You are on page 1of 5

SJH3093 Pentaksiran Dalam pembelajaran Sejarah

TAJUK 7 PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH

Sinopsis

Tajuk ini membincangkan dasar pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah,


ciri-ciri PBS, perancangan PBS, komponen PBS dan tugas serta
tanggungjawab sekolah.

Hasil Pembelajaran:
Pada akhir interaksi pelajar akan dapat:-

1. Menghuraikan dasar pelaksanaan PBS.


2. Menganalisis ciri-ciri PBS.
3. Meninjau peranan sekolah dalam pelaksanaan PBS.

Sub Tajuk 7.1 :Dasar pelaksanaan PBS

PBS merupakan satu usaha untuk membangunkan modal insan secara holistik melalui
penekanan terhadap penguasaan ilmu pengetahuan, modal intelektual, pembudayaan
sikap progresif dan pengamalan nilai, etika serta moral yang tinggi seperti tercatat di
dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP), Pelan Integriti Nasional (PIN)
dan seperti yang dihasratkan dalam Misi Nasional. PBS merupakan satu pentaksiran
yang bersifat holistik yang mampu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan
rohani) dan psikomotor (jasmani) selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).

Komponen PBS dalam sistem pentaksiran kebangsaan merangkumi:


a. Pentaksiran Sekolah
b. Pentaksiran Pusat
c. Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum
d. Pentaksiran Psikometrik

Sub Tajuk 7.2 :Ciri-ciri PBS


Sub Tajuk 7.3 :Perancangan PBS
Sub Tajuk 7.4 :Komponen PBS
Sub Tajuk 7.5 :Tugas dan tanggungjawab sekolah.

Layari internet untuk dapatkan info berkenaan sub tajuk 7.2, 7.3, 7.4 dan 7.5.
Selepas berjaya memperolehi info daripada internet bincangkan bersama rakan
anda.

1
SJH3093 Pentaksiran Dalam pembelajaran Sejarah

TAJUK 9 APLIKASI TEKNOLOGI DALAM PENTAKSIRAN

Sinopsis

Tajuk ini membincangkan teknologi maklumat dan komunikasi dalam


pentaksiran sejarah, pembinaan item sejarah menggunakan perisian Hot
Potatoes dan analisis item menggunakan Excel dan Rasch Model.

Hasil Pembelajaran:
Pada akhir interaksi pelajar akan dapat:-

1. Mengaplikasi penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam


pembinaan item sejarah.
2. Mengaplikasi Hot Potatoes.
3. Menggunakan Rasch Model dan Excel dalam menganalisis item..

Sub Tajuk 9.1 :Teknologi maklumat dan komuniaksi dalam pentaksiran

Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) dalam pengajaran dan


pembelajaran merangkumi penggunaan perisian-perisian kursus, penggunaan internet
untuk perkongsian maklumat, penggunaan perkakasan TMK untuk memudahkan
proses pengajaran dan pembelajaran.

TMK dalam pengujian dan penilaian

Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengujuian dan penilaian


merangkumi penggunaan perkakasan dan perisian untuk membina soalan-soalan,
pentadbiran ujian, pemprosesan markah serta membuat interpretasi pencapaian atau
prestasi pelajar.

TMK dalam pengurusan

Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengurusan merangkumi


pentadbiran dan pengurusan maklumat pelajar dan guru serta organisasi sekolah.

TMK dalam penyelidikan dan pembangunan

Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam penyelidikan dan


pembangunan merangkumi penganalisaan data penyelidikan.

Sub Tajuk 9.2 Pembinaan item (contoh perisian Hot Potatoes)

Hot Potatoes ialah sejenis perisian yang dicipta untuk membina bahan pengajaran dan
pembelajaran menggunakan komputer bagi menjadikan pengajaran dan pembelajaran
lebih menarik dan efektif. Perisian ini menyediakan beberapa perisian khusus untuk
membina bahan seperti di bawah;

a. JCROSS - Latihan Teka Silang kata

b. JCLOZE - latihan isi tempat kosong


2
SJH3093 Pentaksiran Dalam pembelajaran Sejarah
c. JQUIZ - Latihan Memasukan Teks

d. JMIX - Latihan Menyusun Ayat

e. JMATCH - Latihan Menyusun Ayat

f. JBC - Latihan Soalan Aneka Pilihan

Perbincangan lanjut anda perlu merujuk kepada laman sesawang


http://hotpot.uvic.ca/

Pastikan anda melayari laman sesawang diatas untuk mengetahui


prosedur pelaksanaan Hot Potatoes.

Sub Tajuk 9.3 :Analisis item (EXCEL, RASCH Model)

Menurut Wright dan Stone (1979), Model Rasch mengendalikan bahawa respon
terhadap sesuatu item dipengaruhi oleh dua faktor iaitu; (i) kebolehan respon dan (ii)
kesukaran item. Oleh yang demikian untuk membina item yang berkualiti memerlukan
langkah-langkah yang sistematik bermula dari peringkat proses pembinan item,
kemudian peringkat menganalisa kebolehpercayaan melalui kajian rintis, dan peringkat
yang terakhir adalah menganalisi respon pelajar terhadap item dari segi kesahan,
kebolehpercayaan, kesukaran item dan kebolehan pelajar.

Rujukan

Abu Bakar Nordin & Bhasah Abu Bakar. (2008). Penaksiran dalam Pendidikan

& Sains Sosial. Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Azizi Ahmad & Mohd Isha Awang. (2008). Pengukuran dan Penilaian
Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Azizi Ahmad & Mohd Isha Awang (2009). Pengukuran dan Penilaian dalam

Pendidikan.Kuala Lumpur : Open University Malaysia.

Bhasah Abu Bakar. (2009). Asas Pengukuran Blik Darjah: Tanjung Malim:
Quantum Books.

Cronbach, L.J., (1970). Essential of Psychological Testing Edisi ke-3. New York:
Harper and Row.

3
SJH3093 Pentaksiran Dalam pembelajaran Sejarah
Ee Ah Meng. (2000). Pedagogi III. Pengujian dan Penilaian, Pemulihan,
Pengayaan dan Pendidikan Inklusif (semester IV). Shah Alam: Penerbit
Fajar Bakti Sdn Bhd.

Gronlund, N.E. (1997). Constructing Achievement Test. London: Prentice-Hall.

Ishak Shari & Ahmad Mohd Yusof (1997). Pengantar Statistik Ekonomi. Kuala

Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ismail Said & Mohamad Munir Ismail.(2014).Pentaksiran dalam pembelajaran

sejarah.Puchong :Multimedia Publication Sdn bhd.

Kubiszyn, T. & Borich, G. (1996). Educational Testing and Measurement:

Classroom Application and Practice, (5thEd). New York: HarperCollins.

Lembaga Peperiksaan Malaysia. (2004). Pembinaan Skema. Kuala Lumpur:

Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Liaw Shui Hui & Goh Kim Leng (2002). Statistik Asas. Konsep & Amalan. Kuala

Lumpur : McGraw-Hill Education.

Mohamad Sahari Nordin. (2002). Pengujian dan Penaksiran di Bilik kuliah dan

makmal. Gombak: Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Mohd. Najib Abdul Ghafar. (1997). Pembinaan dan Analisis Ujian Bilik kuliah

dan makmal. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.

Mokhtar Ismail. (1995). Penilaian di Bilik kuliah dan makmal. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mokhtar Ismail.(2009). Pentaksiran Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

dan Pustaka,

Popham, W.J.2000. Modern Educational Measurement. Practical Guidelines for


Educatioanal Leaders. 3rd ed. Boston: Allyn and Bacon.

4
SJH3093 Pentaksiran Dalam pembelajaran Sejarah
Siti Rahayah Ariffin. (2003). Teori, Konsep & Amalan Dalam Pengukuran Dan
Penilaian. Pusat Pembangunan Akademik Bangi. Penerbit Universiti
Kebangsaan Malaysia.

Siti Rahayah Ariffin. (2003). Teori, Konsep dan Amalan Dalam Pengukuran dan

Penilaian. Pusat Pembangunan Akademik Bangi: Penerbit Universiti


Kebangsaan Malaysia.

Sidek Mohd Noah (2002). Reka Bentuk Penyelidikan. Falsafah, Teori dan

Praktis.Serdang: Penerbit Universiti Pertanian Malaysia

Tan Poo Chang & Halimah Awang (2001). Pengenalan Statistik. Shah Alam :

Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd

Vincent Pang & Denis Lajium (2008). Penilaian Dalam Pendidikan. Sabah:
Universiti Kebangsaan Sabah.

Zainuddin Awang & Lau Too Kya (1998). Statistik Asas ITM. Kuala Lumpur :

Penerbit Institut Teknologi Mara.

SELAMAT MAJU JAYA

You might also like