You are on page 1of 11

LATAR BELAKANG

Bagi pengawetan serangga atau insektarium, saya telah memilih rama-rama


sebagai serangga pilihan. Saya telah menangkap rama-rama ini di sekolah tempat
saya berpraktikum iaitu Sekolah Kebangsaan Dato Shahbandar Abu Bakar Labu
Hilir, Nilai. Rama-rama ini ditangkap menggunakan jaring di taman bunga sekolah.
Kawasan taman bunga tersebut dipenuhi dengan pelbagai bunga yang mempunyai
pelbagai warna terang yang menarik.

Sebelum menangkap rama-rama ini, saya telah menangkap dua rama-rama lain
namun saiz mereka agak kecil dan tidak kelihatan menarik kerana warnanya yang
putih. Saya kemudian terlihat rama-rama ini sedang terbang rendah menghisap
madu dari bunga di bahagian bawah. Saya mendekatinya secara senyap dan
mencuba menangkapnya menggunakan jaring. Proses penangkapan memakan
masa yang agak lama kerana rama-rama ini terbang dengan laju. Rama-rama yang
ditangkap berwarna hijau dan kadangkala kelihatan biru jika dilihat dari sudut
berlainan. Ia juga sangat aktif dan giat terbang walaupun telah dimasukkan ke dalam
bekas plastik.

Pada petang itu, saya telah ke makmal sains dan berjumpa dengan pembantu
makmal bagi menjalankan proses pengawetan. Proses ini mempunyai beberapa
langkah, yang akan saya jelaskan di bahagian seterusnya dalam portfolio ini.
Tujuan pengawetan

Serangga seperti rama-rama merupakan kumpulan haiwan yang istimewa dan unik.
Kecantikannya sayapnya adalah semulajadi dan tidak direka-reka oleh manusia. Ia juga
digelar Kanvas Alam.

Atas dasar ini, pengawetan dijalankan untuk;

1. Menyimpan serangga dalam keadaan dan warna asal tanpa rosak dalam satu jangka
masa yang sangat panjang.
2. Proses penyelidikan dan pembelajaran ciri haiwan lebih mudah dijalankan apabila
ciri fizikal haiwan dapat dikekalkan.
3. Menghasilkan barang hiasan yang semula jadi dan mempunyai nilai yang tinggi.
) Radas dan bahan yang diperlukan :

Radas
o Polisterina, pin serangga, pita selofan, kertas menyerap minyak,
forcep, bikar, bekas plastik, jarum suntikan
Bahan
o Kloroform, larutan 3% formalin, Kapas, Serangga.

Polisterin 3% formalin

Pin serangga Kapas


Langkah- langkah
pengawetan

Pengawetan boleh dilakukan dengan empat langkah mudah dan boleh dilakukan
dalam masa sehari sahaja.

Langkah 1
Pengumpulan Serangga

1. Pengumpulan serangga harus dilakukan dengan cermat dan berhati-hati


supaya serangga yang dipilih atau ditangkap tidak rosak atau mengalami
sebarang kecederaan.
2. Tangkap serangga menggunakan jaring menangkap serangga yang
bersesuaian. Saiz jaring yang kecil akan menyebabkan bahagian serangga
seperti sayap boleh rosak atau patah.
3. Setelah ditangkap, simpan serangga ke dalam sebuah bekas plastik yang
mempunyai aliran udara yang baik bagi membolehkan serangga hidup hingga
ke proses seterusnya.
Langkah 2

Mematikan serangga

1. Masukkan kapas yang telah dibasahi dengan kloroform ke dalam bekas


serangga.
2. Biarkan selama beberapa ketika (lebih kurang satu minit) atau sehingga
serangga tidak lagi bergerak.
3. Seterusnya, suntik rama-rama dengan 3% formalin supaya sifatnya dapat
dikekalkan dan tidak mudah mereput atau ditumbuhi kulat.
Langkah 3
Mengepin dan menyimpan spesimen.

1. Potong polisterin mengikut saiz yang bersesuaian dengan spesimen. Pastikan


terdapat ruang untuk diletakkan label bagi asal usul spesimen.
2. Secara berhati-hati, gunakan forsep untuk meletakkan rama-rama di atas
polisterin.
3. Cucuk spesimen menggunakan pin peniti di kedudukan yang betul bagi
memastikan spesimen tidak bergerak. Kedudukan spesimen perlu berada di
kedudukan daripada keseluruhan peniti. Pinkan spesimen di atas polisterin
dan letakkan di dalam bekas simpanan yang membolehkan spesimen dilihat.

Bahagian hujung sayap rama-rama kelihatan mereput kerana rama-rama ini bergerak dengan sangat agresif di
dalam bekas simpanan. Ia seolah-olah mencuba untuk memusnahkan dirinya.
Langkah 4

Melabel spesimen

1. Sebagai langkah terakhir dan melengkapkan pengawetan yang telah


dijalankan, maklumat seperti nama umum, nama saintifik, habitat, tempat
ditangkap dan tarikh membuat spesimen ditampalkan di dalam bekas yang
sama di bahagian kanan bawah bingkai.
2. Label bagi bahagian-bahagian badan serangga juga ditampal bagi
memudahkan orang yang melihat spesimen untuk mengenalpasti bahagian
badan spesimen tersebut.
Langkah-langkah keselamatan:

Memastikan bahagian tubuh haiwan seperti sayap tidak rosak atau patah
semasa sesi pemilihan iaitu menangkap serangga. Bahagian sayap boleh
rosak sekiranya terkena jaring atau ditangkap dengan terlalu kasar.

Berhati-hati ketika menggunakan kloroform dan tidak meletakkan kapas


basah sembarangan kerana sifatnya yang menghakis.

Gunakan sapu tangan ketika mengendalikan spesimen bagi mengelakkan


tangan daripada kemungkinan terkena bahan bertoksin atau bahagian
beracun pada tubuh serangga.

Ketika menyuntik bahagian pada spesimen, hendaklah tidak menyuntik


dengan kuantiti formalin yang tidak terlalu banyak kerana berkemungkinan
akan menyebabkan keluarnya darah atau cecair daripada dalam badan
serangga.
Papilio Crino

/ Common Banded Peacock/

/Merak Berkumpul)

Jenis yang hidup bersendirian dan terbang dengan laju.


Ia juga seringkali terbang tinggi namun kadangkala tertarik kepada bunga
yang berwarna terang di tanah.
Rama-rama ini terbang secara tergesa-gesa dan laju antara satu bunga ke
bunga yang lain untuk menghirup madu.
Ia dibezakan dengan warnanya yang pendarfluor berkilat biru atau hijau
bergantung kepada sudut pemerhatian.
Warna-warna yang indah ini adalah disebabkan oleh sisik di bahagian dalam
sayapnya. Terdapat juga tompok di bahagian bawah sayap belakangnya yang
kelihatan seperti bintik mata.
Bahagian luar sayapnya berwarna coklat kehitaman dan ciri ini membolehkan
mereka menyamar dan mengelakkan diri daripada musuh.
Jangka hayat rama-rama ini agak panjang iaitu selama 11 bulan.
Ia merupakan penerbang yang hebat dan seringkali berhijrah ke kawasan lain
tanpa menetap di satu tempat sahaja.

HABITAT

Rama-rama jenis ini banyak didapati di kawasan India dan Sri Lanka dan sungguh
jarang didapati di Malaysia. Oleh itu saya berasa amat beruntung kerana dapat
menangkap rama-rama jenis ini lebih-lebih lagi kerana ia turut disenaraikan antara
sepuluh rama-rama tercantik di dunia.

You might also like