?
Anjakan paradigma yang paling dasar untuk memahami idealismeatau impian dalam pendidikan
bahasa semestinya berkaitan dengan aspekfalsafah pendidikan bahasa itu sendiri, terutama yang
berkaitan dengan isuepistemologi (teori ilmu) tentang konsep bahasa dan matlamat
pendidikanbahasa. Dua sisi utama pendidikan bahasa akan dibincangkan. Yang pertamaialah
pendidikan bahasa sebagai upaya pengembangan potensi akliah manusia.Yang kedua ialah
pendidikan bahasa sebagai wasilah penyempurnaan adab dansahsiah manusia serta agen
pemasyarakatan (sosialisasi) yang berkaitan rapat 1

2. pula dengan fungsi bahasa dalam dinamika, kelestarian dan kelenturan budayamasyarakat
pengguna bahasa berkenaan. Kelestarian budaya berkaitan denganketahanan unsur-unsur teras
budaya masyarakat, sementara dinamika budayamemerikan perkembangan positif budaya yang
dengan keperluan sezaman.Kelenturan budaya pula bermaksud keupayaan budaya sesuatu
masyarakatmenyerapkan unsur-unsur luar yang membantu dinamika budaya masyarakatdan di sisi
itu tidak pula menyirnakan kelestarian budaya teras masyarakat.Pendidikan bahasa yang berkesan
dan unggul hendaklah dipertalikan dengantiga perspektif budaya itu, agar bidang itu tidak menjadi
bidang eksklusif dalamdisiplin ilmiah atau sekadar memenuhi kerangka kurikulum pendidikan,
tetapiberada dalam kotak yang tersendiri serta tidak merentas kotak-kotak kehidupanyang lain.
Pendidikan bahasa semestinya diorientasikan menjadi bidang yanginklusif, dengan erti kata merentas
seluruh aspek kehidupan manusiawi. Inilahinti sari dan gagasan yang ingin saya kemukakan dalam
Sejarah PembentukanFalsafah Pendidikan KebangsaanSejarah Pembentukan Falsafah Pendidikan
KebangsaanDari sudut sejarah, Falsafah Pendidikan Kebangsaan lahir daripada proses yangagak
panjang iaitu satu proses pembinaan bangsa dan negara Malaysiasemenjak merdeka lagi. Semua
mengetahui bahawa Falsafah PendidikanKebangsaan yang dirumuskan pada tahun 1988 dan disebut
dalam AktaPendidikan 1996 berbunyi:Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke
arahmemperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untukmelahirkan insan
yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosidan jasmani berdasarkan kepercayaan
dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha iniadalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia
yang berilmupengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia , bertanggungjawab dan 2

3. berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadapkeharmonian dan


kemakmuran keluarga masyarakat dan negara.Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini mengambil
inspirasi daripada prosespembangunan bangsa dan negara yang agak panjang. Apa yang
digariskandalam falsafah ini juga amat berkait rapat dengan perkembangan dunia Islamdan
pembangunan negara Malaysia. Perbandingan falsafah ini dengan resolusiatau konsensus sedunia
Persidangan Dunia mengenai Pendidikan MuslimPertama yang diadakan di Jeddah, dari 31 Mac
hingga 8 April 1977 tidak jauhberbeza. Saya berikan di sini petikan ulasan Mohd Kamal Hassan (1988)
dalambukunya Pendidikan dan Pembangunan: Satu Perspektif Bersepadu.Tujuan Dasar Pelajaran di
dalam negeri ini ialah bermaksud hendak menyatukanbudak-budak daripada semua bangsa di dalam
negeri ini dengan menggunakanbahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang besar, walaupun
perkaraini tiada dapat dilaksanakan dengan serta-merta melainkan hendaklah diperbuatdengan
beransur-ansur. Penyata Razak 1956, Ordinan Pelajaran 1957, LaporanRahman Talib 1960 dan Akta
Pendidikan 1961 yang memungkinkan lahirnyaDasar Pelajaran Kebangsaan ini boleh dirumuskan
sebagai milestone kepadazaman pengukuhan dan kemaskini dalam sistem pendidikan negara
kita.Dasar Pelajaran Kebangsaan ini mula diolah kembali bagi menyesuaikan negarakita dengan
perkembangan zaman. Laporan Kabinet 1979 adalah permulaankepada pembentukan falsafah
pendidikan Kebangsaan yang lebih jelas.Sebahagian ciri-ciri Laporan Kabinet 1979 lebih banyak
menumpukan kepadapenegasan kepada pendidikan asas 3M (Membaca, Menulis dan
Mengira),pendidikan kerohanian dan kurikulum ala Malaysia.Zaman pensejagatan atau globalisasi
merupakan satu cabaran baru bagi sistempendidikan kita. Lahirnya Akta Pendidikan 1996 adalah satu
sahutan kepadacabaran berkenaan. Buat pertama kalinya, kita melihat berbagai pengukuhan 3

4. dan penegasan dilakukan oleh pihak kerajaan termasuklah teras kepada sistempendidikan iaitu
falsafah pendidikan negara. Pendidikan bertaraf dunia atauMalaysia sebagai pusat kecemerlangan
dijadikan objektif sistem pendidikanmasa kini sebagaimana maksud beberapa akta pendidikan yang
lain. Buatpertama kalinya, kita melihat bukan isu perpaduan sahaja sebagai isu utamayang perlu
diselesaikan akan tetapi isu yang lebih global seperti keperluan gunatenaga dan keterampilan ilmu
yang sesuai dalam zaman. Apatah lagi, zaman inidikenali sebagai permulaan gelombang maklumat
dan pengetahuan.Sistem pendidikan kebangsaan mengandungi beberapa unsur penting yangantara
lain, terdiri daripada: peringkat pendidikan dari yang paling bawah ke tahap yang paling tinggi;
jumlah tempoh pengajian bagi setiap peringkat; kurikulum bagi setiap peringkat dan jurusan;
sistem penilaian dan jenis sijil atau kelulusan yang dikeluarkan; sistem pentadbiran, kewangan,
pemantauan dan pengawalan; dan latihan dan skim perguruanSekiranya dilihat dari segi sistem
yang telah disedia dan dilaksanakan selamaini, terdapat usaha yang gigih untuk memperbaikinya dari
semasa ke masa.Sekiranya ditinjau secara halus dari segi hasil dasar dan sistem
pendidikankebangsaan, seharusnya ia mampu mengeluarkan pelajar yang berilmu,bermoral (akhlaq),
beradab dan bersopan, seorang individu yang boleh menjadiwarga negara yang cukup baik. 4

5. Hubungkait Falsafah Pendidikan Kebangsaan Dengan Matlamat DanObjektif Sukatan Pelajaran


Bahasa Melayu Sekolah RendahSecara umumnya, Falsafah Pedidikan Kebangsaan sememangnya
mempunyaiperkaitan dengan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah dari segimatlamat
dan objektifnya. Hal ini terjadi kerana penetapan matlamat dan objektifSukatan Pelajaran Bahasa
Melayu adalah didasarkan kepada FalsafahPendidikan Kebangsaan yang hendak dicapai.Selaras
dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang termaktub dalam AktaPendidikan 1996, Bahasa Melayu
ialah mata pelajaran teras di semua sekolahrendah dan menengah. Bahasa Melayu berperanan
sebagai bahasa kebangsaandan bahasa perpaduan rakyat Malaysia. Pendidikan Bahasa Melayu
berhasratmembina rasa bangga terhadap bahasa yang mencerminkan akal budi danpemikiran rakyat,
juga berperanan sebagai pemangkin kepada semangat cintaakan tanah air yang dikongsi bersama
oleh semua rakyat dalam satu wawasan.Pendidikan Bahasa Melayu di peringkat rendah juga
bertujuan mewujudkan asassemangat kewarganegaraan . Hal ini amat selari dengan kehendak
FalsafahPendidikan Kebangsaan iaitu usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkanwarganegara
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlakmulia , bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri sertamemberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluargamasyarakat dan negara.Kurikulum Bahasa Melayu digubal bertujuan untuk
memenuhi hasrat FalsafahPendidikan Kebangsaan bagi melahirkan insan yang seimbang dan
harmonisdari segi intelek, emosi, rohani, dan jasmani. Kurikulum Bahasa Melayumenyediakan murid
untuk menguasai kecekapan berbahasa dan berkomunikasidan dapat menggunakan tatabahasa
secara betul dan tepat. Selain itu,muridmampu mengungkapkan ilmu pengetahuan daripada mata
pelajaran yang lain disamping mengembangkan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif.Sukatan
Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah memberikan tumpuan 5

6. kepada kemahiran bahasa, iaitu Kemahiran Mendengar dan Bertutur, KemahiranMembaca, dan
Kemahiran Menulis. Kemahiran bahasa ini membolehkan muridmenggunakan bahasa Melayu secara
berkesan dalam kehidupan harian dansebagai bahasa ilmu untuk pembelajaran seumur hidup bagi
perhubungansosial, pemerolehan ilmu serta bagi tujuan rekreasi. Sukatan pelajaran ini
jugamemberikan pertimbangan kepada pelbagai gaya pembelajaran, minat, dankecerdasan yang
berbeza di kalangan murid. Aktiviti kokurikulum Bahasa Melayuyang dijalankan di luar waktu sekolah
adalah penting sebagai sokongan bagimemantapkan kemahiran berbahasa murid.Mari kita lihat
matlamat Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendahyang berbunyi Matlamat Kurikulum
Bahasa Melayu Sekolah Rendah adalahuntuk melengkapkan murid dengan keterampilan berbahasa
dan berkomunikasiuntuk memenuhi keperluan diri, memperoleh ilmu, perhubungan sosial,
danurusan harian.Matlamat ini jelas kepada kita mempunyai hubungkait dengan FalsafahPendidikan
Kebangsaan yang disebutka tadiJika diperhatikan pula objektif Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu
SekolahRendah maka kita akan dapat menyatakan bahawa hubungkait antara kedua-duanya amat
jelas dimana semua objektifnya mengarahkan kepada melahirkaninsan yang seimbang dan harmonis
dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmaniberdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada
Tuhan.Sebagai contoh marilah kita lihat antara objektif Sukatan Pelajaran BahasaMelayu iaitu :
memupuk minat membaca sebagai satu amalan ke arah membina budaya pembelajaran berterusan;
memperkembang kekuatan imaginasi, kreativiti, pemikiran kritis, dan penghayatan nilai murni
melalui aktiviti bertutur, membaca, dan menulis; mengenali dan menghasilkan pelbagai jenis
penulisan kreatif dan berunsur pengetahuan menggunakan kemahiran menulis serta proses 6

7. penulisan yang sesuai dan betul; menggunakan bahasa baku yang meliputi ejaan, kosa kata,
tatabahasa, dan sebutan yang betul dalam aktiviti mendengar, bertutur, membaca, dan menulis;
menghargai dan menghayati keindahan bahasa melalui karya sastera dan karya berunsur ilmu; dan
menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif, semangat patriotisme , dan perasaan cinta
akan negara. Matlamat yang pertama itu dapatlah dikaitkan dengan prosesmelengkapkan
(equipping) pelajar dengan unsur-unsur asas bahasa,sementara matlamat kedua berkaitan dengan
proses membolehkan (enabling)pelajar menerapkan kemahiran bahasanya dalam konteks
komunikasi yangsebenarnya, yang meliputi kepelbagaian konteks sosial, bidang dan
keperluan.Bahagian yang berikutnya akan menghuraikan kedua-dua matlamat itu.Huraian Rasional,
Objektif, Aktiviti Dan Tujuan Kemahiran LisanPeranan pendidikan bahasa sebagai wasilah
pengembangan potensi akliahmanusia, khususnya anak didik, berasas pada hakikat bahawa
bahasamerupakan salah satu ciri dualistik yang bersepadu pada diri batin atau dirikerohanian
manusia. Ciri itu ialah akal dan bahasa. Kedua-duanya itumerupakan milik diri batin atau diri
kerohanian manusia yang realisasinya munculpada diri yang zahir. Contohnya kemampuan akal
dizahirkan pada tindakanmanusia melakukan uji kaji, menyelidik, membina, mereka cipta,
melakukaninovasi, penerokaan dan sebagainya. Kemampuan atau potensi bahasa pulaterzahir dalam
bentuk pernyataan fikiran, perasaan, taakulan, tafsiran, penilaian,hujah, rasional, rumusan dan
sebagainya yang sama ada disalurkan melaluilisan (dengan menggunakan organ-organ artikulasi)
atau lambang-lambanggrafem, iaitu tulisan. 7

8. Hakikat bahasa sebagai salah satu ciri utama makhluk yang diberi namamanusia telah
dibincangkan sejak awal pertumbuhan dan perkembangantamadun manusia, terutama dalam bidang
falsafah di Yunani pada abad kelimasebelum Masihi, khususnya dengan cetusan pemikiran Plato dan
Aristotle.Hingga kini perbincangan tentang hal itu masih subur dan menarik minatsejumlah ahli
bahasa, ahli falsafah, ahli psikologi dan ahli dalam disiplin ilmuyang lain. Baik dalam tradisi ilmu Barat
mahupun Islam, hal itu mendapatgarapan yang mendalam. Dalam konteks pendidikan bahasa, kita
tidak dapat mengabaikannya olehsebab kaitannya yang amat rapat dengan salah satu matlamat
pendidikanbahasa, iaitu pengembangan potensi akliah manusia. Dengan perkataan lain,pendidikan
bahasa bukanlah proses yang mekanis semata-mata sifatnya, iaituyang sekadar memberikan
kemahiran bahasa tanpa hubungannya denganpengembangan akliah anak didik yang seterusnya
menjadi anggota masyarakat. Istilah akliah yang berasal daripada bahasa Arab berkaitan rapat
denganistilah budi dalam bahasa Melayu yang salah satu maknanya ialah akal, selainmakna
kesopanan dan pekerti. Bahkan makna kesopanan dan pekerti itupun berasas pada makna
akal, kerana tanpa akal tidak mungkin wujudkesopanan dan pekerti. Oleh itu, pendidikan bahasa
yang ideal ialah yang tidakmengabaikan aspek pembinaan dan pengembangan akal atau budi,
pekerti,kesopanan dan sahsiah. Pada semua peringkat dan sektor proses sosialisasi, baik keluarga,
rakansebaya, institusi pendidikan, media dan masyarakat itu sendiri, bahasa menjadiwasilah
penyerapan norma, sistem nilai, falsafah, pandangan sarwa (worldview)dan segala aspek kebudayaan
masyarakat (aspek kebudayaan yang tampak,seperti seni bina, busana, peralatan dan juga aspek
kebudayaan yang taktampak, seperti falsafah, pemikiran, pandangan sarwa, sistem nilai
dansebagainya). Bahasa menjadi wasilah bagi berlangsungnya proses penyerapan 8

9. dan pengamalan semua aspek kehidupan itu, dan pendidikan bahasa secaralangsung menjadi
bidang yang membidaninya. Huraian linguistik yang berasaskan perspektif budaya, seperti
HipotesisSapir-Whorf dan yang berasaskan perspektif mentalistik seperti Plato, vonHumboldt dan
Chomsky banyak memberikan rasional peri pentingnya bahasadilihat sebagai unsur yang mesti
dipertalikan dengan akal dan budaya. Daripadaperspektif Islam pula, hakikat bahasa sebagai juzuk
penting diri batin manusia(yang menjadi paksi penguasa diri yang zahir, iaitu jasad) dihuraikan oleh
ahli-ahli falsafahnya dengan berasaskan kata nutq yang menerbitkan ungkapanhaiwan natiq atau
haiwan yang berakal (rational animal). Haiwan natiq atau rational animal merujuk kepada hakikat diri
manusiayang ditandai oleh dua ciri utama, iaitu akal dan bahasa. Kata nutq yang menjadiakar kata
natiq merujuk kepada akal dan bahasa sebagai suatu paduan,sehingga haiwan natiq bererti haiwan
yang berakal dan berbahasa (al-Attas,1995). Paduan antara akal dengan bahasa inilah yang menjadi
asas matlamatpertama pendidikan bahasa, iaitu untuk mengembangkan potensi akliah anakdidik
sebagai persiapan mereka menjalani kehidupan yang merentas pelbagaikonteks dan bidang.
Sebagaimana yang telah disebut pada bahagian awal tentang matlamatpengembangan potensi akliah
ini, pendidikan bahasa memungkinkan anak didikmemahami, menakrifkan, menafsirkan,
menganalisis, mensintesis,membedakan, membandingkan, merumuskan, menilai sesuatu (idea,
objek,fenomena, konsep, fakta dll), dengan menggunakan akal dan menzahirkansemua kemampuan
akliah itu melalui bahasa (baik lisan mahupun tulisan).Huraian Rasional, Objektif, Aktiviti Dan Tujuan
Kemahiran MembacaPendidikan bahasa bukan bidang eksklusif yang bersifat ilmiah semata-
mata,tetapi merupakan bidang yang pragmatis juga sifatnya. Maksudnya, pendidikanbahasa bukan
sekadar pemberian maklumat atau fakta bahasa (baik fonologl, 9

10. tatabahasa, semantik, kosa kata dsb.), dan bukan juga pembinaan kemahiranberbahasa
(mendengar, bertutur, membaca dan menulis) secara lisan namunpenguasaan kemahiran membaca
amat penting dalam bahasa kerana tulisanyang dapat menyampaiakan sesuatu ilmu itu perlu dibaca
untuk dikaji dandifahami oleh penuntutnya. Sejajar dengan matlamat pertama tadi yangmenekankan
kemahiran lisan, maka matlamat kedua ini berkaitan denganpenguasaan sistem bahasa dan
kemahiran bahasa dalam kehidupan dari segikemahiran membaca. Dengan kemampuan menguasai
kemahiran membacamaka penerapan pengetahuan sistem bahasa dan penguasaan
kemahiranberbahasa dalam kehidupan yang menyeluruh itu lebih mudah dicapai,diharapkan anak
didik kemudian menjadi anggota masyarakat yang peka,akomodatif dan membantu keutuhan dan
pelestarian segala unsur budaya yangmenjadi asas jati diri atau identifikasi masyarakatnya
itu.Kehidupan yang menyeluruh meliputi kehidupan dalam pelbagai unit sosial,bermula dengan
keluarga, persahabatan, institusi kerjaya, media, pertubuhan,negara dan di peringkat supranasional
meliputi hubungan serantau danantarabangsa. Daripada segi bidang pula, kehidupan yang
menyeluruhmencakup segala aspek yang menjadi tunjang kebudayaan dan tamadun,
sepertiekonomi, politik, pendidikan, sains, perubatan, undang-undang, pentadbiran dandiplomasi.
Dalam semua perancangan, keputusan, kegiatan, interaksi dan penilaianyang berkaitan dengan
semua unit sosial dan ranah kehidupan itu, diperlukankemahiran insaniah (softskill), dengan
kemahiran bahasa dan komunikasimerupakan salah satu kemahiran insaniah yang teras. Tidak ada
satu pun yangtidak memerlukan kemahiran bahasa dan komunikasi. Keharmonian keluargadan
persahabatan, kecekapan dalam pentadiran, keberkesanan media dankelancaran diplomasi antara
negara, sebagai contoh, memerlukan kemahiranbahasa dan komunikasi. Bayangkanlah bagaimana
simpang-siurnya dansimpang-perinangnya kehidupan manusia tanpa kemahiran bahasa
dankomunikasi untuk menangani segala-galanya itu. Dalam konteks inilah 10

11. pendidikan bahasa membolehkan atau memungkinkan (enabling) anak didikmenjadi anggota
masyarakat yang dapat berperanan memenuhi segala keperluan itu. Dengan memahami demikian
luasnya senario fungsi bahasa dilahirkanmenerusi kemahiran membaca , maka pendidikan bahasa
seharusnyadiusahakan agar dapat menjangkau saujana keluasan makna dan hakikatkehidupan itu.
Inilah matlamat kedua pendidikan bahasa, iaitu untukmemungkinkan atau membolehkan anak didik
menerapkan pengetahuan bahasadan kemahiran berbahasanya dalam kehidupan. Mana-mana
kurikulumpendidikan bahasa, latihan perguruan dan keguruan, penyediaan bahan danpenilaian yang
tidak bertitik tolak daripada matlamat ini, atau yangmengehadkannya kepada aspek penguasaan
sistem bahasa dan kemahiranbahasa sahaja tidak mungkin mencapai impian atau idealisme
pendidikanbahasa yang sewajarnya, sebagaimana juga sebaliknya jika pendidikan bahasahanya
menitikberatkan aspek pragmatiknya tetapi tidak memberikan perhatiankepada aspek pembinaan
akliah. Pokoknya, kesepaduan dan keseimbangan duamatlamat yang menjadi intisari perbincangan
dalam kertas kerja ini menjadiprasyarat pendidikan bahasa yang berkesan dan berwawasan.Huraian
Rasional, Objektif, Aktiviti Dan Tujuan Kemahiran TulisanMasyarakat yang progresif dan terdedah
pula kepada interaksi denganmasyarakat dan budaya lain tidak dapat lari dari kemampuan
menguasaikemahiran menulis . Penguasaan kemahiran menulis amat penting dalam usahauntuk
menyampaikan idea dan pandangan kepada pihak lain dalam suasanayang lebih selamat berbanding
dengan lisan yang mungkin akan menyebabkanpergaduhan.Tanpa kemahiran menulis seseorang pasti
menemukan jalan yangsukar untuk menyampaikan idea dan ilmu.Sekiranya seseorang ilmuan
itumeninggal tanpa tulisan ilmiah mereka mana mungkin generasi yang akandatang dapat menguasai
ilmu yang ada kepada ilmuan yang meninggal dunia itudan kita akan kehilangan insan itu dan juga
ilmunya. Oleh itu kita amat 11

12. memerlukan kemahiran menulis dikuasai dalam kalangan generasi yang bakalmewarisi
pemerintahan negara pada masa depan.Kita memerlukan anjakandalam beberapa aspek budayanya.
Lebih awal dalam kertas kerja ini telahdibincangkan tiga situasi budaya yang perlu dipertimbangkan
dalam membinakeutuhan dan ketahanan sesuatu masyarakat. Yang pertama ialah kelestarianbudaya
dalam aspek-aspek teras atau fundamentalnya. Yang kedua ialahdinamik budaya dalam konteks
kreativiti, inovasi dan penambahbaikan aspek-aspek tertentu dalam budaya masyarakat, sejajar
dengan perkembangan dankeperluan masyarakat itu sendiri. Yang ketiga ialah kelenturan atau
fleksibilitibudaya, dengan erti kata kesediaan masyarakat menyerapkan Tidak ada pemisahan atau
dikotomi antara kehidupan duniawi dengankehidupan ukhrawi, antara sains atau ilmu dengan wahyu,
antara pembangunandengan nilai kemanusiaan, antara kuasa dengan amanah, antara
kekayaandengan pengagihan nikmat kepada sesama manusia dan sebagainya.Demikianlah, ungkapan
Biar mati anak jangan mati adat sebenarnya merujukkepada adat yang bererti hukum, bukan adat
yang difahami oleh umum sebagaikebiasaan semata-mata. Dalam perbilangan Melayu disebut
bahawa Adatbersendi hukum; hukum bersendi kitabullah. Apakah peranan dan sumbangan
pendidikan bahasa dalam pelestarianaspek budaya yang teras? Antara yang jelas, proses
penyerapan nilai danpenyerapan ilmu melalui pendidikan bahasa dapat memenuhinya
(AwangSariyan, 2004). Dalam nilai, aspek ketuhanan, hukum, akhlak, sahsiah,hubungan baik,
kejujuran, keikhlasan dan segala yang dapat meletakkanmanusia dalam keadaan saadah atau
kebahagiaan sejati dapat diserapkandalam pendidikan bahasa, terutama melalui bahan ajar dan
proses pengajarandan pemelajaran (P & P) yang dipertalikan dengan bahasa, seperti kosa katadan
bentuk-bentuk wacana yang sarat nilai (value-laden). Demikian juga,peranan pendidikan bahasa
dalam pelestarian aspek budaya yang teras dapatdilaksanakan melalui penyerapan ilmu, khususnya
ilmu yang berkaitan denganagama (ketuhanan, ibadah, akhlak, sirah atau kisah nabi, hubungan
ekonomi 12

13. dan sosial atau muamalah, sistem kekeluargaan atau munakahat, aturankeadilan dan kehakiman
atau jinayat dsb.).Barangkali salah satu contoh yang jelas bagaimana aspek budaya Melayu yangteras
perlu dilestarikan ialah sistem panggilan atau sapaan. Budaya Melayu,selaras dengan konsep adab
yang telah diserapkan melalui proses pengislaman,amat mementingkan penghormatan dalam
interaksi sosial di peringkat manapun. Meskipun tampak sedikit kompleks, namun sistem panggilan
dalam bahasaMelayu benar-benar mencerminkan jati diri masyarakat yang meletakkan adabsebagai
keutamaan. Kata hikmat dalam bahasa Melayu berbunyi Yang tuadihormati, yang muda disayangi.
Isu yang tidak kurang pentingnya diberi perhatian dan pertimbangandalam perancangan,
pelaksanaan dan penilaian pendidikan bahasa(sebagimana juga dalam bidang pendidikan yang lain)
ialah bagaimana kitaharus menangani fenomena silang budaya dan globalisasi yang dapat
dikatakantidak terelakkan oleh mana-mana masyarakat dan budaya di dunia. Fenomenasilang
budaya dan globalisasi berkaitan rapat dengan dua lagi situasi budayayang telah dibincangkan
sebelum ini, iaitu dinamik budaya dan kelenturanbudaya. Selain dinamik budaya, kelenturan budaya
pun berakibat daripadafenomena silang budaya dan globalisasi. Kelenturan budaya berbeda
sedikitdaripada dinamik bahasa, dalam konteks kelenturan budaya ada kalanyamerupakan
penerimaan unsur budaya luar yang tidak semestinya timbuldaripada keperluan, tetapi terjadi
sebagai kesan rempuhan yang global sifatnya.Contohnya, penangkapan ikan dan pertanian moden
merupakan dinamik budayayang diperlukan untuk peningkatan daya keluaran atau produktiviti;
sebagainyakesannya diusahakan penggunaan teknologi moden yang berbeda daripadateknologi
tradisional sehingga, misalnya, keluaran padi dapat ditingkatkanapabila dilaksanakan penanaman
padi dua kali setahun. 13

14. Sebaliknya kelenturan budaya terjadi sebagai kesan langsung fenomenasilang budaya dan
globalisasi yang sama ada memberikan kesan positifmahupun negatif. Sebagai contoh, program
televisyen yang bersumberkanbudaya asing (yang sebahagiannya tidak serasi dengan budaya kita)
bukanunsur dinamik atau unsur yang timbul disebabkan keperluan masyarakat, tetapimerupakan
salah satu unsur dalam globalisasi. Demikian juga pelbagai bentukdan ragam iklan dalam media
massa (media cetak dan media penyiaran) lebihmerupakan unsur dalam globalisasi menurut
ekonomi pasaran bebas. Sebagai contoh, sms atau sistem pesanan ringkas merupakan salah
satuunsur budaya baru yang saya kategorikan dalam situasi kelenturan budaya. Adaaspek positif dan
negatif sms, bergantung pada niat pengguna danpenggunaannya. Daripada segi bahasa, sering
ditimbulkan masalah kerancuanbahasa yang berakibat daripada slanga sms. Maka menjadi tugas
pendidikbahasa mengasuh anak didik menggunakan bahasa sms yang masih terkawalmeskipun tidak
perlu bertukar menjadi bahasa surat atau bahasa ilmiah.Secara ringkas, strategi pelaksanaan untuk
memenuhi matlamat pendidikanbahasa yang dibincangkan dalam makalah ini meliputi: 1.
Pengubahsuaian kurikulum umum peringkat kebangsaan kepada kurikulum yang berasaskan sekolah
(school-based curriculum) 2. Pemaduan matlamat kemahiran linguistik dan kemahiran komunikatif
dalam perancangan kurikulum, penyediaan bahan ajar, proses pengajaran dan pemelajaran (P & P)
dan penilaian.Latihan perguruan dan keguruan (prakelayakan dan pascakelayakan/latihandalam
perkhidmatan) tentang pendidikan 1. bahasa yang berkesan dan berwawasan. 2. Penetapan standard
prestasi pelajar sesudah tamat pada peringkat tertentu (rendah, menengah rendah, menengah atas
dsb). 14

15. Sebagai senarai semak yang dapat dijadikan asas pencapaian matlamatpendidikan bahasa yang
bersifat dwifungsi itu tadi, dalam bahagian ini sayamelakarkan satu set standard prestasi dalam
pendidikan bahasa, dari peringkatsekolah rendah. Pada akhir peringkat sekolah rendah, pelajar
seharusnya telahmenguasai: Sebahagian besar aspek mekanik bahasa (terutama sistem tulisan dan
ucapan serta sebahagian tatabahasa, dengan keutamaan kepada penggunaan). Sebahagian aspek
dinamik bahasa (misalnya binaan wacana yang asas dan beberapa unsur gaya bahasa). Sistem
sosial dan budaya bahasa yang asas (misalnya penggunaan kata ganti nama, dan sejumlah gelar serta
panggilan hormat, beberapa genre/laras bahasa mudah, ucapan bertatasusila sehari-hari dalam
konteks-konteks tertentu). Kemahiran bahasa (reseptif dan ekspresif fungsional yang mudah).
Kemahiran berfikir kritis dan kreatif yang asas (seperti mengkategorikan, membedakan dll.) Estetik
bahasa (penghargaan dan penghayatan umum keindahan bahasa)PenutupSebagai rumusannya
dapatlah kita mengimbau pendidikan bahasa berdasarkanSukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah
Rendah adalah selaras danmempunyai hubungkait dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
dimanamatlamat dan objektif yang hendak dicapai adalah jelas. Saya juga ingin 15

16. mengaitkan tentang pelaksanaan pendidikan bahasa yang berlangsung danbertitik tolak daripada
pendidikan bahasa yang bermatlamat unggul lagi luhur.Matlamat unggul dan luhur yang telah
dibincangkan ialah pendidikan bahasasebagai wasilah pengembangan potensi akliah anak didik dan
pendidikanbahasa sebagai wasilah untuk memenuhi hakikat kehidupan yang menyeluruh.
Perbincangan bersifat agak filosofis, tetapi hal itu tidak dapat dielakkankerana dibalik setiap kegiatan
hidup manusia memang ada falsafah yangmelatarinya, termasuk bidang pendidikan bahasa.
Tambahan pula, pada hematsaya, pendidikan bahasa bukan proses yang mekanis sifatnya,
sebaliknyaproses yang sarat nilai, sarat impian, sarat amanah dan sarat budaya. Maka
itu,pertimbangan seharusnya diberikan kepada matlamat yang lebih hakiki daripadasekadar
memberikan pengetahuan dan kemahiran mekanis. 16

17. Bibliografi

Al-Attas, Syed Muhammad Naquib.1995. Prolegomena to the Metaphysics of Islam: An Exposition of


the Fundamental Elements of the Worldview of Islam. Kuala Lumpur: International Institute of
Islamic Thought and Civilization (ISTAC).

.Awang Sariyan. 1997. Falsafah Bahasa dan Pendidikan Bahasa: Kaji an Konsep dan Pelaksanaannya
dalam Pendidikan Bahasa Melayu di Malaysia. Tesis Doktor Falsafah, Jabatan Pengajian Melayu,
Universiti Malaya.

Awang Sariyan. 2004. Teras Pendidikan Bahasa Melayu. Pahang: PTS.

Awang Sariyan. 2007. Perkembangan Falsafah Bahasa dan Pemikiran dalam Linguistik. Petaling Jaya:
Penerbit Sasbadi.Awang Sariyan. 2007. Beberapa Pertimbangan Standard Prestasi dalam Pendidikan
Bahasa Melayu. Ceramah Lembaga Peperiksaan Malaysia

.Ab. Rahman Ab. Rashid, Yap Kim Fatt & Ab. Rahim Selamat. (1997). Pengajian Melayu I. Petaling
Jaya: Longman.

Dewan Bahasa dan Pustaka [DBP]. (1985). Kamus dwibahasa bahasa Inggeris bahasa Melayu. Kuala
Lumpur:.Dewan Bahasa dan Pustaka [DBP]. (1994).

Kamus dewan (edisi ketiga). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Seman Salleh. (2005). Interaksi lisan dalam pengajaran dan pembelajaran komponen kesusasteraan
Melayu (KOMSAS) dalam mata pelajaran bahasa Melayu. Tesis doktor falsafah yang belum
diterbitkan, Universiti 17

18. Kebangsaan Malaysia, Bangi.Sharifah Alwiah Alsagoff. (1983). Ilmu pendidikan pedagogi. Kuala
Lumpur: Heinemann Asia.Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Bahasa Melayu,
Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia 18.

You might also like