You are on page 1of 4

SJH3093 Pentaksiran Dalam pembelajaran Sejarah

TAJUK 3 KESAHAN ALAT UKURAN

Sinopsis

Modul ini akan membincangkan aspek pengertian dan kegunaan kesahan,


jenis-jenis kesahan, penentuan dan kesahan dan faktor-faktor mempengaruhi
kesahan.

Hasil Pembelajaran:
Pada akhir interaksi pelajar akan dapat:-

1. Menghuraikan beberapa pengertian kesahan.


2. Mengenalpasti beberapa jenis kesahan.
3. Membincangkan faktor-faktor yang mempengaruhi kesahan.

Sub Tajuk 3.1 Definisi dan Kegunaan Kesahan

Menurut Tuckman(1978) dalam Sidek Mohd Noah (2002), kesahan sesuatu


ujian menggambarkan sejauh mana ujian tersebut mengukur apa yang
sepatutnya diukur. Manakala Hanna & Dettmer (2004) dalam Azizi Ahmad dan
Mohd Isha Awang (2008) juga mendefinisikan kesahan sebagai sejauh mana
alat tersebut dapat mengukur apa yang sepatutnya diukur oleh alat tersebut.

Sub Tajuk 3.2 Jenis-jenis Kesahan

Kesahan Kandungan

Kesahan Telahan/Ramalan

Kesahan Gagasan/Kesahan
JENIS Konstruk
KESAHAN

Kesahan Kariteria

Kesahan Serentak

Sub Tajuk 3.3. Penentuan dan Kesahan


1
SJH3093 Pentaksiran Dalam pembelajaran Sejarah

Umumnya semua kesahan dapat dikira mengikut cara tertentu. Kesahan


kandungan diukur secara kualitatif sahaja. Manakala kesahan konstruk,
kesahan serentak dan kesahan ramalan boleh diukur dengan menggunakan
pekali korelasi Pearson. Pekali ini merupakan pekali korelasi di antara dua ujian
dan kriteria. Kesahan ramalan juga boleh diukur dengan menggunakan pekali
regrasi bagi meramal skor kriteria yang diingin dikaji.

Sub Tajuk 3.4. Faktor-faktor Mempengaruhi Kesahan

Terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi kesahan sesuatu. Antara faktor


tersebut ialah :

i) Arahan kepada pelajar yang jelas

ii) Struktur ayat dan perbendaharaan kata yang sukar

iii) Petikan teks yang disalah tafsir dan mengelirukan

iv) Tahap kesukaran soalan yang tidak sesuai

v) Soalan gagal menerangkan maksud dan kehendak jawapan

vi) Soalan tidak sesuai untuk semua tahap kemahiran yang diukur

vii) Sususan soalan yang tida betul

TAJUK 4
2
SJH3093 Pentaksiran Dalam pembelajaran Sejarah
KEBOLEHPERCAYAAN ALAT UKURAN

Sinopsis

Dalam tajuk 4 ini pelajar akan belajar pengertian kebolehpercayaan alat


ukuran, jenis-jenis kebolehpercayaan, nilai pekali kebolehpercayaan dan
faktor-faktor yang mempengaruhi kebolehpercayaan.

Hasil Pembelajaran:
Pada akhir interaksi pelajar akan dapat:-

1. Menghuraikan pengertian kebolehpercayaan.


2. Mengenalpasti beberapa jenis kebolehpercayaan.
3. Membincangkan faktor-faktor yang mempengaruhi kebolehpercayaan.

Sub Tajuk 4.1. :Definisi kegunaan kebolehpercayaan

kebolehpercayaan ujian bermakna ujian itu


kosisten. Sesuatu ujian itu dikatakan mempunyai
kebolehpercayaan yang tinggi sekiranya skor
yang sama diperoleh individu yang sama dengan
menjawab ujian yang sama pada masa yang
sama.

PENGERTIAN
Kebolehpercayaan merujuk kepada ketekalan
ujian dalam mengukur apa yang hendak diukur

Kebolehpercayaan ialah darjah ketepatan bagi


ukuran yang dibuat oleh sesuatu item ujian

Sub Tajuk 4.2. :Jenis-jenis kebolehpercayaan

a) Ukuran Kestabilan/Kebolehpercayaan Uji dan Uji-Kembali

kebolehpercayaan kaedah Uji dan Uji-Kembali boleh ditentukan dengan


memberi ujian yang sama sebelum dan selepas sesuatu tempoh tertentu dan
kemudian membandingkan prestasi setiap murid bagi kedua-dua ujian tersebut.
3
SJH3093 Pentaksiran Dalam pembelajaran Sejarah

b) Ukuran Bentuk Setara

Kebolehpercayaan bentuk setara boleh ditentukan dengan memberi dua ujian


yang mempunyai bentuk dan kandungan yang setara kepada murid yang sama
dan mengira hubungan skor setiap murid di dalam kedua-dua ujian tersebut.

c) Ukuran Kesetaraan dan Kestabilan

Menurut Azizi dan Mohd Isha (2009), kaedah ini dilakukan dengan mentadbir
dua ujian iaitu ujian kedua yang setara dengan ujian pertama (ujian kesetaraan)
pada suatu masa yang lain (ujian kestabilan).

d) Kebolehpercayaan Pemeriksa

Menurut Azizi dan Mohd Isha (2009), kebolehpercayaan pemeriksa bermaksud


ketekalan skor yang diberikan oleh dua atau lebih pemeriksa apabila memeriksa
kertas jawapan yang sama.

Sub Tajuk 4.3. :Nilai pekali kebolehpercayaan

Nilai pekali kebolehpercayaan diukur dengan menggunakan pekali korelasi


antara dua ukuran yang boleh dikira menggunakan pelbagai kaedah. Biasanya
nilai pekali kebolehpercayaan adalah di antara -1.00 hingga +1.00. Jika pekali
kebolehpercayaan negetif menunjukkan ketekalan yang songsang yang
bermaksud murid yang mendapat skor tinggi dalam ujian kali pertama akan
mendapat skor yang rendah dalam ujian yang kedua, dan sebaliknya. Biasanya
nilai pekali kebolehpercayaan bernilai positif, misalnya antara 0.60 hingga 0.85.

Sub Tajuk 4.4. :Faktor-faktor yang mempengaruhi kebolehpercayaan

Perbincangan.

Untuk sub tajuk 4.4. dapatkan maklumat daripada mana-mana sumber rujukan
kemudian bincang bersama rakan-rakan anda.

SELAMAT MAJU JAYA

You might also like