You are on page 1of 3

PENYAKIT AIDS/HIV

Sindrom Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit atau lebih dikenali sebagai AIDS ialah satu penyakit serius
disebabkan oleh virus HIV. AIDS disebabkan oleh virus HIV yang menyerang dan memusnahkan daya
ketahanan badan. Seseorang individu mendapat AIDS apabila virus HIV merosakkan sistem pertahanan
tubuh badan. Sistem pertahanan badan yang tidak berfungsi menjadikan individu mudah dijangkiti bakteria
dan virus-virus lain yang boleh menyebabkan sakit teruk.

Malaysia ialah tempat terdapatnya epidemik AIDS yang kelima paling pesat merebak di rantau Asia Timur
dan Pasifik dengan kadar semasa jangkitan HIV berganda setiap tiga tahun.

Di antara kes yang pertama kali dikesan pada tahun 1986 dan bulan Disember 2006, 76,389* orang telah
dijangkiti HIV manakala 9,155* orang telah meninggal dunia akibat AIDS. Statistik ini menunjukkan purata
17 orang yang diuji positif bagi virus ini setiap hari.

Wabak di Malaysia ini sebahagian besarnya dipengaruhi oleh pengguna dadah suntikan yang merupakan
kira-kira 73% daripada jumlah kes. Walau bagaimanapun, terdapat kebimbangan tentang tularan
heteroseksual yang sedang meningkat. Perkadaran wanita yang dilaporkan mempunyai HIV telah bertambah
dengan besar pada dekad yang lalu daripada 4% pada tahun 1995 kepada 15% kes baru menjelang akhir
tahun 2006. Kajian menunjukkan bahawa pada tahun 2006, lebih banyak suri rumah diuji positif HIV
berbanding dengan pekerja seks. Pada masa yang sama, peratus bayi yang dilahir dengan HIV juga
meningkat dari 0.2% kes baru pada tahun 1991 kepada 1.4% kes bagi tahun 2006.

Sama seperti di kebanyakan bahagian dunia, bilangan golongan muda di Malaysia dengan jangkitan HIV
meningkat setiap tahun. Statistik bulan Disember 2006 daripada Kementerian Kesihatan mendedahkan
bahawa 36% jangkitan ini adalah dalam kalangan umur antara 13 hingga 29 tahun. Kemungkinan orang yang
dijangkiti HIV sebelum usia 30 telah dijangkiti dalam lingkungan umur dua puluhan malah ada antaranya
semasa usia remaja mereka.

KESAN HIV TERHADAP SISTEM PERTAHANAN BADAN


Lazimnya, sistem pertahanan manusia bertindak sebagai perisai yang melindungi manusia daripada bakteria,
virus dan sebagainya. Apabila virus HIV masuk dalam badan, ia mula merosakkan sel pertahanan tubuh
badan yang dipanggil sel limfosit T.Sel ini bertindak sebagai utusan kepada sel-sel sistem pertahanan tubuh
badan yang lain, memberitahu mereka untuk melawan organisma yang menceroboh. HIV melekat dan
menjangkiti sel limfosit T dan mejadikan sel INI sebagai tempat untuk menggandakan virus HIV. Dalam
proses ini, sel tersebut yang dijangkiti hilang keupayaan untuk melawan jangkitan lain.
Apabila perisai ini lemah atau hilang, individu terbabit dikatakan dijangkiti AIDS. Mereka yang mendapat
AIDS, tidak mampu untuk melawan pelbagai jangkitan dan boleh juga mendapat jenis kanser yang tertentu
contohnya Karposi sarcoma dan lymphoma. AIDS boleh melibatkan semua sistem dalam tubuh badan.
Secara ringkas, apabila sistem pertahanan tubuh dilumpuhkan oleh penyakit AIDS/HIV, tanda-tandanya
termasuk:

Terlalu lemah dan lesu.


Penurunan berat badan yang mendadak.
Demam panas yang kerap.
Peluh malam.
Kelenjar limfa membengkak.
Ruam kulit dan ulser pada permukaan mukosa. Contoh : lapisan dalam mulut.
Cirit-birit yang kronik.
Batuk kronik.
Hilang ingatan.
Jangkitan teruk yang tidak dapat dirawat.
Menstruasi Tidak Teratur : Lama datang bulan, ini terjadi kerana jumlah darah yang semakin berkurang.

KAEDAH YANG MEMBOLEHKAN IA MEREBAK


HIV/AIDS dapat disebarkan melalui cecair badan:

Perkongsian jarum atau picagari yang dicemari dengan darah seseorang yang dijangkiti.
Hubungan seks tanpa perlindungan dengan seseorang yang dijangkiti.
Melalui darah seseorang yang dijangkiti.
Daripada seorang ibu yang dijangkiti kepada bayi melalui kelahiran atau penyusuan.

CADANGAN UNTUK MENCEGAH PENYAKIT INI TERUS DISEBARKAN

Penggunaan kondom untuk mengurangkan kemungkinan jangkitan.


Jangan berkongsi jarum atau picagari dengan orang lain.
Elakkan mengadakan hubungan seks dengan ramai individu yang berlainan.
Elakkan aktiviti homoseksual.
Rajah di atas menunjukkan model HIV

You might also like