You are on page 1of 25

SMK.

TINGGI SETAPAK

LAP ORAN
DOKUMENTASI
KEJOHANAN
OLAHRAGA TAHUNAN
KALI KE- 39
(KOT- 39)

TARIKH: 28 FEBUARI 2009


MASA: 8.00 PAGI TEMPAT:
PADANG PULAPOL
DISEDIAKAN OLEH:
MOHD NOR BIN MAT SALLEH
KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN
KALI KE-39 (KOT-39)
MOHD NOR BIN MAT SALLEH, NORSHAMSIZAR BT. ABD. JALIL,
MUHAMMAD RAFIS(3S1)
LAPORAN LENGKAP

Pada hari Sabtu, 28 febuari 2009 yang lepas SMK. Tinggi Setapak telah
mengadakan Kejohanan Olahraga Tahunan Kali ke-39 di Padang PULAPOL.
Kejohanan ini telah dirasmikan oleh Timbalan Komandan Pentadbiran
PULAPOL, Pemangku Supp. Zainal b. Abd. Aziz. Sebanyak 7 jenis acara trek
peringkat akhir telah dipertandingkan dan setiap acara dipecahkan kepada
4 kategori iaitu lelaki A, lelaki B, lelaki C dan perempuan A. Acara
sukantara, akhir padang, tarik tali dan raptai telah diadakan pada hari-hari
sebelumnya di padang sekolah.

Peserta berkumpul dan bersedia untuk perbarisan seawal jam 7.15 pagi
di padang PULAPOL. Ketibaan tetamu khas disambut dengan sungguh
meriah dan diiringi oleh paluan kompang dan bunga manggar. Pada jam 7.50
pagi acara 1500 meter akhir telah dimulakan dan diikuti acara perbarisan
lintas hormat pada jam 8.00 pagi. Pasukan-pasukan unit berunifom kelihatan
segak manakala pasukan-pasukan rumah sukan sungguh bersemangat pada
hari tersebut. Semua peserta perbarisan berkumpul di tengah padang
mengikut pasukan masing-masing untuk bacaan ikrar sukan. Seterusnya
bacaan doa yang dipimpin oleh Ustaz Mustafa Kamal Bin Mohd Nor dan
ucapan aluan oleh En. Maslan Bin Buniran, pengetua SMK. Tinggi Setapak.
Selepas ucapan perasmian oleh Pemangku Supp. Zainal Bin Abd. Aziz,
diadakan majlis penyampaian pingat untuk acara 1500 meter dan MSSKL
yang lepas. Para tetamu kehormat kemudianya dihidangkan jamuan di
tempat khas.

Pada jam 8.30 pagi acara 400 meter akhir diadakan bermula dengan
kategori perempuan A, lelaki C, lelaki A dan lelaki B. Pada jam 9.00 pagi
acara 100 meter akhir dimulakan untuk semua kategori. Acara 100 meter
merupakan acara yang paling mendapat tumpuan dan pemenang tempat
pertama bagi setiap kategori akan dinobatkan sebagai Raja Pecut. Pada jam
9.30 pagi hadirin dihiburkan dengan persembahan silat sebelum acara 800
meter lelaki A dan lelaki B pada jam 9.50 pagi. Sukan diteruskan lagi
dengan acara 200 meter akhir untuk semua katogori dan diikuti
persembahan pancaragam Scottish Bagpipe pada jam 10.30 pagi.
Persembahan ini mendapat tepukan gemuruh daripada para hadirin. Selepas
persembahan diadakan acara 4x400 meter akhir lelaki A dan B pada jam
10.50 pagi. Diikuti 4x100 meter akhir lelaki A, lelaki B, lelaki C, dan
perempuan A sehingga jam 11.45 pagi.

Acara pegawai juga diadakan bagi memeriahkan suasana sementara


menunggu keputusan rasmi kejohanan. Acara yang terbuka kepada semua
guru dan ibu-bapa ini memerlukan mereka berlari sejauh 10 meter,
mengutip sebiji gula-gula di atas padang dan terus berlari mendapatkan
pengurus kejohanan, En. Selvaratnam a/l Navaratnam yang berada 10 meter
di hadapan.
SILA RUJUK KEPUTUSAN RASMI KEJOHANAN, LAPORAN BERGAMBAR
DAN LAMPIRAN YANG DISEDIAKAN.

Yang Menjalankan Tugas,

Mohd Nor Bin Mat Salleh

2
KEPUTUSAN RASMI KEJOHANAN

PENCAPAIAN RUMAH SUKAN MARKAH


KESELURUHAN

JOHAN WIRA 1576

NAIB JOHAN SATRIA 1410

KE-3 WAJA 1360

KE-4 PUTRA 1246

OLAHRAGAWAN/OLAHRAGAWATI

Olahragawan Lelaki A Darvin Raj a/l Subramanian (WIRA)

Olahragawati Perempuan A Noor Syazwani (SATRIA)

Olahragawan Lelaki B Hisham Bin Alias (WAJA)

Olahragawan Lelaki C Mohd Hafizie (WIRA)

REKOD BARU

Lompat Tinggi Lelaki A - Darvin Raj a/l Subramaniam, 1.85 m.

PERBARISAN LINTAS HORMAT

PENCAPAIAN RUMAH SUKAN BADAN BERUNIFORM

JOHAN SATRIA KADET POLIS

NAIB JOHAN PUTRA PKBM

KETIGA WIRA PENGAWAS SEKOLAH

ACARA PEGAWAI

Johan En. Fathil (Suami Cikgu Azizah Abd. Latif)

Naib Johan En. Abd. Halim Ismail (Guru Projek Bola Sepak)

Ketiga En. Anuar (NYDP. PIBG, Pegawai Tentera Laut)

3
LAPORAN BERGAMBAR

Sukantara dan acara akhir padang.

4
Lontar peluru dan merejam lembing

5
Tarik tali

6
Raptai

7
Ketibaan tetamu kehormat disambut dengan paluan
kompang

8
Perbarisan lintas hormat dan bacaan ikrar sukan.

9
Bacaan doa dan ucapan aluan.

10
Ucapan perasmian dan cenderamata perasmi.

11
Penyampaian pingat dan jamuan VIP.

12
Acara 100 meter lelaki B dan 100 meter perempuan A.

13
Pegawai kejohanan sedang bertugas dengan penuh dedikasi.
Persembahan silat.(bawah)

14
800 meter lelaki B dan 200 meter lelaki lelaki A.

15
Persembahan pancaragam Scottish Bagpipe.

16
4 x 100 meter perempuan A dan acara pegawai.

17
Keputusan acara pegawai diberikan kepada juruacara
majlis.

18
Piala, pingat, sijil dan hadiah.

19
Wajah-wajah gembira para pemenang.

20
Tahniah !...pelajar dan guru rumah Wira sedang meraikan
kejayaan mereka sebagai JOHAN KOT-39.

21
Tahniah kepada semua yang terlibat menjayakan KOT-39.

Khemah Rumah
Sukan Yang Ceria
Dan Berwarna-
warni.

22
Penulis ditugaskan sebagai ketua Jawatankuasa Fotografi
dan Dokumentasi bersama Pn. Norshamsizar Bt. Abd. Jalil
telah dibantu oleh Mohd Rafis (bawah)

MohdRafis,

3S1

Sekian, terima kasih

LA MPIRAN

Lampiran terdiri daripada buku aturcara, borang pemarkahan, keputusan


acara perbarisan, skrip KOT-39, susunan upacara penyampaian hadiah,
senarai pemenang acara akhir padang, senarai peserta acara larian akhir
dan nama pemenang kejohanan olahraga MSSKL.
23

You might also like