You are on page 1of 2

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATO SYED AHMAD

06300 KUALA NERANG, KEDAH DARUL AMAN,


No. Tel : 04-7866217 , No. Faks : 04-7865429
Email :smkdatuksyedahmad.ppdptp@gmail.com

Pengarah Penyiaran Negeri Kedah,


Radio Televisyen Malaysia Kedah,
KM3, Jalan Kuala Kedah,
05400 Alor Setar,
KEDAH DARUL AMAN.

Tuan,

JEMPUTAN MENGADAKAN LIPUTAN DAN SIDANG AKHBAR KARNIVAL


ALAM SEKITAR PROGRAM TEY (TOYOTA ECO YOUTH ) 2017

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Syed Ahmad,


Kuala Nerang telah terpilih untuk mewakili negeri Kedah dalam Program Toyota Eco Youth
tahun 2017 yang bertemakan Mengurangkan Jejak Karbon atau Reduce Carbon
Footprint.

3. Untuk makluman pihak tuan, Penaung Karnival Alam Sekitar ini adalah Yang
Berhormat Dato Badrol Hisyam Bin Hasyim, yang merupakan Ahli Parlimen Padang Terap.

4. Sehubungan dengan itu , pihak sekolah amat berbesar hati dan ingin memohon jasa
baik pihak tuan (RTM) Kedah untuk membuat liputan media berkaitan Karnival Alam Sekitar
ini kerana salah satu criteria dalam pertandingan ini adalah sekolah yang terpilih perlu
mendapatkan media dalam apa jua aktiviti yang dijalankan.

5. Sehubungan itu, pihak sekolah telah bersetuju dan berbesar hati menjemput pihak
tuan mengadakan liputan media mengikut ketetapan berikut :

Tarikh : 29 Julai 2017


Tempat : Dataran Putra Kuala Nerang ,
06300 Kuala Nerang.
Kedah
Masa : 8.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari

6. Bersama ini disertakan lampiran berkaitan maklumat unuk liputan dan maklumat
Karnival Alam Sekitar untuk makluman dan perhatian pihak tuan.
Kerjasama daripada tuan amatlah disanjung tinggi demi mengharumkan nama negeri Kedah
dalam program tersebut.

Sekian, terima kasih

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA


PENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH TERBILANG

Saya yang menjalankan tugas,

(ROSLEESHAM BIN SAAD )


Pengetua,
SMK Dato Syed Ahmad,
06300 Kuala Nerang, Kedah.

You might also like